You are on page 1of 11

SCE 3102 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS JABATAN MATEMATIK DAN SAINS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET


Diasaskan oleh Jean Piaget yang dilahirkan di Neuchatel, Switzerland.

Merupakan tokoh yang intelek, pintar dan sentiasa mencipta pendekatan sehinggalah memperkenalkan teori perkembangan kognitif. Beliau percaya

pemikiran dan perkembangan konsep kanak-kanak menghasilkan bahasa dan pengalaman di persekitarannya. Selain daripada itu juga, interaksi sosial yang

wujud dengan orang persekitarannya dapat membantu menjelaskan pengetahuan yang diperlukan. Mengikut tokoh yang bijaksana ini, beliau menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak adalah berbeza secara kualitatif pada setiap peringkat iaitu : i. ii. Pada peringkat bayi, pembelajaran menerusi pergerakan dan deria. Pada peringkat prasekolah, mereka lebih mengingati dan menggunakan simbol-simbol untuk menyususun idea. iii. Pada peringkat persekolahan, mereka memerlukan struktur yang lebih logik dan boleh diterima akal. Terdapat beberapa konsep yang diutarakan oleh beliau iaitu konsep skema,

asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Pada peringkat skema, proses membina pengetahuan berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas dalam organisasi mental ini ialah pengalaman sedia ada yang menjadi asas tingkah laku. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, tangan memandang, dan kaki. Bagi mencapai, gerakan
Page 1

merasa, memegang,serta
Tugasan Interaksi 2

menggerakkan

SCE 3102 2012


memegang, bayi akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti memegang jari ibu. Konsep asimilasi pula ialah proses penyerapan maklumat baru yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat yang sedia ada dalam skema. Proses ini akan dapat diserap dengan lebih mudah ke dalam struktur kognitif dan mencapai keseimbangan iaitu equilibrasi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya dan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Konsep akomodasi pula ialah suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif akibat daripada ketidaksamaan maklumat baru dalam skema yang dipanggil disequilibrasi. Maklumat baru tersebut tidak dapat diserap masuk dan terawang-awang sehinggalah berlakunya perubahan skema yang dinamakan equilibrasi. Apabila skema berubah melalui perbincangan, pembacaan, kajian dan sebagainya, maklumat baru akan dapat diserap masuk. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. Konsep yang seterusnya pula ialah proses adaptasi dimana proses penyesuaian dan penerimaan maklumat yang baru dalam struktur kognitif untuk mencapai keseimbangan. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut turutan umur iaitu :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Peringkat Sensorimotor ( 0 hingga 2 tahun ) Pada peringkat ini, bayi lebih peka dan melihat kepada keadaan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dengan cepat dari semasa ke semasa dan mempelajari dengan melihat, menyentuh, dan mendengar kemudian meniru dan
Tugasan Interaksi 2 Page 2

SCE 3102 2012


mengikut perlakuan melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).

Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa dengan menggunakan symbol. Pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana hanya dilihat dari perspektif merekasahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami bagi mewujudkan sesuatu

pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik.

Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 11 tahun)

Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Perasaan

Tugasan Interaksi 2

Page 3

SCE 3102 2012


ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka. Semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain dan mula memahami unsur-unsur pemikiran logik melalui konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Peringkat Operasi Formal (11 tahun dan ke atas)

Pada peringkat ini kanak-kanak lebih berkebolehan untuk memikirkan dan membuat pertimbangan bagi masalah dihadapi. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah kompleks berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

