You are on page 1of 7

 Ucapan lazim disampaikan dalam majlis

perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian,


perayaan tertentu, dan sebagainya.

 Antara ucapan yang boleh disampaikan


termasuklah:
·ucapan dalam majlis perpisahan
·ucapan dalam majlis meraikan
seseorang.
·ucapan dalam majlis perasmian.
 Bahasa yang digunakan dalam ucapan
haruslah mudah difahami, padat, tegas,
berkesan, dan mudah difahami.

 Kiasan, jenaka, pantun, atau peribahasa yang


sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau
bagaimanapun, janganlah berlebih-lebihan
sehingga menjejaskan isi ucapan yang
disampaikan.
 Pendahuluan
Merupakan pembuka kata yang berupa ucapan selamat dan kata
alu-aluan sebagai tanda hormat.

Isi
Merupakan tujuan ucapan disampaikan

 Kata-kata penghadapan
Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara
kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah
"hadirin yang dimuliakan", "hadirin sekalian", dan "tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati".

 Penutup
Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa
ucapan akan ditamatkan. Antara kata-kata yang boleh digunakan
termasuklah "akhir kata", dan "mengakhiri ucapan saya". Ucapan
hendaklah diakhiri dengan ucapan "sekian, terima kasih".
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru
Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan
sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.
Ucapan
aluan
Hadirin sekalian, Kata
penghadapan

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai


Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat
sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu
marilah kita menghargai jasa guru.
isi
Kata
Rakan-rakan sekalian, penghadapan

Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan


membimbing kita hingga kita dapat mencapai
kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang
hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya
kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh


itu,kita mestilah menghormati guru.Segala
nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan
sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian, Kata
penghadapan

Guru adalah orang yang sering memberi semangat


kepada kita untuk rajin belajar.Mereka
sedia mendengar segala masalah yang kita tidak
fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik
yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah.

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru


ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima
kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu
mendidik kami dengan sabar .
penutup

You might also like