You are on page 1of 185

TIN BURUK CATATAN SANTAI...

JUN 2011 - SEPTEMBER 2013

Diterbit Oleh
TIN BURUK
CATATAN SANTAI...
JUN 2011 - SEPTEMBER 2013
Tin Buruk
tinburuk@gmail.com
htpp://tin-buruk.blogspot.com

TERBITAN
TRANUNGKITE ONLINE
764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001
Prakata i
Tin Buruk iii

PARA 1
1. Utusan Malaysia Faktor Penentuan Kepimpinan PAS? 1
2. Golongan Ulama Dan Dewan Ulama PAS 3
K A N D U N G A N

3. Ulama Dan Profesional 6


4. Masih Ada Usaha Jahat Daripada Blogger? 8
5. Kepimpinan Mat Sabu - Kenapa Pandang Yang Negetif ? 11
6. Fitnah dan Tuduhan, Mampukan Kita Berhadapan
Dengan Allah? 13
7. Hadi Idam PM, Ganti Projek Kekalkan Ulama 15
8. Untuk Ustaz Nasha, Sabar Sesungguhnya
Allah Bersamamu! 17
9. Negara Islam Idaman PAS Tinggal Impian..? 20
10. Kalau Mat Sabu Meninggal? 23
11. PAS Kena Baiki SPR Muktamar 25
12. Saya Nak Berbalah Pasal Negara Kebajikan 27
13. Gugur Negara Islam Dikritik 28
14. Mahathir vs Karpal, Saya Sekadar Nak Gelak Aje 30
15. Lebih PAS Daripada Ahli PAS 32
16. Anak Malaysia 34
17. Hari Ini Tragedis Untuk PKR 36
18. Hukum Hudud, Kenapa Kita Berlengah? 38
19. Golongan Liberal Dalam PAS? 41
20. Siapa Setiusaha Agung PAS Pusat? 43
21. UMNO Nak Tubuh Sayap Ulama? 46
22. Mat Sabu Atau Shafie Nor Yang Nak Tunjuk Belang? 48
23. Video Seks Mat Sabu Pula Di Sekitar Ampang 50
24. Harakah Perlu Diberikan Nafas Baru 53
25. Mengguna Kitab Utusan Malaysia Bagi
Menyerang Ustaz Nasha 56
26. Mufti Perlis Desak PAS Tubuh JK Pemandu
Negara Kebajikan 58
27. Piala FA: Presiden PAS Ucap Tahniah 60
28. Lembaga Pengarah Harakah Tak Berfungsi? 63
29. Kambing Luar Kumpulan, Rumput Kering Pun
Disangka Burger! 67
30. SPR Belanja RM50 Juta Untuk Pilihan Raya Sarawak.
BN Belanja Berapa Juta? 70
31. Cyber War, Anonymous Nak Godam Kerajaan Malaysia
Dan PRU-13 72
32. Dasar Gaji Minimum Akan Dilaksanakan? 74
33. Harakah Perlu Diberikan Nafas Baru II 76
34. Perkara Dalaman Parti 80
35. Memelayukan DAP Dan Melibralkan PAS 82
36. Menyalak Untuk Dapat Habuan Dan Menyalak
Untuk Cari Perhatian 84
K A N D U N G A N

37. Mat Sabu Geng Perpaduang Ke? 86


38. PAS Kedah Ubah Kepimpinan.
Mampukah Ubah Minda Melayu Kedah? 88
39. Demokrasi Dan Suara Rakyat 90
40. BERSIH 2.0 Tidak Lagi Panas 92
41. Nama Saya Tak Ada Dalam Senarai 91 Yang Dilarang 94
42. Khairy Boleh Maki Polis Dengan Perkataan WTF?? 97
43. Bersih: Ulama Sudah Bersuara Tapi Kalau
Turun Lebih Baik 98
44. Kickdefella Mula Tersasar Dan Tidak Menentu 103
45. Akhbar Kompas Bukan Sahaja Minta Maaf
Sepatutnya Puji Najib 105
46. Sukar Mencari Pengkritik Macam Hj Azizi Abdullah 107
47. Teliti Cadangan Pindaan ISA, Permainan Baru UMNO? 109

PARA 2
48. Majlis Syura PAS Makin Lemah Dan Lesu? 112
49. Presiden Dan Mursyidul Am PAS, Siapa Lebih Power? 115
50. Orang Melayu Tak Hebat Walaupun Makan Roti 119
51. Peranan Blogger Makin Celaru Pada PRU-13? 124
52. Pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M),
Apa PAS Buat? 126
53. Tentatif Muktamar 128
54. Dr Asri Akan Bertanding Pada PRU-13 Nanti? 130

PARA 3
55. Parti Anak Menantu 132
56. Hassan Al Banna Dan Said Hawa 136
57. Orang UMNO Pun Bercakap Pasal Syiah 140
58. Ada Puak Nak Bina Pejabat UMNO Atas Tanah
Wakaf Kubur 147
59. Mercun Bola 151
60. Maidam Curi Duit Amil Zakat? 156
61. Minyak Naik 20 Sen + BR1M Juga Akan Naik 160
62. Zahrain Dapat Habuan 165
63. Apabila Khalid Samad & Nik Abdul Menjawab Tuduhan 168
64. Apa Beza Ching Peng Dengan Henry Gurney? 173
PRAKATA
Alhamdulillahirabbil'aalamin, segala puja dan puji syukur
saya panjatkan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Tanpa
kurnia-Nya, mustahillah Koleksi Catatan Tin Buruk ini dapat
diselesaikan dalam bentuk buku yang lebih tersusun dan menarik
untuk diabadikan, lebih-lebih lagi dalam kesibukan tugas dan
tanggungjawab yang sentiasa menghambat.

Saya benar-benar berasa teruja untuk mewujudkan koleksi


ini sebagai hasil penglibatan saya dalam penulisan di alam maya
CATATAN TIN BURUK.....

sedangkan saya sebenarnya tidak mempunyai minat dan


kecenderungan ke arah itu.

Cetusan idea untuk menulis bermula pada 4 Jun 2011 dan


saya membina satu blog ringkas untuk tujuan ini.

Pada awalnya saya tidak dapat menentukan apakah bentuk


penulisan sehingga pada akhir penulisan saya sekitar tahun 2013.
Oleh itu tidak hairan kandungan buku ini mengandungi 3 para
yang menunjukkan ada 3 perubahan bentuk penulisan dan gaya
persembahannya.

Atas cadangan daripada pihak TranungKite, saya bersetuju


untuk diabadikan tulisan saya dalam blog Tin Buruk daripada 4
Jun 2011 sehingga 17 September 2013 untuk dijadikan koleksi
terbitan TranungKite Online dalam format PDF.

Terima kasih kepada Pengurus Laman TranungKite Online


kerana kesudian untuk membantu menerbitkan koleksi ini dalam
bentuk buku.

1i
Saya menulis di laman TranungKite sekadar memenuhi
masa bagi memberikan sedikit sumbangan ke arah percambahan
fikiran dalam perdebatan minda di laman berkenaan.

Tak disangka saya dipilih sebagai perintis buku siri-siri


penulis alam siber yang bakal di terbitkan oleh pihak
TranungKite secara online dalam format PDF.

Terima kasih
Sekian

Tin Buruk
tinburuk@gmail.com

7 Jun 2016

CATATAN TIN BURUK......


2 Ramadan 1437

1ii
TIN BURUK
Tin Buruk dengan slogan Sudahlah buruk, tak guna
pula! atau Sudah buruk buang sahajalah.. Nak simpan
buat apa lagi? adalah satu penulisan santai yang berbentuk
berborak dengan berlatar belakangkan kehidupan harian yang tidak
lari daripada isu politik semasa.

Watak utama mencerminkan seorang yang simple yang


bersifat mengkritik, menjelas dan mengolah isu politik dengan lemah
lembut dan juga lebih kepada menerangkan.
CATATAN TIN BURUK.....

PAS perlu ada seseorang yang boleh mengkritik dan juga


membela dengan tidak terlalu berat bacaannya.

Adakah penulisan seperti ini mampu bertahan dan diterima


oleh pembaca di alam maya yang rata-rata selesa dengan penulisan
yang keras dan kasar.

Ini adalah satu penulisan yang sangat mencabar dan


memerlukan masa untuk menyiapkan sesuatu artikel walaupun
nampak sangat ringkas dan santai.

Sangat mencabar memastikan watak yang ada selari dengan


kehidupan sebenar dalam kehidupan politik semasa.

1iii
1 UTUSAN MALAYSIA FAKTOR
PENENTUAN KEPIMPINAN PAS?
Sabtu, 4 Jun 2011

Sahabat saya, orang kuat PAS Kawasan Batu menyalahkan


Utusan Malaysia. Katanya Utusan Meloya punya pasal, Tuan
Ibrahim kalah. Sengaja nak kenakan ulama dalam PAS.

CATATAN TIN BURUK......

Saya tak tahu apa asas hujah dia dalam hal ini. Tapi dia
sekadar berteori mengikut tulisan Mohd Sayuti Omar, MSO
dalam blog Merah Tinta.

Saya cuba memahami apa yang di tulis oleh MSO. Antara


petikan yang dirasai mungkin ini yang dimaksudkan oleh kawan
saya.

1
Gambaran kedua bagaimana kedua calon al
ulama warsatul ambia itu akan hanyut ialah
apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-
matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak
merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat
ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan
Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh
ulama yang berada di kerusi nombor dua. Paling
jelasnya Nasharudin.

Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja.


Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa
sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya
tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya
dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad
CATATAN TIN BURUK.....

Sabu atas beberapa sebab dan faktor.

Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan


perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang
mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah
perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil
Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap
perwakilan supaya mengikuti jarum yang
dikehendakinya.

Saya tak mampu untuk mengulas panjang tulisan Sayuti ini


kerana dia adalah penulis tersohor. Tapi hati kecil saya masih
tidak boleh mengganggap perwakilan PAS bodoh sehingga boleh
dipengaruhi oleh Utusan yang dikatakan meloya itu?

Berapa ramaikah perwakilan berkepit dengan akhbar itu


sehingga kata-kata menjadi penentu kepada orang nombor dua
dalam parti.

Adakah pandangan saya salah?

2
2 GOLONGAN ULAMA
DAN DEWAN ULAMA PAS
Ahad, 5 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Saya dihujahi dengan nada tidak puas hati kononnya
pemilihan PAS kali ini seolah-olah perwakilan menolak ulama.
Ada juga yang mengatakan semacam ulama tidak mampu
membawa PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Saya berkata, adakah yang bercakap seolah-olah menolak


ulama tidak memahami apa itu kepimpinan ulama. Saya bertanya
lagi adakah mereka sedar dan meneliti bilangan perwakilan yang
membuat undian?

Keputusan untuk Timbalan Presiden adalah seperti berikut:


Mohamad Sabu 420,
Tuan Ibrahim Tuan Man 399,
Nasarudin Isa 224.

Ini bermakna perwakilan yang memilih untuk golongan


ulama adalah 623 undi dan 420 undi untuk golongan profesional

3
(atau dilobikan sebagai bukan ulama). Rasionalnya perwakilan masih
lagi memihak kepada golongan ulama.

Kenapa ada usaha untuk mewujudkan batas dan benteng


antara kedua-dua golongan ini? Kenapa nak diasing-asingkan
kreatia untuk memisah-misahkan gah padu barisan kepimpinan
dalam PAS?

Saya makin tak faham kalau YB Salahuddin diletakkan


dalam 'chai' kumpulan ulama. Adakah ulama dan bukan ulama
ini adalah kumpulan macam team A dan team B seperti
pemilihan UMNO?

Ulama adalah waris nabi. Kepimpinan ulama adalah teras


untuk diikuti lebih daripada 20 tahun lalu apabila PAS
CATATAN TIN BURUK.....

diperbetulkan landasannya. Arus kepimpinan ulama juga di bawa


oleh Ketua Pemuda pada masa itu Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang
bukan dikalangan golongan berpendidikan ulama.

Jadi apa sebenarnya kepimpinan Ulama?

Saya setuju dengan Husam Musa yang mengatakan semua


yang menang untuk kerusi Naib adalah daripada didikan ulama.

Jika golongan ulama tidak dipilih dan kurang terpilih di


dalam AJK yang terdiri daripada 18 orang itu normal dan sama
juga jika kita sebut tidak ada wanita (muslimat) yang dipilih di
kalangan Naib dan AJK 18 orang?

Habis dimana peranan mereka?

Saya berpendapat kenapa wujudnya Dewan Ulama dan


Dewan Muslimat. Tujuannya tidak lain untuk memberikan
peranan kepimpinan ulama dan muslimat boleh diperkasakan.

4
Dewan Ulama haruslah memainkan peranan yang lebih
aktif malah lebih agresif dalam hal ini kerana kurangnya
golongan tersebut dalam barisan kepimpinan PAS yang terkini.
Dewan Ulama bukan lagi seperti Quran buruk, tidak digunakan
tapi tidak juga dibuang!

CATATAN TIN BURUK......

5
3 ULAMA DAN PROFESIONAL
Ahad, 5 Jun 2011

Lagi cerita pasal kawan saya di Kawasan Batu. Dia masih


tak puas hati dan menghitung takdir mengatakan jika Ustaz
Nasha tarik diri, sudah tentu Tuan Ibrahim Tuan Man boleh
menang selesa.
CATATAN TIN BURUK.....

Ada beberapa orang yang ada di kiri kanan tempat kami


berbincang menyampuk dengan mengatakan, Tuan Ibrahim
Tuan Man lebih baik bertanding sebagai Naib Presiden sahaja.
Pasti beliau mendapat undi terbanyak (undi popular) dan rekod
Tuan Ibrahim memang menerajui undi paling popular dalam
pemilihan Naib dan AJK PAS Pusat.

Mereka menyebut juga. Mohamad Sabu dan Ustaz


Nasharuddin pasti sengit dalam pemilihan satu lawan satu. Tapi
katanya sekurang-kurang sudah ada satu golongan ulama dalam
Naib.

