You are on page 1of 50

PERAKAUNAN PENDAPATAN

NEGARA

Merupakan satu penyata


kewangan negara bagi tempoh
satu tahun.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR
Ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor
pengeluaran dalam negara bagi jangka
masa setahun, tanpa mengira faktor
pengeluaran milik negara itu atau negara
asing.
Mengambil kira sumbangan keluaran faktor
tempatan dan faktor asing di negara itu.
Tidak mengambil kira nilai sumbangan
keluaran faktor tempatan di negara asing.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
KELUARAN NEGARA KASAR
Ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor
pengeluaran negara itu bagi jangka masa
setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran
beroperasi di negara itu atau di negara
asing.
Mengambil kira nilai sumbangan keluaran
faktor tempatan di negara itu dan juga di
negara asing.
Tidak mengambil kira nilai sumbangan
keluaran faktor asing di negara itu.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
Sekiranya pendapatan faktor dari luar
negara melebihi bayaran faktor ke luar
negara, pendapatan faktor bersih dari luar
negara bernilai positif. Dalam keadaan ini
KNK melebihi KDNK.
Sebaliknya apabila pendapatan faktor dari
luar negara kurang daripada bayaran faktor
ke luar negara, pendapatan faktor bersih dari
luar negara bernilai negatif. Dalam keadaan
ini KNK kurang daripada KDNK.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
Lazimnya, negara maju mempunyai nilai
pendapatan faktor bersih dari luar negara
yang positif kerana lebih banyak membuat
pelaburan di luar negara. Oleh itu, KNK
sentiasa melebihi KDNK di negara maju
tersebut.
Sebaliknya negara kurang maju mempunyai
nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara
yang negatif kerana lebih banyak membuat
bayaran untung lepas cukai kepada pelabur-
pelabur asing. Oleh itu, KNK sentiasa kurang
daripada KDNK di negara kurang maju
tersebut.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
Apabila pendapatan faktor bersih dari luar
negara bernilai negatif, KNK kurang daripada
KDNK iaitu pengaliran keluar mata wang
tempatan yang lebih banyak akan
menurunkan nilai mata wang tempatan dan
menjejaskan imbangan pembayaran.
Pendapatan negara ialah jumlah pendapatan
yang diterima oleh penduduk tempatan dalam
sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Pendapatan negara meliputi jumlah
pendapatan faktor seperti sewa, faedah
bersih, upah, untung syarikat dan pendapatan
perusahan persendirian.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
Apabila pendapatan faktor bersih dari luar
negara bernilai negatif, KNK kurang daripada
KDNK iaitu pengaliran keluar mata wang
tempatan yang lebih banyak akan
menurunkan nilai mata wang tempatan dan
menjejaskan imbangan pembayaran.
Pendapatan negara ialah jumlah pendapatan
yang diterima oleh penduduk tempatan dalam
sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Pendapatan negara meliputi jumlah
pendapatan faktor seperti sewa, faedah
bersih, upah, untung syarikat dan pendapatan
perusahan persendirian.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA

