You are on page 1of 39

EDUP3033

MURID DAN PEMBELAJARAN


Topik 4:
Perbezaan Individu dan Pembelajaran
Pensyarah:
DR. SALINA BT. MOKHTAR
salinamokhtar11@gmail.com
013-4531418
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek-aspek perbezaan individu dalam PdP:
 Gaya kognitif
- Field dependent/Field independent
- Habits of Mind
 Gaya Pembelajaran
- Dunn & Dun
- Model Kolb
- Honey & Mumford
 Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
termasuk murid berkeperluan pendidikan khas
Pengenalan
1. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perlu disedari bahawa
pelajar-pelajar terdiri daripada individu-individu yang berbeza dari
segi keupayaan, pencapaian, minat dan gaya pembelajaran.
2. Jonassen dan Grabowski (1993) menyatakan bahawa individu adalah
berbeza-beza di dalam menerima, mengorganisasi, memproses dan
mengingati sesuatu maklumat.
3. Para ahli sains perlakuan telah lama mengetahui bahawa pengajaran
akan menjadi lebih berkesan sekiranya perbezaan individu dalam
pengetahuan sedia ada pelajar dan tahap perkembangan pelajar
diambil kira (Witkin et.al, 1977).
Gaya Kognitif
1. Kajian dalam bidang kognitif telah dilakukan dan didapati
individu mempunyai perbezaan antara satu dengan yang
lain (Gagne, 1985).
2. Antara perbezaan gaya kognitif tersebut ialah Field
Independence (FI) lawan Field Dependence (FD) (Slavin,
1994)
3. Individu FI dan FD tidak terlalu berbeza dari segi kebolehan
pembelajaran atau ingatan, tetapi mereka lebih
terpengaruh oleh isi kandungan dan cara pengajaran
(Lourdusamy, 1994).
Pelajar Field Independent (FI)
1. Pelajar Field Independent adalah pelajar yang boleh
mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang
menganggu apabila ia cuba mengasingkan sesuatu aspek
dalam situasi tertentu.
2. Ia didapati juga mempunyai kemahiran membina struktur ke
atas situasi yang tidak mempunyai struktur (Lourdusamy,
1994).
Pelajar Field Dependent (FD)
1. Pelajar field dependent adalah pelajar yang tidak dapat
membebaskan diri daripada unsur-unsur persekitaran atau
latar belakang yang mengganggu apabila ia cuba untuk
mengasingkan sesuatu aspek dalam situasi tertentu.
2. Ia juga didapati sukar menggunakan struktur ke atas situasi
yang tidak mempunyai struktur (Lourdusamy, 1994).
Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
1. Individu FI lebih berminat terhadap idea-idea dan prinsip-
prinsip abstrak (Ng, 1981).
2. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan FI didapati lebih
gemar kepada aktiviti pembelajaran berorentasikan
tugasan, sementara pelajar FD lebih gemar kepada aktiviti
yang berorentasikan aspek sosial
3. Pelajar FI juga didapati lebih suka pengajaran yang
berbentuk impersonal dan induktif sementara pelajar FD
lebih suka situasi pembelajaran yang membolehkan mereka
berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain (Lourdusamy, 1994).
Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
4. Kumpulan FI dapat menyelesaikan masalah baru dengan
usaha gigih sendiri, mempunyai kemahiran untuk
menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja sendiri.
(Witkin et.al, 1977). Pelajar FD lebih bergantung kepada
orang lain dan bekerja secara kumpulan
5. Menurut Lourdusamy (1994), pelajar FI mempunyai
motivasi dalaman berbanding pelajar FD yang memerlukan
motivasi dari luar (external motivation).
Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
6. Dari segi penggunaan bahan-bahan, didapati pelajar FI tidak
menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahan yang
tidak berstruktur berbanding dengan pelajar FD.
7. Pelajar FI, mereka lebih cenderung kepada pendekatan
pengujian hipotesis dalam proses pembelajaran konsep,
berbanding dengan pelajar FD di mana mereka lebih
cenderung kepada pendekatan penonton dalam proses
pembelajaran konsep.
Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
8. Wey dan Waugh (1993) telah menjalankan kajian terhadap kesan
penggunaan teks dan teks bersama grafik dalam bahan pengajaran.
• Seramai 61 mahasiswa terlibat dalam kajian tersebut. Hasil
kajian tersebut mendapati kumpulan pelajar FI mendapat
keputusan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan
pelajar FD dalam persembahan bahan yang hanya
