You are on page 1of 9

HKN 210 – Kesusasteraan Melayu Nusantara

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2021/2021

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN

Naskhah undang-undang adat kaya dengan nilai ketamadunan dan keindahannya yang

tersendiri. Berdasarkan Undang-Undang Melaka, jelaskan pernyataan ini.

NAMA: FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI

NO. MATRIKS: 151025

NAMA PENYELIA: DR. JELANI HARUN


1.0 Pendahuluan

Kesultanan Melayu Melaka merupakan negara yang menjadi dasar kepada pembentukan

budaya politik Melayu. Sistem pentadbiran Melaka semakin berkembang dan kompleks,

selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Dari sebuah perkampungan

nelayan yang didiami oleh Orang Laut, Melaka telah berkembang menjadi kerajaan yang

mahsyur. Melaka telah menjadi satu kawasan yang sangat penting dalam perkembangan

sejarah di kawasan Nusantara. Melaka bukan sahaja hebat dalam bidang politik dan

perdagangan untuk kawasan di seluruh Nusantara, negara ini juga telah menjadi suatu

kawasan yang menjadi pusat pengembangan agama, pusat perdagangan terkenal dan

sebagainya. Kemasyhuran Melaka ini dikait rapat dengan adanya nilai-nilai keindahan dan

ketamadunan yang terdapat dalam Undang-undang Melaka yang pada mulanya mengandungi

peraturan diraja yang dikeluarkan Sultan Muhammad Syah pada tahun 1422-144, dan telah

ditambahkan oleh Sultan Muzaffar Syah pada tahun 1445-1458. mengikut peredaran masa,

teks itu telah dibawa ke merantau ke merata negeri lain. Semua bahan-bahan di dalam teks

undang-undang ini juga kemudiannya disalin dan disalin semula sehingga menjadi sebuah

teks yang besar dan menjadi rujukan sehingga sekarang.

2.0 Nilai Ketamadunan dalam Undang-undang Melaka

2.1 Penggubalan Undang-undang Melaka

Nilai ketamadunan yang terdapat dalam Undang-undang Melaka ialah penggubalan

Undang-undang Melaka. Hal ini demikian kerana, Undang-undang Melaka atau Hukum

Kanun Melaka merupakan satu himpunan adat Melayu dan undang-undang Islam yang

digubal semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah pada tahun 1424 hingga 1444.

Sebelum tarikh itu, Kerajaan Melaka sudah memiliki undang-undang dalam bentuk tidak

bertulis iaitu adat Melayu, wa’adat Sang Sapurba dan titah di-Raja. Adat Melayu itu sudah

wujud sebelum kedatangan Islam dan berasal dari Palembang.


Apabila raja Melaka menganut agama Islam, al-Qur’an dan al-Sunnah telah menjadi

sumber perundangan utama bagi negara Melaka. Oleh yang demikian, perkara ini

mempengaruhi undang-undang bertulis dan tidak bertulis di Melaka dan sekali gus mengatasi

sumber perundangan Melaka Tua. Walau pun kerajaan sebelumnya tetap mempunyai

undang-undang tersendiri, undang-undang itu hanya dalam bentuk titah perintah bercorak

lisan. Menurut Carlson Chew Yee Herng (2017), penggubalan Undang-undang Melaka ini

tertumpu kepada tiga matlamat utama iaitu, untuk menjaga hak dan kepentingan raja dan

keluarga raja, mengekalkan beberapa amalan tradisi dan beberapa aspek Islam dan

menentukan bidang kuasa dan tanggungjawab pembesar, perlakuan dan keperibadian raja

serta perlakuan orang kebanyakan atau rakyat biasa.

Hukum Kanun Melaka wujud kerana Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan undang-

undang yang diwarisi dari zaman pemerintahan bapanya, iaitu Sultan Muhammad Syah.

