You are on page 1of 23

Bab 7 : Ketaksamaan

Linear
7.1 Ketaksamaan
Membanding Nilai dan Menerbitkan Ketaksamaan Algebra
▪Tanda-tanda yang digunakan untuk mewakilkan hubungan ketaksamaan antara dua kuantiti
ialah
Tanda ketaksamaan Maksud
> Lebih besar daripada
< Kurang daripada
≥ Lebih besar daripada atau sama dengan
≤ Kurang daripada atau sama dengan

Semakin kecil Semakin besar


Daripada garis nombor ini, semakin ke kiri satu nombor, semakin kecil nombor tersebut dan
semakin ke kanan satu nombor, semakin besar nombor tersebut.
▪Misalnya, 8 lebih besar daripada 3, iaitu 8 > 3, atau 3 kurang daripada 8, iaitu 3 < 8. 8 > 3 dan 3 <
8 ialah ketaksamaan setara.
Latihan 1
Tentukan symbol ketaksamaan yang sesuai bagi hubungan berikut.
(a) 0 8
(b) -3 -10
7.1 Ketaksamaan
Menerbitkan Ketaksamaan Algebra
Latihan 2
Tuliskan ketaksamaan algebra bagi setiap yang berikut.
(a) Berat Aminah adalah kurang daripada 60 kg.
(b) Ketinggian minimum untuk menaiki roller-coaster mestilah sekurang-kurangnya 100 cm.
Latihan 3
Kenal pasti ketaksamaan yang terlibat dalam setiap situasi yang berikut. Seterusnya, wakilkan
hubungan ketaksamaan dengan simbol ‘≥’ atau ‘≤’ dan garis nombor.
(a) Perbelanjaan bulanan, RM𝑝, David tidak melebihi atau sama dengan RM1200.
(b) Umur minimum,𝑢 tahun, seseorang layak menderma darah ialah 18 tahun.

▪ Simbol bermaksud tidak termasuk


nilai yang berkaitan.
▪ Simbol bermaksud termasuk nilai
yang berkaitan.
7.1 Ketaksamaan
Operasi Asas pada Ketaksamaan
▪Tanda ketaksamaan kekal sama apabila operasi bertambah atau tolak dilakukan pada kedua-dua belah
ketaksamaan, (𝑎 ± 𝑘 < 𝑏 ± 𝑘)
Misalnya, −4 < 7 8>3
−4 + 5 < 7 + 5 8−6 >3−6
1 < 12 2 > −3
▪Apabila suatu ketaksamaan didarab atau dibahagi dengan nombor positif, tanda ketaksamaannya kekal
sama.
Misalnya, 3 < 10 − 18 > −30
3 × 4 < 10 × 4 − 18 ÷ 6 > −30 ÷ 6
12 < 40 −3 > −5
▪Apabila suatu ketaksamaan didarab atau dibahagi dengan nombor negatif ,tanda
ketaksamaannya dibalikkan.
Misalnya, 5 < 11 20 > 14
5 × (−3) > 10 × (−3) 20 ÷ (−2) < 14 ÷ (−2)
−15 > −30 −10 < −7
Revisi 7.1
1. Isikan petak kosong dengan simbol ‘>’ atau ‘<’.
(a) 7 -2
(b) -23 -10
(c) 9.9 9.99
Revisi 7.1
2. Tulis hubungan antara dua kuantiti bagi setiap yang berikut dengan menggunakan simbol ‘>’
, ‘<‘ , ‘≥’ atau ‘≤’.
(a) Tinggi , 𝑡 m, kenderaan yang melalui sebuah terowong tidak boleh melebihi 2.5 m.
(b) Nilai pH, 𝑥 , seketul sabun tidak kurang daripada 7.
(c) Bilangan penonton,𝑛, dalam Dewan Perdana kurang daripada 250 orang.
Revisi 7.1
3. Wakilkan setiap ketaksamaan linear berikut pada garis nombor.
(a) 𝑥 ≥ 5
(b) 𝑥 < -3
7.2 Ketaksamaan Linear dalam Satu Pemboleh
Ubah
Masalah melibatkan Ketaksamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
Latihan 5
Selesaikan setiap ketaksamaan yang berikut.
(a) 𝑥 + 2 > −2
(b) 𝑥 − 3 ≤ 5
(c) 3𝑥 < 15
𝑥
(d) − < −10
2
Latihan 6
Selesaikan setiap ketaksamaan yang berikut.
(a) 3𝑥 + 5 ≤ 23
(b) 5𝑥 − 6 < 2𝑥
7.2 Ketaksamaan Linear dalam Satu Pemboleh
Ubah
Menyelesaikan Ketaksamaan Linear Serentak dalam Satu Pemboleh Ubah
▪Ketaksamaan linear serentak dalam satu pemboleh ubah merupakan dua ketaksamaan linear
yang mempunyai penyelesaian seunya, iaitu nilai sepunya yang memuaskan kedua-duea
ketaksamaan.
▪Garis nombor juga boleh digunakan untuk menyelesaikan ketaksamaan linear serentak.
▪Kawasan bertindihan bagi dua ketaksamaan linear yang diwakilkan pada suatu garis nombor ini
merupakan penyelesaian yang memuaskan kedua-dua ketaksamaan tersebut.
Peta Pemikiran
Langkah-langkah penyelesaian ketaksamaan linear serentak dengan menggunakan garis
nombor.

