You are on page 1of 1

Selamat Datang

Kuala Lumpur: Kerajaan memandang serius terhadap beberapa agamawan dilihat sering
mempertikaikan kewibawaan ulama muktabar yang boleh mencetuskan polemik dan
menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar
berkata, walaupun Islam mengiktiraf kebebasan bersuara dan mengemukakan pandangan,
tetapi ia bukannya secara mutlak.

Beliau berkata, ia perlu berlaku dalam lingkaran yang dibenarkan dengan meraikan adab dan
kerangka disiplin ilmu tertentu.

"Kerajaan menyedari wujudnya mutakhir ini pihak-pihak yang lantang mempertikaikan


kewibawaan ulama khasnya di media-media sosial kerana perbezaan pandangan dan pendapat
dalam sesuatu masalah furu' (cabang).

You might also like