You are on page 1of 20

Topik

1
1. 2. 3. 4.

Konsep Asas Psikologi Pendidikan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: Memberi definisi psikologi; Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi; Menjelaskan pengertian psikologi pendidikan; dan Menghuraikan kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.

PENGENALAN

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung di dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di dalam sesebuah sekolah amat penting, terutama daripada segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Coopes (1988), berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, khususnya kemahiran mengajar seperti: (a) (b) (c) (d) Menguasai ilmu pengetahuan di dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif di dalam pelbagai hala. Mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap di dalam mata pelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang betul.

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga menguasai aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia. Dengan pengetahuan ini guru dapat merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Di samping itu juga, guru dapat menjalankan tugasnya sebagai pengganti ibu bapa, iaitu boleh memberi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar dalam aspek tingkah laku dan hal-hal peribadi pelajar.

1.1

DEFINISI PSIKOLOGI

Psikologi adalah perkataan yang berasal daripada tamadun Greek purba, iaitu daripada perkataan psyche dan logos. 'Psyche bermaksud jiwa dan 'logos' bermaksud kajian mengenai sesuatu. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai:

Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Daripada definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa kajian mengenai sesuatu yang dimaksud oleh perkataan logos ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme. Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi ini. Antaranya ialah: (a) The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour, or the influence of a particular persons character on their behaviour. (Cambridge International Dictionary of English, p.383). Henry L. Roediger dan rakan (1984) mendefinisikan psikologi seperti berikut: Psychology may be defined as the systematic study of behavior and mental life. Kalat (1999), mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman. Williams (1960), pula telah mendefinisikan psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.

(b)

(c)

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(d)

Wittaker (1970), di dalam bukunya Introduction to Psychology mengatakan psikologi ialah sains tingkah laku. Oleh itu dapat dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.

Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

AKTIVITI 1.1
1. Psikologi dikatakan berkaitan dengan proses mental dan tingkah laku manusia. Apakah proses mental dan tingkah laku yang dikaji oleh ahli psikologi? Berikan contoh. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda mengatasi masalah disiplin pelajar di dalam bilik darjah?

2.

1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

Daripada perkataan psikologi yang berasal daripada tamadun Greek purba, kita boleh merumuskan yang bidang ini mempunyai sejarah yang lama yang telah bermula daripada zaman Greek purba lagi. Kajian atau ilmu psikologi telah bermula semasa zaman awal Greek lagi, iaitu pada tahun 384 hingga 322 Sebelum Masehi oleh tokoh-tokoh seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Pada masa ini, psikologi adalah sebahagian daripada ilmu falsafah dan bukan lagi satu kajian saintifik tersendiri. Selepas zaman awal Greek ini, sejarah psikologi dapat dibahagikan kepada peloporan beberapa fahaman dan aliran yang dikemukakan oleh beberapa tokoh psikologi seperti: (a) Aliran Interaksionisme Konsep interaksionisme mula diperkatakan oleh Rene Descartes (1595 1650), seorang ahli falsafah dan pakar matematik Perancis yang memperkatakan tentang manusia terdiri daripada gabungan pemikiran dan badan atau jasad dan roh. Konsep ini menentang pendapat dualisme, iaitu manusia terdiri daripada jasad yang terpisah daripada roh.

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(b)

Aliran Empirisme Pada abad ke 17 dan 18 di England, timbul pula aliran falsafah empirisme. Antara tokoh falsafah psikologi yang terkenal pada masa itu adalah John Locke (1632 1704) dan George Berkeley (1685 1753). John Locke telah mengemukakan konsep tabula rasa, iaitu jiwa manusia kosong semasa dilahirkan. Aliran Strukturalisme Seterusnya, aliran strukturalisme muncul di Jerman. Tokohnya ialah Wilhelm Wundt (1832 1920). Fahaman ini dikenali sebagai strukturalisme sebab ahli-ahlinya menumpukan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang di dalam pengalaman sedarnya. Wundt telah mengkaji perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan. Wundt boleh dianggap sebagai ahli psikologi moden yang pertama dan beliau telah menulis tentang kajiannya yang mengandungi 50,000 perkataan. Pada tahun 1879, Wilhelm Wundt telah membina makmal psikologi yang pertama di Leipzig, Jerman. Oleh kerana itu, beliau telah digelar sebagai Bapa Psikologi.