Wakilkan penyelesaian bagi setiap


Selesaikan kedua-dua ketaksamaan linear
ketaksamaan linear pada garis nombor
secara berasingan.
yang sama.

Bentukkan satu ketaksamaan yang


Kenal pasti rantau sepunya
mewakili rantau sepunya
Latihan 7
Wakilkan nilai sepunya bagi ketaksamaan linear serentak yang berikut pada garis nombor dan
nyatakan penyelesaian dalam bentuk ketaksamaan.
(a) 𝑥 ≥ 2 dan 𝑥 > −4
(b) 𝑥 ≤ 3 dan 𝑥 > −3
Latihan 8
Selesaikan ketaksamaan linear serentak.
𝑥+3
5 𝑥 − 1 < 11 + 𝑥 dan ≥ −3.
2
Latihan 9
2𝑥−1
Senaraikan interger x yang memuaskan ketaksamaan linear −2 < ≤ 3.
3
Revisi 7.2
1. Selesaikan ketaksamaan linear berikut.
(a) 5 − 6𝑥 ≤ 12
(b) 7𝑥 + 9 ≥ 2𝑥 + 4
Revisi 7.2
2. Tentukan penyelesaian yang memuaskan ketaksamaan linear serentak 3𝑥 + 4 ≤ 19 dan
− 2𝑥 ≤ 6.
Revisi 7.2
3. Selesaikan ketaksamaan −1 < 5𝑥 − 4 ≤ 10
Revisi 7.2
4. Selesaikan ketaksamaan linear serentak 4𝑥 + 5 > 15 dan 𝑥 − 2 < 6 − 𝑥.
Info Rumusan Ketaksamaan Linear

Simbol ketaksamaan
𝑎 > 𝑏 ∶ 𝑎 lebih besar daripada 𝑏
Ketaksamaan 𝑎 < 𝑏 ∶ 𝑎 kurang daripada 𝑏
Hubungan anatara dua kuantiti 𝑎 ≥ 𝑏 ∶ 𝑎 lebih besar daripada atau
yang tidak sama nilai. sama dengan 𝑏
𝑎 ≤ 𝑏 ∶ 𝑎 kurang daripada atau sama
dengan 𝑏
Ketaksamaan linear dalam satu
pemboleh ubah
Ketaksamaan dengan satu
pemboleh ubah yang berkuasa 1

Menyelesaikan ketaksamaan linear Menyelesaikan ketaksamaan linear


Menulis ketaksamaan dalam bentuk serentak
teringkas dengan bahagian kiri Mencari nilai sepunya bagi dua
mengandungi pemboleh ubah itu sahaja ketaksamaan linear.

You might also like