You are on page 1of 14

Pengenalan Ekonomi Malaysia merupakan ekonomi yang berasaskan kepada ekonomi sebuah Negara yang sedang maju.

Jika dibandingkan dengan pelbagai Negara lain di serantau kita, ekonomi Negara kita semakin mencatat peningkatan dari segi pelbagai aspek. Dikatakan Keluaran Negara Dalam Kasar bagi tahun 2005 hingga tahun 2012 meningkat walaupun terdapat peningkatan yang dikatakan berlaku secara kadar meningkat yang sedikit.

Pendapatan negara kasar (PNK) Gross national income (GNI)


2012 2011 2010 2009 2008 2007 2006 2005 0 200,000 400,000 519,635 600,000 800,000 1,000,000 579,490 698,642 746,915 651,355 770,993 905,213 862,650

Pendapatan negara kasar (PNK) Gross national income (GNI)

Jadual bar diatas menunjukkan peningkatan dalam KDNK Negara bagi tempoh yang dikaji iaitu sejak 2005 hingga 2012. Peningkatan sebegini sememangnya menunjukkan peningkatan yang membuktikan peningkatan dalam ekonomi Negara iaitu dalam aspek pengeluaran Negara.

Pengertian Pengeluaran Negara Menurut beberapa orang pakar ekonomi sedunia dinayatakan bahawa pengeluaran negara dapat diklasifikasikan sebagai pengeluaran sesebuah Negara. Pengeluaran sesebuah Negara dikatakan tergantungpengeluaran pemerintah iaitu oengeluaran semua bidang yang wujud di seseuah Negara. Jika diteliti pada jadual yang dikeluarkan oleh bank Negara berkaitan dengan pengeluaran Negara ianya dapat dikaitkan dengan semua bidang. Ianya boleh dirujuk [ada jadual yang diberikan dibawah.

Jadual 1C: KDNK mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa - Pembahagian Peratus kepada KDNK

Table 1C: GDP by Kind of Economic Activity at Current Prices - Percentage Share to GDP

Jenis aktiviti ekonomi Kind of economic activity

Pertanian

Agriculture

Perlombongan dan pengkuarian Mining and quarrying

Pembuatan

Pembinaan

Perkhidmatan

Manufacturing

Construction

Services

campur Duti import plus Import duties

KDNK pada harga pembeli GDP at purchasers' prices

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011e 2012p

8.3 8.6 10.0 10.0 9.2 10.4 11.8 10.1

13.3 13.7 13.3 15.6 11.4 10.9 10.4 10.4

27.5 27.6 26.1 24.6 23.8 24.5 24.3 24.2

3.0 2.8 2.8 2.7 3.3 3.4 3.4 3.9

46.8 46.4 46.9 46.1 51.3 49.9 49.1 50.4

1.2 0.9 0.9 1.0 1.0 1.0 1.0 1.1

100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Data menunjukkan bahawa pengeluaran Negara terbahagi kepada lima bidang utama. Pengeluaran sesebuah negara juga dikatakan pengeluaran yang dilakukan untuk membiayai

kegiatan-kegiatan pada suatu negara dalam rangka menjalankan fungsinya untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat. Pengeluaran negara dikatakan sangat bervariasi, namun secara kasar ianya dapat diklasifikasikan ke dalam: Pengeluaran yang merupakan pelaburan yang menambah kekuatan ekonomi pada masa akan datang. Pengeluaran masyarakat. Pengeluaran yang merupakan langlah berjimat terhadap pengeluaran masa akan datang. Pengeluaran Negara juga mampu menyediakan peluang kerja yang lebih luas dan meningkatkan daya beli yang lebih luas. Pengeluaran negara juga dapat diklasifikasikan berdasarkan sifatnya seperti berikut: Pengeluaran negara yang bersifat self-liquidating. Ianya bermaksud pengeluaran Negara yang mampu memberikan keuntungan. Ia merupakan pengeluaran negara yang merupakan aspek pengeluaran yang mampu memberikan jasa kepada masyarakat. Ianya akan terus diyara balik oleh mayarakat untuk paa yang telah diberikan olehkerajaan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, dapat dinyatakan bahawa pembiyaan kerajaan kea rah meningkatkan taraf kualiti masyarajat di sesebuah Negara merupakan sesuatu yang sangat penting. Pengeluaran negara adalah pengeluaran yang bersifat reproduktif. Sesebuah Negara yang bergantung kepada masyarakatnyta akan berusaha meningkatkan pendapat. Manakla, kerajaan akan menerima bayaran dari pihak masyarakat. yang memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada

Pengeluaran wang Negara yang tidak produktif juga berkemungkinan akan berlaku di Negara kita. Misalnya pasukan tentera yang dihantar untuk berperang tidak akan membawa apa - apa perubahan.