Saya juga menambah secara seleroh, Kalau Timbalan


Muryidur Am dan Ketua Dewan Ulama tidak melobi
mengekalkan Ustaz Nasha. Sudah pasti Tuan Ibrahim Tuan Man

6
boleh menang. Banyak Kawasan terpaksa ber'syura' untuk
memilih antara Ustaz Nasha dan Tuan Ibrahim.

Mereka terdiam.

Saya juga menambah lagi. Bilangan undi masih


menunjukkan undian untuk golongan yang disebut-sebut sebagai
ulama adalah 60% dan Mohamad Sabu hanya memperolehi
sokongan hanya sekitar 40% sahaja daripada perwakilan.

Untuk menuntupi percakapan hilang rasa frust mereka ini,


saya menyimpulkan itulah gerak kerja yang disebut sebagai
golongan profesional. Orang profesional boleh menunjukkan
golongan sedikit boleh mengalahkan golongan yang banyak
dengan strategi dan perancangan yang tepat.

CATATAN TIN BURUK......


Mereka tak ramai tapi mereka bersedia mengambil apa
sahaja peluang dalam PAS untuk kepentingan tujuan mereka.
Mereka bukan sahaja berkerja pada saat-saat pemilihan malah
mereka telah bersedia setelah kalah dan tidak mendapat hajat
dalam pemilihan 2 tahun yang lalu.

Alangkah baiknya jika gerak kerja seperti ini dibuat untuk


menangkan PAS dalam pilihan Raya ke-13 nanti. Dan alangkah
baiknya jika ulama boleh memandu mereka ini agar tidak terlalu
ghairah sehingga mengadaikan prinsip Islam dengan harapan
kononnya menjaga hati rakyat.

Ulama dan Profesional mestilah disatukan dalam ikatan


yang kuat, bukannya membezakan mereka kerana ini sudah
bercanggah sama sekali dengan apa yang pernah di ucapkan oleh
Almarhum Ustaz Fadhzil Mohd Nor.

Saya berpendapat melabelkan ulama dan profesional dalam


PAS adalah usaha jahat untuk merosakkan penyatuan yang
pernah menjadi amanah dan wasiat almarhum.

7
4 MASIH ADA USAHA
JAHAT DARIPADA BLOGGER?
Ahad, 5 Jun 2011

PAS perlu satu barisan yang mantap untuk persediaan untuk


CATATAN TIN BURUK.....

menghadapi pilihan raya ke-13 nanti dengan satu kombinasi yang


sangat baik. Pilihan raya ke-13 nanti perlu ditanggani dengan
cermat dan bijaksana kerana ini adalah satu-satunya peluang bagi
memastikan BN terus dilenyapkan.

Pemilihan sudah tamat, kalau ada lobi melobi perlulah


dihentikan. Laras pelurus haruskan berada di tempat yang
"benar" bukan menghala sesama sendiri. Walaupun saya sendiri
tidak begitu menyukai beberapa keputusan yang dihasilkan
daripada pemilihan kali ini, tapi saya lebih bersikap terbuka dan
redha atas ketentuan Illahi dan melihat positif atas apa yang telah
ditakdirkan.

Presiden PAS telah menyifatkan barisan saf kepimpinan


baru dan sayap-sayap dalam parti adalah "kabinet Pilihan Raya"
yang menjukkan perwakilan memilihan mengikut situasi dan
keadaan semasa.

Orang yang bijak tahu apa yang perlu dibuat. Orang yang
ikhlas memahami apa yang perlu dia lakukan demi kebaikan
untuk Jammah Islam melainkan jika dia adalah pinggiran jamaah

8
yang merasai dirinya lebih sempurna daripada orang lain.

Saya membaca tulisan daripada blog Greenboc dan


memerhati bahawa penulis ini menulis dengan prasangka dan
andaian buruk. Kalau tulisan tersebut datang daripada Utusan
Malaysia kita tidak hairan, tapi malangnya datang daripada
penulis yang kononnya adalah ahli PAS.

Beberapa tulisan dalam tulisan blog ini menyemai rasa tidak


senang dan bersifat jahat agar keraguan akan timbul dalam saf
kepimpinan baru PAS terutamanya di kalangan Pemuda.

Satu petikan dalam artikel Greenboc yang bersifat buruk


sangka dan tuduhan tak berakhlak Islam ialah;

CATATAN TIN BURUK......


"Sdra perlu sedar bahawa tidak semua
perwakilan pemuda memilih sdra kerana kelayakan
yang ada pada diri sdra. Lagipun tinggi mana
kelayakan sdra? Dah dapat 3-4 PhD kah sampai
begitu sombong sekali jawapan sdra?" - Greenboc

Saya sekadar berkata, tahu dan kenalkah si Greenboc ini


dengan Ustaz Khalil Abdul Hadi? Hebat benar si Greenboc boleh
metelaah isi hati kenyataan spotan budak muda ini?

"Adalah tindakan tidak matang,tidak wajar dan


tidak beretika apabila Pemuda PAS melakukan
pemilihan dengan meletakkan anak-anak pimpinan
PAS Pusat berada di dalam barisan pimpinannya
persis ingin menjadi PAS sebagai parti anak
beranak." - Greenboc

Hampir 700 perwakilan yang hadir dalam Muktamar


Pemuda seolah dianggap oleh Greenboc bodoh dan tak boleh
berfikiran secara rasional dalam pemilihan ini.

9
Greenboc tak boleh mengajar dirinya untuk menerima
hakikat dan pandangan orang lain. Adakah jika perwakilan tidak
mengikut selera kita dianggap bodoh dan tidak matang dalam
membuat pemilihan?

Sudah-sudahlah Greenboc. Hentilah kerja jahat yang


merosakkan jamaah Islam PAS.
CATATAN TIN BURUK.....

10
5 KEPIMPINAN MAT SABU
- KENAPA PANDANG YANG NEGETIF?
Isnin, 6 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Terbaca satu posting daripada forumer Tranungkite (TKO)
dalam forum TKO yang agak kontraversi sejak dulu lagi
berkaitan dengan Timbalan Presiden PAS yang baru ini. Tak pasti
apa fikrah sebenar forumer ini yang jelas posting ini mengambil
tulisan lama daripada Malaysia Today oleh penulis yang dikenali
Abu Aiman.

Tulisan yang dipetik adalah mengenai tajuk "Hubungan


Mat Sabu dengan Syiah".

Saya tak bercadang untuk berbincang soal Sunni dan Syiah,


atau membahaskan Syiah ini betul atau salah kerana tulisan yang
ringkas dan pendek sudah pasti tidak sedikit pun mampu
membicarakannya.

Saya lebih suka untuk membicarkan kenapa isu Syiah ini


nak diperbesarkan? Kalau betullah Mat Sabu itu Syiah "totok"

11
adakah Mat Sabu boleh Syiahriahkan semua AJK PAS Pusat
termasuk Dato' Seri Presiden?

Rasionallah dalam membuat tuduhan dan tohmahan.

Hatta yang disebut IRC, JIM atau apa istilah sekali pun
yang begitu ramai dalam AJK PAS Pusat, malah melebihi PAS
asli terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menyebar
dan mempengaruhi ahli-ahli PAS. Mereka juga terpaksa memakai
jubah PAS.

Saya tak nampak Mat Sabu dengan beberapa orang ini


yang dikatakan besar bilangan mereka itu oleh penulis blog
tersebut mampu untuk menukar wala' dalam PAS.
CATATAN TIN BURUK.....

Ambillah yang positif daripada 'takdir' Allah s.w.t ini bagi


memperkukuhkan Jamaah Islam PAS.

12
6 FITNAH DAN TUDUHAN, MAMPUKAN
KITA BERHADAPAN DENGAN ALLAH?
Isnin, 6 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Kempen pemilihan Muktamar PAS sudahpun selesai.
Senarai 'chai' melalui SMS sudah berlalu. Cakap-cakap kedai
kopi juga sudah tidak ada lagi.. sekadar tinggal adalah merai
kemenangan atau merintis kekalahan.

Dalam kempen, walaupun berserban, berkupiah atau


berbaju Melayu ala Anwar 80an tapi batas-batas kesedaran
tentang bencana mulut tidak begitu diendahkan seolah-olah azab
neraka ini untuk orang UMNO sahaja!

Blog, twitter atau facebook masih lagi hangat mungkin


dunia sekarang lebih ke arah itu.

Saya tak berkenan betul (tidak suka) dengan gambar yang


diungkit-ungkit oleh penulis blog PinkTurle2 berkaitan dengan
Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengungkit kesalahan lalu untuk sentimen kebencian bukan


cara orang mukmin buat kerja. Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz

13
sudah memaafkan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku,
anda sekadar tukang ambil gambar apa yang anda tahu?

Apa kelebihan anda dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

Sebagai orang mukmin kita diajar adab dan batas dalam


membuat apa-apa persepsi, Jangan kebencian kita hilang
pertimbangan dan akal keimanan membuat kita benci tak tentu
pasal.

Kita akui Ustaz Nasha tidak mempunyai krisma anugerah


Allah untuk menjadi pemimpin. Walaupun ilmunya tinggi dan
anak murid khas ulama terkenal, Yusof Qardhawi tapi itu tidak
menjamin dia menjadi pemimpin yang baik untuk satu gerakan
Islam yang dinamik mengikut peredaran dan kehendak
CATATAN TIN BURUK.....

masyarakat yang sentiasa berubah. Beliau melepaskan peluang


yang telah diberikan kepadanya beberapa tahun.

Semuanya tidak memberikan lesen untuk mengenangkan


kesilapan yang lalu (saya sekadar berpendapat kesilapan maklumat sahaja)
untuk menghina dan mencerca beliau. Blogger-bloggerpun
sebahagian besar juga ada dikalangan mereka yang "tahi UMNO'
sebelum ini.

Tolonglah ikut adab Islam, hormatilah orang supaya orang


boleh menghormati kita. Allah pasti mentarbiyyah Ustaz Nasa
dengan tarbiyyah yang 'benar' dan dugaan yang perit; sudah pasti
dia dikasihi Allah.

14
7 HADI IDAM PM,
GANTI PROJEK KEKALKAN ULAMA
Isnin, 6 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Sebelum ini bertubi-tubi media massa kuasaan kerajaan
memberikan publisiti percuma untuk berkempen bagi pihak yang
dikatakan kumpulan ulama dengan slogan kekalkan kepimpinan
ulama PAS. Saya menjadi pening bila melihat akhbar dan
menonton TV dengan berita seolah-olah UMNO cukup sayang
dan prihatin terhadap golongan ulama.

Bila sebahagian besar golongan ulama yang bertanding di


Muktamar PAS kali ini tidak bernasib baik dan gagal untuk
memenangi pos-pos penting, UMNO dan media kerajaan
terutamanya Utusan Malaysia yang saya nampak lebih bersedih
daripada tukang kempen 'geng ulama'.

Pelik dan ajaib dunia UMNO amnya. Celaru gila babi kita
dibuat oleh wartawan dan penulis Utusan Malaysia.

15
Hari ini nada dah bertukar.... Wah cukup komplikated cara
dan gerak kerja 'bendul' dalam kewartawanan yang mengisi perut.

Hadi Intai PM, kata Nazri. PAS dan presidennya Datuk Seri
Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan
dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
bakal perdana menteri.

Nazri berkata lagi, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu


merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar
bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

Kemenangan Erdogan untungkan Hadi, bukan Anwar ini


satu lagi gambaran seolah-olah PAS nak menguasai Pakatan
Rakyat sekali gus untuk menjadi PM.
CATATAN TIN BURUK.....

Saya nampak ada satu usaha untuk menyekat kebangkitan


PAS dan 'membina' satu aliran pemikiran terutamanya kepada
masyarakat bukan Islam bahawa PAS dan Hadilah yang akan jadi
PM.

Awas perangkap dan mainan musuh, jangan sampai kita


tersilap menari bersama dengan musuh.

16
8 UNTUK USTAZ NASHA,
SABAR SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMAMU!
Isnin, 6 Jun 2011

Saya tak terlibat langsung dalam percaturan politik


kepimpinan PAS untuk Muktamar ke-57 ini. Saya sekadar
pemerhati yang prihatin, seorang yang taat kepada kepimpinan
(ada bahasa blogger sebut wala` buta ; buta kerana mereka semua 'buta hati'
dengan siasah harakah islamiyyah)

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz


Nasharudin Mat Isa, ya tahniah bukan atas kekalahan beliau
walaupun ada yang mentafsirkan begitu, tapi kerana beliau

CATATAN TIN BURUK......


terlepas daripada persoalaan Allah dengan kemampuan yang ada.

Saya lebih fokus kepada kesabaran beliau menghadapi


tohmahan, cercaan dan nista hina sepanjang beberapa tahun
kebelakangan ini sehingga beliau macam fobia dengan akhbar
dan orang-orang akhbar (media).

Saya juga kagum dengan beliau untuk tidak menarik diri


dalam pertandingan ini, walaupun ramai yang datang untuk
memberikan nasihat agar beliau menarik diri. Saya kagum
dengan ungkapan ini...

17
"..ana menang jawatan nombor 2 dengan
bertarung dalam gelanggang, jadi kalau ana nak
kalah, ana nak kalah dalam gelangang ketika
bertarung!" - Ustaz Nasha

Kagum tidak semestinya kita akan pilih orang itu. Kalau


saya mengundi pun, saya takkan pilih Ustaz Nasha. Saya nampak
kelemahan beliau semenjak daripada beliau menjadi Setiausaha
Agung lagi. Kita mengundi mengikut kesesuaian.

