You are on page 1of 34

INTERAKSI

TAMADUN ISLAM
DENGAN TAMADUN
CHINA DAN INDIA
1

PENDAHULUAN
Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini
dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi
antara satu sama lain.
Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan
peperangan atau keamanan.
Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar
serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa
dan kebudayaan antara satu sama lain.
2

PERKENALAN
ASAS KEPADA INTERAKSI
Perkenalan :sesuatu tamadun perlu
mengenali antara satu sama lain merupakan
asas kepada persefahaman dan akhirnya
membawa kepada kerjasama.
Usaha untuk mengenali antara satu sama
lain perlu dipertingkatkan khususnya
mengenali kepercayaan, bahasa dan
kebudayaan tamadun.
Tamadun Islam, Tamadun India dan
Tamadun Cina merupakan antara tamadun
yang saling berinteraksi antara satu sama
lain

TAMADUN CINA
Negeri China mempunyai penduduk paling
ramai di dunia.
Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn
jumlah lebih kurang 77 juta orang.
Masyarakat Islam yang berketurunan China
yang dikenali sebagai Hui, selain daripada
masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah
Xing JiangUighur.
Masyarakat Islam merupakan penduduk
majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang
Uighur, Ning Xia dan dua buah wilayah lain
yang juga mempunyai penduduk Islam
melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.
4

Kedatangan Islam Ke China


Menerusi jalan laut dan jalan darat.
Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di
Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga
Guang Dong (Canton).
Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah
wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia
Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah
Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton) sehingga
kini terdapat ramai penganut Islam daripada
keturunan mereka.
Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol
kerana beberapa sebab, antaranya:
Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim
dan bukan muslim.
Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran
agama dan peraturan makanan.
5

BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE


NEGERI CHINA
Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652 .
Orang pertama yang tiba di negeri China ialah
utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a.
Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w iaitu
Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah berdakwah di
wilayah ini.
Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow
sementara Yusuf r.a berdakwah di Guang Dong .
Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dong
dan Fukien menggunakan nama Saa ( mengambil
sempena nama Saad).
Ramai penganut Islam yang menggunakan nama
keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan
agama Islam pada zaman dinasti Ming.
6

Islam di China
Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai orangorang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah berdagang
serta tinggal di wilayah Selatan China.
Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah
berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini
dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam.
Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan
dakwah Islam kepada masyarakat setempat
menerusi perkahwinan, selain daripada daya tarikan
keindahan Islam itu sendiri.
7

Islam di China
Islam tersebar di China melalui :

Perdagangan
Perkahwinan
Politik
Sikap dan sifat penganut Islam

Gabungan budaya Cina dan budaya Islam


melahirkan suatu masyarakat Cina Islam yang
unik, iaitu sedar tentang hukum-hukum Allah
dan perasaan manusia.
8

Islam di China - Pendidikan


Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya
Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal
yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan
terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi.
Prof. Muhammad Pai Shao Yi :
Islam di negeri China memperolehi kekuatan di
peringkat akar umbi.
Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi
pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya
pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.
Sekolah-sekolah juga dibangunkan.

Islam di China - Penulisan


Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan
masyarakat Islam di negeri China.
Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan
Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan
dalam tahun 1915.
Review yang paling lama bertahan ialah The
Crescent-Bulan Sabit dan The Light Of The
Crescent-Cahaya Bulan Sabit (Yueh Hwa) di Bei
Jing dan juga Islamic Review di Shang Hai.
Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang Ching
Chai dan Muhammad Yang Chong Ming.
Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke
dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China.
10

Islam di China - Literatur


Masyarakat Islam Cina juga secara aktif melibatkan
diri dalam penulisan literatur.
Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali
sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti Tang.
Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan
penyair-penyair besar.
Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis
kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina .
Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung
tulisan masih digunakan sebagai model oleh orangorang Cina, Korea dan juga Jepun.

