You are on page 1of 2

KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Pengenalan
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama bahasa kebudayaan dan adat resam
yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling
berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan keperpaduan. Masyarakat
majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada
hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan., seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak sebegini
coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa semenanjung Tanah Melayu ketika itu
didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum
lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat
majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep
masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall
(1967:54) masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum
bergandingan bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan meraka adalah
berasingan. Selain itu, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan
hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian
tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Rujukan
1. Abdul Rahman Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, and Muhamed Nor
Azman Nordin. Ke Arah Pemupukan Kesepaduan Dalam Kepelbagaian
Masyarakat - 1Malaysia. Print.

2. "Konsep Dan Budaya Masyarakat I". MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA.


N.p., 2009. Web. 10 June 2016.

3. "Sejarah Malaysia". Ms.wikipedia.org. N.p., 2016. Web. 10 June 2016.

You might also like