menggunakan teks sahaja.
• Manakala bagi persembahan teks dengan grafik, tidak ada
perbezaan yang signifikan di antara pelajar FI dan FD. Implikasi
dari kajian ini ialah pelajar FD mendapat manfaat daripada
penggunaan grafik dalam persembahan pengajaran.
GAYA PEMBELAJARAN
Pengenalan
1. Cara murid-murid belajar adalah berbeza
2. Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu bertindak
balas terhadap alam sekitar atau pembelajaran.
3. Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara
bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi
pengetahuan.  (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)
4. Tidak ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling
baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih
adalah bergantung dengan individu tersebut.
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Menurut Dunn & Dunn (1981) Gaya Pembelajaran ialah cara
bagaimana elemen-elemen daripada lima rangsangan iaitu
persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi
mempengaruhi seseorang untuk memahami dan berinteraksi
serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.
Mencadangkan 4 jenis gaya pembelajaran;
1. Pendengaran (Audiotori) – Ingat nama, lupa wajah
2. Penglihatan (Visual) – Ingat wajah, lupa nama
3. Sentuhan (Tactual) – “Hands-on”
4. Pergerakan (Kinestatik) – Tidak boleh duduk diam
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
1. Pendengaran (Audiotori)
 Merupakan jenis pembelajaran yang menekankan
pendengaran perkataan dan arahan lisan.
 Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui
bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika
mempelajari sesuatu.
 Murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini
akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula
rakaman pita audio dan juga mengajar murid –murid lain
serta berbincang dengan guru. 
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
2. Penglihatan (Visual)
 Gemar belajar dengan huruf, gambar atau gambar rajah,
teks, benda-benda maujud dan sebagainya.
 Lebih cenderung mempelajari sesutu dengan melihat
teks yang sedia ada dan lebih suka mempelajari melalui
penglihatan.
 Memerlukan tulis nota apabila mengingati sesuatu dan 
tidak perlu penerangan lisan.
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
3. Sentuhan (Tactual)
 Pelajar jenis tactual pula dapat belajar dengan lebih
berkesan apabila berpeluang membuat latih amal
(hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen
di makmal, membina model dan menyentuh dan
menggunakan bahan.
 Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar
memahami maklumat baru.
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
4. Pergerakan (Kinestatik)
 Belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati
informasi ke dalam otaknya.
 Memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit
untuk membantu mereka mengingati sesuatu
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP
1. Pendengaran (Audiotory)
 Meminta murid membaca sesuatu teks dengan kuat
 Murid gemar mendengar penerangan/penjelasan
daripada guru
 Murid berbincang dalam kumpulan (mengemukakan
pendapat masing-masing)
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP
2. Pergerakan (Kinestatik)
 Menggunakan pelbagai objek manipulatif
 Mengadakan aktiviti main peranan, simulasi dan sebagainya.
 Mengadakan lawatan sambil belajar
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP
3. Penglihatan (Visual)
 Meminta murid menyediakan nota dalam bentuk peta
konsep, peta kognitif, peta minda dsn.
 Guru membuat demontrasi/tunjuk cara untuk mengajar
sesuatu kemahiran
 Menggunakan ABM/BBM berbentuk teks (tulisan) dan
grafik, video/slaid/carta dan sebagainya.
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP
4. Sentuhan (Tactual)
 Menggunakan BBM dalam bentuk konkrit yang boleh
dipegang dan disentuh oleh murid-murid.
 Contoh: Membawa dan mempamerkan pelbagai jenis
buah-buahan tempatan seperti pisang, tembikai,
rambutan, durian dan sebagainya.
 Mengadakan aktiviti pembelajaran yang berbentuk
amali/praktikal
 Aktiviti cap-mengecap, kolaj, mewarna, bermain dam ular
dan sebagainya.
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)

