You are on page 1of 27

PENGENALAN

Setelah meneliti tentang sejarah, teori dan pendekatan dalam penterjemahan,


anda akan mempelajari pula apa yang dikatakan sebagai proses menterjemah
dan kaedah yang digunakan. Pemahaman tentang teori dan pendekatan dalam
penterjemahan akan membantu anda menterjemah dengan baik. Seseorang
penterjemah pada kebiasaannya akan mula menterjemah dengan pendekatan
lama dan kemudian beransur-ansur ke arah pendekatan baharu bergantung
kepada jenis teks yang akan diterjemahkan. Namun demikian, faktor yang paling
penting ialah penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran perlulah baik bagi
seorang penterjemah. Keupayaan memahami teks asal dan kemahiran menulis
semula dalam bahasa sasaran menuntut iltizam yang tinggi daripada seorang
penterjemah.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
0
0

Perterjemahan
Bahasa Melayu:
Sejarah, Teori,
dan Pendekatan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kaedah penterjemahan;
2. Menghuraikan proses terjemahan;
3. Membincangkan penterjemahan deskriptif dan kreatif; dan
4. Mengaplikasikan kaedah dalam terjemahan amali.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
212
KAEDAH TERJEMAHAN FORMAL
Mengikut kaedah penterjemahan lama, penterjemah menumpukan perhatian
terhadap bentuk teks yang diterjemahkan. Penterjemah cuba mengekalkan
unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak, bunga bahasa dan ciri nahu yang
tertentu supaya bahan terjemahan itu menyerupai bentuk teks sumber.
Terjemahan baharu pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap
pembaca. Sambutan pembaca teks terjemahan hendaklah serupa dengan
sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang dialaminya.
Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam
penterjemahan. Ini dapat dikategorikan kepada kaedah terjemahan formal dan
kaedah terjemahan dinamik.
Kaedah terjemahan formal pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
(a) Pinjaman
(b) Peniruan
(c) Penggantian
10.1.1 Pinjaman
Mengapakah pinjaman berlaku dalam bahasa? Peminjaman kata berlaku kerana
terdapatnya pertembungan atau kontak antara dua bahasa yang berbeza
misalnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang bertembung akibat
penjajahan. Peminjaman antara dua bahasa ini tidak dapat dielakkan kerana
keperluan komunikasi. Dalam hal ini, bahasa penjajah tentulah lebih dominan
daripada bahasa yang dijajah. Kemasukan penjajah juga membawa konsep
baharu yang tidak wujud dalam bahasa kedua, misalnya teknik, konsep, istilah,
dan seumpamanya. Untuk mengisi kekosongan, maka kaedah pinjaman
diamalkan. Kaedah ini juga diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus
dalam sesebuah teks. Kata ini dipinjam secara toto dan ditulis miring dalam
teks, misalnya, ad valorem, tort, ad hoc, alibi, dan sebagainya. Kata pinjaman ini
diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi. Beberapa kata
pinjaman sudah lama dimasukkan atau diserapkan ke dalam leksikon bahasa
Melayu sebagai kata pinjaman, iaitu basikal (Inggeris), senapang (Belanda),
pisau (Cina), cahaya (Sanskrit), kedai (Tamil), dakwah (Arab), cukai (Jawa),
pamer (Jawa), sekolah (Portugis) dan lain-lain. Kata pinjaman ini dikatakan kata
pinjaman tulen asimilasi lengkap kerana berlakunya penyesuaian ortografi dan
telah lama diasimilasikan ke dalam budaya Melayu hingga tidak terasa
keasingannya dengan lidah Melayu. Pengekalan kata ini perlu untuk keperluan
sosiobudaya masyarakat pengguna bahasa Melayu. Bloomfield (1933:44),
membahagikan peminjaman kata kepada peminjaman budaya, peminjaman
10.1
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

213
intimate, dan peminjaman dialek. Peminjaman budaya berlaku apabila
sempadan setiap komuniti bahasa berhubungan dengan sempadan geografi dan
politik. Peminjaman dianggap intimate apabila kedua-dua bahasa yang terlibat
digunakan dalam domain politik yang sama. Peminjaman dialek pula lebih
umum sifatnya kerana anggota-anggota daripada masyarakat yang berbeza
berhubungan antara satu sama lain.
Rajah 10.1: Novel Kenang-Kenangan Seorang Geisha yang telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu. Dipetik pada 10 Disember 2007.
Sumber : http://www.altavista.com/image/
Peminjaman berlaku dalam istilah budaya yang merangkumi organisasi sosial
yang berbeza pada tahap dunia misalnya budaya dunia Barat dan dunia Timur
(budaya Amerika dengan budaya Jepun), misalnya karya Kenang-Kenangan
Seorang Geisha yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu (lihat Rajah 10.1). Penterjemah mengandaikan unsur dalam satu
budaya atau bahasa itu sendiri boleh dikomunikasikan secara "borne across,"
dan dihasilkan semula dalam satu budaya atau bahasa yang lain. Dalam hal ini
kadangkala yang dipentingkan ialah kesesuaian (appropriateness) bukan
ketepatan (accuracy) menjadi pilihan penterjemah. Namun demikian
penterjemah pada hakikatnya, perlu setia kepada teks asal; malah, penterjemah
tidak mempunyai autoriti untuk menggantikan sesuatu unsur budaya itu dengan
budayanya sendiri. Mounin (1963) telah menggariskan kepentingan signifikasi
sesuatu item leksikal dengan menegaskan bahawa sekiranya tanggapan kata
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
214
tersebut difahami dengan jelas baharulah item tersebut dapat diterjemahkan
secara tepat. Sebagai contoh terdapat istilah pakaian, iaitu kimono yang tidak
terdapat dalam budaya Melayu, lalu terpaksa dipinjam terus perkataan tersebut
dalam bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan perkataan sake, iaitu sejenis
minuman tradisi Jepun, yang dari segi konsepnya tidak sama dengan perkataan
tuak dalam bahasa Melayu, lalu terpaksa dipinjam perkataan tersebut dalam
bahasa Jepun. Hal ini banyak sekali terdapat dalam karya terjemahan Kenang-
Kenangan Seorang Geisha yang diterjemahkan oleh Abdul Latif Budin.
a special kind of sake called amakuchi (MOG:79)
sejenis sake istimewa yang dipanggil amakuchi (KKSG:120)
10.1.2 Peniruan
Selanjutnya kita lihat pula kaedah peniruan. Peniruan berlaku apabila
kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan.
Terdapat dua jenis peniruan, iaitu pertama, peniruan penyampaian yang tidak
mengubah struktur bahasa sasaran (buffet servis servis buffet, green house
rumah hijau, social science sains sosial , honey moon bulan madu, yellow
culture budaya kuning, cold war perang dingin, skyscrapper pencakar
langit, letter head kepala surat, underground bawah tanah, over due lebih
masa, work load - beban kerja). Kedua, peniruan struktur yang memasukkan
lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran misalnya prime
minister perdana menteri, dan mini bus bas mini. Kata pinjaman peniruan ini
digolongkan sebagai kata majmuk yang dipinjam dan disesuaikan dengan pola
sintaktik dalam bahasa Melayu. Dalam teks terjemahan Kenang-Kenangan
Seorang Geisha, unsur ini juga ditemui apabila penterjemah menterjemahkan
jenis makanan tradisi dalam masyarakat Jepun, iaitu miso soup kepada sup miso.
when she stir her miso soup (MOG:45)
dia mengacau sup miso (KKSG:67)
Rajah : 10.2 Adaptasi Kenang-
Kenangan Seorang Geisha ke
dalam filem. Dipetik pada 10
Disember 2007.
Sumber
:http://www.altavista.com/image
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