Pengeluaran untuk tujuan berhemat pada masa akan datang. Pengeluaran yang berfokuskan kepada kanak - kanak akan menjadi suatu simpanan kepada mereka untuk digunakan semula.

Salah satu perkara yang wujud daripada pengeluaran Negara ialah pemberian subsidi. Pemberian subsidi diberikan ke dalam dua hal, iaitu: subsidi berbentuk wang dan subsidi yang merupakan barangan di mana pengguna dapat membeli barang-barang tertentu dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasanya.

Faktor - faktor yang menyumbang kepada peningkatan pengeluaran Pengeluaran sesebuah Negara tidak hanya bergantung kepada kerajaan Negara itu, malah masih lagi tergantung kepada pelbagai faktor lain yang mungkin menjadi pemangkin kepada meningkatnya pengeluaran Negara. Faktor - faktor yang menyumbang kepada meningkatnya pengeluaran Negara ini dapat dibahagikan kepada faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman ialah faktor - faktor dalaman Negara yang menjadi pemangkin kepada mneingkatnya pengeluaran Negara manakala faktor luaran melibatkan faktor dari luaran termasuklah hubungan luar Negara dan pelbagai faktor lain yang memangkinkan oengeluaran Negara. Antara faktor faktor yang terlibat dalam meningkatkan serta memangkinkan pengeluaran Negara adalah seperti berikut:
Kestabilan Politik & Risiko Politik

Kestabilan sistem politik dalaman sesebuah negara dikatakan sebagai satu faktor asas dan faktor dalama yang mempengaruhi strategi ataupun aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah syarikat. Namun begitu, sesebuah Syarikat atau organisasi yang menjalankan sesebuah perniagaan di sesebuah negara hendaklah peka dan mengetahui bahawa kestabilan sesebuah negara itu tidak akan sentiasa kekal selama-lamanya. Sistem politik dan perundangan sesebuah negara kemungkinan dan adakalanya berbeza dengan negara lain yang melakukan perniagaan dalam ekonomiterbuka. Oleh yang demikian, syarikat atau organisasi hendaklah sentiasa bersedia dan merangka pelbagai pelan tindakan dengan mengambil kira potensi serta risiko yang terpaksa dilalui oleh syarikat atau organisasi pada masa hadapan. Risiko politik yang akan dihadapi oleh syarikat atau organisasi boleh memberikan kesan yang dapat mempengaruhi perniagaan akibat tindakan politik oleh kerajaan negara tersebut. Antara tindakan-tindakan yang boleh dilakukan ialah dengan memiliknegarakan semua syarikat subsidiari asing yang berada di negaranya. Kejadian ini boleh berlaku tanpa membuat sebarang bayaran pampasan, mengenakan cukai

korporat yang tinggi ke atas syarikat dan ada juga sesetengah kerajaan yang meletakkan syarat di mana sebahagian besar dari keuntungan syarikat asing yang beroperasi di negaranya hendaklah melaburkan semula keuntungan tersebut di negaranya malah keuntungan syarikat juga akan dikenakan cukai yang tinggi yang pasti akan menggurangkan keuntungan syarikat-syarikat yang terlibat. Oleh yang demikian, dapat diringkaskan bahawa keadaan politik di sesebuah negara akan meningkatkan pengeluaran. Di negara kita keadaan politik yang aman telah menyebabkan ramai pelabur melabur dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran negara. Dasar-Dasar Ekonomi