1. Honey dan Mumford (1992), mengatakan pembelajaran telah


berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang
baru, sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau
kemahiran.
2. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki
pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan
untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat
kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.
3. Sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya
pembelajaran seseorang murid.
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)

Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah


laku kepada 4 kumpulan iaitu:
1. Gaya Pembelajaran Aktivis
2. Gaya Pembelajaran Teoris
3. Gaya Pembelajaran Reflektif
4. Gaya Pembelajaran Pragmatis
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
1. Gaya Pembelajaran Aktivis
 Mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan
mereka adalah penuh dengan aktiviti yang mencabar supaya dapat
memberi pengalaman yang baru  kepada mereka.
 Mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang kerana mereka tidak
akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara.
 Bersikap berdikari kerana mereka tidak perlu dorongan daripada orang
lain.
 Peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering
tertumpu pada persekitaran diri sendiri.
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
2. Gaya Pembelajaran Reflektif
 Berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian,
memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran.
 Sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun
telah diambil.
 Tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat
yang sebenar.
 Mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan
membuat analisis pengalaman tersebut.
 Bekerja dengan sistematik & mengelakkan membuat kesilapan.
 Persepsi dan pengamatan tajam dan sensitif.
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)

Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku


kepada 4 kumpulan iaitu:
3. Gaya Pembelajaran Teoris
 Sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal.
 Mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran
yang praktikal atau menerima unsur logik.
 Golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis dan
mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. 
 Sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta
lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis ,
kenyataan atau idea yang wujud.
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
4. Gaya Pembelajaran Pragmatis
 Memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka.
 Hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri.
 Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat
mencari jawapan yang paling tepat.
 Gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna
atau tidak dalam situasi yang sebenar.
 Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan
otak kanan yang mementingkan logikal. 
GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN
MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
4. Gaya Pembelajaran Pragmatis
 Memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka.
 Hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri.
 Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat
mencari jawapan yang paling tepat.
 Gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna
atau tidak dalam situasi yang sebenar.
 Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan
otak kanan yang mementingkan logikal. 
GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Kolb (1984) membahagikan gaya pembelajaran kepada empat
kategori iaitu :
1. Pengalaman Konkrit (Concrete Experience, CE).
2. Pemerhatian Reflektif (Reflective Observation, RO).
3. Pengkonsepsian Abstrak (Abstract Conceptualization, AC).
4. Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE).
GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
1. Pengalaman Konkrit (Concrete Experience, CE).
 Melibatkan diri secara lagsung dalam aktiviti untuk
mendapatkan pengalaman baru.
 Dapat belajar dengan baik melalui membuat eksperimen,
kerja lapangan, pemerhatian dan melakukannya dengan
menggunakan panca indera
 Suka membuat perbandigan, bertindak mengikut perasaan
dan tidak suka melakukan sesuatu melalui pembacaan.
 Suka berinteraksi dengan maklumbalas, aktiviti kemahiran
dan dibimbing kaedah pembelajaran kendiri yang sesuai
dengan diri mereka.
GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
2. Pemerhatian Reflektif (Reflective Observation, RO).
 Individu ini berorientasikan pemerhatian reflektif yang suka
memikirkan makna sesuatu situasi dan idea.
 Melihat implikasi sesuatu perkara dari pelbagai perspektif dan
menghayatinya dari sudut yang berbeza berdasarkan pengalaman.
 Dapat belajar dengan baik melalui penggunaan log, jurnal, kuliah,
ceramah dan aktiviti 'brainstorming'
 Seorang yang reflektif, suka mencuba, berhati-hati semasa
membuat penilaian dan sentiasa merujuk pakar untuk
mendapatkan pandangan dan penjelasan.
 Gemar mengumpul maklumat, menganalisis data serta mengambil
masa untuk membuat sesuatu keputusan dan kesimpulan
GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
3. Pengkonsepsian Abstrak (Abstract Conceptualization, AC).
 Berorientasikan pengkonsepsian abstrak dapat menghasilkan
teori dan idea dalam menerangkan pemerhatian yang dilakukan.
 Dapat belajar dengan baik melalui kuliah, kertas kerja, kerja
analogi, pembacaan, simulasi dan kajian kes
 Mempunyai pemikiran logik dan reflektif, penilaian rasional,
berorientasikan benda dan symbol, suka situasi pembelajaran
yang 'impersonal' iaitu mementingkan teori, idea dan analisis
yang sistematik.
 Cenderung cara pembelajaran membaca dan berfikir. Kaedah
berbincang tidak sesuai untuk mereka.
 Jenis teori dan bersifat objektif.
GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
4. Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE).
 Mahir dalam menjana idea yang bernas dan cekap, menggunakan
teori untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
dengan baik.
 Dapat belajar dengan baik melalui simulasi, kajian kes, kerja
sekolah, eksperimen, perbincangan dan permainan
 Seorang yang ekstrovert, tidak suka situasi pembelajaran yang pasif
seperti kuliah.
 Gemar melibatkan diri dalam situasi seperti penyelesaian masalah,
perbincangan dalam kumpulan, maklumbalas dan kerja sekolah.
 Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan teknik
sumbang saran serta sesi 'buzz'.
GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
4. Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE).
 Mahir dalam menjana idea yang bernas dan cekap, menggunakan
teori untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
dengan baik.
 Dapat belajar dengan baik melalui simulasi, kajian kes, kerja
sekolah, eksperimen, perbincangan dan permainan
 Seorang yang ekstrovert, tidak suka situasi pembelajaran yang pasif
seperti kuliah.
 Gemar melibatkan diri dalam situasi seperti penyelesaian masalah,
perbincangan dalam kumpulan, maklumbalas dan kerja sekolah.
 Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan teknik
sumbang saran serta sesi 'buzz'.
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN
terhadap PdP

1. Membantu guru memahami perkembangan dan


penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang di sampaikan.
2. Membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan
setiap murid di sekolah.
3. Membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu
panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai, sepadan
dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini, dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN
terhadap PdP

4. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri


atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada
satu gaya pembelajaran dan guru perlulah membahagikan
murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi
membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi
secara efektif.
5. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan
akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika
berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau
dua gaya pembelajaran.
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN
terhadap PdP

4. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri


atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada
satu gaya pembelajaran dan guru perlulah membahagikan
murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi
membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi
secara efektif.
5. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan
akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika
berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau
dua gaya pembelajaran.
Sekian
TERIMA KASIH
Rujukan:
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft.
Dipetik dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.
html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart
and Winston
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2015), Murid dan Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Penghargaan
1. Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Tuanku Bainun

You might also like