215
10.1.3 Penggantian
Penggantian merupakan satu lagi kaedah dalam penterjemahan. Anda akan
dapati bahawa dalam penggantian berlaku pemindahan warta daripada bahasa
sumber kepada bahasa sasaran. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat
leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan. Hal ini bermakna
setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan persamaannya dalam
bahasa sasaran dan pada masa yang sama struktur ayat bahasa sumber
dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar. Kaedah ini kerap
diamalkan bagi sesebuah teks berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam
bahasa sumber yang ringkas, iaitu tidak kompleks. Bagi teks yang berunsur
sains, kita lazim menggunakan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris,
tetapi diubahsuaikan mengikut ejaan Melayu cara ini juga dikatakan
penggantian.
Contoh:
I go to market = Saya pergi ke pasar.
More than half the human body is muscle. = Lebih daripada separuh
badan manusia terdiri daripada otot.
There are over six hundred muscles in the muscular system. = Ada lebih
daripada enam ratus otot dalam sistem otot.
Kaedah ini ditemui dalam karya terjemahan Kenang-kenangan Seorang Geisha
yang memerihalkan tentang beras sebagai makanan ruji yang sama dengan juga
dengan makanan ruji masyarakat Melayu. Dalam teks ini terdapat makanan
yang menggunakan konsep budaya Inggeris, iaitu kek bagi istilah sweet rice
cake diterjemahkan sebagai lempeng pulut manis bukan kek pulut manis.
Contoh-contoh lain yang diperlihatkan di bawah:
to fetch the rice crackers Auntie was so fond of(MOG:52)
untuk membeli keropok beras kesukaan Mak Cik... (KKSG:78)
Ternyata bahawa dalam terjemahan tersebut konsep dalam budaya Inggeris
disesuaikan daripada budaya Jepun kemudian disesuaikan pula dengan budaya
Melayu. Dalam teks tersebut, kita dapati berlaku penggantian daripada rice
crackers kepada keropok beras . Hal ini memperlihatkan satu unsur
komunikasi silang budaya berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni
dalam persamaan konsep sesuatu budaya, terdapat juga perbezaan ciri
walaupun kecil telah memberikan istilah yang berbeza. Peminjaman konsep
berlaku tetapi digantikan dengan istilah bahasa Melayu.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
216
Hakikatnya kita perlu akui bahawa tidak terdapat dua bahasa yang sama di
dunia ini. Terdapat banyak persamaan dan perbezaan walau pun kedua-dua
bahasa berasal daripada rumpun yang sama. Contohnya kata bicara dalam
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia membawa pengertian yang berbeza. Bicara
dalam bahasa Indonesia bermaksud cakap tetapi dalam di Malaysia, pengertian
bicara lebih kepada percakapan di mahkamah sahaja. Penterjemah juga perlu
memilih antara makna kamus dengan makna dinamik.
Contoh:
She held back the truth. (menyembunyikan)
He wanted them to join the others but they held back. (mengasingkan diri)
His supply of food held out for ten days. (cukup)
He held out although the pain was terrible. (menahan)
She held up the picture so that he could see it. (mengangkat dengan tinggi)
A signal fault held up the train for an hour. (menangguhkan atau melambatkan)
KAEDAH TERJEMAHAN DINAMIK
Perkataan dinamik itu sendiri menjelaskan lagi kaedah ini yang memperlihatkan
satu kaedah baharu yang melibatkan banyak unsur ke arah memudahkan kerja
terjemahan. Terdapat empat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu:
(a) Transposisi
(b) Modulasi
(c) Persamaan
(d) Penyesuaian
10.2.1 Transposisi
Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya
terjemahan. Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan
10.2
Huraikan unsur-unsur kaedah penterjemahan formal yang telah
digunakan oleh penterjemah dalam teks terjemahan Kenang-Kenangan
Seorang Geisha.
AKTIVITI 10.1
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

217
kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud
warta atau maklumat. Hal ini penting kerana dalam penterjemahan, maksud
karya asal perlu dipertahankan walaupun kita melakukan pembaharuan dalam
kaedah. Ada beberapa sebab kaedah transposisi perlu digunakan, iaitu untuk
menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan
untuk menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan.
Terdapat dua jenis transposisi, iaitu pertama, transposisi wajib cara
terjemahannya merupakan yang lazim dan paling bersahaja dalam bahasa
sasaran.
Contoh:
We thank you for your cooperation.
Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih.
After he returns.
Selepas dia pulang,
Selepas kepulangannya,
Sekembalinya,
Rajah 10.3 : Harry Potter dan Banduan Azkaban karya J.K. Rowling yang
diterjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu.
Sumber: Dipetik pada 10 Disember 2007. http://www.altavista.com/image/results?
Kedua, transposisi pilihan - terdapat beberapa cara menterjemahnya dan tetap
diterima (rajah 10.3). (Harry Potter dan Banduan Azkabanhlm. 7).
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
218
Non-magic people (more
commonly known as Muggles) (1)
manusia biasa atau yang bukan
ahli sihir (lebih dikenali sebagai
Muggle) (2)
were particularly afraid of (2) sangat takut akan ilmu sihir (3)
Magic in medieval times, (3) pada zaman pertengahan, (1)
but not very good at recognising
it.(4)
tetapi tidak tahu-menahu langsung
tentang ilmu itu. (4)
1 2
2 3
3 1
4 Transposisi 4
Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan
bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang
diterjemahkan. Kebolehan ini memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang
cukup tinggi dan keupayaan memahami maksud dalam bahasa sumber agar
maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur dinamik ini membolehkan
penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud
penulis teks asal.
10.2.2 Modulasi
Selanjutnya kita melihat pula kaedah modulasi. Sebenarnya kaedah modulasi
juga digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk
menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan
mudah difahami. Namun begitu dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi
semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah.
Begitu juga penyampaian boleh negatif dalam bahasa sasaran tanpa
menjejaskan makna.
Contoh:
Saturday night.
Malam minggu/Ahad.
In either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch.
Dalam kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari
kanji.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

