You are on page 1of 13

TAKLIMAT

DISEDIAKAN OLEH : PAVITHEERA A/P TAMIL SILVAM 3PPISMP

PENGENALAN
PENERANGAN RINGKAS TENTANG SESUATU YANG DIHASILKAN ATAU SESUATU YANG BERLAKU.
IA DIKATAKAN SEBAGAI UCAPAN UNTUK MEMAKLUMKAN DAN DISAMPAIKAN SECARA KOMUNIKASI DUA HALA DALAM SITUASI FORMAL ATAU TIDAK FORMAL

DEFINISI TAKLIMAT
Noresah Baharom et al. (2000) mentakrifkan taklimat sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu perkara. Siti Hajar Abd. Aziz. (1977) pula mentakrifkan taklimat sebagai keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan.

JENIS-JENIS TAKLIMAT
Taklimat Satu Taraf Khalayak

Taklimat yang disampaikan pemberi taklimat kepada khalayak yang terdiri atau dihadiri oleh pemimpin-pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan dalam negara, orang bergelaran ketuaketua jabatan dan sebagainya.
Taklimat Dua Taraf Khalayak

Taklimat yang disampaikan dalam majlis yang dihadiri daripada D.Y.M.M. Sultan atau Raja, dan D.Y.T.M. Raja Muda/Tengku Mahkota dan beberapa orang kenamaan negara tertentu.

Taklimat satu taraf khalayak Tajuk Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol Kata-kata aluan Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat. Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab

Taklimat dua taraf khalayak


Tajuk Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa Puji-pujian Ringkasan taklimat Kandungan Sesi soal jawab

KANDUNGAN TAKLIMAT Apa yang hendak dimaklumkan Taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu.

Apa yang hadirin ingin tahu Taklimat jenis ini memerlukan penyediaan yang teliti terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik, atau temubual serta menyusunnya dengan baik.

STRATEGI PENYAMPAIAN TAKLIMAT YANG BAIK


KEMAHIRAN MENTAKRIF Kebolehan individu tertentu untuk mengupas maksud sesuatu perkara dengan baik, ringkas, padat, dan meyakinkan. KEMAHIRAN MENGHURAI Kebolehan individu menceritakan sesuatu dengan panjang lebar dan tersusun. KEMAHIRAN MENJELASKAN Kebolehan individu untuk menerang dengan lebih lanjut sesuatu perkara sehingga jelas.

KEMAHIRAN MENUNJUK Kebolehan individu membuat tunjuk cara atau demonstrasi terdapat sebahagian isi taklimat yang memerlukan penyampai membuat demikian. KEMAHIRAN MELAPORKAN Kemahiran penyampai untuk menyampaikan laporan dengan baik, jelas, lengkap dan tepat. Kebolehan individu melaporkan apa juga peristiwa, kejadian, dapatan baharu dan sebagainya kepada khalayak.

KEMAHIRAN MEMBAYANGKAN PERISTIWA AKAN DATANG Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan penyampai untuk membayangkan peristiwa atau idea baharu yang belum lagi berlangsung.

PENGGUNAAN ALAT BANTU YANG SESUAI


Maklumat Edaran Bertulis Projektor Overhead (OHP) Carta dan Gambar Rajah Filem Slaid Pita Video

IMEJ PENYAMPAI TAKLIMAT YANG BERKESAN


Berkeyakinan tinggi Bersemangat Persediaan yang mencukupi Mesej yang jelas Kemahiran mendengar Memahami konsep kendiri Latihan yang mencukupi

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like