You are on page 1of 12

1.

Pemindahan dan Perolehan Wilayah/Sempadan (Transfer and Acquisition of


Territories)
Occupation merupakan kata terbitan dari konsep undang-undang Roman iaitu
occupatio. Occupation adalah pemerolehan yang disengajakan oleh sesebuah negara ke atas
wilayah yang tidak berada di bawah kedaulatan negara lain atau dikenali sebagai terra
nullius. Terdapat dua keperluan di bawah teori occupation ini. Pertama sekali sesebuah
wilayah mestilah terra nullius dan yang kedua pula, pendudukan mestilah effective iaitu
menduduki wilayah tersebut dengan aman dan mempunyai aktiviti yang berterusan ke atas
wilayah tersebut.
Terra nullius bermaksud sesebuah wilayah tidak dimiliki oleh mana-mana negara dan
jika pernah diduduki, wilayah tersebut mestilah telah lama ditinggalkan. Selain itu, jika
wilayah yang ingin dituntut mempunyai penduduk, penduduk di kawasan tersebut mestilah
kurang dari segi sosial dan politik iaitu tidak terdapat mana-mana negara atau kerajaan yang
menguruskan wilayah tersebut.
Effective Occupation pula bermaksud sesebuah negara mesti dapat membuktikan
bahawa mereka mempunyai effective control terhadap wilayah tersebut. Terdapat dua elemen
dalam effective control. Elemen yang pertama ialah niat untuk menduduki atas kedaulatan
dan negara tersebut mestilah membuat pengisytiharan. Elemen yang kedua pula, mestilah
menduduki secara aman dan berterusan. Secara aman bermaksud tidak dicabar oleh manamana negara.

Isu: sama ada The Shire milik Rohan atau Gondor?

Eastern Greenland Case (Norway v Denmark) 1933.


Kes ini mengenai perebutan Eastern Greenland. Norway telah menduduki Eastern
Greenland pada julai 1931, Norway mendakwa bahawa Eastern Greenland tidak dimiliki oleh
mana-mana negara iaitu terra nullius lalu Norway membuat pengisytiharan. Tetapi, Denmark
telah mencabar pengisytiharan tersebut kerana menurut Denmark, Eastern Greenland adalah
milik adalah milik mereka.
Denmark menegaskan bahawa mereka mempunyai kedaulatan ke atas Greenland
sejak tahun 1721. Pada ketika itu, Denmark dan Norway masih bawah satu negara.
Mahkamah telah menentukan bahawa Denmark mempunyai hak milik yang sah ke atas
Eastern Greenland. Mahkamah memutuskan bahawa Eastern Greenland milik Denmark
kerana negara tersebut mampu untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai effective
control ke atas Eastern Greenland iaitu Denmark telah menjalankan kawalan yang lebih besar
daripada Norway.
Denmark dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai aktiviti yang berterusan di
wilayah tersebut seperti perdagangan, perlombongan dan Denmark juga menjalankan
pentadbiran kerajaan serta mempunyai banyak perjanjian yang menyokong Greenland adalah
milik Denmark.
Menurut kajian kes Eastern Greenland, dapat dilihat bahawa Denmark berhak ke atas
Eastern Greenland kerana Denmark mempunyai effective control yang lebih besar daripada
Norway. Hal yang sama juga berlaku pada kes Rohan dan Gondor yang menuntut hak ke atas
The Shire. Gondor mempunyai effective control yang lebih besar jika dibandingkan dengan
Rohan kerana warga Gondor telah menjalankan aktiviti yang berterusan di The Shire.
Manakala, Rohan hanya menjalankan aktiviti nelayan di kawasan tersebut.

Island of Palmas Case (The Netherlands vs United States) 1928.