219
Dalam karya teks terjemahan Harry Potter dan Bilik Rahsia, kaedah ini
digunakan bagi menterjemah budaya kebendaan, misalnya perkataan sorting
hat diterjemahkan kepada topi pengisih. Perubahan makna tidak begitu
ketara tetapi perkataan sorting digantikan dengan mengisih dalam konteks
penceritaan tidak memberikan kesan yang besar (Gambar 10.3).
Rajah 10.4 : Imej topi yang digambarkan dalam filem siri Harry Potter.
Sumber: Dipetik pada 10 Disember 2007. http://www.altavista.com/image/
10.2.3 Persamaan
Sebagaimana telah diperkatakan pada peringkat awal tadi, memang tidak dapat
dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang serupa. Oleh itu, untuk
mencari persamaan dalam penterjemahan memanglah sesuatu yang amat rumit.
Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi
(bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan
nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya,
tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang
berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan
tepat. Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat
maknanya.
Persamaan Terdekat
race(sociology) ras
national nasional, negara, kebangsaan
Persamaan Sejadi/Bersahaja
Race bangsa, puak, orang, kaum, keturunan
big and small kecil besar
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
220
Perbezaan Budaya
Ouch! Aduh!
Go to hell Persetankan! Pergi jahaman!
Idiom dan Peribahasa
Live from hand to mouth Hidup kais pagi, makan pagi, kais
petang, makan petang
To kill two birds with one stone Sambil menyelamminum air
Tokoh dalam bidang penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua
jenis persamaan, iaitu formal dan dinamik. Beliau mengatakan bahawa
persamaan formal menumpukan perhatian kepada mesej itu sendiri dalam
bentuk dan kandungan. Dalam terjemahan begini, seseorang penterjemah
menumpukan kepada puisi, ayat demi ayat dan konsep demi konsep. Nida
menamakannya terjemahan glos yang bertujuan untuk membenarkan atau
memberikan ruang kepada pembaca supaya memahami sebanyak mungkin
konteks dalam bahasa sumber. Persamaan dinamik berasaskan prinsip kesan
persamaan, yakni hubungan antara penerima dan mesej bahasa sasaran
seharusnya juga sama dengan hubungan antara penerima dan mesej bahasa
sumber. Dalam karya terjemahan teks Harry Potter dan Banduan dari
Azkaban, kita temui kaedah ini digunakan, misalnya:
Barely alive, Voldemort had fled.... (hlm.11)
Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Voldemort melarikan diri (hlm.6)
Dalam teks di atas, perkataan barely diterjemahkan ke dalam idiom bahasa
Melayu, iaitu nyawa-nyawa ikan yang membawa maksud keadaan yang
sudah nazak atau hampir mati. Walaupun dalam teks sasarannya tidak sedikit
pun menyebut tentang ikan atau kiasan yang sedemikian namun dari segi
maksud, terjemahan yang menggunakan kaedah tersebut telah menyampaikan
mesej kepada pembaca. Menurut Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan
tidak seharusnya mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata
kerana persamaan tidak mungkin wujud antara dua versi bahasa sumber bagi
teks yang sama, apa tah lagi antara versi bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Contoh lain dapat dilihat di bawah:
Aunt Petunia, who was bony and horse faced, whipped around and peered
intently out of the kitchen window (hlm 19)
Makcik Petunia yang kurus kering, dan berwajah cengkung, berpusing pantas
dan meninjau-ninjau dari tingkap dapur (hlm. 23)
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

221
Berdasarkan terjemahan di atas, kita dapati bahawa perkataan horse faced tidak
semestinya diterjemahkan sebagai berwajah kuda tetapi mengambil maksud
sebaliknya, iaitu berwajah cengkung. Inilah kelebihan menggunakan kaedah ini
agar pembaca tidak merasa janggal apabila membaca terjemahan sedemikian.
Kita perlu melihat dua segi, iaitu siapa yang akan membaca karya terjemahan
tersebut dan apakah yang akan dirasai oleh pembaca itu apabila dia membaca
karya tersebut. Kita mengukur keupayaan pembaca dari segi sejauh mana dia
mengalami kesan yang sama dengan kesan yang dialami oleh pembaca teks
asalnya. Penekanan ini perlu bagai karya terjemahan agar pembacaan tidak
terganggu dan pembaca seolah-olah membaca teks karya penulis asalnya.
10.2.4 Penyesuaian
Kaedah seterusnya ialah penyesuaian yang merupakan kaedah yang
menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan.
Transposisi Kata sifar (Ungkapan)
Modulasi Perhatian (Arahan)
Persamaan Struktur berbeza
Terima kasih Thank you
How goes you? Apa khabar?
How are you?
Kaedah ini paling banyak digunakan oleh penterjemah kerana kebebasan
menentukan gaya yang tersendiri bagi seorang penterjemah. Sebenarnya,
pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung kepada
berbagai-bagai faktor, iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi
teks (risalah, am atau teknikal), bidang teks (sastera, agama, sains atau teknikal),
dan peringkat teks (untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah
atau pengajian tinggi). Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan
peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Ada kalanya kaedah-kaedah tersebut
boleh digabungkan dan ada kalanya terpisah.
Huraikan unsur-unsur kaedah penterjemahan dinamik yang telah
digunakan oleh penterjemah dalam teks terjemahan Harry Potter dan
Bilik Rahsia.
AKTIVITI 10.2
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
222
(a) Jelaskan tiga unsur dalam kaedah terjemahan formal dan berikan
contoh-contoh yang bersesuaian.
(b) Huraikan empat kaedah terjemahan dinamik dan berikan contoh-
contoh yang bersesuaian.
PROSES DALAM PENTERJEMAHAN
Setelah anda mengetahui teori, pendekatan dan kaedah dalam penterjemahan,
maka sewajarnyalah anda boleh melakukan kerja terjemahan. Kerja terjemahan
melibatkan prosedur tertentu. Bagi seorang penterjemah, terdapat lima prosedur
yang boleh diikuti, iaitu:
Baca seluruh teks yang hendak diterjemahkan.
Kemudian selidik subjek yang akan diterjemahkan dari segi penggunaan
terminologi.
Terjemahkan dalam bentuk draf terlebih dahulu.
Asingkan draf tersebut selama 48 jam.
Akhirnya baca sekali lagi terjemahan tersebut dan semak, susun semula dan
sunting bahagian yang perlu sahaja.
Ketika menterjemah, seorang penterjemah melakukan tiga proses, iaitu mentafsir
dan menganalisis teks sumber; memindahkan warta; dan menstruktur semula
teks asaran mengikut gaya bahasa sasaran itu. Nida menggambarkan proses itu
berdasarkan rajah 10.5 yang berikut:
10.3
SEMAK KENDIRI 10.1
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