11

Islam di China Falsafah


Dinasti Manchu; terdapat beberapa orang ahli
falsafah Islam Cina yang terkenal.
Ma Ming Loong.
Sheikh Wang Tai Yu.
Pu Sung Ling menulis cerita Liao Chai yang
bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau
rumah perbualan.
Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan cerita
Arab; Seribu Satu Malam.
Pu Sung Ling dianggap sebagai salah seorang
penulis besar China.
Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang
dinasti Yuan merupakan orang yang membuat
lukisan Yin dan Yang.
12

Islam di China
Negarawan & Ketenteraan
Ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah
beragama Islam. Antaranya :
Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan.
Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah
Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan.
Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula
merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam
peperangan antara tentera China dan Jepun pada
tahun 1894.
Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal
tentera empat bintang yang meninggal dunia di
Taipei pada 2 Disember 1966.
Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang
menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu
pada tahun 1948.
13

Islam di China
Nama-nama Keluarga Masyarakat Cina Muslim
Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang Islam
kebanyakannya menggunakan nama keluarga orangorang Han yang bukan Islam seperti Chau, Chien, Sun,
Lee dan sebahagiannya menggunakan nama asal
mereka.
Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan nama
keluarga Ma. Tetapi nama Ma ini tidak semestinya
nama Islam . Nama keluarga ini terdapat di Barat China.
Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan
nama yang dieja dengan huruf mim pada pangkalnya
seperti Masud, Mahmud, Malik, Majid bahkan juga
Muhammad.
14

Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak yang


menggunakan nama Ma, namun ada juga di antara
mereka yang menggunakan nama-nama asal mereka
yang diringkaskan.
Umpamanya , Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah
(untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk Saad),
Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor), Bah (untuk
Baharuddin) dll.
Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang
mempunyai nama keluarga Chu menukarkannya
kepada Heh (hitam) kerana Chu bermaksud babi yang
tidak disukai oleh orang Islam.
Hanya orang Islam dari An Hui yang masih mengekalkan
nama keluarga Chu ; berasal dari keturunan Chu Yuan
Chang, Maharaja Pertama Dinasti Ming yang beragama
Islam.

15

INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN


CINA DI MALAYSIA
Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada
masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat
Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang
menekankan sifat menghormati tetamu.
Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka
khususnya merupakan satu manefestasi interaksi
yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu.
Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal
mereka walaupun mereka telah mengamalkan
budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.
16

INTERAKSI TAMADUN ISLAM


DENGAN TAMADUN INDIA
Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima ribu tahun
ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ;
Zaman Pra Sejarah,
Zaman Veda,
Zaman Dinasti Maurya,
Zaman Emayar Gupta,
Zaman Kerajaan Islam,
Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda ,
Zaman Pemerintahan British,
zaman Merdeka.
Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan
besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara
itu sekarang.
17

Asal Usul Nama India


Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah
berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu
Bharata Varsha atau Bhrarata Khanda
sempena nama seorang pemerintah India ketika
itu iaitu Bharata.
Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu.
Orang-orang Greek menamakan kawasan ini
sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu
inilah maka India dikenali sebagai sebuah negara.
18

PEMERINTAHAN ISLAM
India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan
Islam untuk jangka masa yang agak panjang.
Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India
kekal sehingga ke hari ini.
Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India, yang
kini penduduknya melebih 1 bilion orang terdapat
hampir 150 juta penganut Islam.
Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua
teramai selepas penganut agama Hindu.
Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam juga
dalam seni bina dan pembentukan bahasa.
19

PEMERINTAHAN ISLAM
Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada 700 tahun
bermula pada tahun 711 apabila seorang pahlawan Islam
bernama Muhammad bin Qasim menawan satu daerah
bernama Daybul.
Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak mahu
menganut agama Islam dan mahu hidup berbaik-baik telah
dilayan sebagai zimmi .
Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam pertama
di India bernama Mansurah pada tahun 730 dan tidak lama
selepas itu, bandar ini telah menjadi pusat Islam dan ibu kota
negara Islam pada tahun 850.
Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di Utara dan
Gujerat di Timur dan Selatan.

20

Antara Pemerintah Islam di India

Mahmud Ghazni (999)


Muhammad Ghur (1174 M-1206).
Qutb-ud-Din (- 1228).
Alau ud Din (1296M-1316M).
Jalaludin Akbar (1556-1605)
Jahangir (1605-1627)
Shah Jahan (1627-1658)
Aurengzeb (1659-1707 )

21

KESULTANAN DELHI
Kerajaan Ghori ( 1186-1206)
Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein bin
Hussein.
Alauddin telah digantikan oleh anaknya Ghiatuddin dan
Shahabuddin yang kemudiannya dikenali sebagai
Muhammad al-Ghori.
Muhammad al-Ghori telah tewas kepada tentera Rajpu
pimpinan Prithvi Raj tetapi kemudiannya mencapai
kemenangan ke atas Orithvi Raj di sebuah tempat
bernama Tarain.
Dari kota Ghori, beliau berpindah ke Lahore dan
kemudiannya ke Delhi.