Kes ini tentang pertikaian yang berkaitan dengan kedaulatan ke atas Pulau Palmas, di
selatan Pulau Mindanao, Filipina. Pada tahun 1898, Sepanyol telah menyerahkan Filipina
kepada Amerika Syarikat dalam perjanjian Paris 1898. Pada tahun 1906, Amerika mendapati
bahawa Belanda menduduki pulau tersebut dan mendakwa mempunyai kedaulatan ke atas
Pulau Palmas.
Kedua-dua buah negara tersebut bersetuju pertikaian itu dibawa kepada timbang tara.
Amerika Syarikat berhujah bahawa Sepanyol telah menemui pulau itu dan pulau tersebut
adalah terra nullius iaitu tidak dimiliki oleh mana-mana negara. Oleh sebab pulau tersebut
berada di selatan Mindanao Filipina maka mereka mendakwa pulau tersebut sebahagian
daripada Filipina. Apabila Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat melalui
perjanjian paris 1898 selepas kekalahan Sepanyol dalam Perang Sepanyol-Amerika secara
tidak langsung turut menyerahkan Pulau Palmas. Maka, Amerika Syarikat mendakwa mereka
mempunyai hak ke atas Pulau Palmas. Selain itu, Amerika Syarikat juga mengatakan Pulau
Palmas milik mereka kerana pulau tersebut lebih dekat dengan Filipina daripada Hindia
Timur Belanda.
Manakala, Belanda pula mendakwa bahawa mereka berhak ke atas Pulau Palmas
kerana Belanda telah menjalankan pentadbiran di pulau itu sejak tahun 1677. Belanda juga
membuktikan bahawa Syarikat Hindia Timur Belanda mempunyai rundingan perjanjian
dengan raja-raja tempatan di pulau tersebut sejak abad ke-17 lagi. Mahkamah timbang tara
telah memutuskan bahawa Belanda berhak ke atas Pulau Palmas kerana Belanda mampu
membuktikan mereka mempunyai effective control iaitu mereka telah menjalankan aktiviti
secara aman dan berterusan di Pulau Palmas.
Amerika Syarikat gagal untuk menunjukkan dokumen yang membuktikan kedaulatan
Sepanyol di pulau itu kecuali hanya dokumen yang mengatakan tentang penemuan Pulau
Palmas. Bukan itu saja, Amerika Syarikat juga tidak mempunyai bukti yang menunjukkan
bahawa Pulau Palmas adalah sebahagian daripada organisasi kehakiman atau pentadbiran
kerajaan Sepanyol di Filipina. Penimbang tara (Judge Huber) mengatakan walaupun
Sepanyol negara yang pertama menemui Pulau Palmas tetapi Sepanyol tidak melakukan
aktiviti secara berterusan seperti yang dilakukan oleh Belanda. Aktiviti secara berterusan
mesti dilakukan untuk mengekalkan hak milik ke atas pulau tersebut bukan sekadar menanam
bendera di pantai untuk membuktikan wilayah tersebut telah dimiliki.

Menurut kajian kes Island of Palmas pula, Belanda berhak ke atas Pulau Palmas
kerana aktiviti berterusan yang dilakukan. Malah, penimbang tara ketika itu menyatakan
bahawa aktiviti secara berterusan mestilah dilakukan bukan sekadar menanam bendera di
pantai untuk membuktikan wilayah itu telah dimiliki. Ini dapat dilihat bahawa Kapten
Aragorn merupakan orang yang pertama menemui pulau tersebut, tetapi Kapten Aragon
hanya meninggalkan sebuah statut yang menyerupai Ratu Rohan dan melekatkan wang
syiling Rohan pada statut tersebut. Tetapi, mereka tidak dapat membuktikan effective control
terhadap The Shire kerana Rohan tidak melakukan aktiviti secara berterusan seperti yang
dilakukan oleh Gondor. Jadi dapat dilihat bahawa Rohan tidak mempunyai hujah yang kukuh
untuk menuntut The Shire. Walaupun, Rohan bertindak memasukan The Shire dalam semua
peta rasmi mereka, tetapi mereka tetap tidak dapat membuktikan effective control seperti
yang terkandung dalam effective occupation.

Sovereignty Over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia v Malaysia) 2002.
Pertikaian ini melibatkan Malaysia dan Indonesia yang menuntut hak ke atas Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan. Kedua-dua ini bersetuju untuk membawa pertikaian tersebut ke
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Indonesia mendakwa bahawa Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan adalah milik mereka kerana mengambil kira penjajah iaitu Belanda sering
meronda di kawasan tersebut. Selain itu, nelayan Indonesia juga berada di sana untuk berehat
ketika penat belayar dan melakukan aktiviti perikanan di kawasan tersebut.
Manakala, Malaysia pula menegaskan bahawa kedua-dua pulau tersebut berada di
bawah kedaulatan mereka kerana Malaysia mempunyai aktiviti pemungutan telur penyu yang
diurus oleh Malaysia. Bukan itu saja, Malaysia juga mempunyai pusat perlindungan burung
yang ditadbir oleh Malaysia. Seterusnya, Malaysia telah mengawal dan mentadbir rumah api
yang terdapat di pulau Ligitan walaupun rumah api itu telah dibina oleh British.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan kedua-dua pulau itu
adalah milik Malaysia kerana mampu membuktikan effective control ke atas Pulau Ligitan
dan Pulau Sipadan. Malaysia telah melakukan aktiviti secara aman dan berterusan seperti
melakukan aktiviti perlindungan burung dan pemungutan telur penyu. Indonesia tidak
mempunyai bukti iaitu Dutch Royal Naval tidak dapat membuktikan pulau tersebut adalah