KELUARAN NEGARA BERSIH


KNB = KNK – susut nilai
Dikenali sebagai pendapatan
negara yang menunjukkan daya
pengeluaran dan keluaran
negara yang sebenar.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
KELUARAN NEGARA BERSIH
Dalam proses pengeluaran, setiap negara
menggunakan barang modal seperti mesin, dan
komputer untuk menambahkan daya
pengeluaran dan kuantiti keluaran.
Walau bagaimanapun, barang modal tersebut
akan mengalami penyusutan nilai apabila telah
lama digunakan atau rosak melalui masa.
Susut nilai barang modal akan merendahkan
daya pengeluaran dan keluaran negara.
Oleh itu, susut nilai harus ditolak dalam
perakaunan pendapatan negara untuk
memberikan gambaran sebenar tentang
keluaran negara.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
PENDAPATAN PERSENDIRIAN
Adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh
semua individu dalam setahun di sesebuah
negara.
Merangkumi semua sumber pendapatan
kepada individu. Antaranya:
Pendapatan faktor yang terdiri daripada sewa, bunga
bersih, upah dan gaji, untung kepada pengusaha dan
pendapatan perusahaan persendirian.
Bayaran pindahan seperti bayaran pencen, biasiswa,
zakat, elaun, bunga atas pinjaman.
Bayaran pindahan adalah pendapatan kepada
individu yang tidak menyumbangkan sebarang faktor
pengeluaran produktif dalam kegiatan ekonomi.
Bayaran itu dilakukan tanpa sebarang pengeluaran
barang/ perkhidmatan dalam ekonomi.
Hubungan Antara Pendapatan Negara dan
Pendapatan Persendirian
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
PENDAPATAN BOLEH GUNA
merupakan pendapatan persendirian yang boleh
dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan atau
ditabungkan.
Kebanyakan individu membayar sebahagian
daripada pendapatan persendirian mereka kepada
kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan individu.
Oleh itu bukan semua pendapatan persendirian
dapat digunakan.
Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan
Persendirian – Cukai Pendapatan Perseorangan.
Adalah penentu taraf hidup individu dalam
sesebuah negara kerana pendapatan boleh guna
menentukan jumlah barang dan perkhidmatan yang
dapat dibeli dan digunakan oleh individu.
KONSEP PENDAPATAN
NEGARA
PENDAPATAN PER KAPITA
ialah pendapatan purata setiap penduduk di
sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Diperoleh dengan membahagikan pendapatan
negara dengan jumlah penduduk bagi tahun
berkenaan.
Dikira mengikut harga semasa.
Dipengaruhi oleh tingkat harga umum dan tidak
tepat digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
Apabila PPK naik, taraf hidup rakyat negara itu
tidak semestinya bertambah baik kerana kenaikan
PPK mungkin disebabkan oleh kenaikan tingkat
harga umum. Kenaikan harga umum bermakna
kenaikan kos hidup yang akan mengurangkan
kuasa beli rakyat.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Untuk memahami kaedah perhitungan pendapatan
negara, adalah penting memahami hubungan
antara pendapatan negara, keluaran negara dan
perbelanjaan negara.

Dalam sebuah ekonomi, firma menggunakan


faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan
barang-barang dan perkhidmatan. Jumlah nilai
barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh semua firma dalam ekonomi dikenali sebagai
keluaran negara. Penggunaan faktor akan
mewujudkan pendapatan faktor. Jumlah
pendapatan faktor yang diterima oleh semua
faktor pengeluaran dikenali sebagai pendapatan
negara.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Dalam penghitungan, nilai keluaran negara adalah
sama dengan nilai pendapatan negara, iaitu:
Keluaran negara = Pendapatan Negara

Pendapatan negara yang diterima oleh isi rumah akan


dibelanjakan ke atas keluaran negara. Jumlah
perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara
dikenali sebagai perbelanjaan negara. Dalam
penghitungan, nilai perbelanjaan negara adalah sama
dengan nilai keluaran negara, iaitu
Perbelanjaan Negara = Keluaran Negara

Rumusan:
Keluaran Negara = Pendapatan Negara =
Perbelanjaan Negara
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Dalam perakaunan perdapatan negara,


tiga kaedah berikut digunakan untuk
menghitung pendapatan negara, iaitu:
Kaedah keluaran
Kaedah perbelanjaan
Kaedah pendapatan

Malaysia menggunakan kaedah


keluaran dan kaedah perbelanjaan.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)


Mengikut kaedah ini, yang dicampur
ialah nilai ditambah yang diwujudkan
oleh semua sektor ekonomi dalam
negara.
Nilai ditambah ialah pertambahan nilai
barang/ perkhidmatan selepas melalui
proses pengeluaran
Untuk mengira nilai ditambah, kita harus
membezakan nilai barang akhir daripada
nilai barang perantaraan dan nilai
barang import.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)


Barang akhir: ialah barang yang boleh
digunakan oleh isi rumah tanpa diproses
selanjutnya. Contoh: roti

Barang perantaraan: barang yang perlu


diproses selanjutnya. Contoh: tepung
gandum.

Barang import: barang yang dibeli dari


negara asing. Contoh: gandum yang
diimport
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)


Mengikut kaedah ini, yang dicampur
ialah nilai ditambah yang juga
merupakan nilai barang akhir.
Nilai barang perantaraan tidak
dicampurkan untuk mengelakkan
masalah pengiraan dua kali.
Jika input pengeluaran melibatkan
barang import, nilai barang import harus
ditolak kerana kaedah keluaran hanya
mengambil kira nilai keluaran dalam
negara sahaja.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Contoh pengiraan tanpa barang import.

