You are on page 1of 1

PERMAINAN MENCARI JODOH

Cara-cara permainan
1. Pemain terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 murid perempuan.
2. Guru meletakkan 2 buah kotak di hadapan kelas. Kota A mengandungi gambar
dan kota B mengandungi kad perkataan.
3. 5 orang murid perempuan akan mengambil gambar dari dalam kotak A dan
menggantung gambar tersebut di leher mereka. Murid tersebut berbaris di hadapan
kelas.
4. Apabila guru meniup wisel, murid lelaki akan memilih perkataan yang sesuai
dengan gambar tadi di dalam kotak B. Setelah murid menjumpai perkataan yang
betul, murid lelaki tadi menggantung perkataan di leher mereka dan berdiri di
sebelah murid perempuan tadi.
5. Murid yang berjaya mencari pasangan gambar dan perkataan dengan betul akan
diberikan penghargaan.

PERMAINAN TIUP BELON


Cara-cara permainan
1. Pemain terdiri daripada 8 atau 10 orang murid lelaki dan murid perempuan.
2. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap murid akan diberi belon.
3. Murid kumpulan pertama akan meniup belon apabila wisel ditiup. Murid meniup
belon sehingga pecah dan mengambil suku kata yang terdapat dalam belon lalu
melekatkannya di papan putih mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
4. Seterusnya, murid kumpulan kedua pula akan meniup belon sebaik sahaja rakan
mereka dari kumpulan pertama berjaya melekatkan suku kata di papan tulis.
5. Murid kumpulan kedua akan meniup belon hingga pecah dan mengambil suku
kata yang terdapat dalam belon tersebut lalu memadankan dengan suku kata yang
dilekat di papan tulis tadi supaya membentuk perkataan yang bermakna.
6. Murid yang berjaya memadan suku kata dengan betul akan diberikan
penghargaan.

You might also like