You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat

HALAMAN TAJUK

1.0

PENGENALAN

2.0

KONSEP 2.1 2.2 Konsep Transformasi Konsep Kurikulum

4 4 5

3.0

ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM 6

4.0

MASALAH-MASALAH

DALAM

MELAKSANAKAN

TRANSFORMASI KURIKULUM 9 5.0 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN TRANFORMASI KURIKULUM 13 6.0 RUMUSAN 18 BIBLIOGRAFI 19

TAJUK:

MERANCANG

TRANSFORMASI

KURIKULUM

SEKOLAH

SECARA

KRITIS DAN KREATIF: ISU, MASALAH DAN CABARAN

Dapatkan artikel lain yang berkaitan di: www.kulanzsalleh.com

1.0

PENGENALAN

Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada

kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau

perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian manusia kepada kepada

masyarakat

berinformasi;

penggunaan

teknologi

penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada

perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).

2.0

KONSEP

2.1

Konsep Transformasi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "transformasi" bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Justeru transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan.

Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru.

Mumtaz Begam dan rakan-rakan (2002) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat

diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan

persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem.

2.2

Konsep Kurikulum

Istilah kurikulum masih menjadi kekeliruan di kalangan pengamal pendidikan dan sering diertikan sebagai isi kandungan atau sukatan pelajaran yang perlu diajar bukannya produk atau proses seperti yang disarankan oleh Caswell & Campbell (1935 dalam Glatthorn, 1987).

Kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal (Hargreaves dalam Hansen et al., 2002). Pelajaran yang formal termasuklah dan dihasratkan (matlamat dan (1) kurikulum yang yang dirancang yang ditetapkan oleh

rancangan

kementerian), (2)

kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara

bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan) dan (3) kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan (Martin & Kelly, 1998 dan Mayer, et el., 2000; Kelly, 1999). Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum

terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia (Hargreaves dalam Hansen et al., 2002). Apa yang pelajar terima merupakan hasil sampingan (by-product) daripada perancangan dan amalan guru (Kelly, 1999). Justeru

itu, menurut Kelly, guru harus sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar melalui kurikulum tersembunyi.

Ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping mempengaruhi masa depan pelajar. Amalan pengajaran dan pembelajaran ini amat

mempengaruhi isi kandungan dan kemahiran yang akan disampaikan kepada mahupun diterima oleh pelajar.

3.0

ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM

Tranformasi dalam kurikulum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir pendidikan. Walau

bagaimanapun, pengurus pendidikan adakalanya terpaksa berhadapan dengan beberapa isu yang berhubungkait dengan proses transformasi tersebut. Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan.

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu

mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus dalaman EteMS yang disertai guru selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.

Situasi yang sama juga berlaku apabila program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan. Guru mata pelajaran bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan.

Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.

Transformasi dalam kurikulum juga turut melibatkan sikap dan pemikiran guru. Persoalannya, sejauh manakah guru mempunyai pemikiran dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dan sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakan oleh pengamal pendidikan yakni guru dalam bilik darjah? Sebagai contoh, Kurikulum Bersepadu Sekolah. Jika konsep dan objektifnya dapat dihayati, mengapakah objektif KBSR untuk membasmi buta huruf itu tidak tercapai selepas 10 tahun pelaksanaannya? Begitu juga dengan pedagogi bestari yang diperkenalkan mulai tahun 2000 yang mengutarakan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran masteri.

Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar

terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang menghadapi kekangan ruang. Begitu juga dengan pengurusan kokurikulum yang memerlukan pelajar menghabiskan masa 180 minit untuk kelas bukan aliran Sains dan 120 minit untuk kelas aliran Sains. Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership. Kekurangan guru juga amat ketara di

sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program kokurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara

berterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak

puas hati di kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka tidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberi

sumbangan kepada organisasi.

4.0

MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TRANSFORMASI KURIKULUM

Tanggungjawab

sistem

pendidikan

adalah

untuk

menyediakan

generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini (Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001).