milik mereka. Selain itu, aktiviti nelayan tidak boleh dijadikan bukti kerana nelayan bukanlah
wakil negara.
Jika dilihat melalui kajian kes ini, Malaysia berhak ke atas Pulau Ligitan dan Pulau
Sipadan kerana ICJ mengambil kira tentang negara yang mempunyai effective control.
Malaysia mempunyai effective control terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan seperti
pemungutan telur penyu, aktiviti perlindungan burung dan kawalan dan pentadbiran rumah
api. Dalam kes pertikaian antara Rohan dan Gondor dalam menuntut The Shire, Rohan
menuntut The Shire kerana nelayan Rohan sering kali menggunakan The Shire sebagai tempat
persinggahan untuk berehat setelah pelayaran yang panjang. Tetapi, jika dilihat kes Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan, ICJ menolak hujah Indonesia yang mengatakan bahawa nelayan
Indonesia turut menggunakan kedua-dua pulau tersebut kerana aktiviti nelayan bukanlah
wakil negara. Jadi sudah tentu hujah Rohan tentang nelayan mereka tidak dapat diterima
kerana nelayan bukan wakil negara.
Selain itu, Gondor juga telah membina dan melakukan penyelenggaraan Rumah Api
Diraja Gondor (Minas Tirith) pada tahun yang sama ketika mereka mendarat di pulau
tersebut. Hal ini juga dapat dilihat melalui kes Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan, Malaysia
mempunyai kawalan dan pentadbiran terhadap rumah api yang dibina oleh British. Begitu
juga dengan Gondor, mereka mempunyai kawalan terhadap rumah api di The Shire dan
pengawal pantai Gondor akan melawat rumah api tersebut sekali dalam satu dekad serta
mereka akan memeriksa dan membaiki rumah api tersebut.
Kesimpulannya, jika dilihat daripada kajian-kajian kes yang telah berlaku. Gondor
mempunyai hak ke atas The Shire kerana Gondor mempunyai hujah yang lebih kukuh jika
dibandingkan dengan hujah-hujah Rohan kerana Gondor dapat membuktikan bahawa mereka
mempunyai effective control iaitu pemilikan secara aman dan menjalankan aktiviti secara
berterusan di pulau tersebut. Selain itu, The Shire merupakan sebuah pulau terra nullius iaitu
tidak dimiliki oleh mana-mana negara dan belum didiami. Maka, jika dilihat melalui teori
occupation, Gondor mempunyai hak ke atas The Shire kerana pulau tersebut belum didiami
dan tidak dimiliki oleh mana-mana negara.
Walaupun, pengawal pantai Gondor tidak dapat melawat The Shire selama dua dekad
iaitu sebanyak dua kali dari tahun 1950 sehingga 1970 kerana berlakunya masalah kewangan
tetapi aktiviti yang berterusan tetap dijalankan oleh warga Gondor di pulau tersebut. Selain
itu, walaupun, Rohan bertindak memasukkan The Shire dalam semua peta rasminya tetapi

mereka tidak menjalankan aktiviti secara berterusan di pulau tersebut dan secara tidak
langsung, Rohan tidak dapat membuktikan mereka mempunyai effective control

terhadap

The Shire.

