You are on page 1of 1

Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri Sembilan

Yamtuan Besar

Undang
Lembaga

Buapak
 Pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan ialah Yamtuan Besar dan sekarang
dikenali sebagai Yang Dipertuan Besar
 Undang adalah ketua bagi segala luak atau luhak. Terdapat 4 luak yang
diperintah oleh Undang iaitu Sungai Ujong/Jelebu/Johol/Rembau
 Daerah lain diperintah oleh Penghulu
 Antara tugas utama Undang ialah memilih Yamtuan Besar
 Lembaga merupakan ketua suku atau waris. Antara peranan Lembaga
ialah memilih Undang, menjaga keselamatan dan keamanan,
menyelesaikan pertelingkahan antara suku, mengendalikan pembahagian
harta pusaka dan menjadi perantaraan antara anggota sukunya dengan
Undang
 Buapak pula merupakan ketua Perut dan setiap anggota Perut merupakan
Anak Buah. Buapak menjadi tempat rujukan soal yang berkaitan dengan
adat dan hukum
 Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :
i.
Anak Buah memilih Buapak
ii.
Buapak memilih Lembaga.
iii.
Lembaga memilih Undang.
iv.
Undang memilih Yamtuan Besar.

You might also like