You are on page 1of 4

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG, SELANGOR 1.

Tajuk Kajian Mempertingkatkan Keberkesanan Mengingati Istilah-istilah dalam Kandungan Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. ( Nota Rujukan Istilah PJPK ) 2. Nama Penyelidik 3. En. Mohd Fairuz Bin Mohamad Sahid Pn. Siti Suraya Binti Mohd Taha Pn. Zamzurida Binti Abdul Rahman Pn. Indrani A/P Palaniappan

Nama dan Alamat Sekolah S.K (2) Simpang Lima, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang Selangor D.E.

4.

Refleksi Pengajaran & Pembelajaran lalu. Murid yang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan menghadapi

masalah mengingati istilah-istilah dalam Kandungan Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah mereka pelajari.

5.

Isu Keperihatinan / Fokus Kajian. Guru dan murid kadangkala menghadapi masalah untuk menghafal dan mengingati

istilah-istilah yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari. Senarai istilah-istilah yang rumit kadangkala mengelirukan.

6.

Objektif Kajian. Murid dan guru dapat membuat rujkan pantas mengenai sesuatu maksud istilah tersebut. Murid tahu di mana istilah tersebut untuk digunakan. Menjadikan nota itu sebagai bahan rujukan yang berguna bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan shaja, malah boleh digunakan untuk mata pelajaran lain seperti Sains.

7.

Kumpulan Sasaran Murid tahap satu & dua.

8.

Jadual Pelaksanaan Mengumpulkan senarai istilah-istilah yang terdapat dalam buku teks mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan tahap 1 & 2. Mendapatkan maklumat mengenai maksud istilah tersebut daripada buku teks atau sumber lain seperti buku panduan guru, kamus dan internet. Menyenaraikan semula mengikut abjad. Menyediakan sebuah nota ringkas & padat berkaitan istilah-istilah yang terdapat dalam buku teks mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan tahap 1 & 2. Menggunakan nota tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

9.

Kos Bahan Kajian i) ii) Kertas A4 - 1 Rim = RM 10.00 RM 50.00

Dakwat mesin cetak =

10.

Perancangan Tindakan i) Mengadakan sesi taklimat kepada guru-guru Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. ii) Membentuk jawatankuasa kecil penyediaan nota istilah khusus bagi murid tahap 1 & 2. iii) Mendapatkan bahan dan sumber yang sesuai kemudian menyenaraikan semua istilahistilah yang terkandung dalam sukatan pelajaran. iv) Menaip semula senarai istilah yang telah dikumpulkan mengikut susunan abjad. v) Membuat salinan mengikut jumlah guru, kelas atau murid. vi) Menerbitkan nota lengkap untuk kegunaan guru dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Disediakan oleh :

________________________________ (MOHD FAIRUZ BIN MOHAMAD SAHID) Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SK (2) Simpang Lima, Klang Selangor D.E.

You might also like