You are on page 1of 19

4.

3 Faktor yang mempengaruhi


pembuatan keputusan

4.3.1 Faktor kedapatan maklumat

4.3.2 Faktor kecekapan pembuat keputusan

4.3.3 Faktor situasi pembuatan keputusan


4.3.1 Faktor Kedapatan Maklumat
1.Mendapatkan maklumat berdasarkan pertimbangan
faktor;

1. Kaedah mendapat maklumat


Cara mendapatkan maklumat yang tepat dan sesuai

2. Tempoh masa mendapat maklumat


Jangka masa panjang membolehkan maklumat diperoleh dengan
banyak

3. Jumlah maklumat
Maklumat yang banyak memudahkan pilihan dibuat bagi mendapatkan
keputusan yang terbaik

4. Kualiti maklumat
Maklumat tepat, benar dan sesuai dengan masalah yang dihadapi
2. Pembuat keputusan boleh menggunakan sistem maklumat
pengurusan(management information system) dalam memperoleh
maklumat yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan satu keputusan
yang lebih baik
3. Maklumat yang bermakna terdiri daripada empat kriteria(ATCR);
A. Tepat (Accurate)
Maklumat yang menggambarkan situasi yang sebenar dan boleh dipercayai

B. Tersedia (Timely)
Maklumat yang diperoleh pada bila-bila masa kerana telah sedia wujud dan
mudah dirujuk

C. Lengkap (Complete)
Maklumat tersebut mencukupi dan mengandungi semua aspek yang diperlukan

D. Bersesuaian (Relevent)
Maklumat yang ada berkaitan dengan isu, masalah dan persoalan yang boleh
digunakan untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah dan
merebut peluang
4. Sistem maklumat pengurusan dalam sesebuah organisasi
melibatkan aktiviti yang berikut;
a. Memungut data
b. Menyusun data
c. Membuat interprestasi data
d. Menyebarkan maklumat kepada pembuat keputusan

5. Jangka masa mendapat maklumat yang panjang membolehkan


maklumat dapat diperoleh dengan banyak serta berkualiti supaya
keputusan terbaik dapat dibuat

6. Kebolehcapaian maklumat juga memainkan peranan penting


kepada pembuat keputusan dalam memperoleh maklumat

7. Kebolehcapaian maklumat membolehkan pembuat keputusan


mendapat maklumat dengan segera dan berkualiti yang diperlukan
untuk membuat keputusan dengan segera
8. Melalui sistem pengurusan maklumat, pihak pembuat
keputusan boleh mengesan 4 bentuk maklumat;
a. Data pengeluaran
Kuantiti pengeluaran, bilangan pelanggan dan penggunaan mesin
b. Data komersial
Jualan, paras stok dan aktiviti persaingan
c. Data kewangan
Aliran tunai masa kini dan masa hadapan serta pelaburan
d. Data pekerja
Bilangan pekerja dan latihan yang diberikan serta kekananan pekerja

9. Langkah dalam menghasilkan maklumat dalam proses


pembuatan keputusan;
Sumber Pemungutan
Analisis data
data data

Pembuat Menginterprestasikan
Komunikasi
keputusan data
a. Sumber data
Punca data yang bersesuaian yang boleh didapati

b. Pemungutan data
Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber

c. Analisis data
Menyusunkan dan mengkategorikan data

d. Menginterprestasikan data
Aktiviti mentafsirkan data kepada satu maklumat yang berguna

e. Komunikasi
Aktiviti menyampaikan maklumat kepada pembuat keputusan

f. Pembuatan keputusan
Dilakukan apabila mempunyai maklumat yang berkualiti dan mencukupi
Kepentingan maklumat kepada pembuat keputusan;

A. Meningkatkan kualiti membuat keputusan


 Melalui maklumat yang diperoleh, pembuat keputusan boleh menggunakan
maklumat tersebut sebagai satu bentuk sokongan untuk menerangkan sesuatu nilai
yang bermakna dalam membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu bidang

B. Meramal sesuatu perkara pada masa hadapan


 Melalui maklumat seperti trend sesuatu senario akan membolehkan pembuat
keputusan menjangkakan dengan tepat sesuatu yang akan berlaku pada masa
hadapan

C. Membuat laporan
 Merupakan satu tindakan secara bertulis dan lisan dalam mengemukakan
sesuatu aktiviti yang telah dibuat
 Laporan tersebut mengandungi banyak data yang boleh dijadikan
maklumatyang berguna untuk membuat keputusan pada masa hadapan
D. Memantau tentang prestasi pencapaian sesebuah organisasi
 Maklumat sebagai asas kepada pengukuran pencapaian seperti maklumat berkaitan
dengan pencapaian pesaing dalam industri
 Maklumat boleh digunakan oleh pembuat keputusan untuk memastikan aktiviti yang
dirancang mancapai standard yang telah ditetapkan dan membuat pembetulan dari
semasa ke semasa

