You are on page 1of 7

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI

BIOLOGI 2020 SMKE2


TEACHER HOONG

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 SPM BIOLOGI

BAHAGIAN A – SOALAN 1 (CONTOH RUJUK SOALAN TENTANG ENZIM)

1. Baca dan highlight perkara – perkara berikut semasa baca soalan pokok
I. Tujuan eksperimen
II. Pembolehubah dimanipulasikan (MV)
III. Pembolehubah bergerak balas (RV)
IV. Pembolehubah dimalarkan (CV)
V. Radas dan bahan

2. Pada soalan (a) – jadual data yang disediakan


I. Label jalur paling kiri – pembolehubah dimanipulasikan
II. Label jalur paling kanan – pembolehubah bergerak balas

3. Soalan (a)
I. Rekod semua data dengan betul.

II. Bacaan mesti mengikut kejituan radas yang digunakan untuk mengukur bacaan tersebut.
Contohnya
a) pembaris berskala 0.1cm – bacaan perlu mempunyai satu tempat perpuluhan – 2.0cm, 3.5cm
b) Jam randik berskala 0.01s – bacaannya ialah 0.25s, 3.00s

III. Pastikan unit ditulis sekiranya tidak tertulis dalam jadual.

4. Soalan (b) – PEMERHATIAN

I. TULIS APA YANG ADA REKODKAN PADA SOALAN (a)

II. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai


MV dan nilainya + RV dan nilainya

III. Tajuk MV & RV salin bulat – bulat daripada jadual di soalan (a).

IV. Pastikan nilai yang anda tulis sama dengan bacaan yang anda rekodkan pada soalan (a)

V. Pilih nilai pembolehubah bergerakbalas yang nilainya paling rendah & paling tinggi.

1
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI
BIOLOGI 2020 SMKE2
TEACHER HOONG

VI. Contohnya..
Pada suhu 10°C (MV+nilai), masa yang diambil untuk menghidrolisis kanji dengan lengkap ialah
18minit. (RV+nilai)
Pada suhu 37°C (MV+nilai), masa yang diambil untuk menghidrolisis kanji dengan lengkap ialah
10minit. (RV+nilai)

5. Soalan (c) – Membuat inferens

I. Inferens 1 untuk Pemerhatian 1; Inferens 2 untuk Pemerhatian 2

II. Tidak perlu masukkan sebarang nilai daripada pemerhatian

III. Idea/penerangan awal untuk pemerhatian yang diperoleh

IV. Kesan pada RV disebabkan oleh MV


RV meningkat/menurun/paling tinggi/paling rendah kerana MV adalah

V. Contohnya
Inferens 1
Dalam tabung P, suhu (MV) yang digunakan adalah sangat rendah, kadar tindak balas enzim (RV)
menjadi perlahan.

Inferens 2
Dalam tabung R, suhu (MV) yang digunakan adalah sesuai/optimum, kadar tindak balas enzim (RV)
menjadi maksimum/ cepat.

6. Soalan (d) – Mengawal pembolehubah

I. Ambil tajuk + unit untuk pemboleh ubah daripada jadual di soalan (a)

II. Pembolehubah dimanipulasi


 Nilai yang telah ditetapkan dalam eksperimen
 Lajur paling kiri dalam jadual perekodan soalan (a)
 Cara mengendalikan pembolehubah
o Menggunakan MV yang berlainan iaitu (senaraikan semua nilai yang digunakan)

2
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI
BIOLOGI 2020 SMKE2
TEACHER HOONG

III. Pembolehubah bergerak balas


 Nilai yang terhasil pada akhir eksperimen
 Nilainya berubah mengikut MV
 Lajur paling kanan dalam jadual perekodan soalan (b)
 Sekiranya perlu guna formula/ rumus – rujuk soalan (e)(i) – kadang – kadang rumus disediakan
 Cara mengendalikan pembolehubah
o Ukur/Ambil/ Perhati dan rekod RV dengan menggunakan (radas yang diguna untuk
mengukur RV), atau
o Kira RV dengan menggunakan rumus (tuliskan rumus yang betul)

IV. Pembolehubah dimalarkan


 Nilai yang tidak berubah/sama sepanjang eksperimen – perlu tetap sepanjang eksperimen kerana
boleh mengganggu keputusan eksperimen.
 Biasanya boleh dijumpai dalam soalan
 Pilih satu CV sahaja
 Cara mengendalikan pembolehubah
o Guna/tetapkan CV yang sama iaitu (nilai yang ditetapkan) sepanjang eksperimen

V. Contoh

Pembolehubah dimanipulasikan
Suhu (°C)
Menggunakan kepekatan enzim amilase yang berbeza iaitu 0.1, 0.5 dan 1.0%

Pembolehubah bergerakbalas
Masa yang diambil oleh enzim amilase untuk menghidrolisiskan kanji dengan lengkap (min)
Ambil dan rekod masa yang diambil oleh enzim amilase untuk menghidrolisiskan kanji dengan
lengkap dengan menggunakan jam randik.

Atau

Kadar tindak balas enzim (min-1)


Kira kadar tindak balas enzim dengan menggunakan rumus 1/masa yang diambil oleh enzim amilasae
untuk menghidrolisiskan kanji dengan lengkap.