223
Rajah 10.5 : Proses Menterjemah
10.3.1 Analisis Teks
Apabila kita menganalisis teks bermakna teks asal dikaji dari dua sudut, iaitu
hubungan-hubungan gramatis kata-kata yang membawa mesej itu dan kedua,
makna-makna perkataan atau kombinasi perkataan tertentu seperti kiasan
(killing two birds with one stone sambil menyelam minum air), ungkapan
stereotaip (yours sincerely) yang boleh dikatakan norma sesuatu bahasa itu;
untuk memastikan makna linguistik, makna rujukan dan makna emosi dalam
teks asal. Menurut Nida dan Taber ,
Analysis begins with a set of procedures which are employed in discovering
the kernels underlying the source texts and the clearest understanding of the
meaning, in preparation for the transfer. (1969:197).
Sebagai seorang penterjemah, apabila anda menghadapi sesuatu teks, anda
perlulah membaca dan memahami kandungannya. Anda perlu juga menguasai
bahasa sumber dengan baik supaya pemahaman tentang teks tidak
menyeleweng. Dalam proses menganalisis terdapat tiga aspek, iaitu :
(a) Menentukan makna, hubungan makna dengan perkataan dan golongan
perkataan;
(b) Mengkaji makna rujukan sesuatu perkataan atau golongan perkataan
seperti peribahasa;
(c) Menganalisis makna emosi perkataan yakni mengkaji apakah reaksi
pembaca sama ada positif atau negatif.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
224
Sebenarnya pemahaman merupakan satu proses mental, iaitu semasa anda
membaca, anda sebenarnya mentafsir apa yang dimaksudkan oleh penulis teks
itu. Pencarian maksud ini merupakan dialog antara pembaca dengan teks. Dalam
mentafsir sesuatu teks, mula-mula makna setiap perkataan perlu dicari.
Pengetahuan leksikon sesuatu bahasa membolehkan penterjemah mencari dalam
ingatannya makna tiap-tiap perkataan yang dibacanya atau anda boleh
mendapat bantuan daripada kamus ekabahasa. Untuk memahami sesuatu teks,
kita bukan sahaja mencari makna setiap perkataan secara berasingan tetapi
mengaitkannya dengan perkataan-perkataan lain untuk mendapatkan makna
keseluruhan ayat. Seterusnya makna boleh pula ditentukan mengikut tempat
ayat itu wujud.
Masalah pertama yang akan anda hadapi ialah pemahaman teks bahasa sumber.
Apabila anda telah dapat mengatasi masalah ini, halangan berikutnya
merupakan ialah semantik dan budaya teks sumber. Kualiti karya terjemahan
bergantung kepada kualiti penterjemah itu sendiri yakni kemahiran,
pengetahuan, latihan, latar budaya, kecekapan dan juga emosinya. Newmark
(1981) dalam Approaches to Translation menghuraikan beberapa beberapa
perkara yang penting yang perlu ada bagi seorang penterjemah yang baik ialah
pemahaman dalam bahasa sumber, pengetahuan mendalam tentang subjek,
kepekaan kepada bahasa teks dan bahasa sasaran, dan kemahiran menulis dalam
bahasa sasaran dengan lancar, jelas dan tepat.
Sains kognitif menyediakan idea yang bernas bagi pembelajaran yang lebih
bermakna yakni pendekatan positif yang saling berkait dengan hubungan antara
pengetahuan lama dan pengetahuan baru. Pendekatan kognitif dapat diterapkan
dalam pemindahan idea daripada satu bahasa ke bahasa yang lain kerana
penterjemah akan lebih peka, mudah bertolak ansur, tahu menghormati budaya
orang lain, dan boleh mengkritik diri sendiri. Pendekatan ini juga boleh
diterapkan dalam menterjemah kata atau frasa yang mendokong konsep emosi
dalam sesebuah karya terjemahan.
Contoh:
Naturally
(a) Naturally he did it.
(b) He did it naturally.
Maksud dalam ayat (a) ialah sudah tentu, manakala dalam ayat (b) bermaksud
dengan selamba. Adakalanya ayat teks sumber agak samar maksudnya:
(a) The soldiers took the port at night.
(b) Port di sini bermaksud pelabuhan atau sejenis minuman keras.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

225
(c) He hit the man/ with the stick.
(d) He hit/ the man with the stick.
Ayat pertama memukul lelaki dengan kayu manakala ayat kedua memukul
lelaki yang memegang kayu.
(a) The fat/ Majors wife.
(b) The fat Majors/ wife
Yang gemuk itu isteri Major dan yang kedua ialah isteri Major yang gemuk.
Ayat-ayat seperti di atas boleh menimbulkan lebih daripada satu tafsiran dan
akan diterjemahkan mengikut tafsiran penterjemah yang berkenaan. Oleh itu
kita dapati ciri-ciri seperti idiom dan peribahasa mempunyai makna yang tersirat
yang jauh bezanya dengan makna rujukan. Makna ini telah menjadi norma
bahasa berkenaan, iaitu maknanya tidak berubah.
(a) The chip of the old block bapa borek anak rintik
(b) In the eyes of the law di sisi undang-undang
(c) He pulled my leg dia bergurau
(d) He is a self-made kejayaanya adalah hasil usahanya sendiri
Kadangkala penterjemah mendapati sukar untuk menganalisis sesuatu ayat yang
panjang. Bagi menyelesaikan masalah ini ayat tersebut boleh dipecah-pecahkan
kepada beberapa unit ayat. Jika jenis frasa yang hendak diterjemahkan dapat
dikesan pada awalnya maka mudahlah penterjemah itu membayangkan
persamaan/padanan yang tepat dan sejadi/natural bagi sesuatu kata atau frasa
bahasa sumber itu.
Sekiranya anda mendapat teks informatif yang ditulis dalam bahasa sumber
yang ringkas mungkin boleh diterjemahkan secara literal sahaja kerana dalam
teks yang demikian apa yang lebih penting ialah persamaan dari segi
kandungannya bukannya gaya bahasa. Tetapi ada kalanya teks informatif perlu
diterjemahkan secara dinamik sekiranya ditulis dengan menggunakan ayat-ayat
yang kompleks dalam bahasa sumber. Oleh itu, beberapa penyesuaian perlu
dibuat. Misalnya, teks agama dan undang-undang, perlu dilakukan terjemahan
secara literal kerana persamaan struktur dan persamaan makna harus dipelihara
sebaik-baiknya. Ini dilakukan untuk mengelakkan penyelewengan maksud asal
yang terdapat dalam bahasa sumber.
Cara penterjemahan yang sesuai bagi sebuah novel ialah menggunakan
persamaan dinamik, yakni maksud teks asal dipindahkan ke dalam bahasa
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
226
sasaran mengikut gaya bahasa sasaran, supaya bunyinya yang idiomatik dapat
pula memberikan kesan emosi sama seperti pembaca dalam teks asal. Satu lagi
maklumat penting dalam analisis teks ialah penentuan pembaca sasaran
sesebuah teks itu. Dengan maklumat ini, penterjemah dapat menentukan gaya
bahasa yang perlu digunakan semasa menterjemah sama ada tadika, universiti,
sekolah rendah dan lain-lain.
10.3.2 Pemindahan
Setelah anda menganalisis teks, anda akan melakukan pula pemindahan
maklumat. Pemindahan berlaku dalam fikiran penterjemah. Seringkali masalah
besar yang mungkin timbul ialah diri penterjemah itu sendiri yakni sikap tidak
objektif dan mudah salah faham. Pemindahan di sini tidak membawa maksud
pertukaran atau penggantian. Sebagai seorang penterjemah, anda memindahkan
sesuatu teks daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dalam hal ini,
segala ciri yang terdapat dalam teks asal itu haruslah terdapat dalam teks yang
diterjemahkan. Jelasnya, warta yang ditafsirkan melalui proses analisis tadi
dipindahkan ke bahasa sasaran. Sebagai penterjemah, hanya anda sahajalah yang
mengetahui bagaimana warta yang ditafsirkan itu hendak dipindahkan ke
bahasa sasaran mengikut bentuk bahasa itu. Umpamanya, sekiranya terdapat
ciri-ciri kelucuan atau sedih dalam teks sumber, maka dalam terjemahan harus
ada ciri kelucuan dan kesedihan itu. Namun begitu anda perlu menyedari
bahawa dalam pemindahan, anda perlu membuat penyesuaian semantik dan
struktur mengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa sasaran.
Beberapa masalah salah tafsir mungkin berlaku semasa pemindahan disebabkan
faktor-faktor berikut:
(a) Seseorang itu mempunyai pengetahuan yang terlalu tinggi tentang subjek
yang hendak diterjemahkan akan menyebabkan penterjemah secara tidak
disedarinya menghasilkan terjemahan terlalu tinggi bagi pembacanya. Ini
mengakibatkan hasil terjemahan mungkin tidak boleh difahami oleh
pembaca sasaran terjemahan itu. Sebagai penterjemah anda faham apa
yang ditulis, dan anda membuat anggapan bahawa pembaca pun faham
maksudnya.
(b) Seseorang itu juga mungkin mempunyai pengetahuan yang kurang dalam
bahasanya sendiri. Hal ini berlaku sekiranya anda dipengaruhi pendidikan
bahasa asing dan ini menyebabkan wujud sikap membelakangkan
kekayaan perbendaharaan kata yang ada dalam bahasa penerima.
(c) Seseorang itu mungkin mempunyai sikap tidak yakin dengan kemampuan
bahasa sendiri. Sekiranya sebagai penterjemah, anda prejudis terhadap
bahasa ibunda dan menganggap bahasa asing lebih baik dan meniru bulat-
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