Salah

satu

unsur

yang

penting

adalah

memberikan

peluang

pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Justeru satu sistem pendidikan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, iaitu sistem pendidikan berpusat. Namun sama ada disedari mahupun

tidak, kurikulum sekolah yang bersifat berpusat juga memperlihatkan kelemahan dari segi pelaksanaan di kebanyakan sekolah. Misalnya,

kurikulum semakan baru yang dilaksanakan pada tahun 2003. Kursus dalaman yang dianjurkan masih belum dapat menjamin penguasaan guru ke atas isi kandungan yang perlu disampaikan. Begitu juga, penyebaran

maklumat melalui kursus yang berkaitan dengan kandungan pengajaran, pedagogi dan latihan kemahiran membuat jadual spesifikasi ujian (JSU) dan sebagainya sering tidak begitu berkesan. Ini berlaku mungkin kerana pencairan maklumat.

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi masalah dalam melakukan yang tranformasi dikeluarkan pendidikan oleh yang berkesan.

Berdasarkan

statistik

Bahagian

Perancangan

Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek

10

berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga boleh menimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana guru

menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum juga ditambah dengan kurangnya sokongan pihak pengurus sekolah dari segi bimbingan dan latihan akan menyukarkan semangat ownership dipupuk di kalangan guru. Sejauh manakah guru-guru bukan opsyen dan guru-guru penasihat ini diberikan latihan bagi membimbing mereka mengurus kurikulum mahupun kokurikulum?

Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang dan kepada keberkesanan kurikulum mestilah cukup, sekolah. Bahan

pengajaran

pembelajaran

boleh

digunakan,

berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik. Menurut Rohana Man dalam laporannya iaitu Konferensi Antarabangsa Pertama Pendidikan Guru 6-8 Mei 2002 yang lalu, guru yang cemerlang ialah mereka yang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan

11

tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan

pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Rohana Man (2002) turut melaporkan bahawa ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan. Dengan wujudnya keadaan sedemikian, hasilnya proses pengajaran & pembelajaran menjadi berkesan, dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan guru akan menjadi cekap dalam penyelesaian masalah.

Sokongan ibu bapa terhadap tranformasi kurikulum sekolah juga sangat penting. Sejauh manakah ibu bapa menyokong program

kokurikulum sekolah?

Sejauhmanakah mereka menawarkan kemahiran

dan kepakaran mereka untuk menjayakan aktiviti kurikulum di sekolah? Begitu juga dengan anak-anak yang masih tidak dapat menguasai kemahiran literasi asas, sejauhmanakah ibu bapa memikul tanggungjawab dalam hal pembelajaran anak? Yang jelasnya, penglibatan pelajar dalam program kurikulum masih lagi tidak menyeluruh. Bahkan ada ibu bapa

12

yang menganggap suatu transformasi yang dilakukan itu sebagai satu seksaan. Misalnya bantahan terhadap dasar PPSMI oleh Majlis

Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melalui perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009 dan bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

5.0

CABARAN KURIKULUM

DALAM

MELAKSANAKAN

TRANFORMASI

Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang terlibat dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baru. Perkongsian equal (equal partnership) sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu suara yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagi

melaksanakan sebarang program kurikulum. (Hubbard, 2003). Keputusan satu hala mahupun sesi latihan yang berbentuk one-off tidak mungkin dapat mewujudkan ownership ke atas program dan teknologi yang disampaikan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah mewujudkan ownership di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa ke atas proses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan

menggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatan kualiti yang berterusan.

13

Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati dan mendapat manfaat daripada suatu transformasi apabila mereka dihargai. pandangan

Begitu juga, apabila suatu program yang dirancang itu

bersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya, maka ownership akan terhasil (Bimes-Michalak dalam Lewis, 1995). Jadi adalah menjadi cabaran kepada pihak pentadbir untuk mewujudkan ownership yang dimaksudkan agar satu sistem kepercayaan dan tabiat yang

menggalakkan pekerja-pekerja berfikir dan bertindak sebagai owners atau pemilik dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen, keahlian bersama dan perkongsian bersama (Mackins, 1995).

