You are on page 1of 18

TOPIK 3

KOMUNIKASI KANAK-
KANAK MASALAH
PENGLIHATAN
ZAINAL ABIDIN BIN NASIR
DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN.
 
Hallahan & Kaufman (2014) menjelaskan bahawa masalah penglihatan
boleh didefinisikan daripada aspek perundangan dan daripada aspek
pendidikan.
 
i. Definisi dari segi perundangan (legal definition):
 BUTA dari segi perundangan (legally blind) bermaksud individu
berkenaan mempunyai ketajaman penglihatan jauh (distance visual
acuity) tidak melebihi 3/60 pada mata yang lebih baik, selepas
rawatan terbaik dan/atau medan penglihatan yang kurang daripada
200. Definisi ini juga digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
RABUN dari segi perundangan (legally partially sighted / low vision)
bermaksud ketajaman penglihatan jauh di antara 3/60 hingga 6/18
pada mata yang lebih baik selepas rawatan terbaik.
Definisi dari segi pendidikan (educational definition):
 
• BUTA dari segi pendidikan bermaksud individu
berkenaan terpaksa bergantung kepada deria
sentuhan dan pendengaran untuk pembelajaran
akademik.
• RABUN dari segi pendidikan bermaksud individu
berkenaan masih mempunyai sisa penglihatan
(residual vision) yang membolehkannya membaca
cetakan, dengan atau tanpa bantuan khas (misalnya
kanta pembesar, cahaya, dll) (useable vision)
KETAJAMAN PENGLIHATAN. 
Ia merupakan ukuran penglihatan tengah. Untuk ukuran
penglihatan jauh, Carta Snellen biasa digunakan.

 KECEKAPAN PENGLIHATAN
• Kecekapan penglihatan merujuk kepada keupayaan
seseorang menggunakan penglihatan yang masih ada
padanya. Ia diukur melalui pemerhatian ke atas keupayaan
seseorang melakukan tugasan visual. Tugasan-tugasan ini
banyak menggunakan pelbagai kemahiran visual.
• Ini bermakna dua individu yang mempunyai ketajaman
penglihatan yang sama tidak semestinya mempunyai
kecekapan visual yang sama.
• ALAT BANTU PENGLIHATAN
• ALAT-ALAT OPTIKAL
Alat bantu penglihatan optikal merupakan alat
bantu dengan fungsi tertentu. Satu alat
mungkin digunakan untuk satu tujuan sahaja. Ia
bukanlah alat bantu serba guna. Latihan
penggunaan alat perlu dilakukan berterusan
bagi meningkatkan kemampuan mengendalikan
alat tersebut. Sebagai contoh, kedudukan mata
dan cara memegang alat tersebut.
• Kanta pembesar berpemegang (hand-held magnifiers)
Alat ini juga menawarkan fleksibiliti pembesaran yang jarak
antara teks atau objek boleh dilaraskan mengikut kesesuaian
penglihatan. Kuasa pembesaran akan meningkat apabila jarak
antara mata dengan alat pembesar dikurangkan. Selain itu,
individu boleh memilih jarak penglihatan yang sesuai dan selesa
untuk menjalankan aktiviti bergantung kepada saiz teks atau
objek.
 
 hand-held magnifiers
 
 
 
 
Kanta pembesar dengan penegak (stand
magnifiers)
• Penggunaan kanta pembesar dengan penegak ini
menawarkan visual imej yang lebih stabil berbanding cermin
mata satu visi dan alat pembesar dengan pemegang tangan.
Kanta pembesar ini merupakan pilihan terbaik bagi individu
yang memerlukan tahap pembesaran objek atau teks yang
tinggi. Selain itu, alat ini juga ada yang dilengkapkan dengan
cahaya dan menggunakan kuasa bateri serta mudah
dikendalikan.
• Cermin mata pembesar satu visi
(single-vision spectacle magnifiers)
• Kanak-kanak lebih gemar menggunakan
cermin mata pembesar kerana mereka
tidak perlu mengambil kira jarak
penglihatan yang diperlukan. Cermin
mata pembesar ini juga menghasilkan
pandangan yang lebih luas. Cermin
mata ini juga dapat merehatkan
ketegangan mata.Selain itu, fungsi
cermin mata pembesar satu ini
memanjangkan tempoh keamatan
penglihatan.
• Teleskop monokular fokus pendek
(extra short focus monocular telescop)
• Antara fungsi teleskop monokular
fokus pendek ialah membolehkan
objek yang jauh dapat dilihat dengan
lebih jelas. Contohnya, teleskop 4x
membolehkan objek sejauh 20 meter
dapat dilihat pada jarak 5m. selain itu,
teleskop juga dapat memudahkan
aktiviti harian seperti membaca tanda
arah, membaca tulisan di papan hitam
dan membaca nombor plat bas.
• ALAT ELEKTRO OPTIKAL
• CCTV (closed circuit television).
• Alat ini menawarkan kecerahan
dan kawalan kontras serta
merupakan pilihan yang baik
kepada kanak-kanak yang
mengalami masalah penglihatan
yang teruk. Namun, system CCTV
ini adalah besar dan berat.
Lazimnya ia diletakkan di satu
tempat seperti perpustakaan.
• Optelec clear note
• Alat ini digunakan untuk menyalin
nota. Optolec clear note juga ringan
dan mudah alih. Alat ini berfungsi
untuk membesarkan imej dan
mengekalkan fokus yang sempurna
dan dikawal oleh satu butang
sistem kawalan. Ia juga dapat
memastikan objek sentiasa tetap
walaupun alat tersebut digerakkan.
•  
• Optelec traveller portable video
magnifiers
• Alat elektro optikal ini direka untuki
individu yang sering bergerak atau
melakukan perjalanan. Ia amat sesi
untuk menulis surat, membaca dan
mengambil nota. Alat ini turut
menbantu dengan menawarkan
pembesaran imej atau teks sehingga
16 kali. Selain itu, alat ini juga boleh
dihubungkan dengan mana-mana
televisyen untuk pembesaran imej
yang lebih memuaskan.
Brailler atau Braillerwriter
Brailler mempunyai rupa bentuk seperti
mesin taip.
Brailler beroperasi secara manual untuk
menulis Braille.
Kekunci pada Brailler mewakili 6 titik kod
Braille.
Pengguna perlu mengetik kombinasi titik
tersebut untuk membentuk kod Braille.
Brailler juga mempunyai dua pemegang kiri
dan kanan yang digunakan untuk
memasukkan kertas ke dalam brailler.
• ALAT BERSUARA
• Alat yang membekalkan maklumat suara
seperti jam loceng, kalkulator, skala dan
rantai kunci
Cetakan Besar
• Item cetakan yang dicetak dengan besar
seperti majalah, surat khabar, calendar, buku
alamat, buku masakan, kamus, kad
permainan, nota muzik dan tanda arah
Bahan Taktil
Pelajar menggunakan deria sentuh untuk
mendapatkan maklumat dari bahan taktil.
Cth. Tulisan Braille, Peta timbul, gambarajah
yang mempunyai pelbagai jalinan/tekstur
pada permukaannya.

You might also like