You are on page 1of 15

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 1

UNIT 11 ALIRAN MELALUI ORIFIS

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari dan memahami penggunaan orifis dalam menentukan kadaralir sesuatu bendalir. Objektif Kursus: Di akhir unit ini pelajar akan dapat:1. Mentakrifkan orifis kecil dan orifis besar 2. Mentakrifkan pekali pengecutan, pekali halaju dan pekali kadaralir 3. Mengira dan menggunakan formula kadaralir melalui orifis kecil

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 2

INPUT

11.0

Pengenalan Orifis adalah satu bukaan pada sisi atau dasar tangki atau takungan. Orifis digunakan untuk mengukur kadaralir yang melalui bukaan berkenaan. Air yang keluar melalui orifis tersebut adalah bergantung kepada ketinggian paras air di atas orifis tersebut. Dalam topik ini pelajar akan didedahkan kaedah untuk menentukan kadaralir berdasarkan ketinggian paras air berkenaan. Pelajar tentu telah memahami konsep penggunaan Teorem Bernoulli dalam unit 8 dan 9.

11.1

Orifis Kecil Dan Orifis Besar Orifis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu : 1. Orifis kecil 2. Orifis besar 11.1.1 Orifis kecil Orifis kecil adalah orifis yang mempunyai bukaan atau garispusat yang kecil jika dibandingkan dengan ketinggian cecair diatassnya. Halaju melalui orifis kecil tidak berubah dengan banyak apabila berlaku perubahan ketinggian turus.

11.1.2 Orifis besar Orifis besar pula ialah apabila ketinggian turus cecair kurang dari ketinggian orifis. Contoh orifis besar ialah pengeluaran air dari sebuah empangan. Dalam kes ini kelajuan adalah berbeza dari bahagian atas ke bahagian bawah bukaan orifis.

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 3

11.2

Istilah Mengenai Orifis Sebelum para pelajar mempelajari selanjutnya mengenai orifis, beberapa istilah didalam orifis perlu diketahui bagi memudahkan pemahaman anda dalam unit ini. 11.2.1 Jet Air Jet air ialah istilah bagi aliran yang mengalir keluar melalui orifis. Halaju jet air adalah bergantung kepada ketinggian turus air. 11.2.2 Vena Kontrakta Apabila cecair mengalir keluar melalui orifis, akan berlaku pengecutan garispusat cecair berbanding dengan garispusat orifis. Pengecutan yang berlaku ini dipanggil Vena kontrakta.

B VB =V

do

dc

Rajah 11.0

Vena kontrakta adalah keratan aliran dimana garis lurus menjadi selari semula. Rajah 11.0. dc < do @ Ac < Ao 11.2.3 Pekali Hidraulik Terdapat empat pekali hidraulik atau pekali orifis iaitu i. Pekali pengecutan, Cc ii. Pekali halaju, Cv iii.Pekali kadaralir, Cd iv.Pekali rintangan, Cr

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 4

11.2.3.1 Pekali pengecutan, Cc Ialah nisbah luas jet di vena contrakta dengan luas orifis Cc = Luas jet di vena kontrakta Luas orifis

11.2.3.2 Pekali halaju, Cv Ialah nisbah halaju sebenar di vena kontrakta dengan halaju teoriti Cv = Halaju sebenar di vena kontrakta Halaju teori 11.2.3.3 Pekali kadaralir, Cd Ialah nisbah kadaralir melalui orifis dengan kadaralir teoritikal. Cd = Kadaralir sebenar Kadaralir teoritikal = halaju sebenar x luas sebenar halaju teori x luas teori = Cv x Cc = Cv.Cc 11.2.3.4 Pekali rintangan, Cr Ialah nisbah kehilangan turus di dalam orifis dengan turus air dipintu keluar orifis. Cr = Kehilangan turus di dalam orifis Turus orifis 11.3 Kadaralir Melalui Orifis Kecil

Rajah 11.1

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 5

Gambarajah 10.1 menunjukkan satu orifis kecil pada dinding sebuah tangki. Dengan menggunakan teorem Bernoulli, pada titik A: PA = tekanan atmosfera VA = 0 pada titik B, sejurus selepas keluar dari tangki halaju jet air, VB = V dan tekanan, PA = PB Dengan mengambil datum pada titik tengah orifis, dari teorem Bernoulli
PA w

V A2 2g

+ ZA =

PB w

VB 2 2g

+ ZB

Oleh kerana, PA = PB VA = 0 dan ZA ZB = h Maka, ZA ZB = h =


@ V 2 2g VB 2 2g

V = 2 gh m/s -------------------------- (11.0) jika halaju orifis adalah A


@

kadaralir, Q = AV = A

2 gh

m3/s --------------------------------- (11.1)

