You are on page 1of 2

TUGASAN AMSS5103

1

SEMESTER SEPTEMBER 2013
AMSS5103 - KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH
TUGASAN


TUJUAN /OBJEKTIF

Tugasan ini bertujuan untuk menguji kebolehupayaan pelajar dan memahami secara ilmiah
skop undang-undang jenayah dalam Islam.

Secara asasnya,undang-undang jenayah Islam diturunkan oleh Allah untuk melindungi
manusia daripada bahaya jenayah yang dilakukan oleh penjenayah, dan pada masa yang
sama mencegahnya daripada terus berlaku. Undang-undang jenayah ini juga mampu untuk
memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan yang berlaku dalam hidupnya.
Hal ini semestinya dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman jenayah
Islam ke atas penjenayah. Antara lain hukuman ini mampu memberi pengajaran,
memperbaiki dan menghalang seseorang itu daripada terus menerus melakukan jenayah. Di
samping itu juga, antara kebaikan hukuman jenayah Islam adalah ia dapat membersih dosa
penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab Allah di akhirat kelak. Maka sudah
pastilah, undang-undang jenayah Islam berperanan untuk mewujudkan satu suasana aman
dan sejahtera dalam kehidupan masyarakat. Yang pasti, undang-undang jenayah Islam
menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama untuk semua pihak mahupun bukan Islam.


KEPERLUAN / ARAHAN

Berikan perbezaan antara konsep jenayah Islam dengan konsep jenayah ciptaan manusia.
Huraikan hubungan jenayah dengan nilai akhlak dan kategori jenayah serta hukumannya
mengikut ketetapan syarak. Dan kemukakan pandangan anda berkaitan faktor dan cara
mengatasi jenayah pada hari ini.

Penulisan anda hendaklah membincangkan perkara-perkara berikut:
i) Penghuraian LIMA (5) ciri perbezaan antara konsep jenayah Islam dengan konsep
jenayah ciptaan manusia.
ii) Penghuraian secara ilmiah dan kritis tentang hubungan jenayah dengan nilai akhlak.
iii) Penghuraian secara menyeluruh Kategori jenayah serta hukumannya (hudud, qisas
dan takzir) mengikut ketetapan syarak.


TUGASAN AMSS5103

2

iv) Penjelasan faktor berleluasanya jenayah di akhir-akhir ini yang semakin
membimbangkan masyarakat Malaysia dan mengemukakan bagaimana cara atau
pelan tindakan yang praktikal bagi mengatasi jenayah tersebut.

[JUMLAH:100 MARKAH]


FORMAT TUGASAN:
a. Gunakan jenis huruf Times New Roman saiz 12 dan 1.5 spacing pada keseluruhan
tugasan.
b. Teks tugasan mengandungi antara 3000-5000 patah perkataan (iaitu sekitar 15-20
halaman).
c. Susunan rujukan dikehendaki menggunakan format American Psychological
Association (APA)
d. Rujukan anda hendaklah mengandungi rujukan yang terbaru (iaitu sekitar 2005
hingga sekarang)


NOTA:
Tugasan ini hendaklah diserahkan sebelum atau pada tarikh akhir yang dinyatakan
di dalam myVLE.
Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myVLE dan
kepada Fasilitator.
Sila rujuk kepada portal untuk arahan terperinci mengenai prosedur menghantar
tugasan anda secara online.
Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan
sendiri.
Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang memplagiat tugasan
orang lain serta mendakwa sebagai hasil kerja sendiri.
Plagiat dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda tidakpasti
maksud piagiat sila layari laman web yang membincangkan perkara ini, seperti
owl.english.purdue.edu/handoutd.

You might also like