Jenis Keluaran Nilai Keluaran Nilai ditambah


Keluaran (RM) (RM)
Barang Gandum 100 100 – 0 = 100
perantaraan
Barang Tepung 200 200 – 100 = 100
perantaraan gandum
Barang akhir Roti 300 300 – 200 = 100
Jumlah (RM) 600 300
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran (Nilai ditambah: tanpa


barang import)
Berdasarkan jadual, gandum dan tepung
gandum ialah barang perantaraan sementara roti
ialah barang akhir.
Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan
ialah nilai ditambah daripada gandum menjadi
roti, iaitu nilai barang akhir berbentuk roti RM300.
Nilai gandum RM100 dan nilai tepung RM200
tidak dicampurkan kerana kedua-duanya ialah
barang perantaraan dalam pengeluaran roti.
Wujud pengiraan dua kali yang akan
meninggikan nilai keluaran negara kepada
RM600 jika nilai barang perantaraan, iaitu nilai
gandum dan tepung gandum diambilkira.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Contoh pengiraan dengan barang import.
Andaikan gandum ialah barang import dalam
pengeluaran roti.

Jenis Keluaran Nilai Keluaran Nilai ditambah


Keluaran (RM) (RM)
Barang Gandum 100 100 – 100 = 0
import
Barang Tepung 200 200 – 100 = 100
perantaraan gandum
Barang akhir Roti 300 300 – 200 = 100
Jumlah (RM) 600 200
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran (Nilai ditambah-


dengan barang import)
Berdasarkan jadual, gandum adalah barang
import, tepung gandum ialah barang perantaraan
dan roti adalah barang akhir.
Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan
ialah nilai ditambah yang bersamaan dengan
nilai barang akhir (roti) tolak nilai barang import
(gandum) iaitu RM300 – RM100 = RM200.
Nilai gandum RM100 mesti ditolak kerana
gandum ialah barang import yang tidak
dikeluarkan dalam negara. Nilai tepung gandum
RM200 tidak dicampurkan kerana tepung
gandum ialah barang perantaraan.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Apabila proses pengeluaran tidak melibatkan
barang import sebagai input, jumlah nilai
ditambah bersamaan dengan jumlah nilai
barang akhir yang dikeluarkan dalam negara.
Sebaliknya jika proses pengeluaran
melibatkan barang import sebagai input,
jumlah nilai ditambah bersamaan dengan
jumlah nilai barang akhir tolak jumlah nilai
barang import.
Pengiraan nilai ditambah boleh mengelakkan
masalah pengiraan dua kali yang
menjejaskan ketepatan data pendapatan
negara.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira
sumbangan nilai ditambah 10 sektor
ekonomi berikut;
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
Pembinaan
Elektrik, gas dan air
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan
restoran
Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan
perniagaan
Perkhidmatan kerajaan
Perkhidmatan-perkhidmatan lain
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)


Jumlah nilai ditambah semua sektor
ekonomi dalam negara bagi satu
tahun dinamakan Keluaran Dalam
Negeri Kasar pada harga pasaran
(KDNKhp). Penghitungan (KDNKhp)
dengan kaedah keluaran adalah
mengikut harga tetap.
Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga tetap 1987)
Sektor Ekonomi RM juta % sumbangan
(Anggaran) kepada KDNK
1. Pertanian, perhutanan, perikanan 20 693 8.3
2. Perlombongan dan kuari 17 528 7.1
3. Perkilangan /pembuatan 78 828 31.8
4. Pembinaan 7 451 3.0
5. Perkhidmatan 141 534 57.1
- elektrik, gas dan air 10 310
- pengangkutan, penyimpanan 21 480
dan perhubungan
- perdagangan borong dan runcit, 35 409
hotel dan restoran
- kewangan, insurans, hartanah 37 256
dan perkhidmatan perniagaan
- perkhidmatan kerajaan
17 541
- perkhidmatan lain 19 538
Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga tetap 1987)
Sektor Ekonomi RM juta % sumbangan
(Anggaran) kepada KDNK
6. Tolak: Bayaran perkhidmatan bank -23 376 -9.4
7. Tambah: Cukai import + 5 222 +2.1
8. KDNK pada harga pasaran 247 880 100.0

(Sumber: Laporan Ekonomi 2004 / 2005, Kem. Kewangan Malaysia)

Penjelasan Akaun KDNKhp Malaysia


a) KDNKhp dihitung mengikut harga tetap.
b) KDNKhp Malaysia pada tahun 2004 mengikut harga
tetap 1987 berjumlah RM247 880 juta.
c) Sektor perkilangan/ pembuatan masih merupakan
sektor kecil ekonomi yang memberikan sumbangan
terbesar kepada KDNK Malaysia iaitu sebanyak
31.8%.
d) KDNKhp Malaysia diperoleh apabila
Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga tetap 1987)

