You are on page 1of 4

Pengenalan

Cara hidup dan adat resam masyarakat Melayu telah banyak dipengaruhi oleh
kedatangan Islam pada abad ke-13. Hal ini terbukti ketika perkembangan agama Islam di
seluruh wilayah dan penubuhan kerajaan-kerajaan Melayu Islam membawa kemajuan yang
sangat luas kepada penulisan kesusateraan dalam masyarakat Melayu. Keindahan bahasa
yang digunakan dalam sesebuah karya sastera bukan sahaja menunjukkan nuansa bahasa
masyarakat Melayu, bahkan juga dapat membuktikan tahap kemahiran intelek masyarakat
Melayu yang tinggi.

Latar Belakang Kesusasteraan Melayu

1.0 Konsep, Perkembangan dan Genre Kesusasteraan

Seperti yang kita tahu, sastera ialah satu bentuk komunikasi sopan untuk
menyatakan suatu penjiwaan atau emosi yang mendalam. Pertumbuhan pesat zaman
moden telah mengubah sastera menjadi satu usaha khusus yang melibatkan hak cipta
dan ekspresi diri. Namun begitu, karya sastera dan kreatif yang dihasilkan oleh
masyarakat Melayu dikenali sebagai kesusasteraan Melayu. Dalam aspek pendidikan,
kesusasteraan Melayu ialah ciptaan seni yang menggabungkan elemen keindahan dan
kehalusan dalam pelbagai bentuk, sekali gus berusaha untuk mencapai keseimbangan
antara intelek, kerohanian, emosi dan badan yang menggambarkan nilai kemanusiaan
dan imej masyarakat.

Kesusasteraan Melayu merupakan satu bidang yang dinamik dan sentiasa


berkembang. Ia terdiri daripada kesusasteraan Melayu tradisional dan moden. Sastera
tradisional masyarakat Melayu mula berakar umbi dalam karya kolektif yang
merangkumi unsur-unsur mitos, sejarah, cerita rakyat dan hiburan. Pada ketika itu,
kesusasteraan lisan adalah cara utama masyarakat untuk mengekalkan keaslian
sasteranya. Karya sastera yang disampaikan secara lisan masih mempengaruhi
kesusasteraan Melayu tradisional kendatipun mereka tidak menguasai sistem tulisan.
Apabila orang Melayu mula menyerap masuk pengaruh luar, kesusasteraaan tulisan
diperkenalkan dan banyak mempengaruhi petani dan nelayan. Selain daripada
perkenalan terhadap sistem tulisan berasaskan Al-Qur'an iaitu tulisan Jawi, kedatangan
agama Islam sekali gus telah membawa kepada pertumbuhan yang bermanfaat dalam
sastera tradisional. Kesusasteraan Melayu Moden telah berkembang melalui tiga

4
peringkat yang berbeza. Bermula dengan zaman Abdullah Munsyi, corak penulisan
beliau adalah berdasarkan realiti semasa biarpun masih menggunakan bahasa klasik.
Menariknya, beliau juga menerokai genre-genre baru. Zaman sebelum perang pula
menyaksikan kemunculan akhbar dan majalah di Tanah Melayu hasil daripada
penyebaran teknologi percetakan. Pelbagai jenis karya dihasilkan dengan bantuan tokoh
agama, guru dan wartawan. Semasa era ASAS 50, tema realistik dan romantis telah
mendominasi karya sastera masyarakat Melayu. Dikatakan, gerakan ini berusaha untuk
menyokong seni untuk masyarakat. Pengarang-pengarang terkenal ASAS 50 seperti
Wijaya Mala dan A. Samad Said telah memberi perubahan posotif terhadap sejarah
sastera Malaysia.

Prosa dan puisi adalah dua genre kesusasteraan Melayu tradisional dan moden.
Prosa ialah sebarang jenis penulisan, gubahan, atau pertuturan bukan berirama. Puisi
pula merujuk kepada genre sastera yang ditakrifkan oleh komponennya yang antaranya
merangkumi irama, rima dan baris. Prosa Melayu tradisional berbentuk naratif boleh
dikelaskan antara naratif lisan dan tulisan. Naratif lisan termasuk mitos, legenda dan
cerita rakyat, manakala naratif tulisan kebanyakan dipengaruhi oleh Hindu dan Islam
iaitu sastera panji, hikayat, sejarah dan epik. Kesusasteraan kitab, politik, undang-
undang dan sufi adalah contoh genre prosa tradisional bukan naratif. Prosa moden
dikenali dengan penulisan novel, cerpendan skrip drama, tetapi puisi moden terkenal
dengan penulisan sajak.