Hukum Kanun Melaka bermula dengan 19 fasal dan berkembang sehingga mengandungi 44

fasal. Daripada 44 fasal itu, l8 fasal daripada perhukumannya adalah menurut undangundang

Islam. Fasal-fasal merangkum hak keistimewaan dan tanggungjawab raja dan pembesar,

berkeluarga, peraturan rasmi di istana, pantang larang dalam masyarakat, hukuman untuk

kesalahan menderhaka dan mencuri, peribadatan, cara menyambut kedatangan utusan luar

negeri, adat raja bergajah, dan sebagainya. Hukum Kanun Melaka juga telah menetapkan

hukuman terhadap kesalahan sivil dan jenayah. Hukuman yang dijalankan itu berasaskan

hukum adat setempat dan undang-undang Islam atau hukum syarak mazhab Shafie. dengan

penggubalan ini, ia dapat mempengaruhi kehidupan orang Melayu dan teks-teks negara kota

yang lain terutama di negeri-negeri yang pernah menjadi jajahan takluk empayar tersebut.

Oleh itu, penggubalan Undang-undang Melaka merupakan salah satu nilai ketamadunan yang

terdapat dalam Undang-undang Melaka.

2.2 Kemunculan Elemen Islam dalam Undang-undang Melaka


Nilai ketamadunan yang kedua ialah kemunculan elemen Islam dalam Undang-

undang Melaka. Hal ini demikian kerana, raja di Melaka mempunyai kuasa mutlak oleh

kerana adat di Melaka banyak diwarisi dari budaya Hindu. Namun begitu, kekuasaan mutlak

raja itu mula perlahan-perlahan dihakis oleh kedatangan Islam ke Melaka. Di dalam naskah

Hukum Kanun Melaka telah jelas menunjukkan elemen-elemen Islam yang telah mula

diterapkan dalam Undang-undang Melaka. Sebagai contoh:

“Bismi’llahi ‘I-Rahmani ‘I-Rahim. Alhamduli ‘Ilahi Rabbi ‘I –

‘Alamin. Wa ‘I –‘aqibatu ;li ‘I – muttaqin. Wa ‘I- salatuwa ‘I

salamu’ala Rasulika Sayyina Muhammadin wa alihi ajma ‘in.... Maka

hendaklah ia menjadikan orang besar-besar akan gantinya itu suapaya

tiada datang masghul kepadanya lagi, insya Allah Ta’ala.”

(Abu Hassan Sham, 1995: 48)

Contoh di atas menunjukkan bahawa peruntukan yang bermaksud ‘Dengan Nama Allah yang

memiliki sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang, diikuti dengan pujian-pujian kesyukuran

kehadrat Allah SWT yang dinyatakan ciri-ciri-Nya melalui kalimah ‘rabbi ‘l- ‘alamin’ iaitu

satu perakuan tauhid rububiyyah yang menunjukkan konsep Allah SWT sebagai pemilik

kedaulatan mutlak. Pujian-pujian dan perakuan tauhid rububiyyah itu diulangi lagi sebelum

memasyhurkan bahawa Hukum Kanun Melaka itu adalah satu undang-undang. Kedatangan

agama Islam ke Melaka membawa unsur-unsur baru dalam kehidupan masyarakat Melayu

pada masa itu. Dengan kemunculan elemen Islam di Undang-undang Melaka, perkara ini

sekali gus mengubah kehidupan masyarakat di Melaka. Selepas Sultan Melaka menganut

agama Islam, seluruh rakyat di Melaka terus menganut agama Islam. Hal ini demikian

kerana, raja dianggap suci dan rakyat sangat taat kepada raja. Maka, jelaslah bahawa nilai
ketamadunan dalam Undang-undang Melaka dapat dilihat pada kemunculan elemen-elemen

Islam dalam Undang-undang Melaka.