227
bulat unsur asing kerana memikirkan bahasa sumber itu lebih tinggi
martabatnya daripada bahasa sendiri, hal ini boleh menjejaskan mesej yang
ingin disampaikan.
(d) Seseorang itu kurang pengetahuan tentang penterjemahan. Sebagai
penterjemah, anda perlu mengetahui tujuan sebenar penterjemahan.
Andaian yang dibuat oleh kebanyakan kita bahawa bahasa itu terdiri
daripada perkataan-perkataan dan terjemahan hanyalah menggantikan
perkataan-perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan-perkataan
dalam bahasa sasaran. Ini tidak seharusnya berlaku. Sebagai penterjemah,
anda perlu mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan
hubungan waktu (temporal), hubungan jarak (spatial) dan hubungan sebab
akibat (logikal) perlulah diambil kira. Penterjemahan sebaik-baiknya
dilakukan setelah seluruh perenggan dianalisis dan difahami dan ada
kalanya seluruh jalan cerita dan mesej difahami.
Apabila anda memindahkan sesuatu teks daripada satu bahasa kepada bahasa
yang lain, anda haruslah mengambil kira isi dan makna, stail atau gaya, dan
bahasa. Penterjemah perlu memastikan bahawa makna atau semantik
dipindahkan keseluruhannya ke dalam bahasa sasaran. Asas bagi penyesuaian
ialah kebolehan untuk membezakan antara bentuk dengan isi. Isi ialah konsep
atau nilai yang cuba disampaikan oleh teks sumber manakala bentuk hanyalah
sifat luaran yang digunakan dalam teks untuk menyampaikan warta.
Penyesuaian semantik berlaku apabila dalam memindahkan mesej dari satu
bahasa ke bahasa yang lain, yang penting ialah isi bukan bentuk. Apa yang perlu
anda fahami ialah yang diterjemah ialah makna bukannya kata.
Teori terjemahan menghujahkan bahawa apa yang dipentingkan ialah isi
bukannya bentuk. Namun demikian sebagai penterjemah, anda antara dua
pilihan sama ada hendak mengekalkan isi atau bentuk. Ada kalanya isi boleh
disampaikan dalam bahasa sasaran dalam bentuk yang hampir sama dengan
teks sumber. Tetapi ada kalanya pula bentuk terpaksa diubah untuk
mengekalkan isi. Seperkara yang perlu anda sedari ialah dalam penterjemahan
sedikit sebanyak kandungan semantik akan hilang. Walau bagaimanapun,
seboleh-bolehnya penterjemah harus memastikan supaya kehilangan itu hanya
berlaku pada tahap yang minimum sahaja. Masalah sering berlaku dalam
membuat penyesuaian semantik, peribahasa, makna figuratif, perubahan
tumpuan makna, makna am dan makna khusus, penyebaran semula komponen
semantik, peruntukan pada tanda-tanda konteks dan formula istimewa.
Apakah yang perlu dilakukan dari segi penyesuaian struktur? Sebagai
penterjemah, seboleh-bolehnya anda akan cuba mengekalkan struktur bahasa
sumber dalam teks sasaran. Namun begitu hal ini sukar dilakukan kerana setiap
bahasa mempunyai cara tersendiri untuk menstruktur semula ayat. Ini kerana
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
228
pengekalan struktur melibatkan seluruh struktur linguistik, iaitu wacana, ayat,
perkataan, hinggalah ke bunyi. Anda perlu melihat wacana dilihat sebagai
keseluruhan teks dan masalah yang timbul ialah penyesuaian struktur sama ada
wacana itu menggunakan struktur langsung atau tidak langsung. Penterjemah
boleh membuat mana-mana penyesuaian yang kebanyakan bukan hanya
melibatkan satu ayat tetapi banyak ayat.
10.3.3 Menstruktur Semula
Proses ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur semula. Dalam proses ini
anda perlu menstruktur semula tiga perkara yang dianggap penting, iaitu:
(a) Kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai
(b) Ciri-ciri utama yang terdapat dalam gaya bahasa tersebut
(c) Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa tersebut
Setelah anda membuat analisis dan penyesuaian dalam proses pemindahan,
maka warta yang hendak disampaikan itu distruktur semula dalam bahasa
sasaran. Dalam hal ini, gaya bahasa memainkan peranan yang penting. Faktor-
faktor yang perlu anda berikan perhatian ialah perbezaan antara bahasa lisan
dan bahasa tulisan, kepelbagaian aspek sosial, gaya bahasa yang melibatkan
keadaan pemakaian dan hubungan antara penutur dan pendengar, dan loghat
tempatan.
Ciri-ciri yang berbeza pula ialah ciri-ciri yang memudahkan kefahaman dan ciri-
ciri yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti menarik minat, menambahkan
kesan atau memberatkan bahasa. Penstrukturan semula bergantung kepada
kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama yang digunakan
untuk menghasilkan gaya bahasa itu dan kaedah yang digunakan untuk
menghasilkan gaya bahasa yang dikehendaki.
Dari segi gaya bahasa pula, anda hendaklah menggunakan gaya yang
memudahkan pembaca memahami terjemahan. Hal ini bermaksud struktur ayat
hendaklah ringkas dan mudah, supaya jalan cerita cepat difahami dan tidak
membosankan. Ayat yang anda gunakan hendaklah jelas dan tanda baca yang
betul untuk memudahkan pembaca berhenti di tempat-tempat tertentu serta
memudahkan kefahaman. Kelemahan dalam terjemahan sering berlaku dalam
menstruktur semula.
Selesai menjalani ketiga-tiga proses di atas bukanlah bermakna terjemahan itulah
yang terbaik. Langkah selanjutnya yang perlu anda ambil ialah menyemak
semula terjemahan itu berdasarkan tiga unsur, iaitu:
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