Tugasan Interaksi 2

Page 4

SCE 3102 2012


TEORI PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

Teori pembelajaran berasaskan otak adalah teori pembelajaran yang diasaskan oleh struktur atau fungsi otak atau minda manusia. Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Selagi otak tidak dihalang daripada proses semulajadi, pembelajaran akan tetap akan berlaku dan setiap orang akan sentiasa belajar. Menurut teori ini, pembelajaran berlaku mengikut cara otak berfungsi. Otak secara semulajadi dilahirkan untuk belajar dan menyimpan semua pengalaman pembelajaran yang pernah berlaku. Pengajaran secara tradisional yang berpusatkan guru kerap kali menghalang proses pembelajaran. Oleh itu, otak boleh memproses maklumat dalam pelbagai cara antaranya ialah menganalisis, menghurai,

membanding, membeza, menghubungkait, menilai, mensintesis, menghakim, membuat keputusan dan sebagainya. Kita perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk mendorong proses pembelajaran berlaku dengan maksimum dan berkesan mengikut cara otak berfikir. Mengikut prinsip pembelajaran berasaskan otak, otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa dan menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi dengan mencari makna secara mendalam melalui pencorakan. Semasa proses pencorakan, emosi seseorang adalah lebih penting bagi otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak. Pembelajaran adalah melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang melibatkan proses sedar dan luar sedar. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote. Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak dalam spatial memori. Menurut teori pembelajaran berasaskan otak ini, pembelajaran berkembang melalui cabaran bukan secara paksaan. Ini adalah kerana otak manusia adalah unik.

Tugasan Interaksi 2

Page 5

SCE 3102 2012


TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Di asaskan oleh Jerome Bruner yang dilahirkan pada tahun 1915 yang lebih menekankan pembelajaran konsep melalui proses pembinaan pengetahuan berdasarkan teori penemuan. Memerlukan data yang pelbagai dan seterusnya setiap ciri-ciri persamaan dan perbezaan dianalisis sebelum membuat kategori dan membentuk konsep. Bruner juga berpendapat bahawa manusia melihat persekitaran dari sudut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak. Proses pemahaman konsep dibahagikan kepada tiga kategori iaitu enaktif (berasaskan perlakuan), ikonik (berasaskan imej) dan simbolik (berasaskan bahasa). Dalam pembelajaran konsep, susunan dari enaktif kepada ikonik dan seterusnya kepada simbolik berupaya menjadikan sesuatu pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Pembelajaran induktif dan kategori melibatkan proses menggunakan pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain iaitu dari spesifik ke umum antaranya ialah dengan cara membantu mengingat kembali, membuat perkaitan maklumat baru dengan maklumat lama serta membuat kategori dan seterusnya membina pengetahuan. Proses membuat hipotesis dan hubungan menentukan penguasaan konsep dengan lebih berkesan. Pembelajaran penemuan pula merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri melalui penerokaan, penyelesaian masalah atau membuat uji kaji yang melibatkan situasi penyelesaian masalah. Bruner berpendapat bahawa pengalaman yang dibekalkan kepada kanak-kanakboleh membantu mereka menemui sesuatu ide, konsep ataau pola. Maklumat yang ditemui sendiri atau jawapan penyelesaian masalah membolehkan maklumat baru mudah diingati. Proses inkuiri dalam pembelajaran penemuan memerlukan pelajar meninjau fenomena, meneliti data, membuat hipotesis dan menguji hubungan sebelum membuat rumusan dan akhirnya berlaku pembelajaran aktif. Pembelajaran konsep menurut Bruner pula adalah strategi yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membandingbezakan kumpulan yang mempunyai ciri-ciri

Tugasan Interaksi 2

Page 6

SCE 3102 2012


relevan dengan kumpulan yang tidak relevan. Pembelajaran konsep di sini boleh membantu mengklasifikasikan objek, kejadian atau idea. Contohnya seperti tugasan membandingbezakan ciri-ciri haiwan tertentu dengan contoh yang tidak mempunyai ciri-ciri haiwan tertentu. Oleh itu, menurut Bruner penekanan pembelajaran terhasil melalui interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid lain, dan interaksi dengan bahan pengajaran iaitu secara kerja berkumpulan dan perbincangan dalam kumpulan. Selain daripada itu juga, penekanan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik iaitu memberi pujian dan ganjaran kepada tingkah laku yang diingini adalah perlu bagi menghasilkan pembelajaran lebih berkesan di samping penekanan kepada kesediaan murid yang menekankan kepada nilai-nilai murni yang baik.