Jika ditakdirkan ada pertandingan merebut jawatan


Khalifah antara Saidina Osman dan Khalid Ibnu Walid. Saya
nescaya takkan pilih Khalid untuk menjadi Khalifah walaupun
dia begitu hebat sehingga Saidina Omar pecat beliau kerana
CATATAN TIN BURUK.....

takuti mukmin pada masa itu terpesong akibat mempercayai


kemenangan kerana Khalid bukan ketentuan Allah s.w.t. (Sekarang
pun ada yang bercakap begitu seolah-olah stategi mengatasi prinsip agama)

Kalau ada yang nak marah, kerana beliau tak tarik diri
sepatutnya marahlah orang yang boleh mengubah Tuan Ibrahim
untuk bertanding. Anda juga boleh marahkan Dato' Ustaz Harun
Din atau Dato' Ustaz Harun Taib kenapa ulama terlepas dalam
pemilihan jawatan ini.

Sebenarnya tak guna kita mengungkit apa yang telah


berlaku, tapi ambillah sebagai pengajaran buat kita semuanya
ketentuan Allah. Perancangan bukan segala-galanya.

Hanya saya perlu tegaskan di sini, walaupun tidak memilih


Ustaz Nasharudin Mat Isa, saya tak pernah menuduh beliau ada
apa-apa dengan UMNO. Tuduhan-tuduhan liar terhadap beliau
semoga Allah akan membalasnya dan saya selalu berdoa agar
Allah memberikan pengajaran kepada penyebar fitnah tidak
berasas ini.

18
Kita tak suka orang membuat fitnah kita, kita juga antara orang
yang kedepan dalam menentang isu fitnah kepada Anwar Ibrahim,
tapi malangnya kita diam-diam adalah penyebar fitnah serta
membuat tuduhan yang cukup berat kepada Ustaz Nasha. Adakah
kita rasa kita akan terselamat daripada Mata Penglihatan Allah
Azawajala?

Jadilah mukmin yang berbaik sangka....

CATATAN TIN BURUK......

19
9 NEGARA ISLAM
IDAMAN PAS TINGGAL IMPIAN..?
Selasa, 7 Jun 2011

Selain membaca tulisan daripada 'minda' reformis


dikalangan Pakatan Rakyat yang berfokuskan kepada penulis
non-muslim saya juga membaca tulisan-tulisan pro-kerajaan
untuk mendapatkan gambaran pemikiran penerimaan
masyarakat pencetus 'minda rakyat' berkaitan perubahan diluar
jangkaan dalam pemilihan AJK PAS.

Saya juga membaca tulisan mereka yang berada di laluan


tengah dalam aliran pemikiran ini.
CATATAN TIN BURUK.....

Mahaguru58 telah menulis "Bila PAS berubah


matlamat, maka 'negara Islam idaman' tinggal
impian.." Mahaguru58 saya taklah kenal sangat tapi kawan
anak saudara perempuan saya lepasan UUM telah berkahwin
dengan dia ini.

20
Dulu saya suka membaca tulisan dia ini kerana nampak
kosmatiknya Islamik tapi dia pun tak ada matlamat, mungkin juga
telah berubahah matlamat untuk mencari sedikit kebanggaan
duniawi. Memang kadang kala kita rasa bangga bila pimpinan
besar kerajaan banyak memanggil kita untuk perjumpaan yang
dianggap sebagai golongan blogger.

Petikan yang saya maksudkan adalah seperti di bawah:-

Takziah diucapkan kepada sekelian mereka yang


sekian lama ini kononnya memperjuangkan agenda
dan matlamat menubuhkan sebuah daulah
Islamiyyah dibumi bekas Tanah Melayu ini.

CATATAN TIN BURUK......


Sudah sampai ketitik noktah perjuangan politik
sekular jamaah yang selama ini menjanjikan kepada
kita akan suatu gagasan berlandaskan Syariat Islam
dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Bilamana PAS bernikah secara mut'ah dengan


partai harbi wal laknatullah DAP dengan
bermadukan PKR yang sanggup menyamaratakan
segalanya demi segenggam kuasa politik memerintah
negara ini, maka lenyaplah sudah sekelumit harapan
hamba Allah ini untuk menyaksikan kejayaan PAS
untuk mengotakan kata, melaksanakan sahutan
'Negara Islam' sepertimana pernah dibentangkan Al
Fadhil Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al
Haj, satu satunya ulamak PAS yang saya hormati
dan sokong ke saat ini.

Tidak ada tokoh tokoh yang lain didalam parti


PAS yang tidak berganjak dari usaha memartabatkan
Ad Deenul Islam selain Prof. Dato Dr Harun Din.
- Zainol Abideen (Mahaguru58)

21
Tak perlu saya panjang sekadar saya boleh kata kalau tak
pernah berani untuk berada dalam perjuangan PAS, tak kenal
PAS tak payah bercakap betul atau salah PAS. Belajarlah
membezakan antara Matlamat dan Uslud barulah menulis supaya
orang tak nampak bodohnya kita...
CATATAN TIN BURUK.....

22
10 KALAU MAT SABU MENINGGAL?
Selasa, 7 Jun 2011

Tajuk di atas ini memang tak bagus dan tak sesuai pun. Tapi
saya mengambil keputusan untuk menulis juga kerana banyak
sangat andaian-andaian tentang kedudukan Hj Mohamad Sabu
sebagai Timbalan Presiden PAS.

Andaian ini sebenarnya telah wujud semasa Ustaz Nasha


menjadi timbalan lagi. Golongan yang menolak Ustaz Nasha atas
krisma beliau yang tak jelas mempersoalkannnya jika Tua Guru
Haji Abdul Hadi meninggal dunia. Adakah mampu Ustaz Nasha

CATATAN TIN BURUK......


memikul amanah yang besar ini?

Soalan yang sama juga berligar apabila Hj Mohamad Sabu


memenangi jawatan ini.

Jawapan mudah sebenar tak payah nak difikirkan atau


sengaja nak menyusahkan sehingga wujud tulisan daripada Munir
dalam Tranungkite bertajuk Mat Sabu Timbalan: Jika tiba-
tiba TG Hj Hadi Tiada?

23
Kalau TG Hj Hadi meninggal, memang Mat Sabu akan
memangku Presiden, itu sifir yang mudah sehingga Muktamar
Pemilihan berlangsung. Kalau AJK PAS Pusat rasa perlu
diadakan Muktamar Khas untuk menentukkan siapa Presiden,
PAS boleh mengadakan dan perwakilan berhak nak kekal Mat
Sabu atau nak cari orang lain dengan cadangan daripada PAS
Kawasan untuk calon-calon Presiden.

Buat apa nak peningkan kepala, fokus kepada susun atur


gerak kerja PAS selepas muktamar, baiki kelemahan dan
perkukuhkan ikatan jamaah.

Saya semasa nak mati hujah geng-geng borak terutama di


kawasan Batu sekadar bertanya, Jika Mat Sabu mati macam
mana?
CATATAN TIN BURUK.....

Mereka terdiam.... rasanya mereka mula berfikirlah tu!!

24
11
PAS KENA BAIKI SPR MUKTAMAR
Rabu, 8 Jun 2011

Sebelum pukul 10 pagi 4 Jun 2011 saya dah dapat


keputusan pemilihan Muktamar kali ke-57. Malah
MalaysianInsider telah menyiarkan keputusan tak rasmi
berkenaan. Dua tahun lalu semasa pemilihan juga, Cikgu Pa
dikatakan menutup telefon sehingga Presiden pun tak boleh
hubungi beliau sehingga keputusan keluar. Ketegasan ini
berpunca daripada komen-komen pemilihan tahun sebelum itu,
2007 yang juga bocor keputusan semasa Ustaz Nasha melawan
Ustaz Hassan Shukri untuk Timbalan Presiden.

CATATAN TIN BURUK......


Keputusan yang diketahui bukan setakat siapa memang atau
siapa kalah, malah angka-angka tepat bilangan yang diperolehi
oleh calon Mat Sabu dan calon lain.

Gambar Husam sempat layan pemerhati


beberapa saat lagi keputusan nak diumumkan di luar Dewan.

25
Saya ambil gambar YB Husam di luar Dewan dan beliau
sempat melayani pemerhati untuk bergambar sedangkan
keputusan tak sampai 1 minit lagi nak diumumkan (masa untuk
derma), malah beliau sempat membeli di gerai Unit Amal. (Kalau
ada yang kenal siapa yang ada dalam gambar boleh bertanya orang yang
dimaksudkan..)

Apa yang saya nak utara di sini, sebenarnya YB Husam


telah mengetahui keputusan dengan sistem baru pemilihan kali
ini. Pasal itu dia relek aje.

Pertandingan tahun ini ada sedikit perubahan dengan


adanya borang semacam SPR14 yang mana ada wakil calon yang
menanda tangani keputusan pemilihan. Sepatutnya wakil calon
dan calon mestilah amanah dengan keputusan tersebut sehingga
CATATAN TIN BURUK.....

pukul 10 pagi esokkannya. Tapi malang akhbar internet telah


dimaklumkan keputusan ini.

Saya melihat suatu yang serius tentang amanat dan rahsia


parti. Sepatutnya perkara ini tidak dibocorkan.

Dulu pernah mesyuarat AJK PAS Pusat juga bocor


maklumat kepada blogger atau penulis blog. Mesyuarat belum
lagi habis, di blog beberepa keputusan penting sudah diketahui
sehingga pernah di arahkan semua yang hadir meninggalkan
handphone atau apa-apa perkakas IT sebelum masuk mesyuarat.
Lucukan... tapi itulah kedudukan sebenar yang berlaku.

Malulah kalau AJK PAS Pusat pun kena disiplin begitu.


Harap-harap tahun ini jangan lagi buat perangai macam itu.

26
12 SAYA NAK BERBALAH
PASAL NEGARA KEBAJIKAN
Rabu, 8 Jun 2011

Saya ahli PAS sepanjang hayat. Saya mengikut ucapan


Dasar Presiden PAS yang banyak menekankan tentang Negara
Berkebajikan. Saya nak berbalah pasal Negara Berkebajikan dan
kenapa tidak dengan Negara Islam.

Dengan ini saya nak maklumkan bahawa benarlah "kata-


kata dakwah" Utusan Malaysia bahawa PAS MULA
BERBALAH.

CATATAN TIN BURUK......

Selapas ini kami ahli PAS akan berbalah lagi untuk program
Munaqasah Ucapan Dasar Presiden yang akan dibuat di setiap
Kawasan.

Benarlah apa yang ditulis oleh UTUSAN MALAYSIA!

27
13
GUGUR NEGARA ISLAM DIKRITIK
Rabu, 8 Jun 2011

Pagi ini nak beli nasi lemak di gerai, tapi jadi perdebatan
hangat juga antara saya dengan beberapa orang pengkritik PAS
dikalangan ahli UMNO dan atas pagar. Hujah dan kitab mereka
ialah Utusan Malaysia, nas Agong masakini.

Mereka kata PAS berdolak dalih dan tak tetap penderian.


Kata mereka lagi tahun 1963 PAS mengeluarkan fatwa
mengkafirkan UMNO kerana memberikan jawatan dan hak
kepada pemimpin bukan Melayu.
CATATAN TIN BURUK.....

Sekarang PAS dah ubah daripada Negara Islam sejak 20-30


tahun lalu kepada Negara Berkebajikan katanya dengan semangat
untuk mempengaruhi audion. PAS sanggup gugur Negara Islam
demi politik tambah mereka.

Poster serangan kepada Kerajaan PAS Terengganu


yang berfokus kepada Negara Berkebajikan

28
Saya balik ke rumah terus melayari internet mencari laman-
laman UMNO terutama di Terengganu untuk melihat poster
serangan mereka bagi menjatuhkan PAS Terengganu sekitar
tahun 1999-2004.

Terjumpa poster di atas dan sudah pasti membuktikan


bahawa NEGARA BERKEBAJIKAN bukannya baru, dah
dilaksanakan di TERENGGANU dan KELANTAN sebelum ini.

Saya print poster itu, dan pagi besok kalau saya jumpa puak-
puak bahlol UMNO yang hanya hafal hadis Utusan Malaysia
sahaja. Saya tampal di dahinya.....

CATATAN TIN BURUK......


______
Catatan: Saya juga tak setuju dengan tulisan Akhirnya impian
Fadzil Noor tercapai, oleh Liew Chin Tong Ahli Parlimen DAP
Bukit Bendera yang mengatakan bahawa misi Ustaz Fadhil tidak diindahkan
pada sekitar tahun 2001 sehingga beliau meningga dunia 2002.

Sebenarnya draf empat muka surat telah diperkasakan dalam sebahagian


ideanya telah dilaksankanan di Terengganu di bawah Kerajaan PAS
Terengganu.

29
14 MAHATHIR VS KARPAL,
SAYA SEKADAR NAK GELAK AJE
Rabu, 8 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Tun Dr Mahathir Mohamad, pakar manipulasi telah


membuat kenyataan berhubung dengan perkembangan
Muktamar PAS kali ke-57 dengan mengatakan tak payah tunggu
Karpal Singh mati untuk langkah mayat, PAS telahpun berubah
dasar daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.
Walaupun tak hadir Karpal telah menang kata sinisnya.

Saya akui Tun Mahathir memang licik dalam sebarang


kenyataan, dalam keadaan selamba dan bersahaja kadang kala
dia boleh matikan hujah. Tak ramai yang macam dia ini. Tuan
Guru Nik Abdul Aziz juga bersifat demikian.

Hari ini Karpal Singh dalam blognya menasihatkan Tun


supaya menggunakan sisa-sisa hidupnya untuk bertaubat kerana
dia terlalu banyak membuat dosa semasa menjadi Perdana
Menteri 22 tahun yang lalu.

30
CATATAN TIN BURUK......
Karpal menambah lagi Tun adalah seorang yang degil dan
keras kepala. Dia tidak pernah memohon maaf atas kesalahannya
kepada negara dan rakyat. Sepatutnya masa tua dan sisa baki
umur ini diguna untuk dia bertaubat.

Saya rasa kedua-dua ini kalau diibaratkan ubi kayu. Kedua-


duanya adalah ubi yang tak empuk walaupun dimasak berjam-
jam. Dah keras macam kayu..

Saya tak nak masuk campur dalam pergaduhan dia orang.


Anda macam mana?