Penjelasan Akaun KDNKhp Malaysia

d) KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai


ditambah semua sektor kecil ekonomi
dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran
perkhidmatan bank dan ditambah cukai import
e) Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai
barang perantaraan dalam sektor kewangan,
maka item ini ditolak untuk mengelakkan
pengiraan dua kali.
f) Cukai import merupakan cukai tak langsung yang
menaikkan harga pasaran bagi keluaran
Malaysia, maka ia ditambah dalam perhitungan
KDNKhp.
Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga tetap 1987)

Penjelasan Akaun KDNKhp Malaysia

g) i) Peratus sumbangan sektor utama (1 & 2) pada tahun


2004:
= 20 693 + 17 528 x 100% = 15.4%
247 880

ii) Peratus sumbangan sektor kedua (3 & 4) pada


tahun 2004:
= 78 828 + 7 451 x 100% = 34.8%
247 880

ii) Peratus sumbangan sektor ketiga (5) pada


tahun 2004:
= 141 534 x 100% = 57.1%
247 880
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kelebihan Kaedah Keluaran


Dapat mengesan punca keluaran negara
mengikut sektor ekonomi.
Dapat membandingkan pencapaian setiap
sektor ekonomi berdasarkan peratus
sumbangannya kepada KDNK negara itu.
Dapat menghitung kadar pertumbuhan
ekonomi berdasarkan data KDNK benar,
iaitu:
Kadar pertumbuhan ekonomi
= KDNK benar baru – KDNK benar lama x 100%
KDNK benar lama
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Perbelanjaan
dengan cara mencampurkan jumlah
perbelanjaan ke atas barang akhir dan
perkhidmatan yang dilakukan oleh golongan
pembeli seperti berikut:
Perbelanjaan penggunaan awam
Perbelanjaan penggunaan swasta
Pembentukan modal tetap kasar awam /
pelaburan awam
Pembentukan modal tetap kasar swasta/
pelaburan swasta
Perubahan dalam inventori
Eksport barang dan perkhidmatan
Import barang dan perkhidmatan
Pendapatan faktor bersih dari luar negara
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Perbelanjaan penggunaan awam
Iaitu perbelanjaan sektor kerajaan ke atas
barang akhir dan perkhidmatan

Perbelanjaan penggunaan swasta


Iaitu perbelanjaan sektor swasta ke atas barang
akhir dan perkhidmatan

Pembentukan modal tetap kasar awam/ pelaburan


awam
Iaitu perbelanjaan sektor kerajaan ke atas
barang-barang modal seperti komputer dan trak
tentera untuk menggantikan yang rosak serta
menambahkan barang modal yang baru.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Pembentukan modal tetap kasar awam/ pelaburan
swasta
Iaitu perbelanjaan sektor swasta ke atas barang-
barang modal seperti mesin dan jentera untuk
menggantikan yang rosak serta menambahkan
barang modal yang baru.

Perubahan dalam inventori


Iaitu perubahan nilai stok/ barang simpanan
perusahaan yang belum dijual.
Nilai perubahan inventori yang positif harus
dicampurkan kerana pertambahan nilai inventori akan
menambahkan nilai keluaran negara dan pendapatan
negara tahun berkenaan.
Sebaliknya nilai perubahan inventori yang negatif
harus ditolak kerana pengurangan nilai inventori akan
mengurangkan nilai keluaran negara dan pendapatan
negara pada tahun berkenaan.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Eksport barang dan perkhidmatan
Iaitu perbelanjaan negara-negara asing ke atas
barang dan perkhidmatan yang dijual oleh negara itu.
Perbelanjaan negara-negara asing tersebut akan
menambahkan pendapatan negara itu.
Oleh itu, nilai eksport barang dan perkhidmatan harus
dicampurkan dalam akaun KDNK negara itu.