(c)

Rajah 1.1: Wilhelm Wundt: Bapa psikologi

Ahli psikologi strukturalis telah mengenal pasti tiga komponen utama pengalaman sedar, iaitu sensasi, imej dan afeksi. Sensasi meliputi penglihatan, bunyi, bau, rasa dan pemerasaan. Imej pula merupakan pengalaman yang tidak wujud, seperti ingatan mengenai seseorang atau peristiwa. Manakala afeksi meliputi reaksi emosional seperti cinta, kasih sayang, bahagia dan cemburu. Elemen pengalaman ini dipercayai akan bergabung di dalam pengalaman seseorang dalam proses perkaitan (process of association). Ahli psikologi strukturalis telah membahagikan pengalaman seseorang kepada elemen

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

yang tertentu melalui teknik analytic introspection. Salah seorang pelajar Wundt, iaitu Edward Bradford Titchener (1867-1927) telah mendirikan makmal psikologi di Universiti Cornell dan mengasaskan kajian strukturalisme di Amerika. (d) Aliran Fungsionalisme Di Amerika pula timbul aliran functionalisme yang diasaskan oleh John Dewey (1859-1952) dan William James (1842- 1910). Aliran ini dinamakan functionalisme sebab ia menekankan pengalaman sedar dan tingkah laku. Fahaman ini mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Mereka juga berpendapat proses mental adalah sentiasa aktif dan berterusan. Fahaman ini dipengaruhi oleh teori evolusi manusia yang dikemukakan oleh Darwin dan falsafah pragmatisme (pemikiran yang berdasarkan praktikal bukan teori). William James telah dianggap sebagai ahli psikologi Amerika yang pertama. Beliau merupakan orang Amerika pertama yang menubuhkan makmal psikologi di Amerika Syarikat, memperkenalkan kursus psikologi dan menerbitkan dua jilid buku yang dinamakan The Principles of Psychology. (e) Aliran Behaviourisme Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara dan diasaskan oleh J.B. Watson (1878 1958) yang popular dengan Teori Pelaziman Klasik di mana beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak, Albert dan seekor tikus putih. Pada tahun 1913, Watson telah menerbitkan pendapatnya yang bertajuk, Psychology as the Behaviorist Views It. Di dalam artikel tersebut, beliau dengan jelas mengatakan psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yang nyata (overt behaviour). Tokoh lain ialah Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull. Aliran ini juga dikenali sebagai Associationism, iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau antara dua idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran. Ahli psikologi aliran ini menjalankan kajian ke atas haiwan seperti tikus, kucing dan anjing. Prinsip pembelajaran atau tingkah laku yang diperoleh melalui kajian ini akan cuba diaplikasi kepada pembelajaran atau tingkah laku manusia. Aliran ini juga memfokus kajian kepada tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian. Aliran behaviorisme dipengaruhi kuat oleh aliran falsafah logik positif (logical positivism). Aliran falsafah logik mengemukakan pendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui cara yang empirikal atau pemerhatian yang sistematik. Konsep kritikal yang dikemukakan oleh aliran ini ke dalam ilmu psikologi ialah definisi operasional (operational definition).