2. Keistimewaan dan Kekebalan Diplomatik (Diplomatic Immunity)


Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 [VCDR 1961] ialah suatu Akta untuk
menguatkuasakan Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik; untuk mengadakan
peruntukan bagi kekebalan, keistimewaan dan kapasiti organisasi antarabangsa tertentu dan
orang yang berkaitan dengannya, wakil-wakil negara lain yang menghadiri persidangan
antarabangsa dan pegawai konsular dan orang lain yang tertentu; dan untuk mengadakan
peruntukan bagi maksud yang berkaitan dengan perkara di atas. Melalui konvensyen in
terdapat sebanyak 53 artikel yang menyentuh tentang kekebalan yang dimiliki oleh seorang
diplomat dalam pelbagi aspek termasuk ahli keluarga, kakitangan dan harta benda.
Isu: Sama ada Faramir mempunyai kekebalan untuk diri sendiri dan harta benda sebagai
diplomatik semasa dalam perjalanan dan singgah di The Shire?
Merujuk Artikel 39(1) Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 [VCDR 1961]
menyatakan bahawa setiap diplomatik berhak untuk mendapat keistimewaan dan kekebalan
yang akan dinikmatinya sebaik sahaja dia memasuki wilayah negara penerima dalam
perjalanan untuk memegang jawatan atau jika sudah dalam wilayahnya, dari saat apabila
pelantikannya diberitahu kepada Kementerian Luar Negeri atau mana-mana kementerian lain
sebagaimana dipersetujui.
Oleh itu berdasarkan daripada kes Faramir, sebagai seorang diplomat yang telah dilantik dia
berhak untuk mendapat keistimewaan dan kekebalan sebagai seorang diplomat. Pelantikan
Faramir sebagai Duta besar di Gondor adalah bukti dia telah mempunyai tanggungjawab
sebagai seorang diplomat kerana Faramir telah memdapat lantikan daripada negara yang
menghantar untuk menjalankan tanggungjawabnya. Apabila Faramir singgah di The Shire
yang merupakan milik Gondor kekebalan yang dimiliki oleh Faramir sebagai diplomat telah
berkuatkuasa sepenuhnya. Ini bermakna, negara penerima perlu melindungi Faramir kerana
dia telah memegang status sebagai seorang diplomat di negara Gondor.

Merujuk Artikel 29 Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 [VCDR 1961]


Inviolabiliy of Diplomatic Agents menyatakan bahawa agen diplomatik tidak boleh
diganggu-gugat. Dia tidak boleh dikenakan apa-apa bentuk penangkapan atau penahanan,
Negara penerima mesti menghormati dan hendaklah mengambil segala langkah-langkah yang
sesuai untuk mengelakkan sebarang serangan pada dirinya, kebebasan dan maruah diplomat
tersebut.
Dalam kes ini didapati bahawa Faramir telah digari dan ditahan, perkara tersebut telah
bertentangan dengan artikel 29 kerana serangan telah dilakukan kepada Faramir sedangkan
dia mempunyai keistimewaan dan kekebalan sebagai seorang diplomat di mana negara
penerima dilarang untuk melakukan perkara yang sedemikian kepada seorang diplomat.
rumahnya, harta benda kepunyaan diplomat. Malahan kebebasan dan maruah Faramir juga
telah terjejas akibat daripada perkara tersebut.
Merujuk kepada Artikel 31(1) Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 [VCDR
1961] menyatakan bahawa diplomat boleh mendapat kekebalan daripada bidang kuasa
jenayah penerima. Dia juga boleh mendapat kekebalan daripada bidang kuasa sivil dan
pentadbiran kecuali dalam hal:
a) suatu tindakan yang sebenar yang berhubungan dengan harta persendirian yang tidak boleh
dialih yang terletak di dalam wilayah negara penerima, melainkan jika dia memegang bagi
pihak negara penghantar bagi melaksanakan tugas rasmi.
b) sesuatu tindakan yang berkaitan dengan penggantian di mana ejen diplomatic terlibat
sebagai wali, pentadbir, waris atau penerima legasi sebagai orang persendirian dan bukan
bagi pihak negara penghantar.
c) sesuatu tindakan yang berkaitan dengan apa-apa aktiviti professional atau komersial
dilaksanakan oleh diplomat di Negara penerima yang di luar bidang tugasnya.
Berdasarkan daripada Artikel 31(1) Faramir berhak mendapat kekebalan sebagai diplomat
kerana ketika itu Faramir tidak melakukan sesuatu yang berkaitan dengan senarai yang
terdapat dalam Artikel 31(1) (a),(b) dan (c). Jadi, apabila Komando tentera laut Gondor
menyatakan beliau akan dibicarakan atas dakwaan menceroboh adalah tidak seharusnya
berlaku. Hal ini kerana, Faramir memiliki keistimewaan dan kekebalan mengikut daripada
Artikel 31(1).

