You are on page 1of 2

Pilihan Raya

8.3 - Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

 Parti Perikatan menang dalam Pilihan Raya MPP 1955 telah


membentuk Kerajaan Persekutuan.

 Kerajaan Persekutuan:
 Tunku Abdul Rahman sebagai ketua menteri PTM pertama.
 Berperanan menggubal undang-undang pentadbiran
persekutuan TM.

Perbandingan Majlis Perundangan

Majlis Perundangan Persekutuan 1948:

 52 orang (ahli tidak rasmi yang dilantik dalam kalangan


masyarakat tertentu)
 3 orang ex officio (Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha
Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan)
 9 orang Residen (Residen British mewakili sembilan buah
Majlis Negeri)
 2 orang (wakil Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan
Melaka)
 11 orang (ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran
Kerajaan)

Majlis Perundangan Persekutuan 1955:

 52 orang (ahli yang dipilih melalui pilihan raya)


 35 orang (ahli lantikan mewakili kumpulan yang
berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan,
perindustrian dan pertanian)
 11 orang (Menteri Besar mewakili negeri)
 2 orang (wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan
Melaka)
Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

1. Kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua


Menteru dan akan mengambil alih tugas pentadbiran TM daripada
Pesuruhjaya Tinggi British.
2. Proses penukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat
dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang
tampuk kepimpinan peringikat atasan yang menentukan hala tuju
negara.
3. Kuasai pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan kepada
rakyat tempatan. Pegawai British yang berperanan sebagai
penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Susulan itu, Sistem
Ahli dimansuhkan.

Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting amalan


pentadbiran demokrasi di negara kita. Keadaan ini menggambarkan
kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan dipimpin oleh rakyat
tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat

You might also like