31
15
LEBIH PAS DARIPADA AHLI PAS
Rabu, 8 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Saya bimbang juga nak menulis tentang PAS secara kritis,


pasal pembaca yang pro Pakatan Rakyat pun bukan semua boleh
faham apa yang kita tulis. Tapi saya tak kisah berbeza pandangan
itu perkara biasa dalam gerakan Islam. Saya menulis mengikut
pendapat saya.

Tulisan saya sebelum ini "Saya nak berbalah pasal


Negara Kebajikan" ada yang tak faham walaupun mereka
bercakap Bahasa Melayu.

Saya menulis "Selapas ini kami ahli PAS akan berbalah lagi untuk
program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden yang akan dibuat di setiap
Kawasan pasal Negara Berkebajikan dan Negara Islam". Ada 2 forumer
di Tranungkite kata saya bangang!

32
Utusan Malaysia kata PAS mula berbalah, saya mengiyakan
kerana di Munaqasah Ucapan Dasar nanti ahli-ahli PAS akan
hadam apa yang dijadikan Ucapan Dasar. Mereka 'berbalah'
dengan apa yang dimaksudkan untuk memperkuat dan
memperteguhkan apa-apa saranan dalam Ucapan Dasar.
(Munaqasah ni mudah sebut macam forum jugalah..)

Jika mereka bukan ahli PAS mereka tak tahu semua ini. Di
internet kadangkala ada forumer lebih PAS daripada ahli PAS. Ini
yang membuatkan PAS menjadi huru hara dibuatnya.

Untuk pengetahuan forumer yang tegur saya, ada PAS


kawasan yang menjadikan teks ucapan dasar Presiden sebagai
teks usrah mereka. Mereka berbahas tiap minggu atau bulan
sehingga habis teks itu dihadam erti pati yang terkandung dalam

CATATAN TIN BURUK......


ucapan dasar berkenaan.

Itulah makna berbalah.

33
16
ANAK MALAYSIA
Khamis, 9 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan


bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik
dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan
berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

Kenyataan ini berhubung permohonan ADUN Subang Jaya


Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang
mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay
Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

Saya setuju benar dengan kenyataan ini. Bangsa ciptaan


Allah s.w.t. yang kita tak boleh tukar suka sama suka. Kita sekadar
boleh kacuk untuk menjadi bangsa yang lebih dominan. Rakyat
Amerika sendiri juga adalah hasil kacukan yang makan masa
ratusan tahun.

34
Dulu bangsa Jepun rendah dan pendek, tapi mereka telah
membuat revolusi untuk menukarnya selepas kekalahan dalam
perang dunia kedua dengan menukar sistem permakanan. Kalau
dulu mereka makan nasi lebih banyak daripada ikan (lauk) tapi
sekarang mereka makan lauk lebih banyak daripada nasi. Tapi
kekuatan revolusi ini tak mampu mengatasi dengan hasil kacukan
dengan bangsa lain.

Masyarakat Melayu juga begitu, dulu orang melayu macam


setara (hampir sama rupa paras dan tinggi rendah) kerana mereka
kahwin antara anak beranak atau sekampung. Tapi sekarang tidak
lagi yang Perlis kahwin dengan yang Johor bercamnpur baur latar
belakang keturunannya.

Lihat sahaja Najib yang nak kahwinkah anaknya dengan

CATATAN TIN BURUK......


bangsa Kazakhstan. Itu nak kuatkan bangsa Melayu pasal itu dia
guna duit rakyat.

Tun Dr Mahathir juga daripada bangsa kacukan tapi dia


masih anggap dia Melayu tulen dan semangat Melayunya
melebihi daripada orang lain.

Tak perlulah main isu bangsa.

Nasib baik perempuan tak boleh kahwin ramai, kalau tak


nanti ada ADUN perempuan yang akan kahwin dengan Melayu,
Cina India, Iban, Kadazan, Murut, dll

Wah ini benar-benar ANAK MALAYSIA.. warna kulitnya


pun hampir sama dengan bendera Malaysia.

35
17
HARI INI TRAGEDIS UNTUK PKR
Khamis, 9 Jun 2011

Hari ini Ibu Pejabat PKR di Tropicana, PJ akan dilelong.


Pihak PKR dipercayai akan membida bangunan ini semasa
lelongan dibuat. Berjaya atau tidak belum pasti kerana banyak
sangat tangan-tangan yang nak mengaibkan PKR.
CATATAN TIN BURUK.....

Bangunan juga macam bendera, maruah kepada PKR


keseluruhannya. Dulu kita dengar bangaimana Ja`far bin Abu
Thalib dalam perang dengan Rom mempertahankan bendera
Islam sehingga kedua-dua tangannnya terpotong. Dia masih
memegang dan mempertahankan bendera Islam dengan
memeluk menggunakan tunggul baki tangan sehingga beliau mati
dan bendera ini diambil alih oleh Abdullah bin Rawahah.

Pengajaran kepada Pakatan Rakyat, mana-mana negeri


yang dikuasai supaya memperkemaskan organasasi termasuk
harta aset.

Saya tak bimbing pada negeri Kelantan kerana PAS-PAS


Kawasan mempunyai bangunan dan pusat tarbiyyah yang baik.
Di Terengganu ada PAS Kawasan bijak, mengambil kesempatan
daripada masa pemerintahan dengan bangunan dan pusat

36
tarbiyyah yang baik, tapi ada juga yang lalai hingga tak sempat
nak fikir untuk jamaah hanya sekadar fikir untuk diri dan kroni
sahaja.

Saya menasihatkan terutama untuk PAS Kedah. Peluang


yang ada perlu digunakan jangan 'betul bendol' dalam hal ini.
Lihat sahaja di Perak, berapa PAS kawasan yang ambil
kesempatan buat bangunan dan pusat tarbiyyah?

Dalam SWOT ini disebut sebagai Opportunities

CATATAN TIN BURUK......

37
18 HUKUM HUDUD,
KENAPA KITA BERLENGAH?
Khamis, 9 Jun 2011

Beberapa hari ini banyak sangat tulisan pasal hukum hudud.


Tun Mahathir walaupun dah terlalu tua masih ada daya berita
yang baik. Kenyataannya nampak membuatkan PAS dan
pimpinannya terpaksa menjawab.
CATATAN TIN BURUK.....

Dulu saya dengar dalam ceramah-ceramah PAS, hudud


akan dilaksanakan. Memang dalam ceramah mudah kita
bercakap tapi semasa perlaksanaan cukup sukar kerana kita kena
kaji banyak perundangan untuk melaksanakannya apatah dengan
berbilangnya kaum dan agama yang sudah pasti mereka semua
tidak sependapat dalam hal ini.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993


(Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan
Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS
pada pilihan raya 1990.

38
Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam
perlaksanaan hukum hudud ini.

Di Terengganu pula pewartaan rang undang-undang


kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu
1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan
Terengganu.

Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji


Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada
7 Julai 2002.

Negeri Terengganu agak bernasib baik kerana Sultan


menanda tanganinya. Saya juga di fahamkan Tun Salleh Abas
tidak bersedia untuk perlaksaan undang-undang ini kerana tidak

CATATAN TIN BURUK......


ada ruang dalam perlembangaan yang membolehkan Undang-
undang Hudud dilaksanakan.

Tun Salleh ni yang paling profesional dalam hal undang-


undang. Tapi geng ulama desak dan ada seorang dua yang
bersungguh-sungguh, tak perlu saya tulis di sini siapa dia ulama
muda ini.

Akhirnya Allah memberikan mereka idea menggunakan


undang-undang awal daripada penemuan batu bersurat dan
mengambil ruang dalam perlembangan dalam hal undang-
undang sehingga undang-undang Hudud dan Qisas berjaya di
Terengganu.

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu


Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang
bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri
Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ).

39
Ini adalah kerjayaan besar PAS Terengganu dalam
menegakkan hukum Allah. Hanya Allah s.w.t. sahaja memberikan
ganjaran kepada mereka yang berusaha ke arah itu.

Ini juga membuatkan saya masih berpendapat ulama harus


memimpin profesional dalam gerakan Islam di Malaysia ini
kerana ulama ada 'barkat' untuk menjayakan profesioal yang ada
kebijaksanaan.

Di Kelantan, selepas tahun 1993 sehingga sekarang usaha


untuk membawa semula undang-undang Hudud ini nampak
macam 'berlengah' sahaja. Saya kurang maklumat sejauh mana
usaha ini dilakukan. Atau sekadar kita akan memberi alasan
kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tak setuju dan memberikan
amaran kepada kita maka kita sudah terlepas daripada
CATATAN TIN BURUK.....

tanggungjawab ini?

Sultan Kelantan sekarang ini disebut adalah sultan terbaik.


Takkan kita masih berlengah lagi dengan hal-hal keduniaan lain?

40
19
GOLONGAN LIBERAL DALAM PAS?
Jumaat, 10 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Blog The Scribe A Kadir Jasin ada mengulas tentang pemilihan
Muktamar PAS yang terkini dan melabelkan sebagai golongan
liberal telah membuat pembebasan kepemimpinan Pas
daripada monopoli golongan ulama.

Saya taklah serius sangat nak ulas penulisan A Kadir Jasin


walaupun beliau adalah penganalisis yang agak baik. Pasal dia
bukan tahu sangat pasal PAS. Persepsi dia terhadap PAS pun dah
tak betul pada awal penulisannnya. Kalau nak dibandingkan
dengan Raja Azmi dalam membuat filem bodoh dalam botol pun
rasa baik Raja Azmi ada juga kajian daripada kisah benar.

Penulis yang baik sepatutnya tak dipengaruhi oleh sentimen


dalam menulis, barulah penulisan lebih realistik.

Berbeza daripada pergerakan Islam yang berkecuali


dan non-partisan, Pas, awal dan akhir, adalah
perjuangan politik partisan.

Justeru itu, Presidennya, Abdul Hadi Awang dan

41
Ketua Dewan Ulamanya, Nik Abdul Aziz Nik
Mat, adalah ahli politik.

Hakikat bahawa mereka ulama adalah kebetulan


dan bukan hal pokok. Kerjaya harian mereka ada
sebagai ahli politik. - A Kadir Jasin

Bila pula Nik Abdul Aziz Ketua Dewan Ulama?

Tiada siapa boleh menafikan yang pembebasan


kepemimpinan Pas daripada monopoli golongan
ulama telah dan akan terus mengubah persepsi
umum terhadap parti itu. Malah sudah terdengar
cakap-cakap bahawa Pas sudah hampir menyerupai
Umno dan kaukus Melayu PKR. - A Kadir Jasin
CATATAN TIN BURUK.....

Bagi yang tidak mengenali PAS dan tidak memahami PAS


secara menyeluruh akan membuat label perbezaan pendapat dan
pendekatan dalam PAS. Perkara ini agak ketara kerana zaman
sekarang kemudahan komunikasi agak luas dan cepat dengan blog,
facebook, twitter dan HP. Zaman dulu PAS sama sahaja bila ada
pemilihan. Mereka menggunakan usrah, tamrin, liqa dan apa
program untuk membawa aliran pemikiran dan pendekatan.

Walau apa pun saya ucap tahniah kepada A Kadir Jasin


yang mengakui bahawa keputusan pemilihan ini adalah menarik
dan akan membuka satu lalu baru kepada PAS dalam Pakatan
Rakyat.

42
20
SIAPA SETIUSAHA AGUNG PAS PUSAT?
Jumaat, 10 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Semalam dalam perjalanan yang jauh saya asyik berfikir
siapa agaknya SU Agung PAS untuk kabinet PRU-13.

Hari ini saya dapat 2 call daripada orang penting dalam


gerak kerja PAS semuanya bercakap berkenaan dengan SU
Agung PAS.

Dulu semasa arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor hendak


memilih SU Agung, yang dikatakan pro kepada ulama (geng ulama)
lebih suka kepada Ustaz Nasha kerana mereka tidak mahu Dr
Hatta Mohd Ramli menjadi SU.

Apabila ustaz Nasha bertanding sebagai Timbalan Presiden,


dan memenangi jawatan itu. SU Agung telah diberikan kepada
Dato' Kamaruddin Jaafar. Dato' KJ dikatakan kurang membantu
Presiden dan aliran pemikiran mereka juga ada sedikit perbezaan.

Ada juga yang mengatakan PAS banyak hilang kerusi


dengan PKR kerana Dato' KJ tidak begitu 'berkeras' dengan

43
PKR dalam pengagihan kerusi.

Akhirnya Cikgu Pa dilantik semula. Sebelum Cikgu Pa


dilantik ada usaha-usaha untuk melantik YB Salahudin Ayub
untuk jawatan ini, tetapi YB Salahuddin telah bertanding jawatan
Naib Presiden maka mereka memilih Cikgu Pa.

Cikgu Pa dikatakan terbaik untuk jawatan bagi persiapan


pilihan raya terutamanya untuk pengagihan kerusi dalam Pakatan
Rakyat. Ada juga yang menyebut, Cikgu Pa boleh heh' sahaja
dengan DS Anwar. Dia menyebut "Ayah Chik" (TG Abdul Hadi)
malu alah bila berunding dengan DS Anwar. Pasal itu Cikgu Pa
yang sepatutnya dah bersara dimasukkan semula dalam "team".

Beberapa hari sebelum pemilihan Muktamar PAS kali ke-


CATATAN TIN BURUK.....

57, saya terbaca satu blog yang penulinya membuat poll secara
rambang dengan menghantar SMS kepada 100 orang pemimpin
PAS peringkat pertengahan untuk mencari siapa yang layak
menjadi SU.

Majoriti mereka yang membalas SMSnya menjawab Dr


Mujahid Yusof Rawa. Poll ringkas tanpa sebarang alasan tidak
boleh mengenalpasti kenapa Dr Mujahid dipilih. Saya juga
tertanya-tanya apa kelebihan Dr Mujahid untuk jawatan ini?
Sudah pasti yang 'berulama' tak akan bersetuju dengan Dr
Mujahid.