229
(a) Apakah anda telah berjaya mentafsir teks sumber dengan betul?
(b) Adakah terjemahan anda boleh difahami?
(c) Apakah terdapat persamaan gaya antara kedua-dua teks sumber dengan
terjemahan anda?
(d) Apakah anda berjaya menimbulkan reaksi yang sama dalam kalangan
pembaca seperti yang ditimbulkan oleh teks sumber. Katakanlah teks itu
suatu arahan yang keras, adakah kesan kerasnya sama dengan teks sumber
atau sekiranya cerita asal teks boleh menyebabkan pembaca mengalirkan
air mata apabila membacanya dapat meninggalkan kesan yang serupa
dalam teks terjemahan.
Menurut Koh Boh Boon (1987), proses penterjemahan boleh dilihat dari empat
sudut, iaitu:
(a) Persediaan awal, bacaan pertama sepintas lalu untuk menanggapkan tema
buku dan merasai gaya bahasa pengarang, menyediakan istilah termasuk
buku istilah, kamus dan ensiklopedia, bacaan kedua secara teliti dan
perinci untuk menghayati isi dan bahasa buku itu serta menaksirkan sejauh
mana mudah atau sukar setiap bahagian;
(b) Penterjemahan benar, menterjemah secara sistematik untuk mendapat draf
pertama, menyemak atau memeriksa semula draf pertama untuk
mengesan kekurangannya, dan memperbaiki draf pertama untuk
menghasilkan manuskrip;
(c) Manuskrip dinilaikan mutunya oleh seorang penilai yang berkelayakan,
komen dan cadangan penilai dipertimbangkan oleh penterjemah; dan
(d) Penterjemah menulis semula manuksrip dengan membaiki semula
bahagian yang perlu.
AKTIVITI 10.3
Perihalkan proses yang perlu anda perlu lalui sebagai seorang
penterjemah sekiranya menterjemah sebuah iklan. Berikan contoh yang
bersesuaian.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
230
PENTERJEMAHAN DESKRIPTIF
Apakah yang dimaksudkan dengan penterjemahan deskriptif? Penterjemahan
deskriptif ialah kegiatan terjemahan yang bersifat teknikal, menggunakan istilah
dan kosa kata yang agak khusus, gaya bahasa yang padat, ringkas, dan tepat.
Bidang deskriptif merangkumi bidang sains dan teknologi, telekomunikasi,
kewartawanan, penyiaran dan sebagainya. Bentuk bahasa teknikal sukar
difahami sekiranya bukan benar-benar pakar menterjemahnya misalnya iklan
atau brosur. Iklan ialah pernyataan tentang sesuatu yang bertujuan untuk
memberi maklumat, sama ada untuk semata-mata menyebarkan maklumat atau
dengan tujuan menjual sesuatu barang atau perkhidmatan.
Masalah yang sering dihadapi oleh seorang penterjemah ialah kurang kemahiran
dalam bahasa yang diterjemahkan dan juga bahasa ibunda. Sebagai penterjemah,
anda perlu berupaya memahami secara mendalam tatabahasa, gaya bahasa,
bunga-bunga bahasa dan struktur ayat sama ada struktur luaran (surface
structure) mahupun struktur dalaman (deep structure). Ini tidak bererti anda
mestilah seorang pakar bahasa tetapi memadailah jika anda boleh memahami
teks dalam bahasa sumber dan berupaya memindahkannya ke dalam bahasa
sasaran. Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang lazim digunakan oleh
komuniti yang ditujukan. Kekurangan keupayaan dalam bahasa sasaran pula
akan membuatkan anda tidak mampu menyampaikan maksud teks sebenar
(under translation) atau menggunakan bahasa yang keterlaluan (over
translation) untuk menyampaikan sesuatu maksud daripada bahasa sumber.
Menurut Nik Safiah (1987), yang berbeza ialah dari segi format. Iklan dewasa ini
dipengaruhi oleh format dari luar, iaitu bukan sahaja dari segi bentuk atau
strukturnya tetapi juga dari segi salurannya. Terjemahan literal bagi iklan
Kentucky Fried Chicken : finger-licking good diterjemahkan sebagai
sehingga menjilat jari diterjemahkan secara literal. Bentuk ini dikatakan
merosakkan bahasa. Teoh Boon Seong (1994: 151) mengkaji penterjemahan
brosur bank mendapati bahawa masalah ketidaktepatan dari segi tatabahasa
merupakan masalah yang paling ketara. Penterjemah sering terperangkap dalam
penggunaan kata pemeri adalah kerana keghairahan menggunakan terjemahan
literal. Kata pemeri ini tidak perlu ada sebelum frasa kerja.
Contoh:
And thats because
Ini adalah kerana (Formal)
Hal ini demikian kerana (Dinamik)
10.4
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