E. Merangka strategi dalam menghadapi pesaing dalam pasaran


 Maklumat yang diperoleh digunakan untuk mengesan prestasi yang dicapai oleh
pesaing,
 Menganalisis kekuatan dan kelemahan pesaing,
 Dapat digunakan untuk membuat keputusan menghadapi pesaing
4.3.2 FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT
KEPUTUSAN
 Kecekapan merujuk kebolehan seseorang melakukan sesuatu kerja
dengan menghasilkan produk yang maksimum dengan kos yang
minimum

 Seorang yang cekap juga digambarkan sebagai seorang yang


berkesan kerana seorang yang cekap boleh mencapai matlamat yang
telah ditetapkan

 Kecekapan pembuat keputusan merujuk faktor kecekapan pembuat


keputusan itu sendiri
Faktor kecekapan pembuat keputusan

A. Personaliti
 Personaliti pembuat keputusan terdiri daripada 2;
1.Konservatif
2.Kesempurnaan (perfectionism)
 Personaliti konservatif sentiasa berhati-hati mengambil keputusan
yang melibatkan risiko tinggi dan cekap membuat keputusan yang
berisiko rendah
 Pembuat keputusan yang fleksibel mudah membuat keputusan
berdasarkan perubahan persekitaran

B. Kebijaksanaan
 Kebijaksanaan pembuat keputusan merujuk pada tahap pendidikan,
pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki
 Golongan ini akan membuat keputusan yang lebih berkesan
berbanding dengan golongan kurang mempunyai tahap pendidikan,
pengalaman dan pengetahuan
C. Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan

 Amalan nilai yang dibuat oleh pembuat keputusan merujuk kepada aspek
penting dan berkaitan seperti kewangan dan kualiti kerja kehidupan (quality
of work life-QWL)
 Setiap keputusan yang dibuat berdasarkan nilai yang dipegang akan
menunjukkan sama ada berlakunya kecekapan dalam membuat keputusan
 Nilai boleh diperincikan kepada beberapa jenis;
1. Nilai teoretikel
2. Nilai ekonomi
3. Nilai estetika
4. Nilai sosial
5. Nilai politik
6. Nilai agama
 Jika nilai ekonomi yang diguna pakai, maka pembuat keputusan lebih
mementingkan kecekapan dalam aspek ekonomi seperti memaksimumkan
penggunaan sumber
D. Intuisi
 Intuisi merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan
membuat sesuatu keputusan
 Intuisi lahir berasaskan pengetahuan dan kemunasabahan daripada
pengalaman tanpa bergantung kepada teknik analisis dan kaedah

E. Kreativiti
 Kreativiti merupakan satu proses menghasilkan satu idea baharu untuk
digunakan dalam tindakan membuat keputusan
 Pembuat keputusan boleh mencari idea baharu melalui penglibatan dalam
sumbang saran, dan program-program cadangan
 Kreativiti membolehkan pembuat keputusan berkebolehan menghasilkan
satu keputusan dengan berkualiti, bersesuaian dengan persekitaran dan
cepat membuat keputusan

F. Kemahiran
 Merujuk kepada kebolehan pengurus membuat keputusan dalam sesuatu
bidang
 Keputusan yang dibuat lebih berkualiti jika berkaitan dengan kemahiran yang
dimiliki
4.3.3 FAKTOR SITUASI PEMBUATAN KEPUTUSAN
 Situasi merujuk keadaan yang berlaku ketika pembuatan
keputusan dibuat , iaitu situasi kepastian, situasi risiko,
situasi ketidakpastian, dan situasi kesamaran.
 Perbezaan situasi pembuatan keputusan ditinjau dalam
aspek berikut;
a. Kedapatan maklumat
b. Kejelasan objektif
c. Jangkaan keadaan pembuatan keputusan pada masa
hadapan.
 Darjah kepastian keputusan yang dibuat merujuk tahap
keyakinan kejayaan keputusan yang dibuat bergantung
terhadap maklumat yang diperoleh sama ada keputusan
berprogram atau keputusan tidak berprogram
 Dalam situasi ideal, pembuat keputusan telah mengetahui
keputusan yang perlu dibuat kerana telah mempunyai
pengalaman dan berkaitan dengan masa lepas.
FAKTOR SITUASI;

