You are on page 1of 5

TEKS PERASMIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Sirih dilipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Yang Berusaha, Pn Noorhasimi Binti Ramlee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klian Pauh, Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, pensyarah pengiring, Pengerusi Program Khidmat Masyarakat, guru-guru pelatih, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bacaan Doa. Hadirin yang dimuliakan, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput saudara . Untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan. *Terima kasih kepada saudara . atas bacaan doa itu tadi. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Program Khidmat Masyarakat, Kem Motivasi bersama murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Klian Pauh, Taiping, Perak. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah berteduh di Gerai Letchumi, Terima kasih kami ucapkan, Sudi menerima kunjungan kami. Untuk makluman warga SK Klian Pauh, kunjungan kami terdiri daripada 23 orang guru pelatih IPG Kampus Ipoh dan diiringi oleh seorang pensyarah pembimbing, En. Mohamed Jefferi b. Hj Mat Lazim. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memenuhi program wajib dalam semester 6 untuk tahun 2012 iaitu Program Khidmat Masyarakat, Pembelajaran Berkhidmat Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.

Ucapan Pengerusi BIG Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Pengerusi Program Khidmat Masyarakat, saudara/ saudari . untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada saudara . atas ucapan itu tadi.

Ucapan Pensyarah/ Tutor Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan tuan/puan .. selaku . untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan

Ucapan Perasmian Guru Besar Warga dewan yang dimuliakan, Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn Noorhasimi Binti Ramlee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klian Pauh untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan.. *Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Dengan berakhirnya ucapan perasmian tuan Guru Besar, maka bermulalah Program Kem MOtivasi kita pada hari ini. Sebelum bersurai, diminta semua fasilitator dan murid-murid mengambil tempat masing-masing. SEKIAN TERIMA KASIH.. (^^,)

TEKS PENUTUPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha, Pn Noorhasimi Binti Ramlee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klian Pauh, Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, pensyarah pengiring, Pengerusi Program Khidmat Masyarakat, guru-guru pelatih, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam majlis penutupan Program Khidmat Masyarakat, Kem Motivasi bersama murid-murid tahun 5, Sekolah Kebangsaan Klian Pauh bagi tahun 2012.

Bacaan Doa. Hadirin yang dimuliakan, bagi memberkati majlis penutupan kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput saudara . untuk membacakan doa. Dipersilakan. *Terima kasih kepada saudara . Atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Pengerusi BIG Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Pengerusi Program Khidmat Msyarakat, saudara . untuk memberikan sedikit ucapan. Dipersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada saudara . atas ucapan itu tadi.

Ucapan Tutor/Penyelaras Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan tuan/puan .. selaku . Untuk memberikan sedikit ulasan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan

Ucapan Perasmian Penutup Guru Besar Hadirin hadirat yang dimuliakan, Kini tibalah kita ke penghujung program. Bagi menyempurnakan majlis penutupan kita pada hari ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn Noorhasimi Binti Ramlee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klian Pauh untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Program Khidmat Masyarakat bagi tahun 2012. Dipersilakan *Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pauzi Bin Abd Latif atas ucapan dan persamian itu tadi.

Majlis Penyampaian Hadiah. Hadirin sekalian, Majlis kita diteruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan-kumpulan yang memenangi aktiviti yang dipertandingkan sepanjang program Kem Motivasi ini berlangsung. Untuk itu, dijemput Pengerusi Program, Saudara Mohd Ridhwan B. Rashid bagi mengiringi pensyarah pembimbing, En. Mohd Jefferi B. Hj Mat Lazim untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.. *Terima kasih Seterusnya, dijemput Pengerusi Program, Saudara Mohd Ridhwan B. Rashid bagi mengiringi Pn Noorhasimi Binti Ramlee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klian Pauh untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.. *Terima kasih.. Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah tanda penghargaan. Dengan itu, dijemput pensyarah pembimbing, En. Mohd Jefferi B. Hj Mat Lazim bagi menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah. Majlis mempersilakan.. *Terima kasih.. Seterusnya majlis mempersilakan T Pengerusi Program, Saudara Mohd Ridhwan B. Rashid untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada pensyarah pembimbing, En. Mohd Jefferi B. Hj Mat Lazim. *Terima kasih..

Penutup Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, izinkan saya menyampaikan 2 rangkap pantun: Madah diungkap santun bitara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara Pohon diampun seikhlas hati

Tari beradat langkah bertingkah Kalung suasa menghias dada Tiba saat kita berpisah Cemerlang ditingkat jemu tiada

Sekian sahaja daripada kami, yang baik datangnya daripada Allah swt, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri..Sekian asslamualaikum Warahmatuallh..

You might also like