You are on page 1of 6

தேசிய வகை சுங்கை தமிழ்ப்பள்ளி

35600 சுங்கை, பேராக்.


SJK (T) SUNGKAI
35600 SUNGKAI, PERAK D.R.
Kod Sekolah : ABD0077 Tel/Faks : 05-4388116
E-Mel : abd0077@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 2024/2025

SJKT SUNGKAI

TARIKH : 05 MARCH 2024


MASA : 12.00 PM – 01.00 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN:

1. EN.G.THIARAN (GURU BESAR)


1. PN.K. VISALACHY (PENOLONG KANAN KURIKULUM)
2. PN. R. SHARMINI (KETUA PANITIA MATEMATIK)
3. PN.N. PARUWATHY ( SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK)
4. PN. S.INTHRA

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Guru panitia mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran semua guru yang
mengajar Bahasa Tamil ke mesyuarat Panitia kali pertama bagi sesi 2024/2025.
1.2 Beliau juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli panitia atas kerjasama
yang diberikan pada tahun lepas kerana telah berjaya melaksanakan PDPR
Makluman: AJK

AGENDA 2 : UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat
kali pertama panitia Bahasa Tamil
2.2 Beliau meminta guru-guru matematik bekerjasama dan merancang aktiviti- aktiviti yang dapat
meningkatkan pencapaian matapelajaran Bahasa Tamil dalam kalangan murid
2.3 Beliau turut meminta guru-guru agar memberi pemerhatian yang sepenuhnya semasa menulis
objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran bagi memudahkan pdpc yang efektif.

2.4 Guru Besar mengingatkan s Ketua Panitia untuk membuat perancangan kewangan sebaiknya .
2.5 Guru besar meminta semua guru Bahasa Tamil menjalankan pdp abad ke 21.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA


YANG
LALU

3.1. Pn. N. Paruwathy selaku Setiausaha sesi 2023/ 2024, membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

3.2 Pn.Visalachy mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh
Pn. S. Inthra

Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT

Tiada

AGENDA 5 : PROFESIONAL/ISU YANG DIBINCANGKANG

5.1 Perancangan dan Persediaan awal tahun persekolahan

5.1.1 Dasar KPM/JPN/PPD/Sekolah


5.1.1.1

5.1.2 Misi, Visi, Matlamat Panitia


5.1.2.1

5.1.3 Bilik-Bilik Khas

PERBELANJAAN PANITIA MATEMATIK

5.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum diketahui.
5.2 Guru-guru Matematik boleh senaraikan dahulu barang-barang BBB yang ingin dibeli dan
maklumkan kepada KP untuk buat nota minta.
5.3 Ketua Panitia memberitahu peruntukan PCG ini akan dibelanjakan untuk membeli bahan keperluan
Panitia Matematik dan perbelanjaan perlaksanaan program-program panitia
yang akan dijalankan.
5.4 Ketua Panitia menyatakan bahawa pada hujung tahun 2023, panitia matematik membeli jam dan
wang palsu untuk digunakan dalam PdPC. Diharapkan ahli panitia dapat memaksimakan
penggunaan bahan tersebut.
Tindakan : Semua Guru Matematik

AGENDA 6 : RANCANGAN TAHUNAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK

6.1 Pembinaan BBB Matematik (Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah)


6.1.1 Ketua Panitia memutuskan satu bahan Inovasi bagi matapelajaran Matematik akan
dihasilkan untuk penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah.
6.1.2 Bahan Inovasi ini dihasilkan untuk mengatasi masalah operasi tolak dengan mengumpul
semula dalam kalangan murid-murid sekolah kita.
6.1.3 Bahan ini juga boleh digunakan untuk semua kelas semasa waktu PdP matematik atau
waktu bacaan pagi.

6.2 Program Bijak Sifir


6.2.1 Carta Sifir dihasilkan oleh murid-murid menjadi bahan bacaan pada setiap jumaat(bacaan
pagi)
6.2.3 Guru-guru diminta menguji tahap penguasaan sifir murid-murid di kelas masing- masing
dan mencatit penguasaan sifir sebagai bahan bukti penghafalan sifir.
6.3 Minggu Matematik
6.3.1Minggu matematik dirancang akan dijalankan pada bulan 5 – 9 Ogos 2024.
6.3.2 Aktiviti-aktiviti seperti berikut akan dijalankan
 Genuis Matematik
- Dalam 10 minit murid akan menjawab soalan matematik yang berbentuk 2 soalan
objektif (sederhana) dan 3 soalan subjektif yang beraras tinggi(KBAT)
- Soalan yang diuji akan disediakan oleh ahli jawatankuasa
 Bijak Sifir
 Aktiviti Tahap 1 & Tahap 2

Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 7 : DSKP & RPT

7.1 Ketua panitia menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT), rancangan
pelajaran harian (RPH) dan Dokumen Standard Kandungan Pelajaran (DSKP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada.
7. 2 RPT perlu dicetak dan disimpan di fail dan upload dalam google drive Panitia Matematik
7. 3 Ketua Panitia juga meminta guru-guru Matematik menyediakan DSKP dan RPT Matematik bagi
kelas yang diajar dalam tempoh dua minggu.
7. 4 Format menyediakan RPT adalah seperti berikut:
 Minggu
 Standard Kandungan
 Standard Pembelajaran
 Catatan

Tindakan: Guru Matematik

AGENDA 8 : PENULISAN RPH

8.1. Ketua Panitia meminta semua guru Matematik supaya mematuhi format Rancangan Pengajaran
Harian yang telah dibincang dan ditetapkan dalam mesyuarat panitia pertama ini.

Tindakan: Guru Matematik

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.

9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih kepada murid-murid
tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

9.3 Buku latihan perlu di hantar kepada penolong kanan atau guru besar mengikut jadual yang
disediakan.

Tindakan: Guru Matematik

AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)
mengikut
Abad 21.

10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu digunakan
semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan untuk tujuan
PdP.

10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik minat murid.
Tindakan: Guru Matematik

AGENDA 11 : PBD

11.1 Semua guru matematik diminta menyediakan fail peribadi untuk menyimpan rekod PBD.

11.2 Guru matematik juga perlu menyediakan rekod transit bagi setiap kelas yang diajar.

11.3 Pelaporan offline akan dibuat 3 bulan sekali berasaskan kepada rekod transit .

Tindakan:Guru Matematik
AGENDA 12 : PEMULIHAN MATEMATIK

12. 1 Pemulihan untuk murid yang masih lemah dalam matapelajaran Bahasa melayu dan Matematik
akan dijalankan.
12. 2 Guru Pemulihan harus mengajar murid-murid pemulihan berpandukan modul/bahan
yang diberikan KPM.
12.3 Jadual Waktu Pemulihan akan diedarkan oleh GPK kurikulum kepada guru pemulihan.
12.4 PdPc untuk murid –murid perlu menarik minat dan penggunaan bahan bantu belajar merupakan
aset penting untuk memulihkan murid pemulihan.

Tindakan :Guru Pemulihan

AGENDA 11 HAL-HAL LAIN

11.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan dan penggunaan BBM perlu dipertingkatkan.

11.2 Pengerusi memohon dipelbagaikan kaedah penyoalan supaya murid seronok belajar subjek
Matematik

Tindakan: Semua guru

AGENDA 12 : PENUTUP

12.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea untuk
meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Matematik

Disediakan oleh, Disemak oleh : Disahkan oleh :


(PARUWATHY A/P NATHAMUNY) (VISALACY A/P KANGAN) (THIARAN A/L GANDIAPPAN)
SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK PK PENTADBIRAN GURU BESAR

You might also like