Pembolehubah dimalarkan
Isipadu enzim amilase (mL)/ Isipada larutan kanji (mL)
Menggunakan isipadu enzim amilase/ larutan kanji yang sama iaitu 2mL sepanjang eksperimen.

3
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI
BIOLOGI 2020 SMKE2
TEACHER HOONG

7. Membuat hipotesis

I. Jangkaan hasil eksperimen (jangkaan yang betul)


II. 3 kriteria
 MV (1 markah)
 RV (1 markah)
 Hubungan (H) (1 markah)

Contohnya
Semakin tinggi (H) suhu (MV), semakin tinggi (H) kadar tindak balas enzim (RV) sehingga mencapai
tahap yang optimum.

8. Komunikasi Data

I. Membina jadual dengan betul


II. 3 kriteria

 Tajuk yang BETUL bersama dengan UNITnya (1 markah)


 Salin daripada jadual pemerhatian/ yang diberi dalam soalan

 Pemindahan data yang betul daripada soalan 1(a)(pemerhatian) (1 markah)


 Pastikan sama dengan apa yang dijawab di soalan 1(a)

 Pengiraan/ nilai RV yang betul (1 markah)


 Guna formula yang diberi (jika ada)
 Tempat perpuluhan 1 – 3 tempat perpuluhan
 Pastikan jawapan semua sama bilangan tempat perpuluhannya

Contohnya

Tabung uji Suhu (°C) Masa yang diambil Kadar tindak balas
untuk enzim (1/t)
menghidrolisiskan (min-1)
kanji dengan lengkap
(min)
P 10 18 0.056
Q 40 12 0.083
R 37 10 0.100

4
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI
BIOLOGI 2020 SMKE2
TEACHER HOONG

9. Melukis graf

I. Baca soalan betul – betu – highlight MV dan RV yang dinyatakan dalam soalan

II. Lukis graf RV bertentangan MV (RV – paksi Y, MV – paksi X)

III. Paksi MESTI BERLABEL dan BERUNIT

IV. Skala MESTI SERAGAM

V. Plot semua titik dengan betul (1 markah)

VI. Sambungkan semua titik/ bentuk graf yang betul (1 markah)

VII. JANGAN EKTRAPOLASI – SAMBUNG TITIK PERTAMA KE TITIK TERKAHIR SAHAJA

10. Interpretasi data

I. Menhubungkan MV dan RV dengan betul berdasarkan graf

II. Jelaskan sebab hubungan MV dan RV adalah begitu

III. Penerangan 1 – bagaimana MV mempengaruhi RV

IV. Penerangan 2 – jelaskan apa yang berlaku kepada RV/ jelaskan keputusan RV

V. 3 kriteria pemarkahan

 Hubungan (1markah)
 Penerangan 1 (1 markah)
 Penerangan 2 (1 markah)

Contohnya
Apabila suhu meningkat, kadar tindak balas enzim juga meningkat (Hubungan) kerana molekul
bahan bergerak dengan lebih laju (Penerangan 1) menyebabkan perlanggaran antara molekul bahan
dan enzim berlaku dengan lebih kerap. (Penerangan 2)

5
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI
BIOLOGI 2020 SMKE2
TEACHER HOONG

11. Membuat ramalan

I. Perlu nyatakan apa ramalan anda untuk RV dalam situasi yang telah diberikan

II. Nyatakan nilai ramalan anda denan unit yang betul & sama dengan nilai RV dalam jadual yang telah
disediakan di soalan 1(a)

III. PERLU NYATAKAN RAMALAN ANDA – tanpa ramalan, penerangan yang dinyatakan dalam jawapan
tidak dikira markah.

IV. RAMALAN – beri satu nilai untuk ramalan yang dibuat. Contohnya – jisim jalur kentang akan lebih
daripada 0.03g(nilai dapat daripada jadual) iaitu 0.06g (ramalan sendiri – asal lebih daripada 0.03g)

V. Bagaimana ramal? Tengok kriteria perubahan yang diberi – rujuk jadual dalam 1(a) di mana perubahan
MV yang paling sesuai – ubah nilai daripada sana.

VI. 2 penerangan – kenapa perubahan MV tersebut menyebabkan RV meningkat/ menurun

VII. Ramalan + penerangan 1 + penerangan 2 = 3 markah

Contohnya
Masa yang diambil untuk menghidrolisiskan kanji adalah lebih cepat iaitu 15 minit (ramalan – lebih
cepat masanya daripada 10°C tetapi lebih panjang daripada nilai untuk 37°C) kerana molekul bahan
bergerak dengan lebih pantas (Penerangan 1). Lebih banyak perlanggaran berlaku antara molekul
bahan dan enzim seterusnya meningkatkan kadar tindak balas. (Penerangan 2)

12. Mendefinisi secara operasi

I. Istilah yang diberi adalah (fakta/ teori/maksud) yang ditunjuk/diwakili oleh RV dan
dipengaruhi oleh MV .

Contohnya
Enzim adalah molekul protein yang bertindak balas dengan molekul kanji yang ditunjukkan oleh masa
yang diambil untuk menghidrolisiskan kanji sepenuhnya (RV) yang dipengaruhi oleh suhu yang berlainan
(MV).

13. Klasifikasi

6
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 BIOLOGI
BIOLOGI 2020 SMKE2
TEACHER HOONG

I. Klasifikasi radas dan bahan


II. Klasifikasi kumpulan makanan
III. Lain - lain

You might also like