Import barang dan perkhidmatan


Iaitu perbelanjaan negara itu ke atas barang dan
perkhidmatan yang dibeli dari negara-negara asing.
Perbelanjaan import mengurangkan pendapatan
negara itu.
Oleh itu, nilai import barang dan perkhidmatan harus
ditolak dalam akaun KDNK negara itu
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA
Pendapatan faktor bersih dari luar negara
Iaitu perbelanjaan negara-negara asing ke atas
penggunaan faktor-faktor pengeluaran negara itu
ditolak perbelanjaan negara itu ke atas penggunaan
faktor-faktor pengeluaran negara asing.
Pendapatan faktor bersih dari luar negara yang positif
akan menambahkan pendapatan negara dan harus
dicampur dalam akaun KDNK negara itu.
Sebaliknya jika bernilai negatif akan mengurangkan
pendapatan negara dan harus ditolak daripada akaun
KDNK negara itu.

Nilai pendapatan negara yang diperoleh melalui


kaedah perbelanjaan dikenali sebagai Keluaran
Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp).
Contoh Akaun KNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga semasa)
Komponen Perbelanjaan RM juta % sumbangan
(Anggaran) kepada KNK
1. Perbelanjaan penggunaan: 251 598 61.1
- awam RM60 786 (14.8%)
- swasta RM190 812 juta (46.3%)
2. Pembentukan modal tetap kasar/ 88 889 21.6
Pelaburan kasar
- awam RM54 152 juta (13.2%)
- swasta RM34 737 juta (8.4%)
3. Perubahan dalam stok/ inventori 3 433 0.8
4. Eksport bersih 94 625 22.9
Tambah: Eksport barangan
RM531 805 juta (128.1%)
Tolak: Import barangan
RM437 180 juta (106.2%)
Contoh Akaun KNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga semasa)
Komponen Perbelanjaan RM juta % sumbangan
(Anggaran) kepada KNK
6. KDNK pada harga pasaran (harga 438 545 106.4
pembeli)
7. Bayaran faktor bersih ke luar negara -26 751 -6.4
8. KNK pada harga pasaran (harga 411 794 100
pembeli)

(Sumber: Laporan Ekonomi 2004 / 2005, Kem. Kewangan Malaysia)

Penjelasan Akaun KNKhp Malaysia


a) KNKhp boleh dihitung mengikut harga tetap atau harga
semasa.
Contoh Akaun KNKhp Malaysia tahun 2004
(mengikut harga semasa)
Penjelasan Akaun KNKhp Malaysia
b) Dalam penghitungan KNKhp mengikut kaedah
perbelanjaan, semua perbelanjaan yang menambahkan
pendapatan negara ditambah, iaitu perbelanjaan
penggunaan swasta (C), perbelanjaan penggunaan awam
(G), pelaburan kasar (I), dan eksport (X); sementara
perbelanjaan yang mengurangkan pendapatan negara
ditolak, iaitu import (M).
c) Perubahan dalam stok/ inventori (Δi), eksport bersih (X – M)
dan bayaran faktor bersih ke luar negara boleh bernilai
positif atau negatif. Nilai positif akan ditambah, nilai negatif
akan ditolak.
d) KNKhp = (C+G) + I + Δi + X – M + Bayaran faktor bersih ke
luar negara
= 251 598 + 88 889 + 3 433 + 94 625 – 26 751
= RM411 794 juta
e) Bayaran faktor bersih ke luar negara negatif menunjukkan
bahwa pendapatan faktor dari luar negara kurang daripada
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN

Kaedah Pendapatan (Bayaran faktor)


Mengikut kaedah ini, pendapatan negara
dihitung dengan mencampurkan semua
pendapatan faktor di sesebuah negara untuk
tempoh setahun.
Pendapatan faktor terdiri daripada:
Gaji dan upah iaitu pendapatan buruh termasuk
gaji bulanan, komisen, bonus dan sebagainya.
Sewa iaitu pendapatan pemilik tanah seperti sewa
kebun, sewa kilang, sewa rumah dan lain-lain.
Bunga bersih iaitu pendapatan pemilik modal
seperti faedah tabungan di bank perdagangan dan
faedah sumbangan modal dalam perniagaan.
Bunga ini tidak termasuk bunga atas pinjaman
kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN

Pendapatan faktor terdiri daripada:


Keuntungan iaitu pendapatan pengusaha syarikat.
Pendapatan perusahaan persendirian iaitu
pendapatan pengusaha kecil seperti milikan
perseorangan, perkongsian dan koperasi.

Pengiraan pendapatan negara tidak


mengambil kira bayaran pindahan. Bayaran
pindahanialah pendapatan yang tidak
melibatkan penggunaan faktor produktif
dalam pengeluaran.

