You are on page 1of 10

Ahli

Kumpulan


HALIMATUS SAADIAH BINTI ROSLI
NAYLI MARINI BINTI MAZLAN
• NUR ALIAH BINTI OSMAN
• SITI AISHAH MOHAMMAD FAUZI
Tajuk:
Memerhatikan pergerakan ombak pantai dengan
menjalankan aktiviti melukis dan mewarna, membuat
tarian ombak serta menghasilkan bunyi ombak pantai.
(irama, ruang dan warna)

Tema Persekitaran:
Pantai
Elemen Seni Visual
Langkah Pelaksanaan :
1. Guru menunjukkan lukisan berwarna yang menggambarkan ombak pantai kepada
murid-murid sambil menerangkan cara lukisan itu dibuat serta warna yang
bersesuaian dipilih.
2. Guru memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk menggambarkan ombak
yang ada di hadapan mereka menerusi pandangan masing-masing menggunakan
alatan seperti pensel, pemadam, cat air, berus dan juga kertas. 
3. Guru juga memberi peluang kepada murid-murid untuk melukis kawasan di sekeliling
pantai bagi mencantikkan lagi lukisan tersebut.
Elemen Irama, Warna & Ruang
dalam Seni Visual
• Irama : Menggambarkan sesuatu susunan corak yang berulang untuk
mewujudkan pergerakan dan sebagai contohnya, garisan berulang-ulang pada
lukisan untuk menggambarkan kehadiran ombak di pantai tersebut.

• Warna : Menggunakan warna yang bersesuaian seperti warna biru bagi


menonjolkan suasana air di pantai yang mengalir dengan tenang, warna hijau
bagi menonjolkan pokok-pokok untuk menunjukkan bahawa kawasan itu
sangat menyenangkan.
Kelebihan Elemen Seni Visual
 Dapat meningkatkan kognitif murid-murid di mana mereka harus mencari cara
penyelesaian untuk menghasilkan lukisan yang diarahkan oleh guru.

 Dapat melatih otot tangan dan koordinasi semasa menggunakan alatan dan
bahan untuk menghasilkan lukisan.

 Dapat memperkembangkan kreativiti murid-murid melalui lukisan berserta


pemilihan warna semasa menghasilkan karya masing-masing.

 Dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dan juga guru di mana


mereka saling berkongsi idea dan memberi tunjuk ajar.
Aktiviti Seni Pergerakan
• Murid-murid mengenal pasti dan menghayati suasana di pantai dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan meningkatkan daya imaginasi mereka di
kawasan padang sekolah.

• Irama: Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya murid lebih fokus.
Guru ombak di pantai.

• Kemudian, apabila murid kelihatan selesa, guru memodifikasikan aktiviti tersebut supaya
lebih menarik dengan menghasilkan ombak tangan secara bersambung-sambung
daripada seorang demi seorang.
Sambungan…
• Warna dan Ruang: Murid mengaitkan warna biru laut dengan warna langit. Kemudian murid
diasingkan antara kumpulan lelaki dan perempuan di kawasan padang.

• Setiap ahli dalam bulatan dua kumpulan diminta mendepa tangan bagi mengambil ruang
masing-masing dan baring di atas padang rumput.

• Semasa baring, murid-murid diminta membayangkan situasi berada di pantai dan meluahkan
apa perasaan mereka apabila mendengar angin sepoi bahasa dan sinaran hangat Mentari.

• Mereka dapat mengekspresikan perasaan sambil meningkatkan rasa seronok dengan aktiviti
fizikal di padang.
Aktiviti Seni Muzik
• Murid-murid membunyikan bunyi ombak pantai dan yang apa sahaja yang ada di sekitar
pantai diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.

• Irama: Murid ditempatkan dalam bulatan supaya dapat menghadap rakan-rakan yang
lain. Guru mengarahkan murid membunyikan bunyi ombak pantai atau bunyi-bunyi apa
sahaja yang ada disekitar pantai seperti burung, angin dan lain-lain.

• Kemudian, guru mengiringi bunyi yang dihasilkan oleh murid dengan alat muzik yang
mudah dibawa seperti marakas, tamborin dan sebaginya.
Sambungan…
• Warna: Guru memainkan lagu yang berlatarbelakangkan suasana di pantai sambil
mengajak murid untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut sambil bermain alat
muzik seperti marakas, tamborin dan sebagainya. Maka terhasillah bunyi suara yang
pelbagai daripada murid-murid serta bunyi alatan muzik. Hal ini merupakan
kepelbagaian warna dalam muzik yang mampu membantu murid untuk menyatakan
rasa gembira dan teruja semasa menyanyikan lagu tersebut.

• Ruang: Guru memaparkan lirik lagu yang menerangkan tentang suasana indah di
pantai. Guru bertanyakan kepada murid tentang perkara menarik yang ada di pantai
melalui lirik yang diluahkan daripada lagu pantai tersebut.: Melalui aktiviti ini, guru
menerapkan kaedah analisis makna lagu supaya dapat membantu murid memahami
maksud yang cuba disampaikan oleh pencipta lagu tersebut.
Sekian,
terima
kasih.

You might also like