You are on page 1of 12

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN

TUGASAN 2 (KUMPULAN)

EVALUATION REPORT FOR QUALITATIVE RESEARCH PROPOSAL

NAMA:

REBECCA SANDANASAMY (P130725)

RABEAH BINTI GHAZALLI (P130723)

PHANG LI MOY (P130282)

HAYATI ISTIQAMAH (P130721)

NAMA PENSYARAH:

PROF DR RUHIZAN MOHD YASIN


QUALITATIVE RESEARCH PROPOSAL EVALUATION

BAB 1: PENGENALAN
NO KOMPONEN PENILAIAN KOMPONEN
CADANGAN
PENYELIDIKAN
1 Pengenalan/ Latar Terangkan bagaimana bahagian pengenalan dalam pautan
Belakang cadangan/menghubungkan kajian dengan suasana/konteks
pendidikan nasional atau global yang lebih besar?
Terangkan.
Bahagian pengenalan dalam cadangan penyelidikan ini dapat
menghubungkan suasana/konteks Pendidikan nasional atau
global yang lebih besar kerana perkhidmatan dalam menangani
kes keluarga dan perkahwinan pada zaman ini amat penting.
Lebih- lebih lagi, pada zaman sekarang yang mempunyai
pelabagai isu kelaurga, perkhidmatan kaunseling sangat penting
dan sesuai dilaksanakan.

Adakah anda fikir bahagian pengenalan dalam cadangan ini


ditulis dengan jelas? Terangkan
Pada pandangan saya, bahagian pengenalan dalam cadangan ini
ditulis dengan jelas kerana susunan diatur dengan teratur dan
penggunaan bahasa yang mudah difahami. Seterusnya, pengkaji
menggunakan kaedah penulisan dari umum kepada spesifik
untuk memudahkan pembaca memahami hujah yang ingin
dismpaikan.

Sila berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan


dalam bahagian ini boleh diperbaiki.
Cadangan tentang cara penulisan dalam bahagian ini yang boleh
diperbaiki ialah mengaitkan kajian sebegini dengan konteks
barat. Sebagai contoh, tambahkan kajian luar negara mengenai
topik yang dikaji untuk mebezakan dan membandingkan tahap
perkhidmatan kaunseling dalam negara dan luar negara.

2 Masalah Apakah isu/masalah yang ingin diselesaikan atau difahami


Penyelidikan/ oleh kajian dengan lebih baik? Terangkan
Pernyataan Isu/ masalah yang ingin diselesaikan ialah meneroka dengan
Masalah lebih mendalam mengenai kompetensi kaunselor dan strategi
integrasi yang digunakan dalam mengendalikan kes kaunseling
keluarga dan perkahwinan di Malaysia.

Adakah terdapat sebarang bukti yang menyokong


isu/masalah tersebut? Terangkan
Ya, pengkaji sertakan kajian yang pernah dijalankan dahulu
untuk isu/masalah yang disenaraikan. Perkara ini akan
menyakinkan pembaca tentang kesahan penyelidikan ini.

Adakah jurang penyelidikan dibincangkan dalam bahagian


ini? Terangkan
Ya, jurang penyelidikan dibincangkan tetapi tidak secara
mendalam. Pengkaji hanya menyatakan hasil kajian ini dapat
menyumbang maklumat dan mengisi jurang pengetahuan dengan
menghasilkan satu model kaunseling integrasi yang
mengandungi kompetensi dan strategi secara implisit dan
eksplisit.

Adakah tujuan kajian dimaklumkan oleh jurang


penyelidikan? Terangkan.
Ya, pengkaji menjelaskan jurang penyelidikan di perenggan
akhir yang berkait dengan model kaunseling integrasi.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Cadangan tentang cara penulisan yang bole diperbaiki ialah
masukkan pernyataan kajian dalam perenggan pertama bahagian
ini disebabkan ia mmeberikan gambaran keseluruhan kepada
pembaca dan membantu mereka sama ada tesis ini sesuai untuk
rujukan pembaca atau tidak.

