You are on page 1of 4

KONSEP BERTUTUR

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyibunyi bahasa yang dilafazkan bagi membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.

Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Antara konsep umum bertutur adalah seperti berikut:

Bertutur ialah keupayaan manusia mengujarkan katakata. Bertutur melibatkan individu bercakap. Penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur merupakan aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berkomunikasi.

Konsep kemahiran bertutur di sekolah merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat dan perasaan serta idea yang kritis debgan sebuutan yang betul secara sopan.

You might also like