You are on page 1of 18

STRATEGI PENGAJARAN

1. 2. 3. 4.

PEMUSATAN GURU PEMUSATAN MURID BERASASKAN SUMBER BERASASKAN TUGASAN

STRATEGI PENGAJARAN
1. PEMUSATAN GURU: Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit. Strategi pemusatan guru meletakkan guru di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid.

STRATEGI PENGAJARAN
1. PEMUSATAN GURU: Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah yang kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan latihan amali yang lebih tinggi dan kerap.

STRATEGI PENGAJARAN
2. PEMUSATAN MURID:
Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran. Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Pengajaran dalam bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah.

STRATEGI PENGAJARAN
2. PEMUSATAN MURID:
Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.

STRATEGI PENGAJARAN
2. PEMUSATAN MURID:
Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan, dan beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ini termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinterasi dengan guru dan murid lain.

STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pemusatan murid 1 2 3 Banyak penglibatan murid. Interaksi murid dengan murid. Penerimaan dan penggunaan idea murid. Strategi pemusatan guru Banyak penglibatan guru. Interaksi guru-murid. Guru mungkin mengkritik, memperbetul, atau menolak idea murid.

Kumpulan murid menentukan bagaimana hendak meneruskan dengan tugasan pembelajaran.

Guru membuat keputusan dan menentukan aktiviti pembelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pemusatan murid 5 Perbincangan tentang pengalaman peribadi digalakkan. Strategi pemusatan guru Perbincangan ditumpukan kepada kandungan kursus.

Ujian dan gred bukan merupakan produk utama pembelajaran.

Ujian dan gred digunakan secara tradisi sebagai produk utama pembelajaran.

Murid mengongsi peranan dan tanggungjawab dalam penilaian.

Guru sahaja yang berperanan dalam penilaian.

STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pemusatan murid 8 Guru menekankan perubahan sikap. Murid dilibatkan dalam menetapkan matlamat kelas. Strategi pemusatan guru Penekanan adalah pada perubahan intelektual. Matlamat ditentukan oleh guru.

10 Usaha dibuat untuk mewujudkan kesepaduan kelas.

Tiada usaha dibuat untuk mewujudkan kesepaduan kelas.

11

Teknik pengajaran : perbincangan, induksi, inkuiri.

Teknik pengajaran ; syarahan, deduktif, hafazan.

STRATEGI PENGAJARAN
3. Berasaskan Sumber Strategi ini meliputi penggunaan sumber yang luas seperti buku, panduan belajar, buku teks, buku kerja, video, dan perakam pita. Bahan lain yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CDROM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video.

STRATEGI PENGAJARAN
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar mengikut kadar masing-masing, pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar.

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya.

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu disampaikan dengan berkesan, dipantau, dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu, guru perlu terlebih dahulu menyediakan murid menghadapi sesuatu aktiviti, memberi bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti.

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka. Guru boleh scaffold dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu tentang bagaimana memenuhi kehendak tugasan.

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Sekiranya bacaan ialah sebahagian daripada tugasan, guru mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi-strategi yang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca, atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul.

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu. Kebanyakan tugasan tidak akan mempunyai kesan sepenuhnya kecuali diikuti dengan refleksi atau debriefing .

STRATEGI PENGAJARAN
4. Berasaskan Tugasan Guru mengkaji semula tugasan bersama-sama dengan murid, memberi maklum balas umum tentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkannya kepada matlamat keseluruhan.

You might also like