Penerima bayaran pindahan tidak


menyumbangkan sebarang barang dan
perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi.
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN

Contoh-contoh bayaran pindahan termasuk:


Bunga atas pinjaman kerajaan
Bunga atas pinjaman pengguna
Bayaran pencen pesara
Biasiswa pelajar
Zakat kepada fakir miskin
Elaun suri rumah tangga dan anak
Elaun penganggur.
Nilai pendapatan negara diperoleh juga
dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih
pada kos faktor (KNBkf).
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN

Contoh Akaun Pendapatan Negara bagi Negara A

Butir RM juta
Upah dan gaji 80 000
Sewa 3 000
Bunga bersih 5 000
Keuntungan syarikat 20 000
Pendapatan perusahaan Persendirian 9 000

Pendapatan Negara (KNBkf) 117 00


KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN

Kaedah ini tidak digunakan di Malaysia


dalam pengiraan pendapatan negara. Ia
juga jarang digunakan di negara-negara lain
kerana terdapat masalah pengumpulan
maklumat.
Contoh pengiraan
Data berikut menunjukkan akaun
pendapatan negara sebuah negara pada
tahun 1999
(Indeks harga 1996 = 100)
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN
Butir RM juta
Pendapatan negara 85 000
Caruman KWSP 2 500
Cukai pendapatan syarikat 15 000
Bayaran pindahan 1 500
Bunga atas pinjaman pengguna 500
Bunga atas pinjaman kerajaan 800
Cukai pendapatan perseorangan 7 000
Untung yang tidak dibahagikan 4 000

Hitung:
a) Pendapatan pensendirian
b) Pendapatan boleh guna
c) Pendapatan perkapita, jika jumlah penduduk = 16 juta orang
d) Pendapatan negara benar tahun 1999, diberi indeks harga 1999 = 110.
e) KNK pada kos faktor, diketahui susut nilai = RM100 juta
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN
Contoh jawapan

a) Pendapatan persendirian
Pendapatan negara – caruman KWSP – cukai pendapatan
syarikat – untung yang tidak dibahagikan + bayaran pindahan
+ bunga atas pinjaman pengguna + bunga atas pinjaman
kerajaan
= 85 000 – 2500 – 15 000 – 4000 + 1500 + 500 + 800
= 66 300 (RM juta)

b) Pendapatan boleh guna


= pendapatan persendirian – cukai pendapatan perseorangan
= 66 300 – 7000
= RM59 300 juta
KAEDAH PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA – KAEDAH PENDAPATAN
Contoh jawapan

c) Pendapatan per kapita


= Pendapatan Negara = RM85 000 = RM5312.50
Jumlah penduduk 16 juta

d) Pendapatan negara benar 1999


= Indeks harga 1996 x Pendapatan negara 1999
Indeks harga 1999
= 100 x RM85 000 juta = RM77 272.73
110

e) KNK pada kos faktor


= KNB pada kos faktor + susut nilai
= 85 000 + 100
= RM85 100 juta
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA
Nilai pendapatan negara boleh digunakan untuk mengira:
Pendapatan perkapita
Pendapatan negara benar
Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan kebajikan.

Data Pendapatan perkapita selalu digunakan untuk


Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun
Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh
masa
Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan
negara lain
Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi
menentukan jumlah bantuan kewangan /pinjaman
kepada negara miskin
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

Data kadar pertumbuhan ekonomi boleh digunakan


untuk menentukan sama ada pencapaian ekonomi
bagi sesuatu tempoh memuaskan atau tidak. Jika
kadar pertumbuhan ekonomi adalah positif atau
semakin meningkat, pencapaian ekonomi adalah
memuaskan. Sebaliknya jika kadar pertumbuhan
ekonomi adalah negatif atau semakin menurun,
pencapaian ekonomi negara itu adalah tidak
memuaskan.

Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran


boleh menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi
kepada KDNK negara. Data tersebut juga merupakan
petunjuk perubahan struktur ekonomi. Maklumat
tersebut menolong kerajaan menggubal dan
melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang sesuai demi
mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

Data pendapatan boleh guna yang diperoleh


daripada pendapatan negara iaitu pendapatan
persendirian ditolak cukai pendapatan
perseorangan, boleh dijadikan petunjuk saiz
pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing
kerana pendapatan boleh guna menggambarkan
kuasa beli negara berkenaan.

Data pendapatan negara yang merangkumi


KDNK, jumlah pelaburan swasta dan awam,
perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dan
sebagainya membolehkan kerajaan membuat
ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-
tahun akan datang

You might also like