You are on page 1of 8

SK.

BULU SILOU,
PETI SURAT 404,
89008 KENINGAU.

RUJUKAN : 1: FAIL PENGURUSAN PANITIA RBT (FAIL INDUK)

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI KE PERTAMA


2022

Tarikh : 16 Mac 2021 (rabu)


Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Pusat Sumber SKBS

Kehadiran:
1. Pn. Yanah Bt. Baharom
2. En. Alfred Joulis
.

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


Pn. Yanah mengucapkan selamat tengahari dan selamat datang ke mesyuarat kali pertama. Beliau
mengharapkan supaya semua program yang telah kita rancang dapat kita laksanakan mengikut
perancangan.

Agenda 2 : Pembentukan AJK Induk Panitia RBT 2022


Penasihat I : En. Awg. Husin bin Awg, Ismail – Guru Besar SKBS
Penasihat II : Pn.Mariah Gudiman – PK. Kurikulum
Ketua Panitia : Pn. Yanah Bt.Baharom
Setiausaha : En. Alfred Jolis
Bendahari : Pn. Yanah bt Baharom
AJK :.
2.2 Carta Organisasi Panitia RBT 2021/2022

Penasihat I
En. Awang Husin Bin Hj. Awang

Penasihat II
Pn. Mariah Bt. Gudiman

Pengerusi
Pn. Yanah Bt Baharom

Setiausaha
En. Alfred Joulis

Bendahari
Pn. Yanah Bt Baharom

Penyelaras Penyelaras Aktiviti Penyelaras Suraya dan


Ujian/Peperiksaan Pertandingan Teknikal

Pn. Yanah Bt Baharom En. Alfred Joulis En. Alfred Joulis

Agenda 3 : Penilaian berasaskan sekolah PBD


3.1 Pn. Yanah selaku Ketua Panitia RBT sekolah SKBS meminta supaya guru-guru sentiasa membuat
penilaian secara pemerhatian, melalui lembaran kerja, ujian, peperiksaan dan penilaian apabila membuat
projek.

Agenda 4 : Hal-hal lain.


4.1 Cikgu Alfred mencadangkan supaya semua peralatan RBT disimpan di stor sementara. Dipersetujui
dan akan dibincangkan pelaksanaannya kelak.

Penutup :
Cikgu Yanah selaku ketua Panitia RBT mengucapkan berbanyak terimakasih dengan sokongan dan
kerjasama guru-guru RBT di dalam menjayakan mesyuarat dan program-program RBT.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.50 tengahari.

Dicatat oleh :

___________________
( Alfred Jolis )
Setiausaha RBT

Sk ;- Fail Panitia
- Pk. Kurikulum
SK. BULU SILOU
PETI SURAT 404
89008 KENINGAU
_____________________________________________________________________________________
RUJUKAN : 1: FAIL PENGURUSAN PANITIA RBT (FAIL INDUK)

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI KE DUA 2022

Tarikh : 17 Jun 2022 (Jumaat)


Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Pusat Sumber

Kehadiran:
1. Pn. Mariah Gudiman
2. Pn. Yanah Bt. Baharom
3. En. Alfred Joulis

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


Pn. Yanah mengucapkan selamat tengahari dan selamat datang ke mesyuarat kali kedua 2022 yang
dijalankan secara dalam talian. Beliau mengharapkan supaya semua program yang telah kita rancang
dapat kita laksanakan mengikut perancangan.
Tindakan: Pn. Yanah

Agenda 2 : Pengesahan Minit Masyuarat yang lalu.