Secara praktik halaju jet air adalah kurang dari persamaan (1) kerana dua sebab ; 1. Halaju adalah kurang kerana rintangan geseran. Untuk mengambilkira rintangan geseran satu perkali dinamakan pekali halaju (Cv) dimasukkan ke dalam persamaan 11.0 @ V = Cv 2 gh m/s 2. Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 10.1, luas jet adalah kecil sedikit dari luas orifis
@

Luas sebenar jet air Ac = Cc.A dimana A = luas orifis Cc = pekali pengecutan

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 6

Kadaralir sebenar, Qs = Ac.Cv = Cc.A.Cv 2 gh = Cd.A 2 gh

2 gh

( Cc x Cv = Cd = pekali kadaralir )

Contoh 11-1-1 Satu orifis yang bergaris pusat 6 cm mengeluarkan air dari sebuah tangki, dengan turus air sebanyak 9 m. kirakan kadaralir sebenar dan halaju jet air pada vena kontrakta. Cd = 0.6, Cv = 0.9 Penyelesaian, Kadaralir, Q = Cd.A = 0.6 x
2 gh T 4

x (0.06)2 x
3

2 x9.81x9

= 0.0225 m /s Halaju pada vena kontrakta, V = Cv 2 gh m/s = 0.9 x 2 x9.81x9 = 11.96 m/s

Contoh 11-1-2 Satu orifis yang kelilingnya tajam bergarispusat 50mm mengeluarkan air dari sebuah tangki. Turus air didalam tangki ialah 4.5m. cari pekali kadaralir jika dadaralir yang dicatit ialah 11.45 x 10-3 m3/s Penyelesaian, Kadaralir Q = Cd A Cd = =
Q A 2gh 11.45 x10 3 T 4 2x9.81x4.5 2 gh

= 0.62

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 7

Contoh 11-1-3 Satu orifis bergarispusat 50mm di dinding satu tangki mengeluarkan air dibawah turus 4.8m. jika Cc=0.62, Cv=0.98 Kirakan i. garispusat jet air ii. halaju di vena kontrakta iii. kadaralir Penyelesaian, i. Cc = =
@ @

Luas jet di vena kontrakta luas orifis


Ac A T (0.05) 2 x 4 -3

Ac = A.Cc =
T 2 dc 4

0.62

= 1.217 x 10

dc = 39.37 ii. Cv = halaju divena kontrakta halaju teori Vc =


V

iii. Q = Cd A 2 gh = Cc.Cv 2 gh = 0.016 m3/s

11.4

Menerbitkan Persamaan Untuk Halaju Sebenar Jet, V, Dengan Menggunakan Jarak X Dan Y

h x A B Rajah 11.2 y

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 8

Dari rajah 11.2; x ialah jarak mendatar. y ialah jarak pugak. Jika t ialah masa yang diambil untuk satu partikel air (zarah) bergerak dari vena kontrakta A ke titik B, Jarak ufuk yang dilalui, x = v t --------------------------- ( 1 ) 1 Jarak pugak yang dilalui, y = gt2 ---------------------- ( 2 ) 2 x x Dari ( 1 ), v = @ t= t v 2y Dari ( 2 ), t = g
x = v 2y g

@ halaju sebenar, v =

gx 2 2y

halaju teori, v = pekali halaju =

2 gh halaju sebenar halaju teori = halaju sebenar 2 gh v = 2 gh

= =

gx 2 2 y.2 gh gx 2 4 yh

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 9

Contoh 11-1-4 Untuk gambarajah dibawah, tentukan i. Turus minimum, h ii. Luas orifis, A0 Bagi membolehkan jet melepasi plat yang ditunjukkan, jika kadaralir ialah 0.005m3/s

x=1m y = 0.5

i)

Diketahui Pekali halaju, Cv = @ Cv = h =


2

gx 2 4 yh

x2 4 yh x2 4 yC v
2

12 h = 4 x0.5 x12 = 0.5 m ii) Kadaralir sebenar, Q = Cd Ao 2 gh Q Ao = Cd 2 gh 0.005 = 0.8 2 x9.81x0.5 = 1.995x 10-3 m2 = 1995 mm2

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 10

Aktiviti 11.0 1. Takrifkan apa yang anda faham tentang berikut i. Orifis kecil ii. Orifis besar 2. Nyatakan pekali-pekali hidraulik dan berikan rumus untuk setiap pekali berkenaan. 3. Dalam rajah dibawah berdasarkan teorem Bernoulli nyatakan persamaan tenaga pada titik A dan B.

4. Air didalam satu tangki separa penuh keluar melalui orifis kecil bertepi tajam yang bergarispusat 25 mm. Tekanan sebanyak 20.0 kN/m2 tekanan atmosfera dikenakan ke atas permukaan air tersebut yang tingginya dari orifis ialah 1.52m. Tentukan halaju sebenar di vena kontrakta dan kadaralir sebenar. Pekali halaju dan pengecutan masing-masing ialah 0.95 dan 0.62.