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Definisi operasional ialah konsep saintifik yang merujuk kepada proses pengukuran kepada sesuatu yang dikaji. Contohnya lapar, boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang dialami oleh manusia atau haiwan setelah tidak makan pada masa yang sepatutnya mereka makan. Definisi ini masih tidak dapat diterima oleh aliran logik positif kerana di dalam definisi operasional perlu wujud pengukuran yang tepat tentang masa tidak mendapat makanan dan keadaan seseorang yang berasa lapar itu. Untuk mengesahkan hal ini perlu ada satu cara pengukuran. Ahli psikologi behaviorisme juga menegaskan tujuan ilmu psikologi ialah untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku. (f) Aliran Psikologi Gestalt Di Jerman, pada masa yang sama, timbul pula fahaman psikologi gestalt. Fahaman ini timbul sebagai reaksi kepada pendapat ahli strukturalisme. Ahli psikologi gestalt berpendapat manusia mempersepsi dunia di dalam bentuk satu keseluruhan (unitary whole), atau gestalt (gestalt ialah daripada perkataan Jerman gestalten, yang boleh diterjemahkan sebagai keseluruhan, pola atau terorganisasi). Tiga tokoh yang telah mengasaskan fahaman ini ialah Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang Kohler (1887-1967) dan Kurt Koffka (1886-1941). Aliran Humanistik Aliran humanistik diasaskan oleh Abraham Maslow (1908-1970) dan Carl Rogers (1902-1987). Pendekatan humanis menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya, kalau seseorang ingin mencapai kecemerlangan di dalam hidup, dia hendaklah bertindak atau berusaha ke arah pencapaian matlamat hidupnya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap yang maksimum. Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semula jadi ialah untuk mencapai pemenuhan kendiri atau mengembangkan potensi ke tahap maksimum. Konsep pemenuhan kendiri ini dipelopori oleh Maslow. Aliran Kognitivisme Aliran kognitivisme (cognitivism) dipelopori oleh tokoh-tokoh psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Ahli-ahli psikologi daripada aliran ini berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain.

(g)

(h)

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(i)

Aliran Konstruktivisme Daripada ahli-ahli psikologi kognitif timbul pula ahli psikologi konstruktivisme atau faham binaan. Aliran ini diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour Peppert. Konstruktivisme mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari. Konstruktivisme menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pembelajaran ini sangat digemari sebagai kaedah mengajar matematik dan subjek sains (fizik, kimia, biologi).

Jadual 1.1 menunjukkan secara ringkas sejarah perkembangan psikologi.


Jadual 1.1: Sejarah Perkembangan Psikologi Jangka Masa 384-322 Sebelum Masihi 1595-1690 1685-1753 1832-1920 1867-1927 1859-1952 1878-1958 1880-1843 1908-1987 Penerangan Kajian psikologi bermula di Greek purba Konsep interaksionisme dan dualisme diperkatakan. Wujudnya aliran empirisme. Timbul aliran strukturisme di Jerman. Bermulanya kajian strukturisme di Amerika Utara. Timbul aliran functionalisme di Amerika Utara. Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara. Fahaman psikologi gestalt bermula di Jerman. Aliran humanistik diasaskan oleh Maslow dan Rogers. Aliran kognitivisme dipelopori oleh gestalt, Piaget, Vygotsky dan lain-lain. Aliran konstruktivisme diasaskan oleh Glaserfold, Piaget, Vygotsky dan lain-lain.

Sebagai kesimpulannya, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang boleh dilihat daripada segi konsep psikologi yang wujud pada dahulu dan sekarang. Konsep-konsep ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dipraktikkan mengikut keadaan. Di dalam pada itu, ahli psikologi telah menggunakan pelbagai jenis pendekatan untuk menerangkan konsep yang mereka kemukakan di dalam usaha untuk mengkaji tentang tingkah laku manusia dengan lebih mendalam.

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SEMAK KENDIRI 1.1


Bincangkan perbezaan pendapat antara aliran behaviorisme dan kognitivisme.

AKTIVITI 1.2
Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah psikologi: www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html Baca artikel yang terdapat di laman ini dan carikan persamaan dan perbezaan setiap aliran mengikut peredaran zaman.

1.3

PENDEKATAN PSIKOLOGI

Ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang digunakan ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan humanistik atau kemanusiaan dan pendekatan biologi.

1.3.1

Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku di dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson, seorang ahli behaviorisme, mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya daripada unsur dalaman. Idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et al., 1994). Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain Watson, ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike. Pavlov (1849 1936), dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

yang melakukan eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur) (Rajah 1.2). Thorndike (1874-1949), memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya (Theory of Trial and Error Conditioning). Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Organisme akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya, organisme berkenaan akan mengelakkan berlakunya sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri.

Rajah 1.2: Eksperimen pelaziman Pavlov

Menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas, manakala denda pula boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas. Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan gerak balas tertentu dengan rangsangan tertentu. Thorndike melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai pembelajaran instrumental atau operan yang diperluaskan kemudian oleh B.F. Skinner. Skinner (1904-1990), pula terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan. Beliau telah membuat eksperimennya ke atas tikus dan juga burung merpati. Di dalam eksperimennya yang terkawal beliau telah dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frekuensi ganjaran dan dendaan.

