You are on page 1of 10

Sejarah Kurikulum Bersepadu

Tahfiz di Malaysia
TFZK2043M – KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ
WAN MUHAMAD SYAHMI BIN WAN YUSOFF
MUHAMMD SYAWAL HAZWAN BIN RASHID
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHAMAD ROSLAN
Pendahuluan

 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan


kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama
Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan sebahagian
mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang menghafaz
al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-
ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-
Quran dalam masa 5 tahun pengajian di peringkat sekolah menengah.
Punca Kuasa

Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah diperolehi dari
pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti berikut:
 Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama
Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyelaraskan
Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan SABK. Dalam mesyuarat pada 15 Jun
2012, Jawatankuasa ini telah bersetuju terhadap cadangan KPM untuk menjadikan
Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna
pakai kurikulum yang telah diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan Kurikulum
Tahfiz Kebangsaan.
 Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012
pada 25 Jun 2012 telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan
Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.
 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga
bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum
Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.
 Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali
Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012 telah bersetuju supaya Kurikulum Dini
dan Kurikulum Tahfiz digunakan sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang
telah mendaftar sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum
Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
 Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari 2013 telah
bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini setelah dibentangkan
oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.
 Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang
akan melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan
persetujuan ini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan
MoU pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan
Kurikulum Azhari di sekolah-sekolah agama hendaklah diurus oleh
kerajaan negeri sehinggalah kurikulum-kurikulum tersebut diselaraskan
dan dijadikan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
Objektif

Objektif KBT adalah seperti berikut:


1. melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu’ al-Quran;
2. melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah, sesama
manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah;
3. melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan profesional
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
4. melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam menyelesaikan
masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta berfikiran kreatif dan inovatif.
Struktur Organisasi
Peranan dan Tugas Guru KBT

Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KBT, Guru Tahfiz mempunyai peranan


khusus melibatkan perkara-perkara berikut:
i. Melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran mengikut jadual yang
ditetapkan bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang
ii. Melaksanakan tahriri hafazan dan hafazan baru (7.00 malam hingga 9.00
malam) mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.
iii. Memastikan aktiviti qailulah dilaksanakan.
iv. Peranan guru tahfiz adalah sama dengan guru akademik.
Rujukan

 https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/surat-pe
makluman-pelaksanaan-dan-maklumat-asas-bagi-kurikulum-bersep
adu-dini-kbd-dan-kurikulum-bersepadu-tahfiz-kbt
 https://drive.google.com/file/d/0BwUAPaMGYx2mMVN4QVNtT
2dJbUk/view
 https://drive.google.com/file/d/0BwUAPaMGYx2mWmxaMzY5R
EVNYTQ/view

You might also like