You are on page 1of 2

DRAF AKTIVITI : TANGRAM MASA : 1 JAM OBJEKTIF : a. Meningkatkan kreativiti murid b. Membina tanggapan positif mengenai geometri c.

Membolehkan murid membezakan bentuk-bentuk geometri d. Mempelajari bentuk-bentuk dua dimensi e. Membina kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama antara kumpulan Bahan yang digunakan : Tangram yang diperbuat dari bahan terpakai iaitu kotak. Tangram berbentuk segi empat sama sisi.

Contoh tangram ( 7 keping) Link Video mengenai Tangram : http://www.youtube.com/watch?v=XjTcc9I6LjU Cara perlaksanaan : 1. Murid-murid akan dibahagikan mengikut kumpulan 2. Setiap kumpulan akan diberikan sebuah tangram. 3. Guru pelatih akan memberikan sedikit pengenalan mengenai tangram kepada murid-murid. Syarat permainan Tangram a. Semua tujuh kepingan haruslah digunakan. b. Semua kepingan haruslah rata. c. Semua kepingan haruslah bercantum antara satu sama lain.

d. Kepingan boleh diputarkan mengikut kesesuaian untuk membuat sesuatu bentuk yang diingini. 4. Guru pelatih akan memberikan gambaran bentuk yang harus dibina oleh murid-murid. 5. Murid-murid diminta untuk membuat bentuk yang diberikan menggunakan tangram.

Contoh bentuk yang harus dibina oleh murid-murid . 6. Pada akhir sesi setiap wakil dari setiap kumpulan diminta untuk memberikan refleksi mengenai apa yang telah mereka pelajari.

You might also like