2.0 Tokoh Sastera, Sasterawan Negara dan Peranan Pertubuhan Pengembangan


Sastera

Terdapat beberapa tokoh terkenal yang banyak menyumbang hasil karya sastera
tradisional atau moden dalam kesusasteraan Melayu. Antaranya ialah Hamzah Fansuri
dan Raja Ali Haji. Hamzah Fansuri merupakan seorang penyair dan ahli tasawwuf
Melayu-Islam pada zaman keemasan Acheh. Meskipun hasil karyanya dititah untuk
dimusnahkan oleh Sultan Acheh serta mendapat kritikan daripada Syeikh Nuruddin Al-
Raniri dan Abdul Rauf, beliau telah mempelopori genre syair dalam kesusasteraan
Melayu. Bahkan, beliau turut menerbitkan beberapa puisi syair dan kitab-kitab ilmiah
seperti Syair Perahu dan Syarah Al-‘Asyikin. Raja Ali Haji ialah seorang ahli bahasa dari
Kepulauan Riau yang terkenal dengan pencapaiannya dalam bidang morfologi, bahasa
dan sejarah Melayu. Selain karya terkenalnya, Tuhfat al-Nafis, beliau turut mengarang
Bustan Al-Katibin, Kitab Pengetahuan Bahasa, Gurindam Dua Belas dan lain-lain. Bukan

5
sahaja memberi sumbangan dalam bidang kesusasteraan, malahan juga bahasa dan
sejarah.

Anugerah Sasterawan Negara Malaysia merupakan satu pengiktirafan kepada


mereka yang telah memberi sumbangan cemerlang terhadap bidang kesusasteraan
Melayu di Malaysia. Dua pengarang terkemuka iaitu A. Samad Said dan Haji Shahnon
Ahmad telah banyak mempengaruhi sastera tanah air. Datuk Abdul Samad bin
Mohammad Said dilahirkan pada tahun 1935. Beliau merupakan seorang editor untuk
akhbar Inggeris dan Melayu dan menghasilkan puisi, drama, cerpen dan novel. Misalnya
novel “Salina” dan puisi “Liar di Api”. Karyawan terkenal ini juga menerima beberapa
anugerah, antaranya ialah Anugerah Sasterawan Negara (1985) dan Anugerah
Penulisan SEA. Bagaimanapun beliau mengisytiharkan persaraannya pada tahun 2000,
selepas mogok seni pada tahun 1980-an. Seterusnya, Haji Shahnon bin Ahmad
dilahirkan pada tahun 1933. Merupakan seorang pengarang serba boleh yang terkenal
dengan esei, kritikan, drama, cerpen dan novelnya. Antaranya “Cepu Kencana” dan
“Monyet”. Bahkan, beliau pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat PAS di kawasan Sik
dan dikenali sebagai " Victor Hugo Melayu " atas usaha beliau menangani masalah yang
dihadapi oleh petani dan masyarakat luar bandar Melayu.

Dua pertubuhan penting dalam pertumbuhan sastera Malaysia ialah Persatuan


Penulis Kebangsaan Malaysia (PENA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
(JKKN). JKKN sentiasa menyokong acara sastera dan seni tamsilnya Malam Baca Puisi
PENA. PENA diasaskan sebelum wujudnya Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(GAPENA) dan berdedikasi untuk mempromosikan kesusasteraan Melayu. Salah satu
aktivitinya ialah penerbitan majalah PENULIS, yang mempamerkan karya pengarang
Melayu dan bukan Melayu. Matlamat mereka adalah untuk menjamin kesusasteraan
Melayu terus berkembang.

Prosa Melayu Moden

Prosa Melayu moden terdiri daripada drama, novel, dan cerpen. Cerpen ialah karya
naratif dengan panjang teks tidak lebih daripada novel dan berpusat pada peristiwa atau
konflik utama. Ia menyampaikan pelbagai aspek kewujudan manusia, seperti suka, duka,
perubahan, dan perjuangan serta menggunakan alat naratif seperti dialog, sudut

6
pandangan, dan penerangan untuk membina suasana dan watak. Novel pula merupakan
sebuah karya sastera kompleks yang meneroka pelbagai komponen naratif, misalnya tema,
watak, dan isu. Novelis sering menggunakan strategi untuk mencipta persekitaran yang
jelas, tamsilnya imbasan kembali, pelbagai sudut pandangan dan gaya bahasa. Dengan
menekankan pemerhatian kepada perincian, ia menghidupkan cerita dan mengekalkan
minat pembaca terhadap tempat, watak dan peristiwa. Novel terkenal dengan
penggambaran berwawasan tentang kewujudan dan pemikiran manusia.

Seterusnya, drama ialah satu bentuk seni yang melibatkan pementasan atau cerita
melalui aksi dan dialog, sama ada di atas pentas atau difilemkan. Ia termasuklah dengan
watak, plot, dialog, konflik, latar dan tema. Tema menyampaikan idea atau mesej utama
selalunya berkaitan dengan kehidupan, masyarakat, moral dan nilai kemanusiaan. Drama
turut boleh mengambil pelbagai genre, merentasi sempadan bahasa dan budaya. Akhir
sekali, kesamarataan gender menjamin bahawa setiap jantina mempunyai akses yang sama
kepada peluang dan sumber. Budaya tempatan dan sejarah keluarga adalah dua faktor
yang mempengaruhi perkara ini. Namun, dengan mengambil tindakan seperti meningkatkan
kesedaran dan menghargai pengorbanan wanita adalah perlu sebelum timbulnya isu-isu
melibatkan perkara ini.

Penutup

Sudah terang lagi bersuluh, minda, personaliti, psikologi dan kerohanian seseorang
banyak dipengaruhi oleh dunia sastera. Setiap karya merangkumi nilai-nilai JERIS (Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial), sekali gus mendidik masyarakat dalam membentuk
sahsiah yang unggul. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil
tindakan untuk menghidupkan alam pendidikan sastera Melayu dan menyemai kecintaan
terhadap karya sastera dalam kehidupan seharian.

You might also like