1.3.2

Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan psikoanalitik adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar, yang kita sendiri tidak sedar. Dengan lain perkataan, tingkah laku kita adalah berdasarkan konflik dalaman, dorongan (impulses), kemahuan dan motif yang tidak disedari. Pendekatan ini mengandaikan bahawa semua tingkah laku, normal dan abnormal, adalah hasil daripada interaksi faktor genetik dan persekitaran dan

10

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

kedua-kedua faktor ini mempunyai kesan ke atas tingkah laku dengan mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar psikologi. Ahli teori psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi individu. Sigmund Freud (1856-1939) (Rajah 1.3), adalah pelopor ahli teori psikoanalitik yang paling terkemuka. Ideanya terus mempengaruhi ahli teori psikoanalitik yang lain. Teori struktur personaliti beliau membahagikan struktur psikik kepada tiga bahagian: id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi. (a) Id Id adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri, dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamadun). Id adalah dominan pada peringkat awal kehidupan bayi, apabila dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. Ia dilihat sebagai elemen psikik yang pertama yang mempengaruhi tingkah laku. Ego Ego pula bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego secara perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawai etika masyarakat. Operasi ego berpandukan pada prinsip realiti, bukan pada prinsip keseronokan yang mempengaruhi id. Prinsip realiti mengiktiraf permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik. Superego Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia mesti berurus dengan superego yang merupakan sumber awal suara hati (conscience), iaitu kebolehan kita untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa berfungsi dan bertindak memegang peranan penting di dalam hal conscience sehinggalah kanakkanak secara evolusi membina set piawai dalamannya. Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa secara melampau, dia akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, permintaan ini boleh menjadi keterlaluan. Di dalam kes sebegini, superego mungkin menjadi begitu tidak fleksibel atau ketat, sehingga ia menghadkan atau mencegah diri daripada menikmati keseronokan yang normal yang sepatutnya

(b)

(c)

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

11

dialami pada zaman kanak-kanak. Apabila kanak-kanak yang mempunyai superego yang punitif meningkat remaja, mereka berkemungkinan menghadapi masalah di dalam memenuhi permintaan superego. Sebagai contoh, apabila mereka telah mencapai usia baligh, mereka mempunyai kesukaran untuk mengawal permintaan seksual yang meningkat. Freud percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan kehendak superego yang melampau.

Rajah 1.3: Sigmund Freud: Pelopor teori psikodinamika terkemuka

Mengikut pendekatan psikoanalitik, id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat dan kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, maka hal ini biasanya akan berakhir dengan konflik dalaman di dalam diri individu tersebut. Teori Freud menyarankan bahawa sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai, hal ini akan membawa kepada kecelaruan mental. Psikoanalisis mengambil pendekatan perkembangan tentang abnormaliti. Ia menekankan peristiwa yang dialami pada masa kecil mempunyai kesan apabila individu tersebut berada di alam dewasa. Freud percaya kanak-kanak membesar dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang sudah ditetapkan. Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang normal. Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan terdapat fixation di tahap tersebut yang mempengaruhi sifat individu pada kehidupan dewasanya. Misalnya seorang yang makan terlalu banyak di tahap oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang yang gemuk atau penagih dadah bila dewasa.

12

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar di dalam membantu kita memahami perkembangan personaliti manusia. Pendapat tentang pengaruh id, ego dan superego daripada zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti seseorang telah merangsang banyak penyelidikan. Pendapat ini juga berpengaruh di dalam disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

SEMAK KENDIRI 1.2


Jelaskan perbezaan antara id, ego dan superego.

AKTIVITI 1.3
Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang pendekatan behaviorisme dan psikoanalitik, sila lawat laman web berikut: http://tip.psychology.org/thorn.html www.wagntrain.com/OC Apakah perbezaan antara kedua-dua fahaman ini? Anda bersetuju dengan yang mana satu? Mengapa?

