You are on page 1of 8

MODEL ASSURE

Salah satu model yang boleh digunakan untuk merangka instruksi yang efektif
untuk diaplikasikan di dalam kelas adalah Model Assure. Model ini merupakan akronim
kepada:
A : Analyse learner (Analisis pelajar)
S : State objektif (Nyatakan objektif)
S : Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan)
R : Require learner participation (Libatkan pelajar)
E : Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula)
Daripada model ini, guru akan membuat persediaan dari awal sehinggalah proses
pengajaran dan pembelajaran selesai. Ini bertujuan membolehkan guru menyampaikan isi
pengajaran dengan baik semasa berada dalam kelas. Model ini sangat bermakna kepada
guru yang merancang untuk menggunakan media dan teknologi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

A : Analyse Learner (Analisis Pelajar)


Komponen menganalisis murid merupakan salah satu komponen yang perlu
dititik berat sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum
memulakan pengajaran, kami perlu mengetahui ciri-ciri yang ada pada murid seperti
perbezaan dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap, emosi
dan sebagainya. Daripada penganalisaan inilah, maka kami dapat menentukan kaedah,
media dan bahan yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar. Analisis murid boleh

dikelaskan kepada tiga kategori iaitu karekteristik secara umum iaitu guru perlu
mengetahui jumlah murid keseluruhannya terlebih dahulu sebelum mengajar. Contohnya
analisis murid yang telah kami lakukan kepada murid-murid Tingkatan 1 Mawar Sekolah
Menengah Kebangsaaan Kanowit yang mempunyai jumlah seramai 25 orang yang terdiri
10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Justeru, sebagai guru, kami perlu
mendidik, mengajar dan memberi kefahaman kepada murid-murid. Segala perbuatan dan
perkataan hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak menyentuh perasaan yang

boleh

menimbulkan masalah.
Kategori kedua pula ialah pengetahuan sedia ada murid. Murid-murid Tingakatan
1 Mawar ini telah mengenal lambang-lambang dan identiti negara sama ada melalui
pembacaan, penulisan dan melalui pengalaman mereka melihat sendiri lambang-lambang
tersebut. Manakala kategori ketiga pula adalah melalui pengajaran yang dijalankan iaitu
mereka diterapkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini dapat
dilihat dalam proses soal jawab antara guru dengan murid-murid terutamanya. Manakala
kategori yang terakhir ialah, kaedah pengajaran yang digunakan. Memandangkan sikap
murid yang lebih berminat kepada gaya pembelajaran yang melibatkan media, maka kami
menggunakan media seperti bahan grafik, animasi, visual dan audio. Selain itu mereka
juga lebih suka gaya pembelajaran yang melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara
guru dan murid dan suka belajar berdasarkan apa yang menarik untuk dilihat. Justeru itu,
untuk memastikan proses pengajaran menjadi lebih berkesan, kami telah memilih untuk
menyediakan bahan-bahan, kaedah dan pendekatan yang sesuai selain menyediakan alat
bantu mengajar yang menarik.

3.2

State Objektif (Menyatakan Objektif)

Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, objektif amat penting dan harus
dinyatakan dengan jelas. Objektif ialah sesuatu pernyataan yang spesifik tentang
kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari oleh murid selepas mengikuti pelajaran
tersebut. Ia juga melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang meliputi
pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap dan sebagainya. Objektif adalah
penting dalam menentukan jenis media pengajaran yang akan digunakan dan juga corak
penilaian yang akan dijalankan. Objektif yang kami pilih mempunyai kekuatan tersendiri
dan dapat menerangkan apa yang boleh dicapai oleh murid pada akhir pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat dua objektif dalam pengajaran ini iaitu:
1. Pelajar dapat menjelaskan maksud warna dan lambang yang terdapat pada
bendera negera.
2. Pelajar dapat menerangkan keistimewaan lambang-lambang pada jata negara.
Melalui perisian power point, murid-murid dapat mengenal lambang-lambang dan
identiti negara seperti Jata Negara, Bendera, Lagu dan lain-lain (Lambang negara
melambangkan kedaulatan negara).

