You are on page 1of 3

EDUCATION of ELAKSAMANA

2.2

TEKS PENGACARA MAJLIS

Definisi
Ialah individu yang mengendalikan
persembahan atau pertunjukan.

perjalan

acara

dalam

sesuatu

majlis,

2.2.1 Jenis-Jenis Majlis


Secara umumnya terdapat 3 jenis majlis iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan
majlis tidak rasmi.
Majlis Formal/Rasmi
Iaitu majlis yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang harus dipatuhi
seperti prosedur undangan, tempat majlis yang ditetapkan, sistem panggilan,
peraturan pakaian, sambutan tetamu dsb.
Majlis ini biasanya lebih ketat dan teliti peraturannya jika dihadiri oleh raja dan
menteri negara seperti majlis pertabalan, majlis perkahwinan kerabat diraja dsb.
Hadirin yang hadir biasanya mempunyai 2 taraf iaitu taraf pertama adalah raja
yang memerintah, tengki mahkota dsb.
Taraf kedua pula ialah pemimpin peringkat negeri, ketua jabatan dan sebagainya.
Majlis Separuh Formal/Rasmi
Biasanya majlis rasmi yang tidak melibatkan ramai orang kenamaan.
Biasanya dihadiri seorang dif kenamaan seperti ADUN ataupun menteri, ketua
jabatan negeri dan ketua pentadbiran negeri dsb.
Contohnya majlis penyampaian diploma, majlis penyampaian anugerah
perkhidmatan dsb.
Suasana majlis agak longgar dari segi pemakaian, tempat duduk, ucapan dan
panggilan.
Majlis Tidak Rasmi/Formal
Biasanya majlis yang bersifat santai seperti majlis hari jadi, majlis hari keluarga
jabatan dsb.
Biasanya tidak melibatkan orang kenamaan atasan seperti menteri, pegawai
berpangkat tinggi dsb.
Majlis ini lebih bersifat dalaman seperti majlis yang dilaksanakan di peringkat
kolej, asrama, fakulti, sekolah dan kampung.
Majlis ini hanya melibatkan masyarakat setempat dan penduduk terdekat.
1. Pengacara kedua-dua jenis majlis ini mempunyai tugasan dan bebanan yang
berlainan.
2. Bagi pengacara majlis rasmi, tugasnya mencabar kerana sebarang kesilapan
akan memberi gambaran yang tidak elok kepada majlis.
3. Skrip pengacara harus disemak dan diteliti dengan betul agar tidak ada kesilapan
dan pengacara harus membaca skrip beberapa kali sebelum majlis.
4. Bagi pengacara majlis tidak rasmi pula mereka tidak semestinya menggunakan
skrip kerana boleh juga berucap secara spontan dan memandang skrip sekalisekala.
Created by elaksamana@yahoo.com
All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

5. Pengacara majlis turut boleh menyelitkan unsur kecindaan sepanjang


pengacaraan.
6. Secara lebih khusus, terdapat 5 jenis majlis di dalam Malaysia :
Majlis penuh istiadat
Beberapa majlis yang dijalankan di istana seperti majlis pengurniaan darjah.
Majlis di luar istana seperti pembukaan rasmi sidang parlimen oleh YDPA.
Pakaian bagi majlis ini adalah pakaian istiadat ataupun pakaian kebangsaan.
Majlis rasmi dan formal
Majlis jamuan makan oleh Perdana Menteri bersama tetamu kehormat asing.
Majlis perasmian anjuran kerajaan seperti seminar, konvensyen.
Majlis rasmi tetapi tidak formal
Majlis anjuran kerajaan yang tidak perlu protokol sepenuhnya seperti majlis
minum teh bersama Perdana Menteri.
Majlis tidak rasmi tetapi formal
Majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri seperti
majlis perasmian bangunan, pecah tanah dsb.
Majlis tidak rasmi dan tidak formal
Majlis yang dianjurkan oleh organisasi dan protokol yang diikuti adalah
ditetapkan oleh organisasi tersebut.
2.2.2 Ciri Pengacara Majlis
Terdapat beberapa kriteria yang dipertimbangkan sebelum seseorang layak menjadi
pengacara majlis :
Individu yang berkebolehan, tidak kekok di khalayak dan mampu berkomunikasi.
Peka dengan situasi majlis, terutama perubahan di saat akhir.
Bersedia untuk mengumumkan apa yang akan berlaku sepanjang aturcara majlis.
Mempunyai suara jelas, ceria dan menghidupkan suasana.
Seorang yang kreatif dan mampu berucap spontan sewaktu kecemasan.
Tidak kaku dan tidak berucap dengan aksi keterlaluan.
Berketerampilan dan mampu membezakan majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak
rasmi.
Tahu dan bijak bertutur mengikut penyusunan tatasusial pengucapan.
Ciri Pengacara Majlis Rasmi
Memastikan hadirin yang hadir dalam majlis dan bersedia dari segi protokol.
Membuat latihan secukupnya termasuk menyertai raptai majlis.
Bertutur dalam bahasa melayu standard.
Menggunakan tatabahasa yang betul dan laras bahasa bersesuaian dengan
hadirin.
Gaya bercakap terkawal dan tidak keterlaluan.
Menggunakan bahasa halus jika mengacarakan majlis rasmi sepenuhnya.
Mematuhi aturcara majlis dan bijak mengawal masa majlis.
Ciri Pengacara Majlis Tidak Rasmi
Tidak memerlukan latihan kerana skrip tidak diikuti sepenuhnya dan spontan
dibenarkan.
Created by elaksamana@yahoo.com
All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

Pengacara mengetahui hadirin yang hadir dan menghormati mereka.


Menggunakan bahasa standard dan bukan bahasa halus, bahasa dialek
dibenarkan.
Pengacara hendaklah individu yang mempunyai hubungan rapat dengan
organisasi pengajur seperti kakitangan organisasi pengajur sendiri.
Pengacara tidak semestinya menggunakan skrip namun harus mematuhi aturcara
majlis.

2.2.3 Format Teks Pengacara Majlis


1. Tiada format khusus untuk teks pengacara majlis namun sebaiknya disediakan
denga kertas bersaiz A4 yang dilipat dua.
2. Satu muka surat untuk satu pengumuman sahaja dan bergantung kepada jumlah
pengumuman.
3. Teks pengacara majlis harus mempunyai pelbagai maklumat majlis kerana
pengacara harus memberikan maklumat tepat berkaitan majlis kepada hadirin.
4. Permulaannya adalah pengacara mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan dan
meminta izin untuk memulakan majlis.
5. Memulakan majlis dengan menyebut barisan tetamu yang hadir mengikut
gelaran, kedudukan dan pangkat diikuti mengalukan hadirin dan memperkenal
majlis.

Created by elaksamana@yahoo.com
All Right Reserved Presented 2010

You might also like