3 Tujuan Adakah tujuan penyelidikan dimaklumkan oleh masalah


Penyelidikan kajian di atas? Terangkan
Ya. Tujuan penyelidikan dimaklumkan bertujuan meneroka
kompetensi kaunselor menurut garis panduan ASERVIC 2009
dan meneroka strategi integrasi spiritual dan agama yang
digunakan berpandukan Model FACE-SPIRIT dalam
mengendalikan kes-kes kaunseling keluarga dan perkahwinan di
Malaysia

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Pengkaji boleh menyelitkan sebab untuk tujuan kajian. Ia
disebabkan untuk menarik perhatian pembaca terhadap fokus
kajian.
4 Rangka Kerja Kerangka Teori Kajian (Kajian Kualitatif):
Konseptual/Teori
Penyelidikan Adakah rangka kerja menjelaskan andaian yang menyokong
kajian (sebarang teori/model)? Terangkan.
Ya, kerangka teori kajian diadaptasi dan disokong daripada
Model Kompetensi ASERVIC (2009) dan Model FACE-SPIRIT

Adakah rangka kerja menerangkan bagaimana fenomena


yang dikaji dilihat oleh kajian? Terangkan
Ya, pengkaji menerangkan secara ringkas Integrasi Spritual Dan
Agama dalam menangani kes kaunseling keluarga dan
perkhawinan dengan 6 Faktor Kompetensi Integrasi Spiritual &
Agama (ASERVIC 2009) dan Model FACE-SPIRIT (2010)
dengan sub strategi Integrasi Implisit dan Strategi Integrasi
Eksplisit.
Adakah rangka kerja menjelaskan bagaimana fenomena itu
akan disiasat dalam kajian berdasarkan bagaimana
fenomena itu dilihat oleh kajian? Terangkan.
Ya, pengkaji menjelaskan fenomena kajian disiasat iaitu melalui
aspek kompetensi kaunselor dan strategi integrasi yang
dinyatakan.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Pengkaji boleh selitkan hubungan- hubungan dengan teori
supaya memudahkan apabila menjawab soalan- soalan kajian.

5 Objektif Kajian/ Adakah objektif/soalan kajian yang disediakan dalam


Soalan bahagian ini sepadan dengan kerangka
konseptual/teoretikal? Terangkan
Ya, objektif/soalan kajian yang disediakan dalam bahagian ini
sepadan dengan kerangka teoretikal kerana kedua- dua
pembolehubah dalam kerangka ini dimasukkan dalam dalam
kerangka tersebut.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Pengkaji boleh menggunakan kosa kata yang lebih sesuai untuk
objektif kajian.
6 Kepentingan Adakah bahagian ini membincangkan BAGAIMANA
Kajian penemuan jangkaan kajian membantu amalan semasa
penggubal dasar, pengamal dan peserta dalam kajian.?
Pengkaji hanya menjelaskan pentingnya permasalahan tersebut
dikaji. (Contoh: Kajian tentang kompetensi spiritual dan agama
serta strategi integrasi dalam menangani kes kaunseling keluarga
dan perkahwinan adalah penting kerana spiritual dan agama 31
merupakan asas utama bagi seseorang individu dalam menjalani
kehidupan seharian.
Adakah bahagian ini membincangkan BAGAIMANA
dapatan kajian yang dijangkakan akan menambah luas
lebih luas/nilai tambah kepada teori sedia ada dalam disiplin
ilmu kajian?
Pengkaji hanya membincangakan bahawa melalui kajian ini
dapat menghasilkan satu model yang integrasi serta dapat
dimanfaatkan oleh pihak pengurusan perkhidmatan awam dalam
perkukuhkan profesionalisme kaunselor. Pengkaji tidak
menghubung kait dengan teori ataupun model.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Cadangan tentang cara penulisan dalam bahagian ini yang boleh
diperbaiki ialah pengkaji perlu memperincikan secara jelas
impak kajian dan faedah dari hasil kajian serta memasukkan
lebih ramai pihak berkepentingan dalam bahagian ini. Selain itu,
pengkaji boleh menghubungkaitkan kepentingan kajian dengan
model/ teori yang dikaji.

7 Batasan Kajian Adakah bahagian ini menerangkan batasan metodologi yang


digunakan dalam kajian? Terangkan.
Ya tetapi pengkaji tidak menerangkan dengan tepat dan jelas.
Pengkaji hanya menyatakan secara ringkas instrumen yang
digunakan, kaedah analisis hasil kajian ditulis serta dapatannya
tidak boleh digeneralisasikan kepada institusi lain.