3.3

S : Select Method, Media and Material (Pilih kaedah, media dan bahan)
Setelah menganalisis murid-murid dan menentukan objektif yang ingin dicapai,

langkah seterusnya adalah pemilihan kaedah, media dan bahan. Pada peringkat ini, kami
menggunakan pelbagai bahan dan penggunaannya dibuat berdasarkan kepada objektif
pembelajaran agar murid dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih jelas tentang

lambing-lambang dan identity negara Malaysia. Pemilihan ini mempunyai tiga peringkat
iaitu:
Menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Memilih media yang sesuai dan boleh diselaraskan atau diselarikan dengan kaedah
yang dipilih.
Pilih, ubahsuai atau reka bentuk bahan yang spesifik untuk dimasukkan atau digunakan
dalam media.
Hasil daripada penganalisaan murid-murid, maka kami memilih menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar serta menggunakan
kaedah pembelajaran secara Konstruktivisme iaitu kami sebagai guru mencungkil idea
murid-murid dalam sesi soal jawab dan ini membolehkan murid terlibat secara aktif sama
ada dari segi fizikal dan kognitif. Manakala media yang dipilih adalah media komputer
yang mana menggunakan aplikasi power point sebagai media pengajaran disamping
penggunaan skrin putih untuk paparan perisian power point. Dari segi pemilihan bahan
pula, kami memilih perisian power point sebagai medium pengajaran. Semasa membina
dan menyediakan media pengajaran ini, kami telah meneliti beberapa perkara yang boleh
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Contohnya
untuk memastikan interaksi dua hala antara guru dan murid, beberapa soalan berkaitan
dan menguji minda mereka diajukan selepas topik ini selesai diajar melalui paparan skrin.
Ini untuk memastikan bahawa murid-murid betul memahami pengajaran yang
disampaikan selain objektif dapat dicapai. Semasa sesi menjawab soalan ini, beberapa
orang murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan ringkas di skrin komputer.

Selain itu, kami juga memasukkan gambar-gambar dan animasi yang berkaitan supaya
pelajar lebih tertarik untuk mengetahuinya sesuatu topik yang diajar. Selain itu, kami juga
menitikberatkan latar belakang, saiz, jenis tulisan dan audio power point. Kami memilih
latar belakang berwarna hitam agar tulisan yang berwarna cerah dapat dipaparkan dengan
lebih jelas, tulisan yang bersaiz 20 ke atas selain menggunakan bunyi audio iaitu lagu
Negaru dan lagu-lagu negeri yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran kami iaitu
Lagu, Bendera, Jata dan Lambang Negeri untuk lebih menarik perhatian murid-murid
dan bahan pengajaran dapat disampaikan dengan lebih jelas.

3.4

U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan)

Model Assure mencadangkan komponen menggunakan media dan bahan


terbahagi kepada lima langkah atau peringkat. Lima langkah yang harus kami ambil berat
adalah mengadakan pratonton bahan, persiapan bahan, persiapan persekitaran, persiapan
pelajar dan menyediakan pengalaman pembelajaran terlebih dahulu. Kesemua langkah
tadi merupakan aspek penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar.
Pada peringkat pertama iaitu pratonton bahan, kami telah menonton perisian
pengajaran power point yang telah dihasilkan terlebih dahulu. Ini adalah bertujuan untuk
melihat

dan

meneliti

isi

kandungan

power

point

terlebih

dahulu

sebelum

mempersembahkannya dihadapan murid untuk memastikan proses pengajaran dan


pembelajaran berjalan dengan lancar. Kami sedar, pratonton media sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting sebagai persediaan bagi
memastikan guru benar-benar memahami isi kandungan bahan pengajaran yang akan

