You are on page 1of 40

BAB 4

PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN: TIANG SERI
HUBUNGAN ETNIK
Pengenalan

 Perlembagaan Malaysia terhasil daripada


perjuangan nasionalisme Melayu serta
penglibatan etnik-etnik lain yang berunding
sesama mereka termasuk sultan negeri-negeri di
Tanah Melayu dan pihak British.

 Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan


minoriti diambil kira dan dilindungi oleh
Perlembagaan Persekutuan.
Definisi Perlembagaan

 Merupakan surat cara yang mengandungi semua


undang-undang yang menjadi punca kesemua
undang-undang dalam negara.
 Sekiranya ada undang-undang yang bercanggah
dengan perlembagaan maka dengan sendirinya
undang-undang tersebut akan terbatal setakat
mana percanggahan berlaku.
 Ia juga merupakan satu set hak, kuasa dan
prosedur yang mengawal hubungan antara
pemerintah dengan rakyat.
Tujuan Perlembagaan

Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan


setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan
sesebuah negara.
Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di
pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja
Memelihara keamanan dan kestabilan politik.
Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap
warganegara dalam konteks perhubungan kaum.
menjamin kestabilan politik dan keamanan sesebuah
negara
Konsep
Ketertinggian
Perlembagaan
Konsep Ketertinggian Perlembagaan

 perlembagaan merupakan satu dokumen undang-


undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan
Negara dan sumber segala perundangan atau sumber
rujukan perundangan tertinggi negara

 Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,


kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan
Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan

 Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah


undang-undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah setakat mana yang
berlawanan itu akan terbatal.
Ketertinggian Perlembagaan
 Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang
digubal oleh mana-mana statut apabila didapati bertentangan dengan
perlembagaan. Oleh itu semua rang undang-undang adalah tertakluk
kepada perlembagaan
 Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan dan tertakluk
kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
 YDPA sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut
perlembagaan. YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi
sebagai raja berperlembagaan, baginda dikehendaki mengikut nasihat
jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.
 Kebebasan asasi (perkara 5-13) merupakan elemen penting dalam
sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Sumber pembentukan perlembagaan

 Sumber-sumber Perlembagaan Malaysia Terdiri daripada:


 1.Perlembagaan Bertulis- Hukum Kanun Melaka, Undang-
Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan
telah wujud sistem perlembagaan di Tanah Melayu diikuti
Perlembagaan Johor dan Perlembagaan Terengganu yang
memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat sultan
dan beragama Islam.

 2.Perlembagaan Tidak Bertulis—merangkumi semua prinsip


perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau
dokumen seperti- Akta Parlimen, Keputusan-keputusan hakim dan
adat.
Bentuk Perlembagaan
 Perlembagaan Malaysia merupakan
perlembagaan bertulis kerana:

 1. kukuh dan sukar dipinda


Sejarah

MALAYAN UNION 10 OKT 1945.

11
Sejarah Penggubalan
Perlembagaan
 Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
 Dibentuk berasaskan dokumen Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
 Telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh
Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell, B. Malik
dan Hakim A. Hamid
 Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
 Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman
dan eksekutif
 Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia
MALAYAN UNION
Sebab-sebab diperkenalkan

Tentangan orang Melayu

 Pembatalan Malayan Union


MALAYAN UNION 10 OKT 1945
Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan

1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan


kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri
seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-
Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan
pengenalan Malayan Union dapat melemahkan
kuasa Raja-Raja Melayu.
3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.
MALAYAN UNION
Tentangan Orang Melayu

1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.


2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal
sebagai tanah jajahan Inggeris.
3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli
iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih
sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara
terus menjadi warganegara.
4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa menyebabkan penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan.
MALAYAN UNION
Tentangan Orang Melayu

4. Cara Harold Mac Michael


mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
yang menggunakan cara paksaan dan ugutan
seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua
iaitu menandatangani persetujuan Malayan
Union atau dilucutkan dari tahta
pemerintahan.
Intipati dan Syarat Utama
Malayan Union
 Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan
di bawah pemerintahan gabenor British yang dibantu
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
 -singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan
Tanah jajahan Mahkota
 -Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan-hanya boleh
bersuara dalam hal agama islam
 -hak kerakyatan yang sama tanpa mengira bangsa dan
keturunan-memberi hak kewarganegaraan secara
automatik sekiranya berusia 18 tahun ke atas dan telah
menetap selama 10 tahun
 Warganegara diberi kepada sesiapa yang lahir selepas
pengenalan Malayan Union.
 Britishtelah membatalkan perlaksanaan
Malayan Union setelah mendapat tentangan
hebat daripada orang Melayu.

 Britishmenubuhkan Jawatankuasa Kerja pada


Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil
raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam
pegawai British – yang bertanggungjawab
merangka sebuah perlembagaan baru yang
boleh diterima oleh orang Melayu.

