You are on page 1of 12

PENDIDIKAN INKLUSIF

(BMMB3132)
Tutorial Minggu 5 :
Kumpulkan maklumat tentang Pendidikan Inklusif di Malaysia. Kelaskan
maklumat kepada sejarah, matlamat dan objektif, dasar antarabangsa dan
kebangsaan dan Program Pendidikan Khas KPM (Sekolah Khas, Program
Integrasi, Program Pendidikan Inklusif)

Pensyarah :
Datin Mastura Binti Mohd Berawi

Disediakan oleh :
Muhammad Alif Izzuddin Bin Rosli
SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF
 Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang
diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang
belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang
sama dan diajar oleh guru biasa (Haji Sabri Salleh, 1996).
 Pendidikan inklusif terbahagi kepad dua iaitu :
(i) Inklusif Separa :
- Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran
tertentu sahaja.
- Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas.
- Senarai nama murid pada daftar Pendidikan Khas.
- Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru
pendamping.
- Mengambil ujian mata pelajaran
(ii) Inklusif penuh
- Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.
- Senarai nama kekal dalam daftar Pendidikan Khas.
- Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru Pendidikan Khas
(guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkah laku.
- Pelajar pendidikan khas yang layak

• Pada tahun 1962, program percantuman dan inklusif bagi murid-murid yang
bermasalah penglihatan telah dimulakan manakala program inklusif bagi murid-
murid yang bermasalah pembelajaran dimulakan di dalam kelas-kelas perintis pada
tahun 1988.
• Pada tahun 1993, terdapat tiga orang murid pendidikan inklusif telah ditempatkan
belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki) di Kuala
Lumpur.
• Kesinambungan daripada itu, kelas-kelas inklusif mula berkembang pesat. Pada
tahun 1994, terdapat 14 buah sekolah yang menjalankan kelas-kelas inklusif secara
projek rintis di seluruh Negara.
• Pada tahun 1995, program bermasalah pembelajaran peringkat menengah pula
dimulakan bahi tujuan mendidik murid-murid yang berpotensi dalam bidang
akademik walaupun mereka mengalami ketidakupayaan.
MATLAMAT
 Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di
sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan
khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai
kemampuan dan keperluan yang berbeza.
 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah
bersama-sama pelajar normal.
 Memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-
awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj
Awang, 1996).
 Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran
tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai- nilai estetika dan sosial agar mereka
boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
 Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran
serta kerjaya yang dibina.
OBJEKTIF
 Membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat
tempat yang sama dalam pendidikan.
 Menempatkan kanak-kanak ini dlm persekitaran yang
seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan
untuknya.
 Membolehkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan
diri
dlm semua aspek dari awal.
 Membuktikan mereka juga mempunyai kemahiran dan
kebolehan yg setanding dgn rakan-rakan mereka yg
nromal.
 Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut
kelaziman org normal.
 Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan
masyarakat.
DASAR ANTARABANGSA
• Council for Disabled Children (CDC) di UK
Penyatuan • MBK diberi sokongan & perkhidmatan
Baharu (Julai yang diperlukan supaya dapat pendidikan
yang seimbang.
1994)

• Inklusif sepatutnya merupakan norma


Pernyataan pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas
Salamanca (MBK)

(1994)

Pernyataan • Semua murid di Australia diberi


pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan
Dasar dengan tempat tinggal.
Pendidikan
Inklusif
DASAR KEBANGSAAN

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1996

Peraturan Pendidikan Khas 2013 & Kod Amalan Pendidikan Murid


Berkeperluan Khas

Dasar Pendidikan Wajib 2002

Akta Orang Kurang Upaya 2008

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)


DASAR ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN
 Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan.
 Konsep “keadilan” iaitu kanak-kanak mempunyai banyak persamaan, agen yang baik boleh
mengajar semua jenis kanak-kanak, semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualiti
pendidikan yang tinggi dan proses P&P “child centered”.
 Keperluan Kesamarataan hak asasi
- Secara umumnya individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan
pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan yang kurang upaya.
Ini kerana semua kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan didikan di persekitaran yang
sama dengan rakan sebaya yang lain.
 Keperluan Pendidikan Berkualiti
- Pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf
pendidikan golongan orang berkeperluan khas di negara ini. Ini kerana pendidikan menjadi aset
kepada setiap individu termasuk golongan keperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh menjadi
alasan untuk keciciran mendapat pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam
menyediakan perkhidmatan kepada golongan ini.
 Keperluan Sosial
- Pendidikan inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada
golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusian antara masyarakat.
Kebanyakkan kanak-kanak normal takut akan golongan bekeperluan khas ini. Melalui Pendidikan
Inklusif ini, ia mengajar supaya kanak- kanak dapat menerima golongan ini secara semula jadi.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM

Sekolah
Khas

Program
Program
Pendidikan
Integrasi
Inklusif
SEKOLAH KHAS

• Sekolah bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran.


• Jenis sekolah khas :
(i) Sekolah Rendah
- Ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan & masalah
pembelajaran.
(ii) Sekolah Menengah
- Sekolah vokasional, sekolah akademik untuk murid ketidakupayaan pendengaran & sekolah
akademik untuk murid ketidakupayaan penglihatan.
• Kemudahan sekolah diberikan dari segi asrama dan makanan percuma.
• Program :
(a) PraSekolah
- 6 hingga 14 tahun
- Disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tan[a bantuan orang lain.
(b) Pelajaran Rendah
- 6 hingga 14 tahun
- Disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tan[a bantuan orang lain.
(c) Pelajaran Menengah
- 13 hingga 19 tahun
- Disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tan[a bantuan orang lain.
(d) Pendidikan Teknik & Vokasional
- Murid lulus Sijil Rendah Pelajaran
PROGRAM INTEGRASI

• Pada tahun 1962, kerajaan memulakan Program Pendidikan Khas Integrasi


• Tujuan :
1. Semua murid MBK berpeluang menerima akses pendidikan yang relevan
dan sesuai.
2. MBK diperkembangkan bakat dan potensi melalui pendidikan Vokasional
bagi menghasilkan insan berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
3. MBK diberi peluag mengikut Program Intervensi Awal agar tahap
keupayaan mereka dioptimumkan.
4. Peluang MBK mengikut program pendidikan menjurus kepada peningkatan
potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan menjadi
aset negara.
5. MBK berpotensi ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana.
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

• Program Pendidikan Inklusif ialah program pendidikan berkeperluan


pendidikan khas yang dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain
dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
• Matlamatnya ialah :
1) Meningkatkan penyertaan dan memberikan peluang kepada murid
MBK menyertai program akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid normal di arus perdana.
2) Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan
potensi murid berkeperluan khas dan percaya bahawa ketidakupayaan
mereka boleh meminimumkan jika diberi peluang yang sama.

You might also like