diajar. Manakala pada peringkat persiapan bahan pula, kami memberi penekanan kepada
proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang
terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula seperti komputer dan
perisian power point dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Peringkat seterusnya ialah kami membuat persiapan persekitaran yang
merangkumi persiapan media dan peralatan-peralatan lain yang terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian
adalah komputer, skrin dan sumber kuasa seperti elektrik dan pencahayaan berada dalam
keadaan baik. Di samping itu, kami perlu memastikan peralatan-peralatan yang hendak
kami gunakan berada dalam susunan yang memudahkan guru menggunakannya dan
pelajar dapat melihat pengajaran guru dengan jelas. Pemeriksaan ke atas perkara-perkara
ini perlu dilakukan oleh guru sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
bagi menjamin kelancaran sesi tersebut.
Peringkat keempat adalah persiapan pelajar. Di awal proses pembelajaran, guru
melaksanakan set induksi bagi memperkenalkan topik. Ia bertujuan untuk membolehkan
murid-murid lebih bersedia dan berminat tentang topik. Dengan ini, sedikit sebanyak
murid telah bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dan proses ini
dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Peringkat terakhir dalam komponen ini
ialah menyediakan pengalaman pembelajaran. Guru bertindak sebagai pemudah cara
dengan merangsang pelajar mengaitkan tajuk yang dipelajari dengan pengalaman dan
persekitaran mereka. Oleh itu, kami menjadi bahan rujukan pelajar selain menjadi
pemudah cara atau fasilitator. Ini adalah bagi memastikan pelajar dapat mengikuti
pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Selain itu,

penggunaan pelbagai jenis media dan bahan mendedahkan murid-murid kepada


teknologi-teknologi terkini dan seterusnya memberi bentuk pengalaman pembelajaran
yang berbeza iaitu cara penggunaan teknologi tersebut.

3.5 R : Require learner participation (Libatkan pelajar)


Penglibatan pelajar dapat dilihat melalui aktiviti bersoal jawab dengan guru
berdasarkan gambar, bunyi-bunyian, bendera, jata dan lambang serta latihan pengukuhan
yang dipaparkan dalam slaid power point melalui komputer. Berdasarkan teori kognitif,
pembelajaran berfokus kepada proses mental secara dalaman yang dapat memastikan
keberkesanan pembelajaran dan murid dapat memanipulasikan maklumat yang ada.
Maklum balas sangat penting kerana dalam proses pengajaran, maklum balas berlaku
sekiranya terdapat tindak balas daripada murid. Contohnya tindak balas yang diperolehi
melalui latihan yang diberikan kepada murid-murid (Mokhtar Affandi, 1996).

Guru

memainkan peranan sebagai penyampai utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, penglibatan aktif murid-murid dalam sesi ini ditekankan. Ini
bertujuan agar dapat mempertingkatkan kemahiran kognitif, emosi dan sosial mereka.
Semua murid terlibat secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Setiap murid perlu mematuhi arahan kami sebagai guru supaya
perlaksanaan pengajaran akan berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Kami perlu
memberi peluang kepada murid-murid kami untuk berinteraksi antara satu sama lain. Di
samping itu juga, kami perlu mewujudkan suasana yang selesa dan menyeronokkan di
samping memantau dan membimbing mereka dalam mengawal disiplin tingkah laku dan
memberi tunjuk ajar yang betul supaya pembelajaran tersebut lebih berkesan.

3.6

E : Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula)

Setelah sesi pengajaran tamat, kami akan menilai apa yang telah dilakukan dan
dihasilkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah aspek terpenting
yang mana melibatkan guru dan murid. Kami akan menilai sama ada proses
pengajarannya memberi kesan atau tidak kepada murid-murid di samping pemilihan
media, kaedah dan bahan yang sesuai atau tidak dan objektif yang telah dirangka tercapai
atau sebaliknya. Antara yang boleh kami dilakukan untuk menilai semua ini adalah
dengan bersoal jawab tentang soalan yang dipaparkan melalui perisian power point.
Sekiranya pencapaian adalah baik, ini menggambarkan objektif kami rancang telah
tercapai, penggunaan media, kaedah dan bahan adalah tepat dan bersesuaian.

You might also like