 British menubuhkan Jawatankuasa


Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri
daripada orang Eropah, Cina dan India dengan
tujuan untuk mendapatkan pandangan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Kandungan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
 -Persekutuan Tanah Melayu merangkumi 9 buah
negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura
menjadi tanah jajahan mahkota berasingan.
 -Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai
Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh
kerajaan British dan dibantu Majlis Undangan
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Persekutuan.
-Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh:
a. Pesuruhjaya Tinggi
b. Tiga orang Examination-Officio
c. Sembilan orang presiden dari Majlis-Majlis Negeri dan
dua orang wakil dari Majlis Tempatan Pulau Pinang dan
Melaka
d. Sebelas orang anggota rasmi dan lima puluh anggota
tidak rasmi.
e. Sultan diberi semula hak-hak dan kuasa ke atas negeri
masing-masing dan mempunyai kuasa memerintah
tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
dan Majlis Undangan Negeri.
-f- kerajaan negeri diberi hak ke atas perkara
kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian.
-g-Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu
seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah
Melayu dan telah bermastautin selama 15 tahun
dari 20 tahun. Umur minimum bagi ke dua-dua kes
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan
Bahasa Melayu yang baik.
-h- Orang Melayu diberi hak-hak istimewa
sebagai kaum bumiputera dan orang Melayu
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Kearah kemerdekaan TM
 Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan.
 Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat
1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah
berusaha menyelesaikan sesetengah masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi.
 Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan
berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
 Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato’
Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng
Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.
Langkah Ke arah Kemerdekaan
-Perjanjian London
 Ketetapan yang dipersetujui:
 Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan
pusat yang kuat.
 Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
dan hak Raja-raja Melayu.
 Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang
di Pertuan Agong.
 Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-
hak yang sah milik kaum-kaum lain.
 Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang
seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Kearah kemerdekaan TM

 Suruhanjaya Reid
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
ditubuhkan pada 1956.

 Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor


Jennings (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan).
Kearah kemerdekaan TM
 Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan
daripada parti-parti politik, orang ramai, individu-
individu dan Raja-raja Melayu.

 Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak


sosial dan perjanjian perdamaian.

 Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan


Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu
dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga
tentang kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu
Kearah kemerdekaan TM

 Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah


diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.

 Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam


perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu
Unsur-unsur Tradisi

 Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum


kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang
kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai
asal lainnya

 Kontrak sosial meliputi:


 bahasa,
 agama,
 kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
(Sabah dan Sarawak) dan
 pemerintahan beraja
Unsur-unsur tradisi

 Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana

◦ Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan


diwujudkan pada tahun 1957.
◦ Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan
laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentingnya perlembagaan
mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957

◦ Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap


sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada
dijadikan isu perbincangan awam.
◦ Ia juga merupakan satu pra-syarat dan
permuafakatan yang telah dipersetujui dan
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini
bermakna:

 Orang Melayu diberikan hak istimewa,


 Islam menjadi agama persekutuan dan
 Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

◦ Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin


terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa
melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu
pada ketika itu.
Unsur-Unsur Tradisi: Kesultanan
 Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa
mutlak
 Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan
– bertindak atas nasihat Kabinet
 Dilindungi di bawah Perkara 38(4)
 Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:

◦ Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan


◦ Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah tentera
◦ Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
◦ Lambang perpaduan
◦ Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
◦ Ketua agama bagi negeri tidak beraja
◦ Lambang keadilan
◦ Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam

 Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai


seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa
Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam
hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan
undang-undang dan Perlembagaan.

 Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan


raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam
setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang
raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan
keturunan diraja.
Agama Islam
• Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama
Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin
(Perkara 150 (6a)).

• Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat


atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi
pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).

• Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana


sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada
sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan
perkenan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5).
Bahasa Melayu
 Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan
hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa
mereka.

 Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-


bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan
bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau
ditahan daripada menggunakan (selain
daripada maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.
Bahasa Melayu

 Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan


penggunaan dan pembelajaran bahasa lain
dalam persekutuan.
 Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam
keadaan darurat
 Perkara 10(4) perkara sensitif
 Perkara 160(B), teks dalam bahasa kebangsaan
mengatasi teks dalam bahasa Inggeris
Unsur-Unsur Tradisi: Kedudukan
Istimewa orang Melayu

 Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153,


Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas -
persempadanan kawasan pilihanraya
 orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai
seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap
dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan:
 Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura
atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura atau
Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah
• Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu
persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan
Perkara 18 bagi Sarawak.
• Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak
istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam
Senarai II dan Senarai III.
• Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa
Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat
sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.
• Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah
dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja
berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.
Kesimpulan
 Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
 Permuafakatan sosial atau social contract ini
perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa
perlu mempersoalkannya lagi.
 Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.

You might also like