Dasar-dasar ekonomi kerajaan adalah amat penting kepada ramai usahawan dan perniagaan. Ini kerana dasar-dasar kerajaan sesebuah negara yang disusun oleh negara itu secara langsung akan mempengaruhi kesemua aktiviti dan juga operasi perniagaan. Boleh dikatakan dasar-dasar baru ekonomi akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dari masa kesemasa. Antara dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan negara kita adalah seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Fiskal, Dasar Kewangan, Dasar Pelaburan Luar, Dasar Import-Eksport, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan, Dasar Pembaharuan dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) dan lain-lain lagi. Dadar - dasar ekonomi sebeginilah yang akan menjadi faktor dalam pemangkin yang mampu mengubah pengeluaran sesebuah negara. Jika dasarnya adalah sesuatu yang menyokong dan menjadi pemangkin kepada pelabur, maka pelaburan dan pengeluaran akan meningkat. Oleh yang demikian, kita dapatlah memberikan kesimpulan bahawa dasar kerajaan sesebuah negara termasuklah negera kita sendiri mat penting dalam usaha meningkatkan pengeluaran negara yang juga turut akan memberi kesan kepada pendapatan negera.

Faktor Persekitaran Teknologi

Selain faktor - faktor yang melibatkan kerajaan sesebuah negara, bahagian atau sesuatu perkara yang terdapat di negara tersebut juga kemungkinan boleh menjadi pemangkin kepada pengeluaran sesebuah negara. Dalam hal lain, terdapat juga faktor luaran yang mampu mengubah pemangkin negara. Perkembangan teknologi di sesebuah negara juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan status pengeluaran negara samaada meningkat atau menurun. Menurut pengkaji Aini Hayati, M. et al. (2008) perkembangan teknologi merujuk kepada ciptaan baru dihasilkan menerusi penyelidikan. Inovasi berlaku apabila sesuatu produk atau kaedah yang lebih baik ditemui daripada penyelidikan yang dilakukan oleh seseorang.... Kemajuan persekitaran teknologi di setiap negara adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara yang lain. Semua negara mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk mencapai perkembanagan teknologinya yang tersendiri mengikut kebolehan masing - masing. Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pantas pada masa kini sedang membangun dan ianya pasti akan memberi kesan secara langsung kepada syarikat perniagaan. Contohnya seperti komputer dan telefon bimbit, merupakan satu inovasi terbaru dalam bidang teknologi yang sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikkan. Pada mulanya komputer hanya digunakan untuk menggantikan mesin taip tetapi kini komputer boleh menjadi alat pelbagai fungsi sehingga boleh menjadi alat pemain cakera padat samada untuk mendengar muzik ataupun menonton video dan begitu juga dengan perubahan yang berlaku kepada telefon bimbit. Ianya telah melangkaui bidang komunikasi kepada menjalin hubungan antara benua. Teknologi juga telah dikatakan mampu mengubah proses pengeluaran sesebuah syarikat. Dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih, ianya dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Penggunaan teknologi yang pesat membangun dalam industri untuk tujuan

pengeluaran akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Selian itu, teknologi dapat mengatasi tenaga buruh kerana mampu meningkatkan jumlah pengeluaran dua kali ganda berbandung dengan tenaga kerja. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun industri yang sediada. Contohnya seperti syarikat pembuat dan pembekal mesin taip terbesar satu ketika dahulu iaitu Smith Corona Corp. Menjadi muflis apabila munculnya komputer. Di dalam sesebuah perniagaan, menurut Yusof, A.A & Yusof, Z. (2004) Tindakan sesebuah syarikat yang mampu membawa masuk teknologi yang baru dan canggih ke dalam negara yang mempunyai teknologi yang lebih rendah akan memberikan kesan kepada negara tersebut. Tindakan pembaharuan ini akan menyebabkan kesukaran kepada syarikat ataupun negara tersebut untuk saling menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan itu bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar negara tersebut. Perubahan ini akan mengakibatkan pembaziran dari segi masa, tenaga, wang dan juga sumber-sumber yang lain. Selain itu, perkembangan sebegini juga tidak mampu untuk menjana pengeluaran negara, malah ia akan menghapuskan nilai pengeluaran sesbuah negara. Seorang pengkaji Boris Petrov (1982) menyatakan bahawa terdapat tiga kesan ekoran daripada perkembangan teknologi iaitu : Membawa perubahan di dalam satu-satu perniagaan yang dijalankan Membentuk pasaran dan segmen perniagaan baru Memberhentikan perniagaan yang dijalankan kerana kos yang tinggi diperlukan untuk menggunakan teknologi baru atau berlaku penyatuan beberapa syarikat bagi mengatasi masalah yang wujud.

