You are on page 1of 6

Dikir Laba berasal daripada berzanji atau berkhasidah.

Perkataan yang digunakan dalam Dikir Laba ini adalah perkataan-perkataan dari Libya, Parsi dan Arab serta juga dari Tanah Melayu sendiri. Perkataan 'Laba' adalah diambil daripada perkataan 'labah-labah' yang ditujukan kepada sarang labah-labah yang merupakan bentuk yang kait-mengait cara buatannya. Mengikut pandangan Encik Wan Abdullah bin Wan Barun, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Muda, dari Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Kelantan, perkataan 'Dikir Laba' diambil sempena daripada senikata lagu berdikir laba yang dicipta atau dikarang mengikut sesuka hati, di mana sudah jauh daripada landasan berzanji yang asal. Dikir Laba ini diperkenalkan oleh dua orang alim ulama - Ahmad Mahir dan Sidi Abdul Latif dari Patani. Di Kelantan, berdikir laba merupakan salah satu daripada kebudayaan tempatan yang telah wujud sejak dulu lagi, tetapi sekarang ini sudah mula berkurangan kerana terdapatnya kebudayaan-kebudayaan moden yang lain. Ternpat yang mula-mula sekali diadakan pertandingan berdikir laba ini ialah di Kampnng Kutan, Wakaf Bharu, iaitu kira-kira dalam tahun 1930-an yang lalu, Seorang guru dikir yang termasyhur bernarna Haji Ahmad bin Embong. Beliau berserta dengan anak-anak muridnya telah memperdengarkan permainan berdikir laba ini sejak tahun 1920-an lagi, iaitu selepas berlakunya bah besar (yang dikenali dengan Bah Merah) dalam tahun 1926, Dalam masa yang tak berapa lama sahaja berdikir laba ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnya mereka menganggotai kumpulan berdikir laba ini dan telah menubuhkan pasukannya sendiri. Kemuncak perkembangan bagi Dikir Laba ialah dalam tahun 1946 hingga ke awal tahun 1956, Seclepas itu Dikir Laba mengalami kemerosotannya hinggalah tahun 1960-an. Pada masa 1946-1956 pertunjukkan serta pertandingan sering diperdengarkan di segenap ceruk di negeri Kelantan, khasnya di jajahan Pasir Mas. Sambutan terhadap Dikir Laba agak berkurangan kalau dibandingkan dengan sambutan terhadap Dikir Barat. Penonton-penontoll yang datang untuk menyaksikan pertunjukkan Dikir Laba cuma dalam lingkungan 50-100 orang sahaja.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan dan kemalapan berdikir laba ini ialah: pertamanya, disebabkan kedatangan dan persaingan dengan berdikir barat. Berdikir barat telah dapat mengatasi berdikir laba kerana senikata yang didapati di dalam Dikir Barat adalah dapat difahami, sedangkan senikata yang didapati di dalam berdikir laba begitu sukar sekali untuk difahami, malahan tidak dapat diertikan langsung. Antara kumpulan-kumpulan berdikir laba yang terkenal di Kelantan ialah Kumpulan Kampung Wakaf Bharu, Kumpulan Kampung Kutan. Kumpulan Bunut Susu, Kumpulan Kampung Mentuang, Kumpulan Kampung Repek dan Ketereh. Melor Kota Bharu Kelantan. Di antara kumpulan-kumpulan tersebut, Kumpulan Wakaf Bharu Kelantan sering menjadi johan di dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan. Di samping itu kumpulan Kampung Kutan merupakan kumpulan yang tidak kurang handalnya. Dalam tahun 1930-an dan 1940-an kumpulan Dikir Liba disanjung tinggi oleh masyarakat terutamanya di peringkat kampung. Kumpulan Dikir Laba dijemput untuk memperdengarkan suara mereka di majlis2 perkahwinan, kenduri Maulud dan sebagainya. Sanjungan terhadap mereka adalah sama seperti sanjungan terhadap orang-orang alim atau lebai kerana mereka dapat menghafal doa-doa selamat, selawat dan rawi dengan fasih sekali. Kumpulan Dikir Laba juga sering dijemput ke Istana Balai Raja Muda untuk memperdengarkan persembahan mereka . Bulan Maulud adalah bulan yang paling sibuk bagi kumpulan-kumpulan berdikir laba. Pada masa seperti inilah mereka selalu sahaja mengadakan pertandingan serta sering dijemput bagi mengadakan pertunjukkan. Musim semasa selepas menuai adalah paling sesuai sekali bagi mengadakan pertandingan berdikir laba. Pada masa seperti inilah masyarakat desa memerlukan hiburan bagi merehatkan mereka setelah bekerja serta berpenat lelah selama beberapa bulan. Pertandingan atau pertunjukkan Dikir Laba ini diadakan pada waktu tengah malam, iaitu antara pukul 11.00 dengan 12.00 malam hinggalah ke waktu pagi. Sebelum pertandingan diadakan latihan -latihan yang giat dan pesat dijalankan, samalah seperti Dikir Barat. Ini memakan masa satu atau dua bulan. Latihan ini juga diadakan pada waktu malam. Semasa pertandingan masa yang diambil bergantung kepada panjang atau pendeknya sesebuah lagu yang didikirkan. Kebiasaannya berdikir laba ini mempunyai 18 tingkat (lapis) iaitu mengikut sebagamana berzanji. Tiap-tiap satu lapis