Adakah bahagian ini menerangkan bagaimana batasan


mempengaruhi kebolehgeneralisasian penemuan yang
dijangkakan? Terangkan.
Ya, pengkaji menyatakan peserta kajian terdiri daripada
kaunselor berdaftar yang berpengalaman mengendalikan kes
kaunseling keluarga dan perkahwinan di tiga buah pusat
kaunseling dan hasilnya tidak boleh digeneralisasikan kepada
semua pihak.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Cadangan cara penulisan dalam bahagian ini yang boleh
diperbaiki ialah pengkaji perlu membuat penambahbaikan dalam
batasan masa untuk membataskan masa pada kajian dan batasan
lokasi kajian bagi memudahkan penyelidikan serta berfokus.
8 Definisi Operasi Adakah bahagian ini memberikan definisi kerja untuk
konsep/istilah yang terdapat dalam kerangka
konseptual/teoretikal dan soalan kajian/objektif kajian?
Terangkan.
Ya. Bahagian ini memberikan definisi untuk istilah yang terdapat
dalam kerangka konseptual, kerangka teoretikal, soalan kajian
dan objektif kajian. Ia bagi tujuan menjelaskan lagi dapatan
kajian dan seterusnya kajian keseluruhan. Pengkaji menjelaskan
tentang apa yang dimaksudkan dalam kajian ini. Pengkaji telah
memberikan menyatakan 6 kata kunci asas dan kata kunci
berdasarkan konteks operasi pengkaji dengan jelas beserta
rujukan.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam


bahagian ini boleh diperbaiki.
Cadangan yang boleh dibuat penambahbaikan dalam kajian ini
ialah pengkaji boleh selitkan lebih banyak definisi istilah
daripada pengkaji lain serta membuat perbandingan istilah bagi
membantu para pembaca dapat lihat secara jelas rasional
pengkaji menggunakan istillah tersebut.

BAB 2: KAJIAN LITERATUR


1) Adakah kesusasteraan yang digunakan dalam bahagian ini diterbitkan baru-baru ini?
Terangkan.

Jawapan:
Ya.kajian Literatur dalam bahagian ini adalah seperti Kajian Norhayati Mohd Noor
(2012),kajian Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan(2011)

2) Adakah bahagian ini membincangkan rangka kerja/model/teori yang menyokong


kerangka konseptual/teoretikal kajian? Terangkan.

Jawapan:
Ya. Bahagian ini membincangkan factor keluarga dan ibubapa dalaam mempengaruhi isu
social tersebut namun kajian-kajian tersebut secara tidak langsung membincangkan
pengetahuan dan pegangan agama yang kurang menyumbang kepada berlakunya
permasalahan.

3)Adakah bahagian ini memberikan justifikasi untuk penggunaan rangka


kerja/model/teori dalam kajian dalam perbandingan dengan rangka
kerja/model/model/teori sedia ada/lain yang ditemui dalam sastera? Terangkan.

Jawapan:
Ya. Teori merupakan model yang digunakan oleh penulis kajian sebagai garis panduan
membuat hipotesis.Model integrase strategi implisit dan eksplisit pendekatan spiritual dan
agama kuunseling (2.10).

4)Adakah bahagian ini membincangkan kajian sedia ada yang berkaitan dengan topik
kajian? Terangkan.

Jawapan:
Ya. Penulis kajian menkaitan kajian sedia ada dengan topik kajian untuk meneroka
dengan lebih mendalam kompetensi dan strategi.

5) Adakah bahagian ini menyerlahkan batasan kajian sedia ada? Terangkan.


Jawapan:
Tiada. Dalam bahagian ini penulis kajian kajian tidak menyerlahkan batasan kajian sedia ada.

6) Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan dalam bahagian ini boleh diperbaiki.

Jawapan:
Pada pandangan saya, melalui perbincangan bab ini pengkaji menggunakan kesemua hasil
kajian yang diperoleh berdasarkan kajian lepas untuk membina tema-tema dalam kajian yang
dijalankan ini.

BAB 3: METODOLOGI
NO KOMPONEN PENILAIAN KOMPONEN
CADANGAN
PENYELIDIKAN
1 REKABENTUK Adakah bahagian ini memberikan definisi dan ciri
PENYELIDIKAN reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam
kajian dan justifikasi menggunakan reka bentuk?
Terangkan.

Jawapan:Pengkaji telah menyatakan kajiana kualitatif


menggunakan reka bentuk kajian kes merupakan suatu
kajian penerokaan mendalam yang dilakukan kepada
suatu system yang terbtas.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan


dalam bahagian ini boleh diperbaiki.
Jawapan:Cara penulisan dalam dalam bahagian ini boleh
diperbaiki dengan mengaitkan reka bentuk yang dipakai
dengan tajuk kajian yang dilakukan.