Sayuti Omar dalam tulisannya pula memilih Tuan Ibrahim


Tuan Man sebagai SU. Saya dah banyak kali tak berkenan
(setuju) dengan Sayuti ini. Dulu dia kata Utusan Malaysia
mempengaruhi perwakilan dalam pemilihan. Saya berpendapat
akhbar Siasahpun "kelu-kelik" dalam menyampai masej semasa
pemilihan Muktamar baru-baru ini. Akhbar ini bagi saya tak akan
pergi ke mana apabila diterajui oleh Sayuti sepenuhnya daripada
PAS.
Saya dimaklumkan YB Husam berkempen untuk Dr Syed

44
Azman sebagai SU. Rasanya sukar untuk Presiden menerima
kerana sebelum ini Dr Syed Azman telah menjadi salah satu SU
Politk kepada Tuan Guru Abdul Hadi, tapi dia dikeluarkan (istilah
sebenar pecat) atas beberapa sebab tertentu.

Keputusan pemilihan AJK PAS dalam Muktamar baru-baru


ini telah membuatkan satu gelombang baru sehingga UMNO dan
kuncu-kuncunya menjadi tidak menentu. Blog-blog pro-kerajaan
dan UMNO/BN hilang pedoman dalam hal ini.

Untuk memastikan mod ini kekal, SU Agung PAS bagi saya


perlu ditukar. Cikgu Pa masih terbaik, tapi situasi dan keadaan
memerlukan Tuan Guru Abdul Hadi melepaskannya untuk
melihat TG tidak lagi terikat dengan Cikgu Pa. Kalau Saidina
Omar oleh tukar Khalid Al Walid sebagai panglima perang,
kenapa tidak boleh dibuat demikian demi strategi dan mengambil

CATATAN TIN BURUK......


kira mod rakyat.

Cikgu Pa pun sendiri telah menyatakan dalam muktamar


baru-baru ini semasa beliau menggulung ucapan mengatakan
seseorang yang bagus tapi audion tak menerimanya juga akan
diketepikan.

PAS menang tahun 1999 di banyak Negeri dan kawasan


kerana rakyat Melayu khususnya hendakan PAS bencikan
UMNO. Tapi selepas itu PAS tidak menguasai orang Melayu dan
PAS menang kerana sokongan bukan Melayu. Faktor-fator ini
juga perlu diambil kira dalam memilih SU Agung PAS kali ini.

Saya lebih suka Dr Hatta Mohd Ramli sebagai SU. Entah?


Rasanya dia boleh kawal pengaliran wang, terutamanya wang
harakah.

Nanti ada yang bertanya diakan dah jadi Bendahari PAS


kenapa perlu jadi SU untuk kawalan wang? Itu engkau orang
boleh fikir sendiri!

45
21
UMNO NAK TUBUH SAYAP ULAMA?
Jumaat, 10 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

UMNO begitu marah dengan keputusan pemilihan


Muktamar PAS kali ke-57 baru-baru ini kerana mengikut
pentafsiran mereka PAS telah menepikan golongan ulama.
Banyak ulasan carca merba kerana keputusan menarik ini.

Yang paling sedih dalam hal ini ialah Tun Mahathir dan
Utusan Malaysia. Hari-hari kita boleh baca penulisan tazkirah di
dalam Utusan Malaysia memberikan nasihat kepada ahli-ahli
PAS agar mengutamakan ulama dan menegakkan Negara Islam.

Wah hebat betul komitmen mereka terhadap agama Islam


anutan mereka!

Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Zaini Hassan,


dalam tulisan kolumnya CUIT telah mencadangkan agar UMNO
menubuh segera Sayap Ulama UMNO (SUU).

Tak sampai esok, kenyataan ini telah disokong oleh Naib


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang
berkata, sayap ulama juga boleh bertindak sebagai badan yang

46
secara berkala memberi nasihat kepada pelaksanaan dasar-dasar
parti.

Manakala Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin


berkata, penubuhan sayap ulama UMNO perlu disegerakan
memandangkan Pas dilihat tidak lagi menerajui perjuangan
Islam.

Saya tak nak ulas panjang berita-berita daripada UM ini


habis karen sahaja (membazir). Saya hanya tergelak dan terus
tergelak.

Utusan Malaysia adalah akhbar yang boleh menjadi prof


atau Dr bodoh dan bengong. Ini semua kerja Zaini Hassan.
Baca tulisan Wanda Idris, pengarang UM berkenaan kenyataan

CATATAN TIN BURUK......


Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof.
Datuk Dr. Kamaruddin Kachar tentang muktamar PAS.
Semuanya lingkup seolah-olah mereka ini tak boleh berfikir.

Nasib malang bagi orang Melayu, persatuan Melayu dan


akhbar Melayu.

47
22 MAT SABU ATAU SHAFIE NOR
YANG NAK TUNJUK BELANG?
Jumaat, 10 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Saya terbaca artikel daripada blog baru. Hampir sama


lahirnya blog itu dengan blog saya. Penulis blog ialah Shafie Nor
seorang wartawan veteran yang berkhidmat di era Tun Abdul
Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein
Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pernah berkhidmat dengan The New Straits Times sekitar


1972-1982 dan sebelum bersara menjadi Ketua Editor Suara
Merdeka terbitan UMNO Malaysia.

Dia juga penulis buku dan antara buku yang agak menonjol
ialah Dosa-Dosa Tengku Razaleigh.

Dalam tulisan sulongnya Shafie Nor ada menulis.

NAMPAKNYA Timbalan Presiden Pas yang baru,


Mohamad Sabu mula tunjuk belang. Selang
beberapa jam sahaja sah menang jawatan, dia ajak
rakyat turut serta dalam perhimpunan gerakan bersih
kedua yang dirancang pada 9 Julai depan.

48
Dia juga meminta ahli-ahli dan para pemimpin
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beramai-ramai
menghadiri perhimpunan yang diatur untuk
mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi
dan adil dalam proses pengundian pilihan raya

Saya rasa Shafie Nor tak tahu apa itu usul dan bagaimana
proses usul dilaksankan sehingga boleh dibawa untuk
dibentangkan dalam Muktamar.

Dah pencen tak payah nak tunjuk hebat dan belanglah!!

CATATAN TIN BURUK......

49
23 VIDEO SEKS MAT SABU
PULA DI SEKITAR AMPANG
Sabtu, 11 Jun 2011

Saya cukup gembira apabila Timbalan Presiden PAS baru,


CATATAN TIN BURUK.....

Mohamad Sabu enggan mengulas berkenaan penyebaran video


seks yang dikaitan dengan beliau dikatakan diedar di sekitar
Ampang menggunakan letterhead berlogokan PAS.

Bodoh! kalau nak guna letterhead PAS, buatlah semasa


Muktamar baru nampak real sedikit boleh pula tuduh geng
Ustaz Nasha yang buat. Bolehlah pecah belahkan PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan


bahawa tak masuk syurga sekiranya membuat tuduhan kepada
seseorag termasuk membuat tuduhan melalui video seks.
Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru atas kenyataan TG
Nik Abdul Aziz tersebut. Jika kita biasa dengan kuliah atau
mendalami ilmu, kenyataan TG Nik Abdul Aziz boleh difahami
serta mempunyai maksud yang men'dalam'.

Begitu juga, ramai orang tidak memahami kenyataan oleh


Tuan Guru Abdul Hadi Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)
dalam penolakan video sebagai saksi.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menolak penggunaan

50
video sebagai saksi (bukan bahan bukti) dalam kes zina dan liwat.
Menurut Datuk Seri Abdul Hadi, video tidak boleh menjadi saksi
kerana tiada mata dan telinga.

Sepatutnya sebelum kita mengulas kenyataan Presiden PAS


ini, kita harus mendalami kenyataan-kenyataan sebelumnya bagi
mendapat gambaran sebenar apa yang dimaksudkan oleh
Presiden PAS ini.

CATATAN TIN BURUK......


Untuk mendalami kenapa video tak boleh jadi saksi sebagai
maksud Presiden PAS, kita ambil contoh video di atas (video
tuduhan liwat Anwar Ibrahim dimana Tun Mahathir menyatakan dia yang
mengarahkan - kenyataan sebanr Tun adalah dalam bentuk sinis). Video ini
sendiri tidak mampu memberitahu kita video berkenaan diedit
atau tidak. Apa reaksi gambaran orang yang sedang bercakap,
sinis ke, seriuskan, main-main ke...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan umat


Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana
bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT
menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena kepada orang
zalim sahaja sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja.

Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda pernah berkata,


tindakan Datuk T mendedahkan video seks tersebut tanpa
mengemukakan bukti yang kukuh dan tidak menepati syarat-
syarat yang sepatutnya dalam Islam lebih bersifat mengaibkan.

51
Manakala dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri
Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara
terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat
Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

Diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abi Bakrah: Abu


Bakrah, Ziyad, Nafi dan Syabl bin Mabad berada di sebuah
kamar tingkat dua dan Mughirah berada di kamar bawah yang
berseberangan.

Angin bertiup, pintu terbuka dan tirai terangkat. Dan


mereka menyaksikan Mughirah berada di antara
kedua paha seorang perempuan. Dan mereka berkata
satu dengan yang lain: Kami telah diberi percobaan
oleh Mughirah. Abdurrahman melanjutkan:
Kemudian Abu Bakrah ra, Nafi ra dan Syabl ra
CATATAN TIN BURUK.....

memberi kesaksian, tetapi Nafi tidak


mengungkapkan dengan pasti bahwa Mughirah telah
menzinai perempuan itu. Dan Umar mencambuk
mereka bertiga kecuali Ziyad. Tetapi Abu Bakrah ra
tidak puas. Ia berkata: Bukankah kamu telah
mencambukku? Umar menjawab: Benar. Abu
Bakrah melanjutkan: Dan aku bersaksi dengan
nama Allah, bahwa Mughirah telah melakukannya.
Umar mau mencambuknya sekali lagi. Namun Ali
berkata: Bila penyaksian Abu Bakrah dijadikan
penyaksian dua orang, maka rajamlah juga
sahabatmu.

Kesimpulannya walaupun dah ada 3 saksi melihat secara


'live' Saidina Omar masih lagi tidak menerima pengsaksian
mereka kerana tak cukup syarat 4 orang.

Rasanya dalam isu ini apa salahnya kita mengikut ajaran


Islam, anutan kita?

52
24
HARAKAH PERLU DIBERIKAN NAFAS BARU
Sabtu, 11 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Semalam berborak kosong dengan sahabat di kawasan Batu.
Macam biasa cerita-cerita ringan pasal politik tanah air. Lebih
banyak tertumpu kepada masalah dalaman PAS dan harapan
untuk AJK PAS yang baru dilantik.

Sahabat saya bertanya, tahu tak, ada orang hantar SMS


kepada semua AJK Tertinggi yang dilantik baru-baru ini pasal
nak tukar pengurusan harakah.

Saya jawab ringkas, tahu. Saya kata kepada sahabat saya


sepatutnya lobi-melobi ini tak perlu dibuat. Apatah lagi
menggunakan nama orang-orang penting dalam harakah
sedangkan dia tak tahupun. Kita tak boleh ambil percakapannya
dikedai kopi sebagai sandaran dalam SMS bahawa dia juga setuju
dengan perubahan itu.

Saya melihat banyak perkara buruk berlaku kerana


penyebaran maklumat tanpa pengesahan yang tepat. Sahabat
saya terdiam, macam dia bersetuju dengan saya.

53
Isu harakah ini kata saya, tak dipandang besar, walaupun
kita beritahulah apa masalah sekali pun. Sebab harakah adalah
projek PAS yang paling berjaya. Harakah menaikan peruntukan
kepada Pejabat Agung daripada RM40 ribu kepada RM50 ribu
sebulan.

Harakah banyak menampung perjalanan keluar masuk


pimpinan PAS, termasuk keluar negara. Jadi tak ramai orang nak
fikir pasal 'masalah' di harakah, kalau ada pun hanya mereka fikir
bagaimana nak pergunakan duit harakah bagi tujuan dan aktiviti
untuk kawasan mereka sahaja.

Sahabat saya masih terdiam.

Saya kata lagi, cuba beritahu mana-mana projek yang


CATATAN TIN BURUK.....

berjaya di dalam PAS selain harakah? Kohilal, nanti ramai yang


menagis tak berlagu. TV PAS yang lebih RM4 juta? (Jangan salah
faham dengan webtv.pas.org). Tak payah saya nyatakan yang lain-lain
dan banyak lagi, cukuplah 2 ini sebagai asas hujah, nanti ada pula
yang tuduh saya nak dedahkan aib PAS pula.

Sebelum ini ada perwakilan dalam muktamar yang lalu


menyebut mengenai isu harakah tetapi perwakilan ini tidak
mendalami isu berkenaan dan banyak fakta yang tak jelas. Cikgu
Pa hanya 'heh' sahaja perwakilan itu.

Saya juga ada membaca beberapa blog yang menyerang


begitu hebat pasal isu harakah, dia fokuskan iklan harakahdaily
dengan maklumat yang tepat. Tak sampai ke mana juga, habis ke
mana penulis itu sekarang?

Saya sebut kepada kawan saya, Cikgu Pa SU Agung boleh


kita anggap sebagai doktor pakar, PAS. PAS pula bagai hospital.
Manakala isu iklan harakahdaily adalah penyakit kencing manis,
yang kakinya dan buruk, beberapa jari sudah hitam legam!

54
Sambil gelak saya katakan kepada sahabat saya kawasan
Batu itu, engkau ingat Cikgu Pa hairan ke? Doktor dia biasalah
melihat orang yang mati hari-hari. Cedera lebih parah daripada
itu. Jadi setakat kaki buruk doktor hanya pandang sebelah mata
sahaja. Jadi isu iklan harakahdaily entah nombor berapa dalam
rangking masalah di kepala Cikgu Pa.

Cikgu Pa lebih berfikir masalah Pakatan Rakyat, nak


naikkan imej Presiden dan banyak lagi isu yang lebih besar. Isu
Harakah sepatutnya Dato' KJ yang menguruskannya.

