You are on page 1of 11

BENGKEL PERKONGSIAN AMALAN PEDAGOGI & TEKNIK MENJAWAB SPM

SIRI 1 2023

PPD BANGSAR PUDU


18 OKT 2023

TUAN NORMA TUAN YAACOB


SM SAINS SELANGOR
PENDEKATAN MODULAR DALAM PDP

DEFINISI :
Pendekatan modular tersebut mengesyorkan kesepaduan
pengetahuan, kemahiran dan nilai berlaku dalam mata pelajaran yang
sama atau merentas mata pelajaran, di Tahun/Tingkatan yang sama
atau yang berbeza.

Ia boleh dibahagikan kepada dua :


a. Pendekatan modular secara linear
b. Pendekatan modular secara bukan linear
Pendekatan Modular

a. Pendekatan modular secara linear


Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP)
disampaikan
mengikut turutan seperti yang ditetapkan dalam DSKP

b. Pendekatan modular secara bukan linear


SK/SP disampaikan TIDAK mengikut turutan seperti yang
ditetapkan
dalam DSKP.
Perlaksanaan Pendekatan modular secara mendatar
(horizontal atau menegak (vertical)

i. Mendatar dalam Mata Pelajaran (Horizontal Within Subject)


-Memilih SK atau menggabungkan SP daripada SK yang berbeza pada mata
pelajaran dan Tahun/Tingkatan yang sama untuk diajar dalam satu masa
tertentu.

ii. Mendatar Merentas Mata Pelajaran (Horizontal Across Subject)


-Menggabungkan SP daripada SK yang berbeza pada mata Pelajaran yang
berbeza tetapi dalam Tahun/Tingkatan yang sama untuk diajar dalam satu
masa tertentu.
iii. Menegak dalam Mata Pelajaran (Vertical Within Subject)
-Menggabungkan SP daripada SK yang berbeza dalam mata Pelajaran
yang sama dan Tahun/Tingkatan yang berbeza untuk diajar dalam satu
masa tertentu.

iv. Menegak Merentas Mata Pelajaran


(Vertical Across Subject)
- Menggabungkan SP daripada SK yang berbeza dari mata Pelajaran
yang berbeza dan Tahun/Tingkatan yang berbeza untuk diajar dalam
satu masa tertentu.
Contoh Perancangan Pelaksanaan Pendekatan Modular
Dalam KSSM Biologi Tingkatan 5
Mata pelajaran BIOLOGI Tingkatan 5
Kelas 5 Jaya
Masa 7.45 - 9.15
Tajuk 4 : PEMBIAKAN (Tingkatan 1)
6(21) : PEMBIAKAN SEKS DALAM TUMBUHAN BERBUNGA(Tingkatan 5)
Standard 4.7 Pembiakan tumbuhan (Tingkatan 1)
Kandungan
21.1 Struktur Bunga (Tingkatan 5)
21.2 Pembentukan Debunga dan Pundi Embrio
21.3 Pendebungaan dan Persenyawaan
21.4 Perkembangan Biji Benih dan Buah
21.5 Kepentingan Biji Benih untuk Kemandirian
Standard Pada akhir Pdpc murid akan dapat :
Pembelajaran
(Objektif 4.7.1 berkomunikasi mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian bunga.
Pembelajaran) 4.7.2 mewajarkan proses pendebungaan.
4.7.3 memerihalkan proses persenyawaan dan menerangkan pembentukan biji benih
dan buah pada tumbuhan
Standard 21.1.1 Mengenal pasti struktur bunga.
Pembelajaran 21.1.2 Membanding dan membezakan struktur jantan dengan struktur betina dalam
(Objektif bunga
Pembelajaran 21.2.1 Menghuraikan pembentukan debunga di dalam anter
) 21.2.2 Menghuraikan pembentukan pundit embrio di dalam ovul.
21.3.1 Memerihalkan pendebungaan.
21.3.2 Menghuraikan pembentukan tiub debunga dan
pembentukan gamet jantan.
21.3.3 Menerangkan persenyawaan ganda dua dalam pembentukan zigot diploid
dan pembentukan nukleus triploid.
21.3.4 Mewajarkan kepentingan persenyawaan ganda dua dalam kemandirian
tumbuhan berbunga.
21.4.1 Menghuraikan persenyawaan ganda dua dengan perkembangan biji benih dan
buah.
21.4.2 Menghubung kait struktur biji benih dengan ovul
21.4.3 Menghubung kait struktur buah dengan ovari.
21.5.1 Mewajarkan kepentingan biji benih untuk kemandirian tumbuhan.

Aktiviti PdP Set Induksi


(5 minit)
- Murid mengimbas kembali struktur dan fungsi bahagian bunga dengan menjawab
lembaran kerja yang diberikan
- Beberapa orang murid diminta berkongsi jawapan mereka
Aktiviti PdP Set Induksi
- Murid mengimbas kembali meiosis dengan melengkapkan rajah yang diberikan di
papan putih

Perkembangan
(5 minit)
1- Murid diminta membahagikan kepada 6 kumpulan (Kumpulan asal)
(20 minit)
2- Setiap ahli kumpulan diminta menyiapkan tugasan (21.2.1 - 21.4.3) masing2 di
dalam kumpulan mengikut topik yang telah diberikan (Kumpulan pakar ) - Kaedah
Jigsaw

Aktiviti
(40 minit)
3- Murid-murid dalam Kumpulan pakar mempelajari dan memahamkan maklumat
topik yang diberikan dan menyediakan bahan dan nota
4- Murid-murid yang berada dalam kelompok pakar akan kembali ke kumpulan asal
untuk mengajar/membimbing ahli-ahli berkaitan topik yang diberikan
Aktiviti PdP 5- Murid melengkapkan jawapan dalam lembaran aktiviti yang diberikan
6- Murid berbincang dan melengkapkan kepentingan biji benih untuk kemandirian
(21.5.1)
7- Guru membimbing, berbincang jawapan lembaran aktiviti dan menjawab
pertanyaan murid

Kesimpulan
- Murid mampu mengingat kembali topik yang telah dipelajari dan mengaitkan
dengan topik yang sedang dibincangkan
- Murid dapat melukis rajah pembentukan debunga dan pundi embrio
- Murid dapat menerangkan persenyawaan ganda dua dan pembentukan biji benih

BBB / Buku teks Biologi Tingkatan 5


Sumber Lembaran aktiviti
Kertas mahjung dan alat tulis

Refleksi
TERIMA KASIH
MAN JADDA
WAJADA

You might also like