Pemimpin pendidikan juga berhadapan dengan cabaran yang berkaitan dengan jurang antara dasar dan realiti pelaksanaan; kekangan sumber manusia dan prasarana; dan sikap serta komitmen pihak pengurusan, guru dan komuniti. Sebagai contoh, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan

infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; Latihan dalam perkhidmatan untuk

14

guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan untuk memastikan sekolah mendapat kemudahan yang dimaksudkan menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang

disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau

15

pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Menurut Cohan dan Manion (1981), kajian yang dibuat ke atas pelajar sekolah menengah sukakan guru yang cekap (Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993). Walaupun istilah ini terlalu umum, namun dapat dijangkakan bahawa yang dimaksudkan dengan cekap itu ialah kebolehan guru mengajar dengan berkesan kerana guru tersebut tahu kandungan pelajaran, menggunakan kaedah mengajar yang sesuai, dapat mengawal ketenteraman kelas, dan lain-lain kualiti yang dapat dinilai oleh pelajar secara cekap. Apabila guru dapat memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan di atas, tentunya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan. Bagaimanapun berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang akhbar pada 2 Februari 2010 menyatakan,

Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Menurut menteri berkenaan, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi oleh guru. Amat jelas yang transformasi ini berbeza dengan situasi bilik darjah yang dinyatakan oleh Cohan dan Manion di atas. Justeru, adalah menjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan tranformasi seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran.

16

Selain itu, layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Sebagai contoh, pelaksanaan Tawaran Baru (New Deals) atau juga dikenali sebagai Baiah yang dilaksanakan oleh KPM sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (National Key Result Areas) dalam usaha meningkatkan keberkesanan sektor awam. Pelaksanaannya sangat mengharapkan

tranformasi dalam pengurusan pendidikan, khususnya di peringkat sekolah bagi memastikan bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum selaras dengan matlamat yang diharapkan oleh KPM. Masalahnya, pencapaian atau kedudukan (ranking) setiap sekolah di negara ini ditentukan menggunakan standard atau piawaian yang sama, iaitu berdasarkan keputusan

peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS) berdasarkan markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia).

Persoalannya, mampukah sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman yang serba kekurangan bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elit yang mempunyai yang kemudahan berbeza? Apa infrastruktur yang pasti dan pencapaian bidang

kurikulum

kekurangan

prasarana,

kekurangan sumber pengajaran dan kekurangan kakitangan di sekolahsekolah luar bandar sudah pasti menyumbang kepada pengurangan markah SKPM tersebut. Oleh demikian adalah menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan jurang di sekolah perbezaan terbabit dalam berusaha untuk mampu

mengurangkan

tersebut

seterusnya

melaksanakan sesuatu transformasi secara optimum.

17

6.0

RUMUSAN

Jelasnya,

kecekapan

pemimpin

mengusahakan

penglibatan

organisasi dalam proses transformasi kurikulum akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Dalam keadaan transisi tersebut, kepimpinan guru besar atau pengetua sebagai pempimpin utama kurikulum amat diperlukan bagi memastikan kefahaman di kalangan staf dan sokongan organisasi dalaman wujud.

Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga penting untuk dijadikan panduan. Ini penting supaya perubahan atau transformasi yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan sebarang halangan. Selain itu, pemimpin pendidikan juga perlu bersfat

lebih kreatif dalam memperkenalkan sesuatu perubahan. Menurut Leo Ann Mean (1994), kreativiti membekalkan pandangan yang lain dan perspektif yang baru terhadap pengurusan rutin. Dalam bidang pendidikan, pengurus yang imaginatif, inovatif dan kreatif diperlukan untuk mengetuai institusi pendidikan dalam zaman yang serba mencabar dan sentiasa mengalami perubahan.

18

BIBLIOGRAFI

Abdul Razak Wahid, (2001). Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan. Artikel Jurnal Institut Pengetua, Jilid 1, Bil.1, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abdul Shukor Abdullah, (1994). Penilaian Semula Pengurusan Sekolah. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jilid 04, Bil.01. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Abdullah Sani Yahaya. Professional.

(2005).

Mengurus Sekolah.

Bentong:

PTS

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Tanjong Malim: Quatum Books.

Aini Hayati Mohamed, (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Fullan, M., (1982). The Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press.

19

Iliyas

Haji

Hashim,

(2002).

Antara

Cabaran Abad Sabah:

dan

Harapan Pemikiran

Dalam Dalam dan

Pengurusan Pendidikan.

Kurikulum Universiti

Sekolah Malaysia

Ke-21: Sekolah

Pendidikan

Pembangunan Sosial.

Kelly, A.V., (1999).

The Curriculum:

Theory & Practice.

4th Edition.

London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusoff & Borhan Yusof. (2003). Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah. Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Shah

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

20

You might also like