Saya kesian juga kepada beberapa penulis blog yang jujur


berusaha dalam hal ini. Tapi realiti dalam PAS perlu juga di
halusi barulah masalah berkenaan boleh diatasi.

CATATAN TIN BURUK......


"Habis engkau setujulah, harakah kekal seperti sekarang?" tanya
sahabat saya.

"Tak, harakah perlu diberikan nafas baru" tegas sahaja.

"Hujahnya?" tanya sahabat saya.

Belum sempat saya jawab, saya terima call dan terpaksa


meninggalkan sabahat saya.

Saya akan sambung lagi penulisan ini.

55
25 MENGGUNA KITAB UTUSAN
MALAYSIA BAGI MENYERANG USTAZ NASHA
Sabtu, 11 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Sepatutnya selepas sahaja muktamar, tak ada lagi siri-siri


kempen sehingga melampaui batas dan agama terutama kepada
kumpulan blogger yang pernah disebut oleh Tuan Guru Nik
Abdul Aziz sebagai "blogger celako".

Saya masih percaya kekalahan ustaz Nasha dalam


pemilihan baru-baru ini bukan daripada kesan kempen tapi atas
diri beliau sendiri dan mood perwakilan yang nak sesuatu yang
lebih terserlah.
Sebagaimana pernah berlaku orang menolak Ustaz Hassan
Shukri, bukan kerana dia tak bagus. Ustaz Hassan adalah 'hamba
abadi' parti! Jiwa dan raganya adalah untuk PAS.

Terbaca blog Zainul Faqar dan meneliti secara halus tulisan


yang jelek dan hina. Masih menjadikan Utusan Malaysia sebagai
sumber rujukan dalam penulisan blognya.

Menyerang Ustaz Nasha menggunakan hujah Utusan


secara halus dan tidak bertanggungjawab.

56
Zainul Faqar ini telah dimasukkan ke dalam harakah,
menjadi pemberita semasa dia belum lagi jadi ahli PAS. Jadi tidak
hairan kalau dia boleh mencerca ucapan Tuan Guru Haji Abdul
Hadi, Presiden PAS tertekala semua orang memuji ucapan
tersebut. Paling menyedihkan Presiden PAS dicerca oleh
wartawan harakah sendiri sedangkan pada masa itu wartawan
lain memuji!

Selepas dikeluarkan daripada Harakah, dia menjadi


wartawan Malaysian Insider. Ini menjawab kenapa sebelum ini
Malaysian Insider mendapat maklumat 'firsthand' tentang berita-
berita dalaman PAS yang mana berita ini hanya boleh diperolehi
daripada wartawan kanan harakah sahaja.

CATATAN TIN BURUK......


Tak lama selepas itu, dia juga dikeluarkan daripada
Malaysian Insider (pecat). Biasalah kalau tidak ada kebolehan
dalam bidang wartawan atau menulis, siapa nak tanggung orang
macam ini?

Saya tak tahu dia berkerja dengan siapa sekarang ini. Tapi
sebelum pemilihan muktamar PAS baru-baru ini dia ibarat
sebagai 'anjing upahan'.

Selagi ada manusia yang tak boleh berfikiran rasional dalam


PAS, menerima hakikat perjuangan. saling tolak ansur selagi itu
PAS nampak tak akan aman dengan 'bunga-bunga' fitnah.
Walaupun mereka ini tak ramai tapi 'api syaitan' sentiasa
membuatkan kita menjadi tak menentu.

57
26 MUFTI PERLIS DESAK PAS TUBUH
JK PEMANDU NEGARA KEBAJIKAN
Sabtu, 11 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak PAS menubuhkan


jawatankuasa pemandu bagi merealisasikan agenda negara
berkebajikan yang diketengahkan dalam muktamar parti Islam itu
minggu lalu.

Katanya, pembentukan badan itu penting bagi membentuk


halatujunya supaya selari dengan Islam, sekali gus jelas di mata
rakyat.

"Ini spatutnya jadi aulawiyat (keutamaan) sekarang kerana


momentum kesedaran rakyat amat kuat," katanya.

Beliau mencadangkan jawantuasa "inklusif" itu dianggotai


kumpulan pemikir "yang aktif dan realis".

"PAS perlu buktikan yang mereka mampu buat lebih


daripada kerajaan yang ada. Jangan ia disejukkan oleh asakan
balik Umno bahawa PAS tak praktikal.

58
"Ketepikan sekejap program kurang utama dan retorik
lama. Blueprint (rangka tindakan) itu nanti penting dan akan jadi
satu model standrd bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti,"
katanya.

Dr Juanda juga berharap perkara itu boleh mengelakkan


tafsiran pelbagai oleh penceramah PAS yang kadang kala
mengelirukan seperti yang berlaku dalam isu negara Islam
sebelum ini.

Untuk makluman pembaca Tuan Guru Haji Abdul Hadi


ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulong YB
Salahuddin Ayob telah menyatakan kepada pemberita yang
beliau akan mengarang buku berkaitan dengan Negara
Berkebajikan.

CATATAN TIN BURUK......


Ini akan memberikan gambaran sebenar tentang konsep
negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS yang
berlaianan dengan apa yang diwar-warkan oleh DAP, bila ditanya
wartawan adakah negara berkebajikan sama dengan apa yang
dibawa oleh DAP.

Bila buku ini siap, saya difahamkan buku ini akan


dibahaskan dalam Majlis Syura Ulama dan akan dibentangkan
kepada mesyuarat AJK PAS Pusat.

Diharap kita bersabar dalam hal ini, jangan terlalu gopoh


membuat pentaksiran sendiri sehingga wujud kekeliruan dalam
hal ini.

Tunggu dulu sehingga pimpinan kita bersedia untuk


membentangkannya. Jangan kita terperangkap dengan pro-
panganda musuh terutama UMNO/BN.

59
27
PIALA FA: PRESIDEN PAS UCAP TAHNIAH
Ahad, 12 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Semalam saya begitu teruja apabila Presiden PAS


mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Terenganu kerana
memenangi Piala FA. Ucapan daripada facebook beliau telah
disiarkan melalui Harakahdaily lewat semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu
yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan


permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir
perlawanan, ujarnya di laman Facebook - Harakahdaily

Saya juga rasa bangga bila Harakahdaily sudah tidak


lembab seperti dulu dalam mengemaskini berita dan
perkembangan ini agak baik.

Presiden PAS mestilah mesra rakyat, mudah berbincang dan


idea serta pandangannya mestilah diketengahkan. TG Haji Abdul
Hadi memang diketahui mahir menggunakan komputer, malah

60
antara pimpinan yang awal menggunakan IT. Walau
bagaimanapun mesti ada penggerakkan dibelakang beliau untuk
mengerakkannya kerana beliau tidak mungkin mampu untuk
membuat semuanya walaupun beliau mahir.

Kegembiraan saya tak sepenuhnya dan masih ada yang


perlu didukacita seperti blog Presiden yang tidak dikemaskini
sehingga hari ini. Posting terakhir pada 19 April 2011 berkenaan
PAS akan bertanding di Sarawak adalah terlalu terbelakang.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Pengarah IT PAS Pusat sepatutnya sedar dalam hal ini


bukan asyik mengatur 'chai' tetapi kenalah lihat semua ini. Jika
dia boleh arahkan orang-orang IT untuk mengemas kini blog

CATATAN TIN BURUK......


Kalam Perantau, kenapa beliau tak boleh berbuat demikian untuk
blog Presiden?

Blog Mohamad Sabu dot Com alhamdulillah nampak baik


semenjak April 2011 mungkin ini adalah momentum daripada
beliau hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sebelum
ini blog beliau juga ada turun dan naik.

Saya juga masih sedih melihat laman Dewan Ulama PAS


Pusat. Walaupun sebelum ini ada penulisan daripada penulis blog

61
menegur perkara ini, tapi nampaknya Dato' Harun Taib seolah-
olah tidak mengendahkannya.

Saya juga macam pelik, Pesurunhjaya PAS Negeri


Terengganu tidak mempunyai laman rasmi untuk berkomunikasi
dengan masyarakat luar khususnya pengguna internet. Cukup
malu sekiranya anda buka laman Ketua Dewan Ulama yang
posting terakhir adalah 1 Febuari 2010 lebih setahun yang lalu.

Tak hairan jika beliau hendak membuat sidang media, Dato'


Harun Taib terpaksa mengggunakan Sinar Harian! Kalau ada
blog atau laman kan mudah. Wartawan pun boleh semak blog
jika ada mana-mana isu wartawan boleh menjadikan berita hanya
mengambil maklumat daripada blog atau laman pimpinan.
CATATAN TIN BURUK.....

Saya sama sekali tak nak kritik Dato' Harun tapi sepatutnya
orang sekelilingnya yang perlu perihatin dalam hal ini!

62
28 LEMBAGA PENGARAH
HARAKAH TAK BERFUNGSI?
Ahad, 12 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Terima kasih kepada seorang pengunjung yang membuat
komen kepada tulisan saya "Harakah perlu diberikan nafas
baru". Saya menghargai komen saudara dan daripada tulisan
saudara saya rasa amat mengenali saudara.

Saya percaya komen beliau ikhlas dan beliau berada dalam


situasi yang sebenar yang mana pandangan dan luahan beliau
perlu diambil perhatian.

Di bawah ini saya nukilkan semula komen beliau untuk


tatapan pembaca kerana di sana ada banyak perkara yang boleh
difikirkan bersama.

princess said...

Salam. Saya terbaca artikel yang anda tulis yang telah


di post ke Tranungkite. Nampaknya banyak benda
yang rasa anda tidak tahu berkenaan harakah.

Tahukah anda apa yang ditulis sebelum ini

63
mempunyai kebenaran yang boleh diambil. Malangnya
oleh kerana tiada tindakan maka perkara itu
dipendamkan begitu sahaja. Memang terdapat SMS
yang dihantar kepada pimpinan baru yang menang
tetapi itu adalah untuk perhatian mereka yang memang
perlu di ambil tindakan bagi membetulkan keadaan di
harakah.

Perasaan tidak puas hati kakitangan Harakah


terutama Editorial terhadap pentadbiran memang tidak
dapat disembunyikan lagi. Ini adalah kerana
kelemahan daripada Pengerusi. Lembaga Pengarah dan
Pengarah Urusan sendiri. Kakitangan tiada tempat
untuk mengadu. Jika mengadu maka mereka akan dicop
dan sukar untuk menuntut apa-apa kemudahan
CATATAN TIN BURUK.....

dikemudian hari.

Adakah anda tahu bahawa skim gaji harakah masih di


takuk lama. Kekadang klim yang dibuat tidak dapat
seratus peratus bahkan dipotong mengikut kehendak
pentadbiran. Saya rasa anda sepatutnya datang
melawat Harakah dan saksikan perbezaan Harakah di
bangunan Editorial dan Pentadbiran.

Anda boleh lihat komputer yang digunakan oleh


Editorial dan pentadbiran. Komputer yang dibekalkan
kepada Editorial kebanyakan berusia lebih 7 tahun
atau lebih tetapi berbeza dengan pentadbiran yang baru.

Begitu juga di Pejabat Agung sedangkan gaji mereka


pun harakah yang bayar. Tetapi dari segi keselesaan
Editorial lah yang paling teruk.

Jika mahu keluar tugas dari kawasan kakitangan


selalunya hanya diberi separuh daripada belanja yang
diminta, maknanya kakitangan terpaksa menggunakan

64
duit sendiri dan terpaksa tungu lagi sebulan untuk
dapat bakinya dari pengurusan Harakah.

Jika ada permintaan untuk menukar komputer atau


kegunaan lain ia sering ditangguh malah mengambil
masa bertahun barulah di beri.

Adakah anda sedar? Bukan saya katakan Cikgu Pa


tidak baik tetapi kelemahan memberi kuasa kepada
seorang pegawai di harakah iaitu PA kepada datuk KJ
membuatkan perkara ini berlaku.

PA ini telah bertindak mengikut sesuka hati hingga


kakadang-kadang jika ada masalahpun kakitangan
terpaksa mendiamkan diri kerana malas mahu berdepan

CATATAN TIN BURUK......


atau berjumpa dengannya.

Itu sebab ada kakitangan yang terpaksa melangkah


bendul atau terpaksa berjumpa dgn Cikgu Pa minta ia
diselesaikan. Tapi sampai bila kakitangan akan berbuat
demikian?

Sebenarnya apa yang berlaku dalam pemilihan pucuk


pimpinan PAS baru-baru membuatkan kakitangan
Harakah mengimpikan sesuatu yang lebih baik
pentadbiran daripada apa yang ada sekarang ini.
Begitu juga Datuk KJ begitu lemah kerana hanya
mengikut pandangan yang diberi oleh PA beliau dan
tidak memikir langsung pandangan dan keperluan
kakitangan yang lain.

Jadi harap saudara faham akan isunya. Harap Tuan


faham isu ini. Itu belum hal lain yang saya rasa tiada
keperluan lagi Tuan perlu tahu. Selidik dan jumpa dulu
kakitangan Harakah. Selami jiwa dan permasalahan
mereka, baru anda akan faham setiap masalah yang

65
berlaku.

12 June 2011 02:25

Saya telah membuat sedikit semakan secara sepintas lalu


dan saya dapati ada 7 isu yang dibangkitkan oleh pengunjung ini
terhadap tulisan saya. Antaranya ialah;

1. Kelemahan Pengerusi (Cikgu Pa),


Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan
(Dato' KJ)

2. Perasaan tidak puas hati dikalangan


kakitangan terutamanya bahagian Editorial
CATATAN TIN BURUK.....

3. Skim gaji masih lagi ditakuk lama

4. Kemudahan & imbuhan terutama klim


yang tak diurus dengan baik

5. Kelesaaan tempat bekerja, peralatan dan


kemudahan asas yang tak terus serta
diskriminasi dalam soal-soal kemudahan
pentadbiran.