akan memakan masa selarna 25 atau 20 minit. Cara pertandingan dikir ini dijalankan adalah secara bergilir-gilir di antara tiap-tiap kumpulan yang bertanding. Cara pemilihan pemenang atau johan bagi tiap-tiap kumpulan yang bertanding adalah berdasarkan beberapa perkara iaitu di atas kelembutan dan kelicinan suara. Lagu yang dinyanyikan adalah tidak putus-putus sama ada semasa aluan suara ditinggikan atau pun semasa direndahkan. Daya cipta atau pembaruan dalam penyampaian sesebuah lagu juga dipentingkan. Dalam tahun 1930-an dan 1940-an pembayaran kepada tiap-ltap kumpulan yang memasuki satu-satu pertandingan adalah di antara 50 sen dengan $1.00. Maka bayaran itu tidak menjadi kemegahan; mereka hanya inginkan kemasyhuran nama bagi kumpulan mereka sahaja. Tetapi pada tahun 60-an dan 70-an pembayaran yang diberikan kepada satu-satu pasukan dikir ini adalah di antara $40.00 dengan $60.00. Pembayaran ini adalah bergantung kepada kebolehan dan kemasyhuran tiap-tiap pasukan itu. Mengikut pendapat Encik Shapien Taib, seorang penduduk Ketereh, Kelantan, yang telah ditemuramah, walaupun pendapatan itu agak lumayan, namun tidak dapat menyara kehidupan keluarga mereka dengan sempurna. Senikata bagi lagu Dikir Laba dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang besar iaitu pengenalan (dalam dialek Kelantan), sualtum atau fatihah clan seterusnya lagu-lagu lain. Sualtum : contohnya: Saaltu Ilaihi Ilatabatilpaiha Wandhulluminbabi Alal mustafalhadi Pakultuyarasulillah Takuali Sapiaya Keblalmantiyana hadhrata Walqubatilhadra Lallami musallima Waaprahubilbusra Jiktukappa lida Wanjalawaraqadra

Sualtum adalah perkara yang wajib dipersembahkan. Mengikut pendapat Encik Radhid Haji Mahmud (Gual Nibong, Pasir Mas) sualtum adalah fatihah dalam berdikir laba. Ianya dilagukan dengan suara yang masih perlahan dan tidak nyaring. Ia diikuti oleh lagu lain; contohnya:

Ya Sunul Warin, bilatipui Ya Sunul Warin Makabil taslin majdin kalalmu biaksil Marsin Biaksil huna biaksil madsin Anabaidal bayya ha, sirikal muni Miktil mursin Makbil taslin majdui Kalahubiaksil Marsin. Dalam pada itu sedikit sekali senikata lagu berdikir laba yang dapat difahami maksudnya. Sebagai kesimpulannya dalam pembentukan kebudayaan nasional, Satu rumusan untuk memilih dan menentukan unsur-unsur kebudayaan yang dapat disemai dan dipupuk sebagai dasar kebudayaan haruslah dicari. Dari sejarah perkembangan kebudayaan, sudah sewajarlah kebudayaan kita berteraskan tradisi Melayu yang lebih sesuai kerana ia bukan hanya merupakan kebudayaan asal rantau ini tetapi juga mendukung nilai-nilai estetik yang boleh menjadi alat yang berkesan bagi pembentukan cara berfikir yang moden dan dinamik di samping menimbulkan unsurunsur berbilang bangsa di negara ini. Sememangnya berdikir laba patut dikembangkan juga dan diketengahkan sepertimana Dikir Barat, Mak Yong, Wayang Kulit, Dondang Sayang, Boria dan Ghazal yang sering diperdengarkan melalui siaran-siaran radio daerah, rancangan-rancangan T.V. dan sebagainya.

;D ;D ;D jadi.......... kalau artikel di atas di ambil kira dan diterima, maka jelaslah bahawa asal-usul Dikir Barat dan Dikir Laba berbeza. Dikir Barat satu kesenian lain, Dikir Laba satu kesenian lain yang berasal dari berzanji atau berkhasidah. Cuma ada juga beberapa elemen persamaan antara mereka contohnya dimainkan secara ramairamai, ada penyanyinya, ada sambutnya dan sebagainya. Hehehe.
Dikir Laba assalamualaikum wbt semua, kalian penah dengar tentang Dikir Laba? Dikir Laba berasal dari negeri Kelantan Selama ini. kalian mungkin penah dengar tentang Dikir Barat tetapi mungkin ada yang tak penah tau tentang

Dikir Laba (kajian tesis dan video hamba dulu dan ingin berkongsi dengan kalian) Dikir Laba- asal dari nama labah-labah ( labo dlm bahasa kelate- labah-labah dan bentuk bulatan kumpulan pendikir merujuk kepada pembentukkan sarang labah-labah yang saling berkaitan) Ia merupakan satu nyanyian berkumpulan dalam bentuk bulatan. Jumlah peserta dalam 9-10 orang dan keistimewaannya TIDAK menggunakan alat muzik tetapi vokal suara semata-mata. (lihat gambar)

Lagu yang dinyanyikan adalah dalam bahasa Arab lama. Uniknya, mereka sendiri tidak memahami apa yang mereka lagukan. kekuatan dikir ini terletak pada suara ketuanya yang dikenali dgn nama Tok Jogho Kalau anda lihat di dalam gambar, tok jogho akan berada ditengah dan dikelilingi oleh pendikir yang lain Pendikir yang di bahagian tepi sekali biasanya akan berdiri ( juga memiliki kipas ) Dikatakan kipas itu seperti pemberi semangat dan angin kepada orang yang duduk di tengah terutama tok jogho apabila mendikirkan lagu pada bahagian vokal yang tinggi dan merdu. ( ini yang menentukan pemenang kalau ada pertaningan antara 2 kumpulan pendikir laba) Budaya ini terkenal di daerah Kota Bharu, Tumpat, pasir Mas dan seketikar Machang Malahan telah ada pertandingan di antara kampung. Pakaian pertandingan biasanya seragam seperti tshirt dengan tertera nama kampung masing-masing `Semutar' atau kain lilit di kepala merupakan satu trend masyarakat Kelantan yang selalu mereka pakai sewaktu berdikir kalau dulu, golongan tua sahaja yang berminat tapi kini telah ada golongan muda mendekatinya seni dikir ini. Dikatakan pada zaman dahulu, golongan lebai dan alim begitu meminati dikir ini. Lazim bagi masyarakat Kelantan setelah penat bertani dan berkebun di siang hari, maka dikir ini merupakan hiburan di waktu malam. Pentas dikir ini kalau dahulu dimainkan di atas wakaf atau serambi umah tetapi kini telah dibangunkan pondok khas bagi pengiat berlatih atau pertandingan

( sila berkunjung ke Gelanggang seni kelantan atau Jabatan Kraftangan Kelantan) Sekadar berkongsi budaya masyarakat yang penah saya kaji dan saya kira amat menarik budaya seninya utk diketengahkan kepada masyarakat luar Kelantan. Jika ada yang hendak menambah dan berkongsi maklumat dipersilakan terima kasih

You might also like