Pelaburan swasta yang meningkat

Pelaburan juga merupakan suatu aspek penting yuang sentiasa dibicarakan apabil aia melibatkan pengeluaran sesebuah negara. Dapat dikatakan secara langsung bahawa pengeluaran sesebuah negara mat lah bergantung kepada pelaburan sektor swasta dalam industri yang sedang diusahakan di sesebuah negara. Pelaburan swasta ialah jenis pelaburan yang dapat dilakukan dengan kuantiti yangbanyak dan mam;u memberi kesan yang efektif kepada perkembanagn ekonomi negara iaitu meningkatkan pengeluaran negara dalam banyakl bidang yang terlibat dalam pelaburan. Pelaburan swasta kebiasaanya dijadikan oleh syarikat - sayarikat swata atau pun syarikat perbankan swasta yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang lain. Pelaburan swasta dikatakan mempunyai hubungan yang penting dengan pengeluaran sesebuah negara. Kaitannya ialah hubungan langsung. Menurut Bank Negara Malaysia, pelaburan swasta yang meningkat akan meningkatkan lagi pengeluaran sesebuah negara. Selain itu, pelaburan swasta yang menguncup juga dapat menurunkan pengeluaran negara. Perkara tersebut dapat dilihat secara jelas menerusi graf yang ditunjukkan dibawah. Gambar dengan jelasnya menunjukkan perkaitan antara KDNk iaiatu keluaran Dalam Negara Kasar dengan Pelaburan swasta.

Pelaburan asing

Pelaburan asing juga dikatakan sebagai aspirasi sesebuah negara untuk maju ke hadapan. Secara kasarnya jika pelaburan sesebuah negara meningkat, maka ia akan meningkatkan pengeluaran sesebuah negara. Pelaburan asing dilakukan oleh negara - negara asing yang sedang membuat pelaburan dalam sesebuah negara. Syarikat - sayarikat pelaburan yang melakukan perniagaan di negara kita misalnya, akan membuat pelaburan di negara tersebut. Jika dilihat dengan teliti, maka kita dapat memahami bahawa pelaburan yang dilakukan oleh entiti luar mampu membawa peningkatan yang mendadak dalam pengeluaran negara kerana kita akan menjadi hub untuk meningkatkan pengeluaran. Graf dibawah menunjukkan perkaitan antara pelaburan asing dengan KDNK. Ianya menunjukkan ujnjuran positif dimana pelaburan asing akan mempengaruhi pengeluaran negara.

Syarat perdagangan negara yang longgar

Syarat perdagangan sesebuah negara juga mampu mamainkan peranan yang sangat penting. Syarat perdagangan ialah undang - undang yang berkaitan dengan perdagangan yang akan dilakukan di sesebuah negara. Syarat perdagangan di kebanyakkan negara yang menjalankan ekonomi terbuka akan dijadikan longgar. Perubahan atau kelonggaran yang dilakukan pada syarat perniagaan atau perdagangan Jika syarat yang diamalkan di sesebuah negara dijadikan longgar dengan kadar cukai dan aspek lain, maka ia akan mempengaruhi pengeluaran negara kerana syarat yang longgar akan meningkatkan pelaburan negara asing dan pelaburan swasta.

Kadar inflasi

Kadar inflasi ialah kadar yang menunjukkan pergerakan peningkatan harga barangan atau perkhidmatan secara berterusan. Kadar inflasi dis esebuah negara dikatakan sedang berada dalam ambang peningkatan. Jika kita fikirkan bagaimana inflasi dapat mempengaruhi pengeluaran negara, maka kita dapat simpulkan bahawa kadar inflasi yang menurun mmapu meningkatkan pengeluaran negara. Jika kadar inflasi menurun, bermaksud harga barangan dan harga perkhidmatan akan menurun. Oleh yang demikian, harga bagi barangan kos juga akan menurun. Jika harga kos dan harga perkhidmatan yang akan digunakan menurun, maka ia akan membantu sesebuah syarikat atau industri melabur dalam meningkatkan pengeluaran negara. Kadar inflasi yang meningkat pula akan menyebabkan harga barangan kos dan perkhidmatan meningkat dan ianya akan menjadi faktor kepada pengurangan pengeluaran sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita dapat simpulkan bahawa kadar inflasi mempunyai hubungan yang songsang dengan pengeluaran negara.