6. PA Dato' KJ yang bermasalah

7. Dato' KJ sendiri yang begitu lemah dan


telalu mengikut Cikgu Pa.

Saya tinggalkan dulu penulisan ini untuk diberikan komen


oleh pembaca lain sebelum saya membuat ulasan.

66
29 KAMBING LUAR KUMPULAN,
RUMPUT KERING PUN DISANGKA BURGER!
Ahad, 12 Jun 2011

CATATAN TIN BURUK......


Hari ini Presiden PAS telah mengumumkan kabinet penuh
parti PAS bagi menghadapai pilihan raya kali ke-13. Walaupun
tak banyak perubahan tapi ada sebahagiannya menunjukkan
komitmen AJK PAS Pusat untuk mengambil saranan suara rakyat
yakni suara daripada lapisan bawah parti serta pendokong PAS
bukan dikalangan ahli parti.

Saya tak berminat mengulas tapi satu tulisan menarik untuk


saya memberi sedikit komen balas kepada penulis blog
terutamanya yang 'gatal tangan' menulis mengikut nafsu
walaupun ber'pakaian dan wajah Islam'

Zainol Abideen atau dikenali sebagai Mahaguru58 telah


mengulas pertukaran beberapa jawatan ini dengan tohmahan
jahat. Artikelnya "Dato Dr Hassan Ali korban pertama
Kabinet Perang PAS ~ Salam Takziah!" sangat prajudis dan
menunjukkan dia bersifat dendam dan busuk hati.

Memang susah kalau manusia berada di luar Jamaah


merasai dirinya betul. Tulisan tanpa asas yang kukuh, sekadar

67
mengambil kejadian lapisan luar sebenar bukan menunjukkan
tulisan yang matang.

Mengganggap Dr Hassan Ali dipecat daripada golongan


ulama adalah telahan paling bodoh. Tak terfikirkah si
CATATAN TIN BURUK.....

Mahaguru58 ini, kalau begitu Dato' Harun Taib, Pesurunjaya


PAS Negeri Terengganu juga dipecat dan diganti dengan
golongan profesional Abdul Wahid Endut? Sedangkan Abdul
Wahid bukan dikalangan ketiga-tiga Timbalan Persuruhjaya
sebelum ini.

Kalau nak dibandingkan Dato' Harun dengan Dato' Dr.


Hassan, siapa yang lebih ulama?

Begitu juga di Melaka, adakah perlantikan Adly Zahari juga


boleh dikatakan menepikan golongan ulama? Sebagai seorang
Islam kita kena akur semua perkara adalah kehendak Allah s.w.t.
Orang yang nak dilantik menjadi Persuruhjaya di Melaka telah
kalah di kawasannya dalam pemilihan baru-baru ini. Takdir
untuk menaikkan Adly Zahari sebagai Persuruhjaya antara yang
termuda.

Darjat dan kemulian adalah pemberiaan Allah. Dia boleh


beri kepada sesiapa yang dikehendaki walaupun orang itu kita
nampak macam belum bersedia.

68
Saya pernah didatangkan seorang yang menangis-nangis
kerana dia merasai dirinya teraniya. Banyak kerja boss dia
terpaksa buat.

Saya tanya dia, dengan kelulusan akademik awak adakah awak


mampu menjadi boss di situ. Dia menjawab "tidak".

Sekarang siapa yang paling berkuasa mengatur semua hal di


situ? saya tanya dia.

Dia jawab sayalah kerana semua kerja boss saya yang buat.

Saya berikan sedikit penerangan mudah, sebenar Allah telah


menaikkan darjat awak walaupun akademik awak tak tinggi.
Awak sahaja nampak awak teraniya!

CATATAN TIN BURUK......


Dia terdiam.

Saya katakan lagi, anggapkan itu cabaran, ambil


kesempatan daripada keadaan dan buat sebaiknya sesungguhnya
anda telah dianugerahkan Allah suatu yang mulia!

Cukuplah contoh Melaka dan Terengganu.

Zainol Abideen telah banyak kali menjadi dalang


(Cybertropper UMNO) yang menyerang PAS secara halus
memberikan gambaran yang salah dan bergerak seolah-olah
simpati dengan penjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tapi
sebenarnya jari kelingkingnya berkait.

69
30 SPR BELANJA RM50 JUTA UNTUK PILIHAN
RAYA SARAWAK. BN BELANJA BERAPA JUTA?
Isnin, 13 Jun 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membelanjakan


CATATAN TIN BURUK.....

RM50 juta untuk melaksanakan Pilihan Raya Dewan Undangan


Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed


Nazri Abdul Aziz berkata, bagi kementerian-kementerian dan
agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut
anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan
agensi masing-masing.

Nak sembunyikan maklumat, berapa tu kena siasat setiap


kementerian dan jabatan. Semuanya ini adalah agenda
memperhabiskan duit rakyat.

RM50 juta sahaja?? Takkan kalah dengan Kementerian


Penerangan?

Sebelum ini telah kecoh pasal sambutan Hari Seniman 2011


pada 29 Mei lepas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK) dikatakan telah membelanjakan RM100
juta. Walaupun ada penafian daripada Setiausaha Bahagian
Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki

70
Din, yang mengatakan hanya RM97,800 sahaja dan nilai RM100
juta adalah nilai keseluruhan peruntukkan.

BN pula agaknya membelanjakan berapa juta? oohh billion


dalam pilihan raya tersebut?

Di Sarawak, kawasannya amat besar memerlukan


pengangkutan yang memakan kos yang tinggi. Sewa proton buruk
pun RM150 sehari di Kuching. Bagaimana pula jika pendalaman
misalnya di Belaga, Kapit dan Sarikei? Itu belum masuk bot dan
heli!

Belum lagi dikira kos membeli setiap ahli rumah panjang.


Dulu 10 tahun lalu setiap ahli rumah panjang diberikan RM100
sahaja seorang. Sekarang rumah panjang dah berubah. Rumah

CATATAN TIN BURUK......


panjang bukan lagi daripada batang rebung atau buluh tapi
semuanya hampir menggunakan 'tile, marmar atau mable.'

Bagaimana Najib dan Rosmah menghabiskan masa 6 hari


di Sarawak? Berapa pula kosnya pembelajaannya?

Pasal itu kerajaan tak dapat membayar geram yang


dikeluarkan peruntukan untuk perbelajaan pengurusan di setiap
agensi, jabatan dan kementerian. Peruntukkan hampir disetiap
jabatan dan kementerian terpaksa ditangguhkan kerana kerajaan
dikatakan tak ada wang.

Petronas pula dipaksa bayar deviden kepada kerajaan lebih


sehingga 30 billion. Semuanya ini adalah agenda untuk
menzalimi rakyat. Atas asas ini subsidi minyak kepada rakyat dan
nelayan telah ditarik.

Selagi BN/UMNO memerintah, selagi itu rakyat tidak akan


dapat menikmati hasil kekayaan negara untuk sedikit kemudahan
dalam kehidupan hariannya.

71
31 CYBER WAR, ANONYMOUS NAK
GODAM KERAJAAN MALAYSIA DAN PRU-13
Selasa, 14 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Menurut web Pastebin, kumpulan yang dikenali Anonymous


akan bertindak terhadap kerajaan Malaysia di atas dakwaan
bahawa kerajaan Malaysia yang mengenakan pelbagai akta-akta
penapisan dan dakwaan terbaru kerajaan Malaysia menyekat
laman web perkongsian fail, seperti Pirate Bay dan ini adalah satu
perlanggaran hak asasi manusia.

Serangan ini akan di buat pada hari Khamis 3.30 pagi


waktu Malaysia yangg dikenali sebagai Operation Malaysia.

Anonymous pernah membuat beberapa siri serangan


kepada beberapa negara yang dipercayai tidak mengamalkan
kebebasan internet seperti Kerajaan Turki.

Saya melihat perkara ini suatu yang menarik, terutamanya


era perang yang disebut sebagai cyber war. Sebelum ini terutama
setiap kali pilihan raya kecil laman-laman pembangkang selalu
diserang dan kita terlalu sukar untuk melayarinya. Kita dihalang
sama sekali untuk mendapat maklumat yang benar dan cepat.

72
Kerajaan menyajikan maklumat propaganda yang sama sekali
tidak ada keadilan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Serangan oleh Anonymous sekurang-kurangnya


menyedarkan kerajaan jangan terlalu menggunakan kuasa untuk
menghalang rakyat daripada mendapat maklumat dalam duia
terbuka.

Sekiranya pembangkang mempunyai kekuatan dari segi


kepakaran sebagaimana yang diperolehi oleh kumpulan
Anonymou ini, sekurang-kurang pembangkang boleh menjadikan
PRU-13 sebagai cyber war dan media alternatif akan menguasai
saluran maklumat.

CATATAN TIN BURUK......

73
32 DASAR GAJI MINIMUM
AKAN DILAKSANAKAN?
Rabu, 15 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan gaji


minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di
negara ini dijangka dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini
pada Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) sempena Hari Pekerja 2011 semalam.

Sepanjang tahun ini, saya perhatikan bahawa Datuk Seri


Najib ini bukan ada idea sangat. UMNO dan BN bukan cerdik
pun. Semuanya dah korup.. bengkrap!!

Secara halus ciplak idea-idea daripada pihak Pakatan


Rakyat, daripada Buku Jingga. Dulu ciplak idea daripada
Kelantan pasal cuti bersalin walaupun selepas 10 tahun Kelantan
dah laksanakan.

UMNO/BN menyerang PAS soal-soal negara berkebajikan


kononnya ciplak idea mereka, sedangkan semua orang sudah pasti
dia ingin melihat apakah pelan pelaksanaan negara berkebajikan
yang akan dilaksankan oleh PAS. Sekurang-kurang dia akan ambil
mana-mana patut untuk meredakan tekanan rakyat.

74
Cuti bersalin, pinjaman tanpa faedah dan banyak lagi yang telah
dilaksanan di bawah Pakatan Rakyat daripada pelan pelaksanaan
negara berkebajikan dah ditiru oleh UMNO/BN.

Desakan tentang gaji minumum sekarang ini telah diteliti


kerana UMNO/BN takut kepada rakyat dan cuba membeli hati
rakyat.

Oleh itu perhimpunan BERSIH 2.0 mesti dilakukan bagi


memberikan tekanan kepada kerajaan yang korup dan zalim ini.
Kebebsanan sistem demokrasi, pilihan raya yang bebas dan adil
mesti dituntut. Biar mereka tahu bahawa rakyat Malaysia tidak
semudah yang disangka untuk diperbodohkan!

CATATAN TIN BURUK......

75
33 HARAKAH PERLU
DIBERIKAN NAFAS BARU II
Rabu, 15 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Hampir tengah malam sempat saya berjumpa dengan


kawan saya di kawasan Batu. Kami minum dan berborak. Saya
ditanya pasal isu Harakah dan kawan saya masih lagi ingat saya
tinggalkan dia dengan persoalan yang belum selesai.

Dia mulakan pertanyaan. "Jika setuju Harakah perlukan


perubahan, apa hujahnya?"

Saya sebenarnya tak selesa dengan isu Harakah


dibincangkan secara umum, tapi isu atau masalah Harakah ini
sudah menjadi semakin parah dan ada sebahagiannya sudah
ber'nanah'. Malangnya orang-orang PAS ini jenis baik hati
mereka masih ada sikap "redha". Kalau UMNO dah lama
harakah berkubur tanpa nisan!

Saya nak mula daripada mana, pasal apa harakah perlukan


nafas baru? Kata saya sambil meminta minuman.

Mulalah daripada manapun sampuk kawan saya. Dia

76
macam tak sabar untuk mendengar cerita dan pandangan saya
tentang Harakah.

Tahu tak harakah tak ada auditing dan tak pernah diaudit,
kata saya. Kawan saya macam terkejut. Betul ke? Betul, alasan
bodoh yang diberikan ialah PAS organasasi parti bukan Sdn Bhd
dan tak perlukan audit berlesen.

"Kalau diaudit berlesen nanti banyak maklumat akan sampai keluar,


itu bahayakan parti" kata saya.

"Bahaya macam mana?" tanya kawan saya.

"Mana saya tahu itulah dijawab kepada saya jika saya tanya
pembesar-pembesar harakah" kata saya.

CATATAN TIN BURUK......


Kawan saya tergelak. Kami pun gelak!

Walapun tak perlu diaudit kerana bukan Syarikat Sdn Bhd


dan tak tertakluk kepada akta, Harakah perlukan audit untuk
memastikan ke mana wang harakah dibelanjakan, kata saya.

Kalau setakat menerima laporan kewangan daripada


seseorang individu yang dikatakan dipercayai dengan tiada sistem
audit yang diboleh dipercayai, laporan kewangan seperti ini boleh
menyebabkan berlakunya penyelewengan, kata saya lagi.

"Ya ke?" sampuk kawan saya

"Ya, pasal duit ini suatu yang boleh mengaburkan mata.

Kalau tak berlaku penyelewengan kepada pimpinan yang


menerajuinya boleh berlaku pada orang yang menguruskannya"
kata saya.

"Lihat apa yang berlaku pada iklan harakahdaily. Saya

77
percaya penulisan yang dibuat oleh beberapa penulis blog
sebelum ini dengan bukti yang cukup jelas adalah satu
pembongkaran yang benar". Tak ada apa-apa ulasanpun
daripada Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah, tambah saya.

"Iklan harakahdaily telah diselesaikan dan perlukan masa", kata


kawan saya.

"Ya memang selesai, itu pun setelah didedahkan. Tapi wang hutang
hampir ratusan ribu lesap begitu sahaja. Duit siapa? tanya saya. Kawan
saya terdiam.

"Bagaimana pula dengan iklan harakah cetak? tiada sitem


audit yang betul. Tak ada sesiapa yang semak. Deal yang dibuat
dalam kerjasama pun mengutungkan syarikat pengiklan. Lagi
CATATAN TIN BURUK.....

pelik orang yang bertanggungjawab menguruskan iklan akan


membela pengiklan dalam mesyuarat yang diadakan, seolah-olah
ada sesuatu yang tak kena" kata saya.

