You are on page 1of 14

KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 1

UNIT88
UNIT KONKRIT RINGAN

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit ringan,


ciri-ciri, jenis dan kaedah penyediaan serta kegunaan
konkrit ringan di dalam kerja-kerja pembinaan.

Unit

8
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Mentakrifkan konkrit ringan.

 Membandingkan konkrit ringan dan konkrit padu.

 Menghuraikan kaedah penyediaan konkrit


berliang, konkrit tanpa halus dan konkrit batu
baur ringan.

 Menamakan jenis batu baur ringan.

 Mengenalpasti kegunaan blok-blok ringan untuk


jenis-jenis dinding tanpa beban.

 Menyatakan kelebihan menggunakan konkrit


ringan dalam kerja binaan.

INPUT
INPUT
Unit 8-1
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 2

8.0 KONKRIT RINGAN

8.1 Takrifan Konkrit Ringan


Konkrit ringan adalah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan ini
boleh terdiri daripada batu baur ringan yang digunakan dalam konkrit biasa iaitu batu
baur kasar dan pasir, tanah Liat (expand clay), sanga berbusa (foamed slag ),batu hangus
(clinker), batu hancur (crushed stones) ,batu baur organik dan bukan organik.

8.2 Perbezaan Di antara Konkrit Ringan dan Konkrit Padu

Konkrit ringan : 15 hingga 17.5 kN/m3


Konkrit padu : 21 hingga 23 kN/m3

8.3 Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan


8.3.1 Penyediaan Konkrit Berliang
8.3.2 Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)
8.3.3 Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

8.3.1 Penyediaan Konkrit Berliang

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung gas atau udara ke


dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan pasir halus).

Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh diambilkira sebagai mortar
berliang.

Ciri-ciri Konkrit Berliang

a) Penebatan haba yang tinggi


b) Gerakan lembapan yang tinggi

Unit 8-2
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 3

c) Pengecutan yang tinggi.

Jenis-jenis Konkrit Berliang

a) Jenis tuang di situ


b) Jenis tuang dahulu

8.3.2 Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak digunakan dan
campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu baur kasar. Konkrit ini boleh
digunakan untuk kegunaan struktur tanggung beban dan bukan tanggung beban.

Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak kurang dari 15
N/mm2. Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

a) Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18 mm.


b) Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS 10 mm.
c) Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm.

Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan kandungan simen yang
digunakan. Konkrit kasar biasanya tidak digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi
sekiranya digunakan, lapisan simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm.
Jadual 8.1 : Menunjukkan hubungan nisbah bancuhan
dan kekuatan mampatan
Nisbah batu baur/ simen Nisbah air simen Kekuatan mampatan 28 hari
berdasarkan isipadu berdasarkan berat (N/mm2)

1:6 0.38 14
1:7 0.40 12
1:8 0.41 10
1 : 10 0.45 7

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 8-3
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 4

8.3.3 Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

Konkrit ini selalunya digunakan pada :


a) Blok konkrit tuang dulu
b) Bumbung dan dinding tuang di situ untuk kegunaan penebatan.

Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah:

a) mempunyai kekuatan yang mencukupi


b) mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan yang baik)
c) mempunyai pengecutan kering yang rendah (untuk mengelakkan berlakunya
keretakan.

Faktor-faktor di atas bergantung kepada :


a) Jenis batu baur yang digunakan.
b) Kadar bancuhannya.
c) Kadar kepadatannya.
d) Cara dan teknik pengawetannya.

Jadual 8.2 : Jenis-jenis konkrit ringan dari pelbagai bahan

Ketumpatan
Bahan
(kN/m3)
1. Batu hangus 11.5 - 16
2. Sanga berbusa 10 - 12
3. Tanah liat 7 - 11.5
4. Abu bahanapi hancur tersinter 11.5
5. Pumice 7 - 11.5
6. Vermiculite 5.5 - 7.5
7. Pearlit 4.5 - 7.5
8. Konkrit ringan:
Konkrit kasar (non fines) 14 - 17
Konkrit berliang 3-9

Unit 8-4
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 5

Konkrit padu 22 - 23
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Jadual 8.3 : Jenis-jenis Konkrit Ringan