1.3.3

Pendekatan Kognitivisme

Pendekatan kognitivisme ini dipelopori oleh tokoh psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus berkaitan proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain. Selain itu, ahli psikologi kognitif juga cuba memahami apakah proses yang terlibat dan bagaimanakah mereka beroperasi. Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami. Pendekatan ini sangat berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang memfokus kepada pemikiran tidak sedar dan pendekatan behaviorisme yang memfokus kepada faktor persekitaran dan tingkah laku.

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

13

AKTIVITI 1.4
Sila lawat laman web berikut untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai pendekatan kognitif: http://www.suite101.com/content/the-cognitive-approach-to-lessonplanning-9116006 Setelah mendalami pendekatan ini, pada pendapat anda adakah ia berguna kepada seorang guru atau pelajar? Bagaimana?

1.3.4

Pendekatan Humanistik

Pendekatan ini berpandangan bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai. Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan atau keperluan. Mengikut pendekatan ini, manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain. Pengajian psikologi adalah untuk menolong manusia memaksimumkan potensi untuk perkembangan psikologikal. Ahli psikologi di dalam pendekatan ini adalah Abraham Maslow, Rollo May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow (1970), telah mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian di dalam teori ini adalah berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi kepada lima peringkat yang disusun mengikut hirarki (rujuk Rajah 1.4), iaitu daripada keperluan peringkat rendah (keperluan asas) sehinggalah kepada keperluan peringkat tertinggi (keperluan bersifat psikologi). Manusia akan sentiasa aktif bergerak daripada satu peringkat ke satu peringkat setelah memenuhi peringkat itu, daripada bawah ke atas.

14

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Rajah 1.4: Hirarki keperluan Maslow

Rogers (1956), pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa pada dasarnya manusia baik dan beliau percaya bahawa semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk kesempurnaan, iaitu motif yang memandu kita untuk berkembang menjadi manusia yang matang dan sihat. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pendekatan ini lebih memfokus kepada kemahuan seseorang dan menekankan tentang keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Psikologi pula berperanan untuk menolong manusia memperkembangkan lagi potensi individu ke tahap yang maksimum.

SEMAK KENDIRI 1.3


Berikan contoh dalam kehidupan anda untuk setiap peringkat dalam Hirarki keperluan Maslow. Pada tahap manakah anda mendapati diri anda berada?

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

15

1.3.5

Pendekatan Biologi

Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit atau Model Perubatan. Model ini mengandaikan bahawa manusia adalah sistem fizikal dan mesti difahami daripada sudut fizikalnya. Antara yang perlu difahami ialah keadaan fisiologi dan sifat sistem saraf individu. Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak. Dua orang ahli fisiologi Jerman, iaitu Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch (1839-1907) telah menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing dengan cara memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otak anjing. Melalui eksperimen ini, mereka mendapati bahawa struktur otak adalah tempat asal-usul urat saraf, berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Dengan kata lain, otak boleh memberi tindak balas bila rangsangan elektrik diberi secara langsung dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu. Maka, salah satu perkara yang menjadi fokus di dalam pendekatan ini ialah peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia.

Rajah 1.5: Elektrod dipasang pada otak kucing Sumber: www.geocities.jp/helpanimals2001/Jikken_e.html

Setiap pendekatan psikologi mempunyai kelebihan dan kelemahan. Namun, setiap pendekatan ini memberi sumbangan kepada banyak cabang penyelidikan seperti kajian ke atas penyalahgunaan dadah, interaksi komputer dan manusia, kanak-kanak cerdik dan bermasalah dan banyak lagi. Salah satu cabang yang penting ialah psikologi pendidikan.