22

KERAJAAN MUGHAL
Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang diasaskan
oleh orang-orang berketurunan Monggol.
Sejarah orang Monggol menyerang dan melenyapkan
pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad pada tahun
1258 amat menyayat hati.
Namun demikian, tentera Monggol yang begitu kejam
akhirnya menganut Islam dan membawa obor Islam
pula ke India.
Daripada nama Monggol inilah nama Mughal diperolehi.
Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula
oleh pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris di
India berakhir pada tahun 1947
23

DASAR PENTADBIRAN DAN KEGIATAN


INTELEKTUAL ZAMAN MUGHAL
Pemerintah menjadi penaung kepada kegiatan
keilmuan.
Pada zaman Babur telah diwujudkan Jabatan Kerja
Raya (Shurat-I-Am) yang berperanan mendirikan
kolej-kolej dan sekolah-sekolah.
Humayun pula mendirikan madrasah di Delhi dan
menukarkan rumah hiburan kepunyaan Sher Khan
menjadi sebuah perpustakaan.
Akhbar pula telah mendirikan kolej-kolej di Fatehpur
Sikri, Agra dan lain-lain.
Jahangir pula telah membuat dasar bahawa harta
pusaka hartawan yang tidak mempunyai waris
digunakan untuk membina dan memperbaiki
madrasah, tempat-tempat ibadah dan lain-lain lagi.
24

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA - BAHASA
Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu
Urdu.
Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan
perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki.
Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk
mewakili bunyi bukan Arab.
Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani
dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan
ialah Urdu Kerajaan Moghul.
Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh
perbendaharaan kata Urdu ialah: wajib dan munsyi
25

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA - BAHASA

Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar


sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India.
Antaranya ialah:
1. Majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul
Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini terbit
sejak tahun 20an sehingga hari ini.
2. Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh
Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya.
3. Majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh
Nadwatul Ulama Lucknow merupakan majalah
yang memuatkan rencana ilmiah dan
perkembangan yang terjadi di dalam dunia Islam
26

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA - PENDIDIKAN
Hasil daripada dasar pendidikan baru yang
diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah
teragung zaman Moghul ramai orang Hindu
berpeluang mempelajari bahasa Parsi dan
cemerlang di madrasah-madrasah serta
menjadi guru.
Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang
melakukan penulisan buku sains perubatan
dalam bahasa Parsi.
27

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA - PENDIDIKAN

Dalam bidang sejarah, karya-karya


penting pada zaman pemerintahan
Islam di India adalah seperti berikut:
1. Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali
Ansari
2. Ibrat-Nama karya Khairuddin
3. Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain
4. Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi
28

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA - PENTERJEMAHAN
Dalam bidang penterjemahan, pemerintahpemerintah Muslim menterjemah karya-karya
Hindu biasanya untuk motif kesarjanaan,
antaranya :
terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan
Bhagavata Purana ke dalam bahasa
Bengali,
Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah
Kashmir) ke dalam bahasa Parsi.
29

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA SENI LUKIS
Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis
Hindu di istana beliau adalah begitu ramai sehingga
gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya
lukisan Parsi.
Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini
bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam
dengan gaya lukisan Hindu.
Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu
bertambah banyak dalam lukisan Moghul.
30

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA SENI LUKIS

Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan


aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah:
Lukisan dinding berkembang maju di ibu
kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85).
Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah
Basavan, Lal dan Dasvanth.
Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama
iaitu terjemahan Mahabharata dalam
bahasa Parsi.
31

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA PERSAJAKAN
Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang IndoMuslim yang terulung dalam bidang persajakan dan
sastera.
Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali
dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal
dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah
difahami.
Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang
cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular
sehingga sekarang.
32

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN


TAMADUN INDIA SENI BINA
Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India dan
Parsi.
Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul
dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat,
Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra.
Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang
unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan Taj
Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam .
Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motifmotif bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu.
33

PENUTUP
Interaksi antara tamadun adalah suatu
pertembungan yang saling memperkayakan antara
satu tamadun dengan tamadun yang lain.
Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan
banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira
latar belakang anutan agama, bangsa mahupun
budaya.
Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan
untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi
pemimpin negara suatu hari nanti.
Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan
budaya tidak seharusnya menjadi penghalang
permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan
negara.
34

You might also like