Merujuk Artikel 22(3) Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 [VCDR 1961]
menyatakan premis atau bangunan, perabot dan harta diplomat dan kakitangan akan
mendapat perlindungan dari sebarang ancaman dan merujuk Artikel 30(2) Vienna Convention
on Diplomatic Relations 1961 [VCDR 1961] menyatakan dokumen, surat-menyurat dan
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam artikel 31(3), harta diplomat juga adalah
bebas daripada dicabuli atau diganggu-gugat.
Dalam kes ini harta benda diplomat iaitu Faramir telah dicabuli seperti kapal, telefon bimbit
dan laptop peribadinya. Berdasarkan daripada artikel di atas Faramir mempunyai kekebalan
terhadap harta bendanya. Namun, harta benda Faramir telah dicabuli.Dalam pada masa yang
sama, diplomat tersebut telah menjalankan tanggungjawab dalam urusan rasmi dan harta
benda yang dibawa oleh Faramir juga mempunyai dokumen-dokumn rasmi negara Rohan.
Maka, negara Gondor perlu bertanggungjawab ke atas harta benda yang telah dirampas
kerana ketika itu diplomat telah berada di kawasan negara penerima untuk menjalankan
urusan rasmi kerajaan.
Tehrans Case [US vs Iran Hostages Case] 1980.
Kes ini menceritakan tentang seorang diplomat dari Amerika Syarikat yang telah datang ke
Iran untuk menjalankan tugas sebagai seorang diplomat. Diplomat Amerika Syarikat tersebut
telah menjadi tebusan semasa berlaku krisis di Iran dimana pihak militan dan kerajaan
menghadapi krisis. Namun dalam hal ini, Iran sepatutnya bertanggungjawab sebagai Negara
penerima untuk melindungi diplomat tersebut. Akibat daripada kegagalan tersebut Amerika
Syarikat telah menyalahkan negara Iran.
Boleh dikaitkan kes tadi dengan negara Rohan dan Gondor dimana Negara Gondor gagal
untuk melindungi diplomat negara Rohan iaitu Faramir sebagai seorang diplomat. Hal ini
kerana, askar Gondor telah menyerang Faramir dan Gimli ketika berada di The Shire iaitu
pulau milik negara Gondor. Perkara tersebut seharusnya tidak berlaku kerana negara Gondor
sepatutnya melindungi diplomat dari negara Rohan tersebut. Maka, dalam kes ini, Negara
Rohan boleh menyalahkan Negara Gondor kerana kegagalan tersebut.
Kesimpulannya, Faramir mempunyai kekebalan sebagai diplomat di Gondor kerana telah
mendapat pelantikan sebelum dia pergi ke The Shire. Faramir juga mendapat kekebalan
bukan sahaja untuk dirinya sendiri, malahan daipada pelbagai aspek seperti kakitangan yang
bekerja dengan diplomat, ahli keluarga diplomat dan juga harta benda miliknya. Tambahan

pula, Negara penerima juga iaitu Gondor mempunyai tanggungjawab untuk melindungi
diplomat yang berada di negara tersebut.

Isu: Samada Gimli mempunyai kekebalan sebagai kakitangan kepada diplomat semasa berada
di The Shire?
Merujuk Artikel 38(2) Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 [VCDR 1961]
menyatakan kakitangan lain dalam diplomat dan kakitangan swasta yang merupakan rakyat
atau bermastautin secara tetap di negara penerima boleh menikmati keistimewaan dan
kekebalan hanya setakat yang diakui negara penerima. Walau bagaimanapun, negara
penerima hendaklah menjalankan bidang kuasa ke atas individu berkenaan tanpa
mengganggu fungsi pelaksanaan diplomat.
Gimli mempunyai kekebalan walaupun tidak sepenuhnya kerana Gimli adalah sebagai
kakitangan kepada diplomat tersebut iaitu Faramir mempunyai keistimewaan dan kekebalan
untuk melaksanakna tanggungjawabnya. Semasa Faramir dan Gimli berada di The Shire
tersebut mereka telah diserang oleh sepuluh orang askar Gondor, dan pada ketika itu Gimli
hanya bertindak untuk mempertahankan majikannya daripada diserang. Ini bermakna askar
Gondor sepatutnya tidak mengganggu fungsi pelaksanaan diplomat semasa berada di The
Shire. Dalam kes ini juga Gimli telah digari dan ditahan, dalam masa yang sama Gimli hanya
bertanggungjawab sebagai kakitangan untuk melindungi majikannya.
Kesimpulannya, Gimli sebagai seorang pekerja kepada diplomat mempunyai kekebalan
mengikut jenis tugasan yang tela diberikan kepadanya. Selain itu juga, Gondor sebagai
negara penerima bukan sahaja perlu melindungi dan menghormati kepentingan diplomat,
malahan termasuk juga kepada ahli keluarga, kakitangan dan harta benda diplomat tersebut.