2 SAMPEL Does this section explain who are the specific


PENYELIDIKAN DAN population and estimated number of the population of
TEKNIK the study? (for quantitative study). Explain.
PERSAMPELAN Jawapan:Ya. Pengkaji menerangkan dengan jelas
populasi serta bilangan peserta kajian.

Does this section explain who are samples/participants


(characteristics of the samples/participants) and how
many of them involve in the study? Explain.
Jawapan:Pengkaji telah menyatakan kriteria pemilihan
peserta kajian dengan jelas.Pengkaji menggunakan teknik
bebola salji dalam mengenal pasti peserta yang
seterusnya iaitu melalui peserta yang telah dipilih dalam
kajian (Creswell 2007).13 orang pesrta kajian telah
dipilih.

Does this section provide clear information on how the


samples are extracted from the population
(quantitative study) or how participants are
selected/recruited for the study (qualitative study)?
Explain.
Jawapan:Kajian ini telah menggunakan kajian kualitatif.
Kaedah temu bual (Merriam 2009) kaedah ini merupakan
kaedah pengumpulan data yang paling biasa digunakan.

Give some suggestions on how the writing in this


section could be improved.
Jawapan: Penulisan kajian boleh diperbaiki dengan
menyatakan secara jelas tentang memenuhi kriteria dan
kehendak kajian.

3 INSTRUMEN Adakah bahagian ini membincangkan definisi dan


PENYELIDIKAN ciri-ciri instrumen kajian yang akan digunakan oleh
kajian untuk mengumpul data? Terangkan.
Jawapan:Ya. Penulis kajian telah menyatakan definisi dan
ciri-ciri instrument kajian dengan jelas kaedah temubual
dan rakaman video.

Apakah jenis data yang akan dikumpul menggunakan


instrumen kajian? Terangkan.
Jawapan: Teknik trustworthiness dan teknik penentuan
kesahan dan kebolehanpercayaan telah digunakan dalam
kajian.

Adakah data yang dijangkakan akan membantu


kajian menjawab persoalan kajian/ mencapai objektif
kajian yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan?
Terangkan.
Jawapan:Ya.Data yang dikumpul telah membantu dapatan
kajian ini dan memenuhi kriteria dan kehendak kajian.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan


dalam bahagian ini boleh diperbaiki.
Jawapan:Penambahbaikan awal dilakukan semasa
pengkaji menjalankan kajian rintis.

4 KESAHAN DAN Adakah kajian menjelaskan mekanisme/prosedur


KEBOLEHPERCAYAAN yang digunakan oleh kajian untuk menjaga kesahihan
KAJIAN dan kebolehpercayaan kajian? Terangkan.
Jawapan:Ya. Penulisan ini telah menjelaskan prosedur
penganalisisan data secara serentak semasa kutipan data
dijalankan dan merupakan proses berteruan dan non-
linear (Othman Lebar 2014).

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan


dalam bahagian ini boleh diperbaiki.
Jawapan:Cadangan boleh diperbaiki penulisan bahagian
ini ialah menghuraikan dengan jelas dan terperinci
prosedur kesahan dan kebolehpercayaan telah diambil
kira bagi menjaga kualiti kajian agar tepat dan boleh
dipercayai.

5 PROSEDUR Adakah kajian menjelaskan prosedur penyelidikan


PENYELIDIKAN yang menggambarkan aktiviti penyelidikan
pengumpulan dan analisis data? Terangkan.
Jawapan:Ya. Pengkaji kajian menjelaskan proses
menganalisis data di bahagian dalam penulisan 3.12.
Enam langkah (Creswell 2014a).

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan


dalam bahagian ini boleh diperbaiki.
Jawapan:Pengakaji kajian boleh menghuraikan dengan
jelas prosedur langkah.

6 ANALISIS DATA Adakah bahagian tersebut menjelaskan analisis data


yang akan digunakan untuk menjawab setiap soalan
kajian/mencapai setiap objektif kajian?
Jawapan:Ya. Pengkaji kajian ini menggunakan analisisi
data untuk menjawab setiap kajian untuk mencapai
objektif kajian.

Berikan beberapa cadangan tentang cara penulisan


dalam bahagian ini boleh diperbaiki.
Jawapan:Proses penyesuaian dan penambahbaik terus
dilakukan semasa pengumpulan data dan penganalisisan
data melalui kaedah temu bual mendalam,pemerhatian
rakaman video dan analisi bukti dokumen.

You might also like