231
Contoh di atas menunjukkan terjemahan kata demi kata menghasilkan
terjemahan literal. Dalam ayat pasif bahasa Inggeris, verb to be is mesti
digunakan tetapi dalam bahasa Melayu, terjemahannya yakni adalah tidak
perlu. Terdapat juga masalah dalam kata hubung where, whose, whom, dan
which. Kata tersebut digantikan dengan di mana sahaja.
Contoh:
...submit it to the bank Bumiputera branch where you have your account.
(BBMB)
hantarkannya kepada cawangan Bank Bumiputra di mana anda memiliki
akaun. (BBMB) (Formal)
hantarkan kad itu kepada cawangan Bank Bumiputera tempat akaun anda
dibuka. (Dinamik)
Dalam bahasa Inggeris, kata hubung where, whose, whom, dan which
kadangkala dapat digantikan dengan perkataan yang atau tempat, dan
kadangkala digugurkan sahaja. Walau bagaimanapun, di mana tidak boleh
digunakan kerana kata tersebut merupakan kata tanya. Kata tanya tidak boleh
digunakan di tengah-tengah ayat penyata.
Dalam penterjemahan deskriptif, hasil terjemahan cenderung mementingkan
bentuk asal karangan. Sekiranya anda menggunakan kaedah menterjemah secara
harfiah yang menganggap seolah-olah semua bahasa di dunia sama sahaja dari
bentuk dan pola dan hanya berbeza dari segi pilihan perkataan, anda akan
menghadapi masalah mencari padanan satu lawan satu. Terjemahan perkataan
demi perkataan atau klausa demi klausa amat sulit kerana tidak ada satu bahasa
pun yang sama dari segi susunan kata atau struktur ayat. Malah bagi seorang
penterjemah, mencari penyamaan leksikal tidaklah begitu mudah seperti yang
dijangkakan. Kadangkala penyamaan perkataan didapati tidak dapat menepati
maksud yang diperlukan oleh teks asal. Lebih-lebih lagi apabila bahasa yang
digunakan berbentuk idiomatik.
Terjemahan di atas mementingkan bentuk atau gaya formal. Akibatnya, mesej
yang hendak disampaikan tidak difahami oleh pembaca kerana rangkai kata
bahasa Melayu yang digunakan tidak mempunyai apa-apa makna. Apa yang
perlu dilakukan ialah:
(a) Menganalisis teks asal
(b) Memindahkan idea teks asal
(c) Menstruktur semula idea ke dalam bahasa Melayu
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
232
Apabila penterjemah menganalisis teks bahasa sumber, dia seharusnya sudah
dapat membayangkan dalam pemikirannya tahap bahasa yang hendak
digunakan dalam bahasa sasaran. Soalan yang perlu dijawab ialah siapakah
khalayak anda? Kemudian penterjemah harus memikirkan bahasa sasaran yang
akan digunakan apabila memindahkan maksud teks asal. Struktur ayat yang
baik setidak-tidaknya hendaklah dapat menyaingi struktur ayat dalam bahasa
sumber dari segi pembentukan kata, keindahan bahasa, dan stail penulisannya.
Kemudian penterjemah akan menstuktur semula idea ke dalam bahasa Melayu.
Penterjemah hendaklah memikirkan kesan yang diperoleh hasil terjemahan
mestilah positif.
PENTERJEMAHAN KREATIF
Apakah yang dimaksudkan pula dengan terjemahan kreatif? Dalam
penterjemahan kreatif, anda sebenarnya terlibat dengan teks yang mempunyai
nilai kesusasteraan yang tinggi seperti novel, cerpen, prosa, puisi dan
seumpamanya. Seorang tokoh yang terkenal, iaitu William Faulkner (1955:274))
telah memberikan empat garis panduan dalam penterjemahan karya kreatif,
iaitu:
(a) Sesuatu teks terjemahan itu mestilah menyampaikan maksud teks asal
(b) Sesuatu teks terjemahan mestilah mencerminkan gaya penulis asal
(c) Sesuatu terjemahan karya sastera seperti pantun mestilah mengekalkan
bentuk asalnya
(d) Penterjemah dibenarkan untuk menokok tambah sekiranya perlu
Beliau berpandangan bahawa kualiti sesuatu terjemahan sebenarnya bergantung
kepada maksud yang hendak disampaikan. Kesulitan yang timbul dalam karya
kreatif ialah gaya bahasa. Kegiatan terjemahan bukanlah sekadar mencari satu
perkataan demi satu perkataan dalam ayat tetapi lebih daripada itu. Tiap-tiap
sistem linguistik mengandungi satu analisis dunia luar yang peribadi dan
berlainan daripada analisis bahasa-bahasa lain. Bahasa merupakan penglihatan
dunia dan kita melihat dunia melalui bahasa kita; jikalau sesuatu bahasa itu
berbeza, pandangan dunia juga berbeza. Dalam hal ini, terjemahan bukan sahaja
perkataan demi perkataan tetapi terjemahan merupakan satu pengenalan fikiran-
fikiran baru atau satu penglihatan dunia yang baru. Maklumat yang tepat mesti
disampaikan supaya kesan yang diperoleh daripada teks sumber sama dengan
teks terjemahan.
Sekiranya anda menggunakan pendekatan terjemahan harfiah dalam karya
kreatif pula, hal ini akan menampilkan kelemahan dari sudut penyampaian
maklumat yang tepat, sesuai, dan sejadi dari segi makna kepada pembaca. Unsur
10.5
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