En. Alfred mencadangkan supaya minit masyuarat yang lalu disahkan.
En. Faizal Taupin menyokong supaya minit masyuarat yang lalu disahkan.
Tindakan; En Alfred

Agenda 3: Perkara berbangkit;


3.1 Perkara 2 tentang penyediaan modul semasa PDPR perlu di simpan Salinan untuk rujukan.
3.2 Semua aktiviti PdPc yang melibatkan projek ditangguhkan pelaksanaan kerana PKP.
Tindakan; Semua guru RBT
Agenda 4 : Program Hari Merdeka
4.1 Program Hari merdeka untuk mata pelajaran RBT Tahun 4, 5 dan 6 telah disediakan jadual aktiviti
sempana bulan Ogos hingga September. Aktiviti akan dijalankan mengikut jadual.
Tindakan; Semua guru RBT

Agenda 5 : Penggunaan PCG


5.1 Pn. Yanah menjelaskan bahawa peruntukan PCG untuk tahun 2022 perlu kita guna untuk pembelian
bahan/alatan pembelajaran. PCG tahun ini khas untuk bahan/alatan pembelajaran tahun 5 dan 6.
Tindakan; En. Alfred
5.2 PCG ini perlu kita gunakan sebelum hujung tahun ini.
Tindakan; Pn Yanah

Agenda 6 : Hal-hal lain


6.1 Pn. Yanah mohon kerjasama semua guru supaya memberi 1 salinan soalan penilaian penggal untuk
simpanan fail panitia.
Tindakan; Semua guru RBT

Penutup :
Cikgu Yanah selaku ketua Panitia RBT mengucapkan berbanyak terima kasih dengan sokongan dan
kerjasama guru-guru RBT di dalam menjayakan mesyuarat dan program-program RBT.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1 petang.

Dicatat oleh :

___________________
( Alfred Jolis )
Setiausaha RBT

Sk ;- Fail Panitia
- Pk. Kurikulum
SK. BULU SILOU
PETI SURAT 404
89008 KENINGAU
_____________________________________________________________________________________
RUJUKAN : 1: FAIL PENGURUSAN PANITIA RBT (FAIL INDUK)

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI KE TIGA 2022

Tarikh : 23.5.2022 (Isnin)


Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Sumber SKBS

Kehadiran:
1. Pn. Mariah Gudiman
2. Pn. Yanah Bt. Baharom
3. En. Alfred Joulis

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


Pn. Yanah mengucapkan selamat tengahari dan selamat datang ke mesyuarat kali kedua 2022. Beliau
mengharapkan supaya semua program yang telah kita rancang dapat kita laksanakan mengikut
perancangan.
Tindakan: Pn. Yanah

Agenda 2 : Pengesahan Minit Masyuarat yang lalu.


2.1 En. Alfred mencadangkan supaya minit masyuarat yang lalu disahkan.
Pn. Yanah menyokong supaya minit masyuarat yang lalau disahkan.
Tindakan: En Alfred
2.2 Pelantikan AJK 2022 telah dilaksanakan
Tindakan: Pn. Yanah
2.3 Penyediaan bahan untuk modul pembelajaran telah dilaksanakan.
Tindakan: Semua guru RBT
Agenda 3: PCG tahun 2022
3.1 Penggunaan PCG tahun 2022 telah digunakan sepenuhnya. PCG tahun ini kita beri fokus kepada
tahun 5 dan 6.
Tindakan: En Alfred
3.2 Jika sekiranya ada lebihan PCG untuk tahun ini kita beli kertas A4 untuk kegunaan panitia.
Tindakan: En Alfred
Agenda 4 : Hal-hal lain
4.1 En. Alfred menjelaskan bahawa pentaksiran dijalankan apabila bersemuka dengan pelajar pada bulan
November. Ini untuk memastikan suatu penilaian yang telus.
Tindakan: Semua guru RBT
4.2 Pn. Yanah mengingatkan supaya semua guru mengisi PBD mengikut masa yang ditetapkan supaya
semua berjalan lancar.
Tindakan: Semua guru RBT
4.3 Pn. Yanah mengingatkan supaya guru-guru RBT menjalaankan aktiviti program Hari Merdeka
mengikut jadual. Tindakan semua guru RBT

Penutup :
Cikgu Yanah selaku ketua Panitia RBT mengucapkan berbanyak terima kasih dengan sokongan dan
kerjasama guru-guru RBT dalam menjayakan mesyuarat dan program-program RBT.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Dicatat oleh :

___________________
( Alfred Jolis )
Setiausaha RBT
Sk ;- Fail Panitia
- Pk. Kurikulum

You might also like