Konkrit Kasar Konkrit batu baur ringan Konkrit Berliang

1. Batu baur kasar 1. Batu hangus Pengudaraan kimia Campuran berbusa


2. Batu baur hancur 2. Tahi besi
3. Batu hangus kasar 3. Tanah liat kering kembang
4. Tanah liat 4. Batuan Ioh kering kembang 1. Dengan 1. Busa berbusa
menggunakan serbuk 2. Busa kandung
5. Syal kering kembang 5. Syal kering kembang
aluminium udara
6. Batuan Ioh (Slate) 6. Bermiculite 2. Dengan
menggunakan
7. Sanga berbusa 7. Pearlit
hidrogen peroksida
8. Abu bahanapi hancur 8. Pumice dan serbuk peluntur.
tersinter 9. Batu baur organik
Jadual 4 : Jenis-jenis dan Pemeringkatan Batu Baur
yang Sesuai untuk Konkrit Ringan

Jenis konkrit ringan Jenis batu baur Pemeringkatan batu baur


Batu baur asli BS 882 Saiz nominal bahan antara 18
Tahi besi BS 1047 mm dan 10 mm ayakan BS.
Konkrit kasar
Batu hangus BS 1165
Lain-lain bahan ringan
Batu hangus 4 mm ke bawah
Tanah liat (kering kembang)
Konkrit batu baur ringan
Tahi besi BS 877
(partially compacted)
Batu Ioh, syal
Vermiculite dan pearlit.
Tahi besi BS 877 18n mm atau 12 mm ke bawah
Tanah liat (kering kembang) hingga abuk halus.
Konkrit batu baur ringan
Batuan Ioh
(fully compacted)
Syal dan abu bahanapi hancur
tersinter.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

8.4 Ciri-ciri Konkrit Ringan

Unit 8-5
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 6

8.4.1 Penebatan haba (thermal insulation)


8.4.2 Pencegahan Kebakaran (fire insulation)
8.4.3 Daya ketahanan (durability)
8.4.4 Penyerapan air (water absorption)
8.4.5 Penembusan air hujan (rain penetration)
8.4.6 Sifat akustik

8.4.1 Penebatan haba (thermal insulation)

Penebatan haba didefinasikan sebagai kecekapan rintangan terhadap pengaliran haba


sama ada melalui pengaliran, perolahan atau pancaran.
Konkrit ringan mempunyai rintangan penebatan haba yang tinggi. Contohnya 150 mm
dinding konkrit berliang dapat memberikan penebatan empat kali lebih baik daripada 225
mm tebal dinding bata.

8.4.2 Pencegahan Kebakaran (fire insulation)

Pencegahan kebakaran ada kaitan dengan penebatan haba.Terdapat dua jenis bahan
pencegah kebakaran iaitu:
a) bahan yang mudah terbakar - contohnya bahan organik kayu
b) bahan yang tidak mudah terbakar - contohnya bahan bukan organik seperti batu,
bata, batu-batan dan lain-lain.

8.4.3 Daya ketahanan (durability)

Ia didefinasikan sebagai keupayaan bahan menanggung kesan-kesan sekeliling seperti


kesan kimia, tegasan fizikal dan kesan mekanikal. Kesan kimia yang dimaksudkan
termasuklah air tanah yang mengandungi sulfat, pencemaran udara dan tumpahan cecair
reaktif.

Unit 8-6
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 7

Tegasan fizikal ialah pengecutan, tegasan-tegasan suhu, sejukan dan lain-lain lagi. Jika
ke semua tegasan fizikal akan menyebabkan keretakan pada struktur konkrit ringan.

Kesan mekanikal ialah hentaman dan beban yang berlebihan. Keadaan keluli dalam unit
struktur perlu dilindungi daripada berkarat.

8.4.4 Penyerapan Air (Water absorption)


Penyerapan air oleh konkrit ringan adalah tinggi dan lebih daripada yang terdapat pada
konkrit padu. Ini adalah kerana konkrit ringan mempunyai liang-liang di dalamnya.

8.4.5 Penembusan Air Hujan


Ia merupakan ciri penting untuk dinding.

8.4.6 Sifat Akustik


Faktor utama dalam penebatan bunyi ialah ketumpatan bahannya. Oleh itu untuk
penebatan bunyi, konkrit ringan tidak dapat menunjukkan ciri-ciri yang dikehendaki.

8.5 Kebaikan Konkrit Ringan Di dalam Pembinaan


a) Pengurangan beban mati
Dalam projek pembinaan untuk bangunan yang tinggi, penggunaan konkrit
ringan adalah meluas kerana beban matinya yang rendah.
b) Kos pengawasan rendah
c) Pembinaan dapat dijalankan dengan kadar yang cepat.
Dalam pembinaan dinding / sekatan, penggunaan konkrit ringan lebih mudah dan
cepat daripada dinding yang menggunakan bata. Ini adalah kerana bahan-bahan
konkrit ringan terdiri daripada sisa-sisa industri seperti industri arang batu, besi,
kimia dan lain-lain lagi.