1. Kepastian
 Kepastian merujuk semua keputusan yang dibuat akan diyakini mencapai
matlamat yang ditetapkan
 Semua maklumat yang diperlukan dalam pembuatan keputusan boleh
diperoleh dengan mudah
 Keadaan ini merupakan keadaan yang ideal kerana semua maklumat yang
diperoleh tepat dan mencukupi
 Kepastian ini juga disokong dengan pengalaman pembuat keputusan pada
bila-bila masa
 Keputusan yang dibuat merupakan masalah yang berulang-ulang dan rutin
2. Risiko
 Keadaan berisiko merujuk pembuat keputusan mengetahui masalah yang
ingin diselesaikan dan alternatif-alternatif yang boleh digunakan
 Pembuat keputusan tidak dapat menjangkakan hasil keputusan yang
diperoleh berdasarkan alternatif yang dipilih disebabkan oleh pembuat
keputusan tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan dengan apa
yang akan berlaku pada masa hadapan
 Langkah pembuat keputusan dalam menangani keadaan berisiko dengan
berusaha mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang ada dalam
mengurangkan kebarangkalian kegagalan matlamat pembuatan keputusan
dengan membuat keputusan yang lebih tepat
 Keadaan berisiko wujud juga disebabkan keadaan persekitaran yang sentiasa
berubah
 Keputusan yang digunakan memungkinkan keputusan yang dibuat tidak
sesuai dengan perubahan persekitaran walaupun pada asalnya mempunyai
maklumat yang tepat dan lengkap.
3. Ketidakpastian
 Keadaan ketidakpastian wujud dalam pembuatan keputusan apabila
pembuat keputusan mengetahui matlamat yang hendak dicapai tetapi
maklumat berkenaan alternatif-alternatif yang ada dan pelan tindakan yang
dibuat tidak mencukupi
 Keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan maklumat yang lengkap untuk
menilai tindakan dan keputusan yang diambil apabila berdepan dengan
persekitaran luar yang sentiasa dinamik
 Pembuat keputusan kerap menggunakan andaian-andaian tertentu untuk
menggantikan maklumat yang tidak lengkap
 Hal ini secara tidak langsung akan mendedahkan keputusan yang diambil
kepada darjah kegagalan yang tinggi berbanding dengan keadaan berisiko
 Langkah yang dibuat oleh pembuat keputusan untuk mengatasi masalah
yang wujud ialah melakukan kreativiti dalam menjanakan idea baharu untuk
dijadikan maklumat
 Kreativiti diguanakan sebagai untuk menyenaraikan alternatif-alternatif yang
boleh digunakan dalam pemilihan pembuatan keputusan
4. Kesamaran
 Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuat keputusan tidak mengetahui
matlamat dengan jelas dan masalah yang dihadapi secara terperinci
 Keadaan kesamaran merupakan satu keadaan yang paling sukar pihak
pembuat keputusan untuk membuat keputusan
 Selain itu, pembuat keputusan dalam keadaan kesamaran tidak mempunyai
alternatif yang sesuai dan terbaik untuk digunakan dalam proses pemilihan
pembuatan keputusan
 Di samping itu, pembuatan keputusan langsung tidak mempunyai maklumat
yang lengkap dan jelas dalam menjana sebarang alternatif
 Tindakan yang boleh diambil oleh pembuat keputusan atau pengurus ialah
dengan berimaginasi tentang masalah yang mungkin berlaku ke atas
organisasi serta boleh bersikap analitis dalam pemerhatian terhadap
persekitaran
 Melalui tindakan sedemikian, hal ini membolehkan pembuat keputusan
menggambarkan alternatif yang sesuai berdasarkan masalah yang
dijangkakan
PERKARA KEPASTIAN RISIKO KETIDAKPASTIAN KESAMARAN

Kedapatan Cukup, tepat Cukup, tepat Tidak cukup Maklumat tiada


maklumat dan boleh dan boleh untuk membuat untuk membuat
dipercayai dipercayai keputusan keputusan

Kejelasan Jelas Jelas Jelas Jelas/tidak jelas


objektif permasalahan permasalahan permasalahan permasalahan
dan peluang dan peluang dan peluang dan peluang

Jangkaan Dapat dijangka Sukar dijangka Sukar dijangka Sukar dijangka


persekitaran dengan tepat dengan tepat dengan tepat dengan tepat
sebab sebab sebab sebab
persekitaran persekitaran persekitaran persekitaran
tidak berubah dinamik dinamik dinamik
SEKIAN DAN POUNSIKOU

GOOD
LUCK
EXAM
SEM2

You might also like