16

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SEMAK KENDIRI 1.4


Setiap pendekatan psikologi yang dibincangkan memfokus di dalam satu atau hanya beberapa aspek di dalam manusia. Garis dan padankan setiap pendekatan dengan apa yang difokusnya.
Pendekatan Psikologi Behaviourisme Kognitivisme Humanistik Fokus Pemikiran tidak sedar Fizikal manusia Pemikiran dan tingkah laku Proses pemikiran manusia Kemahuan manusia

Psikoanalitik Biologi

1.4

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Bidang psikologi dan pendidikan merupakan dua bidang yang mempunyai hubungan rapat. Ia merupakan salah satu bidang psikologi yang menggabungkan dua bidang, iaitu psikologi dan pendidikan. Sebagaimana yang telah diketahui, psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu secara saintifik. Manakala, pendidikan pula merupakan proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu di dalam bidang yang tertentu. Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia. Pendidikan pula adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran pembelajaran untuk digunakan di sekolah. Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

17

Psikologi pendidikan termasuk kajian mengenai perkembangan manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian serta penilaian pembelajaran. Borich dan Tombari (1997), mengatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Clifford, 1984 (di dalam Henson dan Eller, 1999) mengatakan psikologi pendidikan sebagai applying the methods of psychology to studying the process of education. Grinder (1981), mengatakan psikologi pendidikan mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah. Oleh itu, Tugas ahli psikologi pendidikan ialah mengaplikasi prinsip psikologi kepada pendidikan dan di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran. Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru untuk tujuan memahami tingkah laku pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 1.4
Patutkah psikologi pendidikan diamalkan di sekolah dan di pusatpusat pengajian tinggi? Mengapa? Bagaimana? Berikan contoh.

1.5

TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negatif boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Matlamat ahli psikologi tertumpu kepada empat bidang (Abd. Majid Mohd. Isa & Rahil Mahyuddin, 1997), iaitu memerihalkan menerangkan, mengawal dan meramalkan sesuatu perlakuan. Apabila menemui sesuatu tingkah laku, seperti merokok di kalangan awal remaja (14 atau 15 tahun), ahli psikologi akan cuba

18

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

memerihalkan perlakuan remaja itu, iaitu biasanya mereka mencuri untuk merokok. Mereka akan merokok di dalam tandas, di dalam semak, di kompleks pasaraya atau rumah kosong. Selepas itu ahli psikologi akan cuba menerangkan sebab remaja berkelakuan begitu. Setelah menerangkan sebab terjadinya tingkah laku, ahli psikologi akan mencadangkan cara untuk mengawal tingkah laku dan meramalkan tingkah laku gantian untuk mengganti tingkah laku buruk remaja tersebut. Contohnya, melalui aktiviti yang sihat seperti bermain badminton atau joging pada waktu petang diramalkan akan dapat memberhentikan tabiat merokok remaja tersebut.

1.6

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

Terdapat beberapa sebab mengapa guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan, iaitu: (a) Untuk membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkannya. Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Oleh itu pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya di dalam usaha mengawal tingkah laku pelajar dan di dalam memotivasi pelajar supaya rajin belajar. Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya. Guru juga dapat merekacipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah dia menyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut di dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh

(b)

(c)

(d)

(e)

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

19

akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. (f) Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Oleh itu, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru sebab tugasnya bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga adalah untuk melahirkan seorang manusia yang kamil dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agama.

AKTIVITI 1.5
Daripada bacaan anda, bagaimanakah caranya anda meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah? boleh

Psikologi secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai salah satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan. Sejarah perkembangan psikoloi telah bermula sejak dari zaman Greek purba sehingga kini dengan kewujudan pelbagai fahaman & aliran psikologi seperti interaksionisme, empirisme, strukturalisme, fungsionalisme, behaviourisme, humanistik, kognitivisme dan juga konstruktivisme. Ahli-ahli psikologi seperti Ivan Pavlov, B. F., Skinner, E. L., Thorndike dan Sigmund Freud menggunakan pendekatan-pendekatan behaviorisme, psikoanalitik, humanistik dan pendekatan biologi untuk menghuraikan konsep mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Kesemua pendekatan tersebut penting dalam psokologi pendidikan yang bertujuan untuk memahami dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

20

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Empirime Functionalisme Interaksionarisme

Psikologi Psikoanalitik Strukturalisme

Apakah pendekatan psikologi yang boleh diambil untuk menghuraikan tingkahlaku oleh aliran behaviourisme, strukturalisme, functionalisme dan kognitivisme?

Apakah peranan ego di dalam menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang. Adakah ego merupakan sumber utama yang mebezakan seseorang individu dengan individu yang lain?

You might also like