233
yang paling dirungsingkan dalam penterjemahan budaya ialah
ketidakterjemahan yang menjadi faktor utama kesilapan dalam terjemahan
berbentuk harfiah. Terjemahan sajak pula sememangnya tidak boleh dibuat oleh
sebab sajak merupakan bidang yang paling sukar diterjemahkan atau
dipindahkan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Jikalau anda mendengar
sajak dalam satu bahasa asing, anda merasai satu perasaan ganjil, mungkin anda
tertarik dengan irama sajak tersebut tetapi anda tidak memahaminya. Sekiranya
terjemahan dilakukan, hasilnya belum tentu mempunyai irama sama seperti teks
asal. Apabila anda menterjemahkan sajak, anda tidak semestinya
menterjemahkan struktur sajak itu tetapi kesan yang dihasilkan oleh sajak itu
dalam bahasa sumber. Anda tidak semestinya mengimport sajak dalam
kebudayaan sasaran pembaca tetapi anda mengeksport kepada pembaca
kebudayaan sumber daripada sajak itu. Satu cara untuk mengatasi beberapa
kesulitan terjemahan sajak ialah penerbitan sajak dalam dwibahasa. Pembaca
boleh mengikuti karya asal jikalau dia mengetahui bahasanya, dan dia juga
memberi satu terjemahan yang baru. Penulis agung Jerman, Geothe, pernah
mengatakan jikalau satu sajak tidak boleh diterjemahkan daripada satu bahasa
ke bahasa yang lain, mutunya tidak berapa tinggi.
Penulisan kreatif amat mementingkan gaya bahasa. Seseorang penulis akan
mengeksploitasikan bahasa dengan gaya bahasa yang tersendiri dan berbeza
dengan penulis lain. Oleh itu, sebagai penterjemah, anda perlulah memahami
gaya teks kreatif tersebut. Misalnya penulis seperti John Steinbeck menggunakan
ayat yang panjang dan gaya bercerita. Teknik bercerita menjadi kekuatan karya
beliau. Gaya penulisan beliau menggunakan bahasa lisan dalam tulisan tanpa
melanggari hukum tatabahasa. Beliau menulis apa yang dilihat, dirasa, didengar
dan difikirkan. Oleh itu, gaya penulisan teks perlu dikaji supaya objektif, mesej,
makna maklumat dan kesan dapat diketahui dan difahami (Hajah Shamsiah
Mohd. Diah,1999).
Seterusnya dalam penulisan prosa fiksyen merupakan cerita yang dihasilkan dan
secara literalnya tidak semestinya benar-benar berlaku. Bahasa yang digunakan
tidak mempunyai pembahagian rima dan pola tertentu. Prosa fiksyen pada
kebiasaannya ditulis untuk dibaca bukan dipersembahkan untuk pertunjukan
(kecuali diadaptasikan semula ke dalam teater atau filem). Penterjemahan
fiksyen lebih rumit daripada penterjemahan genre lain. Terjemahan ini
berhubung rapat bukan sahaja dengan persoalan pemindahan dwibahasa tetapi
juga pemindahan dwibudaya dan dwisosial termasuklah yang merangkumi
keseluruhan kompleks emosi, asosiasi dan idea yang mempunyai hubungan
yang cukup rapat dengan perbezaan bahasa, tradisi dan gaya hidup sesuatu
bangsa. Penterjemahan fiksyen melibatkan pertukaran pengalaman individu
dalam dunia fiksyen dengan pembaca daripada budaya dan masyarakat yang
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
234
berbeza. Kedua-dua faktor sosial dan faktor penulis ditekankan dalam proses
menterjemah fiksyen.
Umumnya, kebanyakan pengkaji menerima bahawa menterjemah fiksyen
merupakan proses yang kompleks bergantung kepada beberapa faktor variabel
sama ada terjemahan harus berorientasikan bahasa sumber atau berorientasikan
bahasa sasaran atau mungkin juga teks asal itu diadaptasikan untuk tujuan
tertentu pragmatik. Fiksyen Melayu dan Inggeris bukan sahaja ditulis dalam
bahasa yang berbeza tetapi juga memperlihatkan perbezaan budaya, istilah
linguistik, konvensyen penulisan dan sosiobudaya. Perkembangan dalam teori
penterjemahan banyak memperkatakan kaedah menterjemah yang sesuai bagi
sesuatu bidang khusus termasuklah karya fiksyen. Kesulitan yang timbul dalam
karya fiksyen ialah gaya bahasa. Penghasilan semula gaya (penulis dan teks)
dikatakan teras utama dalam penterjemahan fiksyen.
Kaedah terjemahan formal pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
Pinjaman
Peniruan
Penggantian
Peminjaman kata berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontak
antara dua bahasa yang berbeza misalnya bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu yang bertembung akibat penjajahan.
Peminjaman berlaku secara keseluruhan atau in toto misalnya ad valorem,
tort, alibi, dan ad hoc.
Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya
sahaja yang diterjemahkan.
Terdapat dua jenis peniruan, iaitu pertama, peniruan penyampaian yang
tidak mengubah struktur bahasa sasaran dan peniruan struktur yang
memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran
misalnya prime minister perdana menteri dan mini bus bas mini.
Penggantian berlaku apabila pemindahan warta daripada bahasa sumber
kepada bahasa sasaran. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat
leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan misalnya I go
to market = Saya pergi ke pasar.
Terdapat empat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu:
Transposisi
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

235
Modulasi
Persamaan
Penyesuaian
Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya
terjemahan. Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan
kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud
warta atau maklumat.
Dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada
peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga
penyampaian boleh negatif dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan
makna.
Persamaan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi/bersahaja.
Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai
budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya,
tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa
yang berlainan. Oleh itu kita tidak menterjemah dengan menggunakan
persamaan tepat.
Penyesuaian yang merupakan kaedah yang menggabungkan beberapa
kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan.
Transposisi Kata sifar (Ungkapan)
Modulasi Perhatian (Arahan)
Persamaan Struktur berbeza
Seorang penterjemah melakukan tiga proses, iaitu mentafsir dan
menganalisis teks sumber; memindahkan warta; dan menstruktur semula
teks asaran mengikut gaya bahasa sasaran itu.
Penterjemahan deskriptif ialah kegiatan terjemahan yang bersifat teknikal,
menggunakan istilah dan kosa kata yang agak khusus, gaya bahasa yang
padat, ringkas, dan tepat. Bidang deskriptif merangkumi bidang sains dan
teknologi, telekomunikasi, kewartawanan, penyiaran dan sebagainya.
Penterjemahan kreatif melibatkan teks yang mempunyai nilai kesusasteraan
yang tinggi seperti novel, cerpen, prosa, puisi dan seumpamanya.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
236
Deskriptif
Dinamik
Formal
Kreatif
Modulasi
Penggantian
Peniruan
Pinjaman
Penyesuaian
Persamaan
Transposisi
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (2000). Teknik dan teori
terjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Ainon Muhamad (1980). Pengantar terjemahan. Kuala Lumpur: Penerbitan
Adabi.
Arthur Golden. (1997). Memoirs of a geisha New York : Random House Inc.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu Abdul Latif Budin 2006
Kenang-Kenangan Seorang Geisha Malaysia : Marshall Cavendish
Sdn. Bhd. )
Hajah Samsiah Haji Mohd. Diah. (1995). Karya kreatif steinbeck: Satu
penilaian berdasarkan model penulisan karya kreatif. Latihan Ilmiah.
Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
Koh Boh Boon (1987). Satu analisa tentang kesalahan-kesalahan
terjemahan dalam buku-buku yang diterjemahkan daripada Bahasa
Inggeris ke bahasa Malaysia. Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa
Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Mokhtar Ahmad dan Basil Wijasuriya. (1987). Masalah dan
Kesalahan Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia Abdullah
Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mounin, G. (1963). Problems in translation theory. Editions Gallimard:
Perancis. Diterjemahkan Masalah Teori Terjemahan 1991 oleh Azizah
Haji Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN

237
Newmark, Peter (1981). Approaches to translation. Oxford: Pergamon.
Nida, E.A. & C.R. Taber, (1974). The theory and practice of translation.
Leiden: E.J. Brill.
Nik Safiah Karim (1987). Kesalahan bahasa dalam konteks pemakaian
kebudayaan dan sosial: Beberapa aspek penggunaan bahasa laras
iklan. Kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan,
Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar penterjemahan Bahasa
Melayu. Puchong: Scholar Press Sddn. Bhd.
Rowling, J.K. (2005). Harry Potter dengan Batu Hikmat. Kuala Lumpur:
Pelangi Sdn. Bhd.
Rowling, J.K. (1998). Harry Potter and The Chamber of Secrets London:
Bloomsbury Publishing Plc. (Terjemahan bahasa Melayu: Harry Potter
dan Bilik Rahsia 2002). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Rowling, J.K. (1999). Harry Potter and The Prisoner of Azkaban London:
Bloomsbury Publishing Plc. (Terjemahan bahasa Melayu: Harry Potter
dengan Banduan Azkaban Hikmat 2004). Bangi: Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.
Sharifah Haji Malek (1996). Usaha-usaha penterjemahan di Malaysia.
Universiti Malaya: Latihan Ilmiah.
Susan Bassnett (1980). Translation studies. England: Routledge.
Teoh Boon Seong & Ng Beng Lean, (1994). Masalah Terjemahan Brosur
Bank. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 38, Bil 2 Februari 1994 hlm. 150 -
161.
William, F. (1955). History of literary translation. England: University Press
of America, Inc.

You might also like