3.0 Nilai Keindahan dalam Undang-undang Melaka

3.1 Pentadbiran yang sistematik

Nilai keindahan pertama yang terdapat dalam Undang-undang Melaka ialah

pentadbiran yang sistematik. Hal ini demikian kerana, Melaka mengamalkan prinsip

Pembesar Empat Lipatan. Melalui sistem ini, raja tidak terlibat secara aktif dengan urusan

pentadbiran negara, tetapi menteri-menteri yang melaksanakan tugas-tugas pentadbiran

tersebut. Bendahara boleh dikatakan sebagai seorang Perdana Menteri pada hari ini, lazimnya

mempunyai perhubungan kekeluargaan dengan Raja Melaka. Bendahara melaksanakan

tugas-tugas pentadbiran dan diplomatik negara dengan penuh ketaatan, bertanggungjawab

dalam urusan dalam dan luar negara. Pembesar-pembesar utama lain adalah Temenggong,

Laksamana dan Penghulu Bendahari, ada juga disebut pembesar yang digelar Perdana

Menteri. Golongan juga ulama juga amat dihormati hinggakan mempunyai status sebaris

dengan Laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari. Bidang kuasa para pembesar

utama dinyatakan di dalam Fasal 1 seperti berikut:

“Adapun pada segala raja-raja itu,

pertama-tama menjadikan bendahara,

kedua menjadikan temenggung,

ketiga menjadikan penghulu bendahari,

keempat menjadi syahbandar,

maka terpelihara segala raja-raja itu dengan segala

rakyatnya.”
(Liaw Yock Fang, 1978: 62)

Contoh di atas jelas menunjukkan pentadbiran Melaka yang sistematik dengan

mempunyai pelbagai menteri yang dapat menolong raja dalam menguruskan hal

pentadbiran negara. Menteri-menteri ini juga mempunyai kuasa untuk menghukum

berdasarkan tugas mereka. Maka, dengan adanya Majlis Syura dan pembesar-

pembesar ini, ia sekali gus mengubah dan memudahkan lagi urusan pentadbiran

negeri Melaka. Rakyat juga akan mula taat akan hukuman dan kes jenayah juga akan

mula menurun.

“Dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan

segala orang besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana

sekalipun bijaksananya dan tahunya, jikalau tiada muafakat

dengan segala pegawainya di mana akan dapat ia melakukan

kebijaksanaan itu? Dan lagi tiada akan sentosa kerajaannya,

kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama

kayu; jikalau tiada kayu, di manakah api itu bernyala?”

(Shellabear, W.G, 1975: 126-127)

Contoh di atas ini juga jelas menunjukkan keseimbangan antara tugas raja dan pembesar di

negeri Melaka. Undang-undang Melaka telah jelas memberi pesanan kepada raja dan

pembesar supaya membahagikan tugas mereka dengan baik kerana sesebuah kerajaan itu

tidak akan makmur jika tiada keseimbangan antara raja dan pembesarnya. Selain itu, Majlis

Syura juga ditubuhkan dan dianggotai oleh para pembesar bergelar dan golongan ulama.

Struktur ini membuktikan sudah wujud sistem kehakiman dan pengadilan Islam dalam

kerangka politik Kesultanan Melayu Melaka yang tidak mengamalkan dualisme kerana

menurut Hukum Kanun Melaka, para pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung dan
Laksamana juga mempunyai bidang kuasa hukuman dan raja juga tigak mempunyai kuasa

mutlak. Dengan ini, pentadbiran negeri dalam pelbagai aspek dapat diadili dengan lebih baik.

Undang-undang Melaka bukan sahaja menyentuh bab muamalat atau sivil, bahkan Undang-

Undang Jenayah Islam. Peruntukan dalam Hukum Kanun Melaka ditambah dari masa ke

semasa sehingga abad ke-19.83 Ini membuktikan Kerajaankerajaan Melayu meneruskan

pelaksanaan Hukum Kanun Melaka seiring dengan pengukuhan pelaksanaan perundangan

Islam. Perkara ini menjadikan negara Melaka menjadi lebih aman dan harmoni. Justeru,

jelaslah bahawa nilai keindahan yang terdapat dalam Undang-undang Melaka ialah sistem

pentadbiran yang sistematik.

3.2 Raja adil dan saksama

Nilai keindahan yang terakhir ialah raja yang adil dan saksama. Hal ini demikian

kerana, kemasukan unsur atau budaya Islam ke negeri Melaka telah mengubah dan

menggubal Undang-undang Melaka. Namun begitu, pada zaman sebelum kedatangan Islam

ke Melaka lagi, raja-raja di Melaka perlu mematuhi beberapa adat sebelum menjadi raja.

