You are on page 1of 5

DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN MEROSOT

PENGENALAN
Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar
dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuktajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini.
Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan
masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius
sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah
diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya
retorika semata-mata.
Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi
pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus
melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.
Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta
perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang
negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral
serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada
keluarga, masyarakat dan negara.
Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan
kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali
Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan
pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan
bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah
Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan
kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes
ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding
dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajarpelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh
selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
menangani masalah ini.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula
oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan
antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindaktanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat.
Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar
datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng
sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah
disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu

bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat


kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin
mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih
sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan
teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak
menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah
jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan
luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH
Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700,
Kongsi gelap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan
untuk maksud atau kegiatan jenayah.
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal
Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah
pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata;" Masalah kongsi
gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan
bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya
sehingga ke akar umbi." (Utusan Malaysia 20 Feb 97)
Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai
yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan
Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka
yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia
pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea,
melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah
di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan
tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah
di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor.
Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang
merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya
struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan
membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha
mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.
Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging"
dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka.
Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka
berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat
mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.
Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan
sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli
baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan
kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau

paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan


keahlian kumpulan.
Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi
gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk
mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja
secara lebih luas.
Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca
pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut
pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu:
a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka.
b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging, dikagumi dan kekuasaan.
c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti.
d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai.
e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.
KESAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993
didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan
kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah
remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2
peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).
Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang
pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama
dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.
Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan
bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978
di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi
mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad,
1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya
wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di
sekolah ialah:
a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan.
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
terbabit.
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita
menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat
pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen
sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan

berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada


masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif
kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama
bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu
ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
CADANGAN
1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi
menangani masalah ini.
2.
Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang
dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di
sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai
kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah
ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya.
3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Guru pakar dalam bidang ini perlu
dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat
serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf
dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi
harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara
mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan
membangunkan negara pada masa akan datang.
4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut
diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk
penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi
kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan
pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada
pentingnya sikap yang jujur.
5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin
ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu
meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan
cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.
PENUTUP
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan
pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada
guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi
oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam
suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di
samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.
Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai
menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran
guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah
dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilainilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan

untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh
bezanya.
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang
lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka
adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah
tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang
sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.
Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba
ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati
dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang
berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah
keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para
pelanggannya iaitu para pelajar.

sumber maklumat : Internet

You might also like