Tugasan Interaksi 2

Page 7

SCE 3102 2012


TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
Diasaskan oleh seorang ahli psikologi pendidikan Amerika kelahiran New York yang bernama David Ausubel (1918 2008). Beliau dibesarkan di Brooklyn, New York dan mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat Ijazah Kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi . Beliau yang terkenal dengan sumbangannya terhadap pembelajaran bermakna khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif, dan juga pembelajaran sains menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif. Teori pembelajaran Ausubel menekankan kepada penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru. Justeru teori ini dikenali sebagai teori penerimaan atau reception learning yang menekankan mekanisma Advance Organizer (AO). Menurut Ausubel, konsep Advance Organizer (AO) perlu diberikan lebih awal agar pelajar mendapat maklumat atau pengetahuan bagi membolehkan pelajar mempunyai pengetahuan dan mempelajari sesuatu yang berkaitan. Terdapat dua jenis Pengurusan Awal atau Advance Organizer (AO) iaitu Pengurusan awal perbandingan atau komparatif dan Pengurusan awal Ekspositori. Pengurusan awal perbandingan atau komparatif ini merujuk kepada pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif yang akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru dan seterusnya disesuaikan dengan skema kanak-kanak. Penyusunan semula maklumat awal adalah untuk menjelaskan tentang perkara yang perlu difahami dan menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Ausubel

mementingkan penyusunan konsep secara hirarki iaitu dari konsep umum ke konsep spesifik. Idea yang umum sepatutnya dipersembah dan kemudiannya dijelaskan secara lebih terperinci. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan atau verbal bermakna (meaningful verbal learning) termasuk maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Walau bagaimanapun hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. Pengurusan Awal Ekspositori pula ialah pendedahan maklumat baharu melalui penekanan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk tersusun dan dijelaskan mengikut urutan kepada pelajar yang belum mempunyai pengetahuan sedia ada yang berkait rapat dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.
Tugasan Interaksi 2 Page 8

SCE 3102 2012


Peranan guru di sini ialah mendedahkan maklumat awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada supaya menjadi asas kepada pembelajaran baru dalam bentuk gambaran, teks, lakaran peristiwa dan sebagainya. Dengan demikian pelajar akan lebih mudah menerima maklumat yang disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan AO akan membantu pelajar menggarap maklumat dengan lebih cepat, efektif dan sistematis. Seterusnya pelajar akan mengemukakan pelbagai contoh positif dan contoh negatif berkaitan tajuk dan membuat perbandingan dan perbezaan di antara maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Hasil daripada perbandingan itu, pelajar akan membuat rumusan dan dapat membina konsep dengan memberikan contoh tambahan yang lebih tepat. Penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit atau maujud yang sesuai dengan tahap pemikiran pelajar boleh membantu pemahaman pelajar terhadap pembelajaran tersebut. Oleh itu, Ausubel mencadangkan pembelajaran secara deduktif atau pengajaran ekspositori supaya dapat menyampaikan maklumat dengan lengkap dalam susunan yang teratur selain penyusunan awal yang dapat menggalakkan ingatan terhadap konsep dan mengaitkan konsep dengan konsep baru.

Tugasan Interaksi 2

Page 9

SCE 3102 2012


BIBLIOGRAFI
A.Rashid Noriati (2009) , Boon Pong Ying(2009), S.Ahmad Sharifah Fakhriah (2009), Murid Dan Alam Belajar, Selangor, Oxford Fajar M.A.R Prof Madya Dr Putri Zabariah (2011), Pengenalan Pendidikan Awal KanakKanak, Selangor, Open University Malaysia (OUM) Dipetik daripada (http://www.scribd.com) 20 Februari 2012. Dipetik daripada (http://www.syufaal.blogsport.com/2010/08/teori kognitif.jeanpiaget) 20 Februari 2012. Dipetik daripada (http://www.freewebs.com) 25 Februari 2012. Dipetik daripada (http://www.idshvoong.com/exact-sciences/195973-teori-belajarausubel) 26 Februari 2012.

Tugasan Interaksi 2

Page 10

SCE 3102 2012

Tugasan Interaksi 2

Page 11

You might also like