Pada kajian Datuk Zainal Abidin bin Borhan, beliau mendapati bahawa jika seseorang raja

ingin menjadi raja, mereka itu perlu mahir empat perkara, iaitu, ‘tua hati betul’ bermakna ada

pertimbangan atau budi bicara. Kedua, bermuka manis, ketiga, berlidah fasih, dan keempat,

bertangan murah. Apabila seorang raja melaksanakan hukum, mereka juga perlu melibatkan

empat perkara sebelum melakukan sebarang hukuman, iaitu, adil, mengasihani dan hukum

dengan kekerasan serta yang keempat, ialah berani. Dengan ini, raja-raja di Melaka akan

menjadi lebih adil dan saksama dalam menjalankan apa-apa hukuman kepada pesalah yang

bersalah.
Unsur Islam dalam Undang-undang Melaka juga dapat diidentifikasi dengan melihat

ayat Alquran atau hadis yang dikutip di dalamnya. Salah satu hadis yang ditulis pada Fasal

43, iaitu:

“...kullukum ra`in wa kullukum mas’ulun`anra`iyyatih...”

(Ali Abu Bakar, A. Mg, 2018: 61)

Hadis ini juga didapati ditulis bersama dengan dengan ayat Al-Qur’an, iaitu:

“...Yā ayyuha al-ladzina āmanū athiū Allāh wa

athiū alrasūl wa uli al-amr minkum...”

(Ali Abu Bakar, A. Mg, 2018: 61)

Ayat ini membawa maksud, ‘Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul

(Nya), dan ulil amri di antara kamu’. Ayat al-Qur’an dan hadis ini dijadikan sebagai contoh

bagi raja untuk menjalankan pemerintahan mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa nilai keindahan

yang terdapat dalam Undang-undang Melaka ialah raja yang adil dan saksama.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka tidak berakhir dengan kejatuhannya

di tangan Portugis. Legasi ketamadunan dan keindahan Melaka ini berterusan dan diwarisi

oleh seluruh negeri-negeri Melayu pada tahun berikutnya. Meskipun tiada kerajaan Melayu

yang mampu mencipta semula kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka itu, namun, Melaka

masih menjadi tauladan dan sumber kekuatan kepada negeri-negeri lain di Kepulauan

Melayu. Penubuhan kerajaan Melaka juga dianggap sebagai satu titik permulaan bagi

perkembangan kerajaan Melayu moden di Malaysia. Elemen keindahan dan tamadun Melayu

yang terdapat di Melaka ini telah menggambarkan kehebatan bangsa, dan tamadun Melayu

kepada bukan sahaja kepada masyarakat negara kita bah kan masyarakat di luar negara.
Justeru, Tamadun Kerajaan Melaka akan tetap menjadi amalan dan warisan kepada negara

kita dan akan terus menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

5.0 Rujukan

 Jayaudin Jamaudin dan Ruziatul Adnan, Sejarah Islam: India-Nusantara-China, Kuala

Lumpur: Penerbit Elman, 1991, hlm. 187.

 Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, and Anisah Che Ngah, and Mohamed Anwar Omar

Din, (2018) Konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka. Jurnal Undang-Undang

dan Masyarakat, 22, 61-73.

 Abu Hassan Sham. (1995). Hukum Kanun Melaka. Penerbitan Perbadanan Muzium

Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Carlson Chew Yee Herng (2021). Melaka lahir sebagai sebuah pusat ketamadunan

Melayu. Diperoleh pada 26 November 2021 daripada

https://www.academia.edu/35858182/Melaka_lahir_sebagai_sebuah_pusat_ketamadunan

_Melayu

 Dr. AliAbu Bakar, M. Ag & Dr. Khairuddin (Eds.). (2018). Undang-undang Melaka.

Aceh, Indonesia: Fakultas Syari’ah dan Hukum UIN Ar-Raniry.

You might also like