3. Penyelesaian Pertikaian Secara Aman ( Peaceful Settlement of Disputes)


ISU : Sama ada, tribunal timbang tara ad hoc boleh menyelesaikan pertikaian yang belaku
diantara Rohan dan Gondor bagi menentukan kedaulatan The Shire.
Menurut artikel 2(4) UN Charter telah menyatakan larangan bagi semua negara
anggota daripada menggunakan kekerasan dan ancaman untuk menghormati kedaulatan,
keutuhan wilayah dan kebebasan politik di dalam negara lain. Oleh sebab itu, pertikaian
secara aman amatlah digalakkan bagi menyelesaikan apa-apa masalah atau isu yang
berbangkit oleh negara-negara yang berbalah. Terdapat pelbagai cara dalam menyelesaikan
pertikaian antarabangsa antaranya ialah melalui perundingan dan pengantaraan. Namun,
pertikaian timbangtara ad hoc juga merupakan salah satu cara proses penyelesaian pertikaian
antarabangsa iaitu melalui penyelesaian diplomatik dan tidak melibatkan negara-negara yang
bersengketa. Bagi kes pertikaian yang akan dibawa ke persidangan Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) iaitu dibawah tribunal timbangtara ad hoc membawa maksud bahawa
kedua-dua negara telah bersetuju untuk menyelesaikan kes pertikaian ini dan akan menerima
apa-apa pun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Hal ini telah termaktub didalam
Artikel 94 UN Charter yang menyatakan bahawa semua ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu haruslah mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan jika masih
berlaku pertikaian diantara pihak negara tersebut, mereka juga boleh untuk membuat tuntutan
kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan penguatkuasaan.
Jika dilihat daripada tuntutan The Shire oleh dua buah negara iaitu Gondor dan
Rohan, mereka telah sama-sama bersepakat untuk membawa isu ini ke tribunal timbangtara
ad hoc dan hal ini bermakna mereka akan menerima apapun keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa berdasarkan bukti effective control kedua-dua negara
yang akan menjadi hujah bertulis bagi mereka untuk cuba membuktikan siapa lebih layak
bagi menguasai pulau tersebut. Proses timbangtara antarabangsa adalah proses penyelesaian
yang paling berkesan jika diplomatik sendiri dilihat gagal dalam menyelesaikan isu pertikaian
ini. Hal ini biasanya kerana ia tidak melibatkan secara langsung negara-negara yang
bersengketa, namun mereka hanya boleh memilih hakim ad hoc yang juga bukan berasal dari
negara yang membuat pertikaian.
Antara kes yang dibawa kepada proses timbangtara ialah kes Pulau Batu Putih yang
menjadi perebutan diantara dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura. Pasukan
perudangan Malaysia telah berhujah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa bahawa negara