5. Satu jangka venturi 160mm dibahagian masuk dan 80mm di leher dipasang mengufuk untuk mengukur kadaralir minyak yang berketumpatan bandingan 0.8. Dapatkan bacaan pada manometer merkuri jika kadaralir minyak ialah 50liter/s. 6. Jangka venturi 15cm pada ruang masuk dan 10 cm di bahagian leher dalam keadaan ufuk, digunakan untuk mengukur kadaralir minyak (berat tentu=0.9). Bacaan manometer adalah 20cm. Jika pekali kadaralir adalah 0.98, tentukan nilai kadaralir dalam liter per minit.

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 11

MAKLUM B ALAS AKTIVITI 11.0


1 i. Orifis kecil adalah orifis yang mempunyai bukaan atau garispusat yang kecil jika dibandingkan dengan ketinggian cecair diatassnya. Halaju melalui orifis kecil tidak berubah dengan banyak apabila berlaku perubahan ketinggian turus. ii. Orifis besar pula ialah apabila ketinggian turus cecair kurang dari ketinggian orifis. Contoh orifis besar ialah pengeluaran air dari sebuah empangan. Dalam kes ini kelajuan adalah berbeza dari bahagian atas ke bahagian bawah bukaan orifis. 2 Pelajar boleh merujuk bahagian 11.2.2 3 Gunakan persamaan tekanan 4. Vs = 7.94 m/s, Qs = 2.42 x 10-3 m3/s

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 12

INPUT

11.5 Kadar Alir Melalui Orifis besar Yang Berbentuk Segi Empat Oleh kerana orifis adalah besar, maka halaju cecair akan berubah dengan perubahan turus maka pengkamilan akan digunakan untuk mencari kadaralir.

H1 h1 H2 dh b

Misalkan apabila satu elemen air tebalnya dh pada kedalaman h dari permukaan air. Maka luas elemen = bdh Halaju, V = 2 gh Kadaralir malalui elemen, dQ = Cd. bdh Kadaralir, Q=

2 gh

H2

H1

C d bdh 2gh

=Cd b 2gh

H2

H1

h 1 / 2 dh
2

2 H = Cd b 2g h 3 / 2 3 H 2 3/ 2 3/ 2 = Cd b 2g H 2  H 1 3
1

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 13

Contoh 11-1-5 Satu orifis segiempat tepat yang lebarnya 2m dan tingginya 4 m, mengeluarkan air dari tangki dimana paras airnya ialah 10m di atas bahagian atas orifis. Cari kadaralir yang melallui orifis jika pekali untuk orifis ialah 0.6.

14m

10m

Kadaralir,

Q=

2 3/ 2 3/ 2 Cd b 2g H 2  H 1 3 2 = x 0.6 x 2 2 x 9.81 14 3 / 2  10 3 / 2 3 = 73.56m3/s

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 14

PENILAIAN KENDIRI

1. Kadaralir melalui satu orifis tajam bergarispusat 25mm bawah turus 1.22m ialah 1.53 x 10-3 m3/s. Kirakan pekali kadalir, jika garispusat jet di vena kontrakta ialah 21mm. Kirakan pekali halaju dan pekali pengecutan. 2. Air tambahan perlu dikeluarkan melalui dua orifis bulat dibawah turus tetap 7.5m diukur dari garis tengah orifis. Kirakan garispusat orifis yang diperlukan untuk mengeluarkan sebanyak 1362m3 sehari. Cd = 0.6 3. i. Satu orifis segiempat tepat yang lebarnya 1.5m dan tingginya 2m mengeluarkan air dari tangki di mana aras airnya ialah 8m diukur dari bahagian atas orifis. Kirakan kadaralir yang melalui orifis tersebut jika pekali kadaralir ialah 0.62. ii. Sebuah muncung (nozzle) bergarispusat 30mm mengalirkan air pada kadar 0.02m/s dibawah turus 69m. jika jet air bergarispusat 27.5mm, kirakan: a. Pekali kadaralir b. Pekali pengecutan c. Pekali halaju 4. Sebuah orifis bersisi tajam bergarispusat 8cm disebuah tangki yang tertutup mengalirkan air dibawah turus 4m. tekanan udara di atas permukaan air ialah 30kN/m2 diatas tekana atmosfera. Kirakan, i. Kadaralir sebenar ii. Kadaralir teori iii. Pekali kadaralir iv. Susutan turus melalui orifis Diberi Cc =0.62, Cv = 0.82

ALIRAN MELALUI ORIFIS

C3009/ UNIT 11 / 15

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


1. 2. 3. 4. Cv = 0.91 d = 0.114 m i. Q = 24.704m3/s ii. a) Cd= 0.77 b) Cc = 0.84 c) Cv = 0.92 i. Q=0.024m3/s ii. Q= 0.045 m3/s iii. Cd = 0.54 iv. h = 7.06 m

You might also like