Untuk menguji
menguji kefahaman
kefahaman anda,
anda, sila
sila
Untuk
buataktiviti
aktivitiberikut....
berikut....
buat
Jika anda
anda tidak
tidak berpuashati
berpuashati dengan
dengan
Jika
jawapananda,
anda,sila
silabuat
buatulangkaji
ulangkajipada
pada
jawapan
inputyang
yanganda
andarasa
rasamasih
masihkabur......
kabur......
input
Unit 8-7

SELAMATMENCUBA
MENCUBA!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!
SELAMAT
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 8

AKTIVITI 8A

8.1 Nyatakan takrifan konkrit ringan.

8.2 Nyatakan LAPAN jenis konkrit kasar.

8.3 Senaraikan ciri-ciri konkrit ringan.

8.4 Terangkan TIGA kaedah penyediaan konkrit ringan.

Unit 8-8
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 9

MAKLUMBALAS 8A

8.1 Konkrit ringan ialah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan tidak
semestinya batu baur yang terdapat pada konkrit biasa (batu baur kasar dan pasir) tetapi
mungkin juga daripada tanah liat, sanga berbusa, batu hangus, batu baur hancur, batu
baur organik dan bukan organik.

8.2 Lapan jenis konkrit kasar ialah:


i) Batu baur kasar
ii) Batu baur hancur
iii) Batu hangus kasar
iv) Tanah liat
v) Syal kering kembang
vi) Batuan Ioh
vii) Sanga berbusa
viii) Abu bahanapi hancur tersinter

8.3 Ciri-ciri konkrit ringan ialah:


i) Penebatan haba
ii) Pencegahan kebakaran
iii) Daya ketahanan
iv) Penyerapan air
v) Penembusan air hujan
vi) Sifat akustik

8.4 Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan

a) Penyediaan Konkrit Berliang

Unit 8-9
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 10

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung gas atau udara ke


dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan pasir halus). Konkrit ringan tidak
mengandungi batu baur dan boleh diambilkira sebagai mortar berliang.

b) Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak digunakan dan
campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu baur kasar. Konkrit ini boleh
digunakan untuk kegunaan struktur tanggung beban dan bukan tanggung beban.

Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak kurang dari 15
N/mm2. Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

a) Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18 mm.


b) Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS 10 mm.
c) Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm.

Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan kandungan simen yang
digunakan. Konkrit kasar biasanya tidak digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi
sekiranya digunakan, lapisan simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm.

c) Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

Konkrit ini selalunya digunakan pada blok konkrit tuang dulu dan bumbung dan dinding
tuang di situ untuk kegunaan penebatan.

Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah mempunyai kekuatan yang mencukupi,
mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan yang baik) dan mempunyai
pengecutan kering yang rendah (untuk mengelakkan berlakunya keretakan. Faktor-faktor
yang mempengaruhi keperluan konkrit ini ialah:

Unit 8-10
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 11

a) Jenis batu baur yang digunakan.


b) Kadar bancuhannya.
c) Kadar kepadatannya.
d) Cara dan teknik pengawetannya.

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Takrifan konkrit ringan.

Unit 8-11
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 12

2) Berikan perbezaan ketumpatan di antara konkrit dan konkrit padu.

3) Nyatakan jenis-jenis konkrit berliang.

4) Senaraikan jenis batu baur yang digunakan bagi konkrit kasar dan konkrit batu baur
ringan.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan
dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas


untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Konkrit ringan ialah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan tidak
semestinya batu baur yang terdapat pada konkrit biasa (batu baur kasar dan pasir) tetapi
mungkin juga daripada tanah liat, sanga berbusa, batu hangus, batu baur hancur, batu
baur organik dan bukan organik.

2. Perbezaan Di antara Konkrit dan Konkrit Padu

Konkrit ringan : 15 hingga 17.5 kN/m3


Konkrit padu : 21 hingga 23 kN/m3

Unit 8-12
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 13

3. Jenis-jenis konkrit berliang ialah:


a) Jenis tuang di situ
b) Jenis tuang dahulu

4. Jenis batu baur yang digunakan bagi konkrit kasar dan konkrit batu baur ringan ialah:

Jenis konkrit Jenis batu baur


Batu baur asli BS 882
i) Konkrit kasar Tahi besi BS 1047
Batu hangus BS 1165
Batu hangus
Tanah liat
ii) Konkrit batu baur ringan Tahi besi BS 877
Batu Ioh, syal
Vermiculite dan pearlit

Syabas dan tahniah


Kepada anda!!

Teruskan usaha anda


dengan bersungguh-sungguh.

Jumpa lagi!!

Unit 8-13
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 14

Unit 8-14

You might also like