Malaysia mempunyai hak kedaulatan keatas Pulau Batu Putih kerana Terumbu Karang
Tengah, Terumbu Karang Selatin dan disokong dengan kerja-kerja penyelidikan selama 30
tahun. Selain itu dari segi sejarah, berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan
Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824 jelas menggariskan sempadan dan menetapkan bahawa
Pulau Batu Putih milik Kerajaan Johor pada masa itu. Manakala dari segi kedaulatan, Sultan
Johor dan Setiausaha Johor memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina Rumah
Api Horsburgh pada 25 November 1844. Hujah ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan
Johor merupakan tuan kepada Pulau Batu Putih. Walaubagaimanapun, Mahkamah keadilan
antarabangsa juga menilai fakta atau hujah yang dikemukakan oleh pihak perundangan
Singapura iaitu faktor daripada kerajaan Malaysia sendiri yang bersikap mendiamkan diri dan
rakyatnya juga tidak pernah membantah Singapura menjalankan rondaan maritim disekitar
pulau itu, begitu juga dengan stesen rumah api yang ditadbir sepenuhnya oleh Singapura.
Singapura juga mendakwa bahawa Pulau Batu Putih itu berstatus Terra Nullius dan tidak
berpenghuni. Jadi Singapura berhak dalam menuntut pulau tersebut. Selain itu juga,
Singapura juga mempunyai bukti bertulis iaitu surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor
yang ditulis pada tahun 1953 dan surat ini menyatakan bahawa Johor tidak akan membuat
apa-apa tuntutan terhadap pulau itu. Mahkamah Keadilan Antarabangsa menerima hujah
kedua-dua negara berdasarkan fakta yang dikemukakan, namun dalam kes ini ia lebih
menyebelahi Singupura kerana berdasarkan keputusan mahkamah 16 ahli, dengan majoriti 12
ahli lebih kepada aktiviti berterusan Singapura selama 100 tahun terakhir dan selain itu,
Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat
oleh wakil Setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura. Menurut Mahkamah
Keadilan Antarabangsa, hujah Singapura yang menyatakan pulau tersebut ialah Terra Nullius
dan pembinaan rumah api tidak menunjukkan Singapura sebagai tuan asal Batu Putih. Namun
begitu, Singapura telah diberi kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih manakala Malaysia
diberi kedaulatan Batuan Tengah.
Jika dilihat dari segi kes pertikaian The Shire, The Shire juga merupakan Terra
Nullius, kerana dalam tempoh yang dinyatakan tidak ada negara lain yang menuntut hak
milik terhadap pulau yang masih tidak didiami tersebut. Namun akibat daripada beberapa isu
yang timbul sebelum ini seperti kes penangkapan Faramir yang merupakan Duta Besar di
Gondor dan Gimli yang merupakan pengawal peribadi Faramir didakwa atas tuduhan
membunuh dan ditambah pula dengan perebutan The Shire telah membuatkan hubungan
antara kedua-dua negara kelihatan tegang. Walaubagaimanapun, bagi kes Faramir dan Gimli,

mereka boleh menuntut kekebalan sebagai wakil negara dan menuntut hak mereka seperti
yang tercatat didalam Artikel 29 dan juga Artikel 31(1). Manakala bagi kes The Shire pula
kedua-dua negara telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian tersebut secara aman iaitu
dengan membawa pertikaian tersebut ke tribunal timbang tara ad hoc. Hal ini bermakna,
kedua-dua negara bersetuju dan akan menerima apa-apa keputusan akhir yang akan dibuat
oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Oleh sebab itu, kedua-dua negara harus
mengemukakan fakta atau bukti kerana mahkamah akan mengambil kira bukti yang kuat dari
negara yang membuat tuntutan tersebut. Sebagai contoh, hujah bagi Rohan untuk
membuktikan The Shire miliknya ialah dari segi sejarah, iaitu penjelajah terkenal mereka
Kapten Aragorn telah menemui pulau tersebut ketika pelayaran pertamanya pada tahun 1770
serta telah meninggalkan sebuah statut yang menyerupai Ratu Rohan dan melekatkan wang
syiling Rohan pada statut tersebut. Hal ini sama seperti hujah Malaysia didalam perebutan
Pulau Batu Putih iaitu mereka cuba menggunakan fakta sejarah sebagai bukti pemilikan pulau
tersebut. Selain itu, Rohan juga telah memasukkan The Shire dalam semua peta rasminya dan
hal ini bermakna Rohan telahpun membuat pengistiharan bahawa The Shire merupakan
dibawah kedaulatannya. Begitu juga dengan aktiviti nelayan Rohan yang sering kali
menggunakan The Shire sebagai tempat persinggahan. Manakala bagi hujah kerajaan Gondor
pula ialah berdasarkan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh warga Gondor. Selain itu,
tentera laut mereka telah mendarat di pulau tersebut pada tahun 1905 dan pembinaan serta
penyelenggaraan Rumah Api Diraja Gondor (Minas Tirith) pada tahun yang sama.
Oleh kerana berlaku dua tuntutan yang bertindih, tribunal biasanya akan memilih dan
melihat bukti yang lebih kuat dari negara-negara yang membuat tuntutan. Melihat dari kes
The Shire, mahkamah akan menggunakan pendekatan effective occupation sebagai asas
dalam menentukan kedaulatan The Shire.

You might also like