Berdasarkan gambar diatas, kita dengan jelasnya dapat membandingkan dua negara utama iaiatu Malaysia dan China dalam perbandingan antara inflasi dan pengeluaran negara. Malaysia mempunyai inflasi sebanyak 4.8, manakala China mempunyai inflasi sebanyak 0.8. ianya telah menyebabkan perubahan yang ketara dalam pengeluaran negara dimana Malaysia mencatat sebanyak 5.2% dan China sebanyak 10.2% dalam pengeluaran negara masing - masing. Oleh ytang demikian, kita dapat simpulkan bahawa pengurangan dalam kadar infalasi akan meningkatkan pengeluaran negara. Pendapatan nasional yang meningkat

Pendapatan nasional merupakan indikator yang tinggi dalam menentukan pengeluaran negara kerana jika pendapatan negara meningkat, maka ia akan meningkatkan pengeluaran negara. Pendapatan negara ialah pendapatan yang akan diperoleh oleh sesebuah negara berikutan perniagaan dan pelaburan yang dilakukan oleh mereka dalam dan luar negara. Jika secara kumulatifnya pendapatan sesebuah negara meningkat, maka mereka akan mempunyai dana yang lebih besar untuk menampung dan meningkatkan pengeluaran negara. Sesebuah negara akan

membantu dalam meningkatkan pelaburan beberapa industri negara terutamanya industri kecil sederhana dan juga industri utama yang dijalankan oleh kerajaan seperti Permodalan Nasional, Proton dan lain - lain. Jika pelaburan dalam bidang - bidang ini meningkat maka jumlah pengeluaran negara juga akan meningkat. Selain itu, jika pendapatan negara meningkat, maka ia bolehlah menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada pihak - pihak tertentu tanpa mengharapkan kadar faedah yang tinggi. Oleh yang demikian, jumlah pelabur dan pengeluar di Malaysia akan meningkat. Dengan melakukan pelabutran individu, maka jumlah pengeluaran dapat ditingkatkan. KEPADATAN PENDUDUK MENINGKAT

Kepadatan penduduk juga merupakan satu lagi aspek yang penting dan memangkinkan pengeluaran negara. Jika kadar penduduk di sesebuah negara mneingkat, maka ia secara tidak langsung perlulah menyeru kerajaan sesebuah negara untuk meningkatkan pengeluaran yang perlu untuk menanggung sesebuah negara. Jika kerajaan tidak meningkatkan pengeluaran, maka permintaan yang tinggi di sesebuah negara berikutan peningkatan dalam kepadatan penduduk akan menyebabkan penawaran menjadi rendah dan kadar inflasi akan mneingkat. Kepadatan penduduk akan menyebabkan negara berusaha untuk meningkatkan pengeluaran negara untuk menampung jumlah permintaan. Oleh yang demikian, dapatlah kita konklusikan bahawa jumlah penduduk yang meningkay disesebuah negara juga akan menyebabkan pengeluaran negara tersebut meningkat. KESIMPULAN Pengeluaran malaysia merupakan sesuatu yang amat baik dan perlu diteliti agar ia menjadi sesuatu yang berfaedah kepada semua masyarakat. Akan ettapi kita perlu beringat bahawa jumlah pengeluaran yang akan emningkat ini bukannya di tangan kita tetapi pelbagai faktor akan mempengaruhinya. Keadaan ekonomi sesebuah negar yang semakin meningkat dan bertambah baik juga akan menjadi faktor mengapa pengeluaran negara akan turut berkembang ke arah positif. Ekonomi malaysia yang baik ini bukan ditentukan oleh kerajaan tetapi ditentukan oleh pelbagai faktor iaitu pelaburan asing, pelaburan swasta, kadar inflasi, dan juga aspek - aspek lain yang menjadi tunjang. Perkembangan secara berterusan dalam ekonomi malaysia akan meningkatkan pengeluaran negara yang akan menjadikan malaysia sebauh negara maju dari segi ekonomi yang mampu meningkatkan aspek aspek lain di negara kita. Keadaan ekonomi yang baik adalah pemangkin kepada peningkatan dalam pengeluaran negara.

You might also like