"Lihat harakah cetak, iklan banyak duit masuk tak banyak


pun, sebab HARAKAH TAK ADA SISTEM AUDIT yang
benar-benar boleh dipercayai!!" Kata saya dengan meninggikan
suara.

"Takkan isu audit sahaja buatkan kita perlu menukar semua


orang yang ada" Kata kawan saya.

"Lembaga Pengarah Harakah pun tak bermesyuarat" Kata saya.

"Ya ke?" Nampak macam menarik kata kawan saya terus


mengadap saya.

"Kalau ada mesyuarat pun mungkin nak muktamar baru-


baru ini. Banyak bulan tak bermesyuarat". Tahu tak kalau tak
mesyuarat 3 bulan itu dah dikira lama bagi suatu organasasi.

78
Harakah ini organasasi media, perlukan satu yang dinamik
bagi menghadapi musuh UMNO yang sentiasa menyerang
dengan pelbagai fitnah!" kata saya.

"Berapa bulan?" tanya kawan saya.

"Rasanya lebih daripada 6 bulan tak bermesyuarat" kata saya


dengan nada yang slow. Malu didengar oleh musuh.

"Tak percayalah" kata kawan saya.

"Tahu tak Pengarah Urusan tak pernah berjumpa dengan staff secara
formal dan satu perjumpaan untuk bertanyakan masalah" Kata saya.

"Ehh??" tak ada suara daripada kawan saya.

CATATAN TIN BURUK......


Selepas menghirup minuman dia pun kata patutlah ada
bunyi-bunyi khabar "PA Dato' KJ Qcontrol, sampai Ketua
Pengarang pun tak bergigi" Saya tergelak.

Saya kata itulah realiti yang berada di Harakah yang mana


ramai orang tak tahu kerana siapa yang nak selidik.

Nak selidik buat apa. Pemikiran yang sama dengan rakyat


Kelantan zaman dahulu, bagi kain pelikat sudah rasa cukup tak
perlu tahu lebih daripada itu. Kalau Pejabat Agung dapat RM50
ribu sebulan nak selidik buat apa, memang baguslah harakah
mampu tanggung parti!

79
34
PERKARA DALAMAN PARTI
Jumaat, 17 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Ada yang tak setuju dengan saya, pasal cerita-cerita kedai


kopi mengenai Harakah. Katanya perkara-perkara dalaman parti
tak sepatutnya dihebohkan di internet. Apa yang tak betul
sepatutnya dibincangkan secara anak beranak. Setuju benar, tapi
ada ke perbincangan 'anak beranak'?

Ini komen kepada saya yang mengunakan nama Anonymous


(bukan hackers) "salam semua..mcm mana saudara dapat tahu semua ini?
adakah rakan saudara itu serba tahu apa yang berlaku didalam harakah itu
sendiri? dia staff harakah ker? kalau staff alangkah malu dan bodohnya dia,
membuka periuk nasi nak diisi pasir. dan juga kalau staff sekalipun takkan
lah dia tahu semua hal termasuk soal pentadbiran atasan dan
kewangan...jagalah lidah wahai rakan saudara..nanti buruk padahnya"

Jawapan ringkas saya kepada Anonymous, kalau mesyuarat


AJK PAS Pusat yang pertama untuk "Kabinet Perang
Pilihanraya" pun Khalid Abdul Samad boleh cerita dalam blog.
Apa sangat masalah harakah? Adakah Harakah agenda penting
dalam PAS? Harakah mana ada laporan ke dalam Muktamar.

80
Kalau sedikit seorang pimpinan dikalangan AJK PAS Pusat
menulis di dalam blog dengan alasan sendiri, boleh kata semua
yang dimesyuaratkan walaupun sulit dapat diketahui umum.

Saya menulis bukan nak lobi, Cikgu Pa sudah pasti


mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi. Tulisan itu sebagai
Alert sahaja,

Saya setuju dengan komen seorang pembaca dalam satu


blog yang mempertikai perlantikan AJK PAS PUSAT baru-baru
ini (bukan semua jawatan), yang mengisahkan semasa perlantikkan
Saidina Abu Bakar dan perbandingan dengan Saidina Ali.
Walapun peristiwa ini berlaku 1400 tahun lalu, masih wujud
dalam laman-laman dan blog yang mempertikaikan perlantikan
termasuk beberapa post penting pada masa itu. Mereka masih

CATATAN TIN BURUK......


menjadikannya isu untuk diperbahaskan. Tak kurang juga buku-
buku dikarang kerana perbezaan pendapat dalaman ini.

Saya tak banyak menulis, saya pun menulis perkara yang


terpilih sahaja. Saya tahu kenapa perkara itu perlu ditulis.
Ambillah itu sekadar pendapat seorang yang daif dalam parti
yang nakkan parti ini berjalan mengikut landasan yang betul.
Sekurang-kurang ada juga orang yang bercakap yang boleh
membuatkan kita berfikir beberapa kali akan betul atau salahnya.

81
35 MEMELAYUKAN DAP
DAN MELIBRALKAN PAS
Jumaat, 17 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Blogger Mat Saman Kati atau nama sebenarnya Mohd


Apandi Ahmad telah mengistiharkan dirinya menjadi ahli DAP.
Malah dia dikatakan berjaya menubuhkan cawangan DAP di
kawasan Melayu di Sauk, Padang Rengas dalam Parlimen Kuala
Kangsar.

Sebelum ini beberapa orang penting Melayu telah masuk


DAP dan apa yang difahamkan ialah untuk menguatkan
kedudukan orang Malayu dalam DAP. DAP pun telah
melancarkan laman berbahasa Malaysia Roketkini.com

Cikgu Bard juga bila ditanya tentang kedudukannya dalam


PKR dia menjawab "Masih lagi ahli PKR". Perkataan masih
menjadi tanda tanya. kepada kita.

Dalam PAS pula, UMNO menyerang habis-habisan melalui


akhbarnya secara tak langsung Utusan Malaysia bahawa PAS
telah menepikan ulama, meninggalkan perjuangan menegakkan
Negara Islam, telah tidak lagi bercakap soal undang-indang
Hudud.

82
Walapun mati hidup semula, saya tak akan percaya apa
yang ditulis oleh Utusan Malaysia berkenaan dengan PAS. Tapi
apa yang saya lihat, keghairahan kita dalam menuju PutraJaya
kita kadang kala kita lalai dengan kedudukan kita sebagai parti
Islam yang membezakan kita dengan UMNO.

Kita berjuang bukan nak menjadikan parti kita parti yang


lebih baik daripada UMNO. Konsep PAS ganti UMNO bukan
konsep kita lebih baik daripada UMNO dan membiarkan diri kita
menjadi liberal.

Kalau kita ganti UMNO dan menepikan beberapa asas


Islam yang telah lama menjadi pakaian kita rasanya PAS Ganti
UMNO itu tak sesuai. Saya setuju dengan penulisan Dinsman
dalam hal ini.

CATATAN TIN BURUK......


Ada cakap kedai kopi "Saya tak nampak siapa yang akan
membawa undang-undang Islam bila Pakatan Rakyat boleh menawan
PutraJaya?"

Ada juga yang bercakap "PAS dengan UMNO tak ada beza pun
di Kedah, arak macam biasa di Langkawai" dan satu lagi "PAS Kelantan
tak pernah bincang Hudud ke selepas di ugut 20 tahun yang lalu?"

83
36 MENYALAK UNTUK DAPAT HABUAN
DAN MENYALAK UNTUK CARI PERHATIAN
Jumaat, 17 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Mummy Rokiah dalam blognya ada menulis bahawa ramai


dikalangan cybertropper UMNO yang sekadar menyalak untuk
mendapat habuan. Tulisan itu dipercayai ditujukan kepada unit
tempur cyber UMNO yang dikatakan tidak memahami isu
sebenar dan gerak kerja yang tidak bersistematik dalam
menghadapi pembangkang.

"Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak


dan demand yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput"
kata Mummy Rokiah.

Berbeza pula di dalam PAS, ada yang menyalak atas tujuan


mencari perhatian setelah sekian lama membuat fitnah kepada
sesetengah pimpinan tanpa bukti yang asas, sekadar membentuk
satu tanggapan buruk semata-mata kepada pimpina yang tak
disukai.

84
Kita boleh teliti bagaimana blog Malaysian Waves yang
membuat perbagai tuduhan kepada kumpulan yang dilabelkan
sebagai "geng ulama" dan kini tuduhan pula dilemparkan kepada
pemuda PAS dengan tohmahan tanpa asas dan bukti dengan
menggunakan kaedah yang sama.

Ayat-ayat seperti "menurut sumber yang dipercayai"


adalah pelengkap kepada jalan cerita tanpa hujah dan fakta.

Pembaca diulang-ulang dengan tohmahan dan beberapa


blog spesis yang sama akan menjalankan cerita yang sama agar
tohmahan nampak macam benar-benar berlaku. Modul operasi
sama dengan cara UMNO menipu rakyat dengan tohmahan tak
benar kepada Pakatan Rakyat.

CATATAN TIN BURUK......


Begitu juga dengan Aduka Taruna yang masih berada
dalam tempurung yang sama dengan mengulang dan mengulang
idea Melayunya saling tak tumpuh macam Tun Mahathir dengan
membuat persepsi yang negetif kepada Presiden PAS. Tun yang
sukar nak dibetul kerana karat yang sudah sebati tapi malang bagi
anak muda yang baru mula mengenai dunia poltik sudah ada
sindrom ini.

Sepatutnya sekarang masanya blogger menjadi benteng


kepada kepimpinan untuk menuju ke Putrajaya dan blogger juga
adalah pengkritik yang tegas dalam membuat teguran kepada
mana-mana pemimpin tanpa terjerumus dalam kumpulan-
kumpulan dicipta ini.

Tegur mana yang salah, pembetulkan mereka dengan hasrat


mereka akan menjadi pimpinan yang baik. Jangan sekali kita
mencemar pimpinan kita dengan kotaran yang taksepatutnya.

Oleh itu janganlah menyalak sekadar untuk mendapat


perhatian sahaja.

85
37
MAT SABU GENG PERPADUANG KE?
Sabtu, 18 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Harakahdaily telah mengesahkan Timbalan Presiden PAS,


Mohamad Sabu akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan
Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di
Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau


akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00
malam menurut akhbar Harakahdaily.

Saya tak boleh nak bayangkan bagaimana situasi ini berlaku


di mana Timbalan Presiden ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Blogger celaka akan memulakan fitnah yang tak bersasas


bahawa ini adalah agenda UG, agenda Perpaduan dengan
UMNO dan sebagainya.

Semoga yang menyebar fitnah akan bersuka hati setelah

86
ustaz Nasha tidak lagi berada di tapak sekarang dan bersedia
untuk menemui Allah s.w.t. Syabas Tulang Besi dan Aduka
Taruna!

Kita boleh tegur kepimpinan, tapi jangan sekali-kali kita


membuat fitnah. Teguran pun kadang kala tidak semesti tepat
sebab pandangan kita dengan pandangan orang atasan ada sudut
penglihatan yang berbeza.

CATATAN TIN BURUK......

87
38 PAS KEDAH UBAH KEPIMPINAN.
MAMPUKAH UBAH MINDA MELAYU KEDAH?
Isnin, 20 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

PAS kedah telah menukar Timbalan Pesuruhjaya 2 daripada


Hj Mahfuz Omar kepada Dr. Ismail Salleh, Tim. Pesuruhjaya 3
daripada Ust Taib Azamudin kepada Ustaz Md Isa Shafie,
Setiausahanya daripada Hj Muhamad Yusof Husin kepada Ustaz
Musodak Hj Ahmad, Bendahari pula daripada Hj Mohamed
Taulan Mohd Rasul kepada Ir Hj Amirudin Hamzah, Ketua
Penerangan daripada Ir Hj Amirudin Hamzah kepada Hj Mohd
Sanusi Md Nor dan Pengarah Pilihan Raya daripada Ir Hj
Phahrolrazi Zawawi Hj Muhamad Yusof Husin.

Walapun ada komen-komen nakal sekadar bertukar-tukar


tempat duduk bermesyuarat sahaja tapi nampak ada usaha untuk
mengubah sebagaimana yang dibuat di Kelantan dan
Terengganu.

Prestasi Persuruhjaya PAS Kedah banyak dipertikaikan dan


beliau macam asing dalam PAS Kedah semenjak menjadi Menteri
Besar.

PAS Kedah juga dikatakan tidak berjaya menguasai Melayu


Kedah di mana kawasan kubu PAS sudah jatuh kepada UMNO

88
pada pilihan raya lalu. PAS hanya menang di kawasan bukan
Melayu. Kedudukan pecahan pengundi Melayu dan bukan
Melayu Kedah berbeza dengan Kelantan dan Terengganu.

Dalam kekalutan ini, ada juga yang menyebut kerusi untuk


dipertandingkan dalam PRU-13 macam sudah ada hak milik
'orang tertentu' atas campur tangan kuasa 'luar'. Jangan sampai
UMNO/BN tersenyum.

Dalam memperkukuhkan PAS Kedah untuk menghadapi


PRU-13 jangan kita tersasar dengan niat memperkukuhkan
'orang-orang' kita.

PAS Kedah sepatutnya menanggani masalah Melayu di


sana, memahami kehendak dan inspirasi mereka. Kemenangan

CATATAN TIN BURUK......


sebelum ini adalah disebebkan oleh sokongan bukan Melayu dan
situasi yang berlaku yang disedari bukan Melayu di Kedah tidak
sama dengan bukan Melayu di Pantai Barat.

Kalau PAS Kedah tak melaksanakan 'peraturan dan


undang' Islam yang telah lama di perjuangkan, saya bimbang PAS
Kedah tidak punya harapan lagi untuk mendaulat Undang-
undang Islam. Susah nak menjawab di sisi Allah nanti!

89
39 DEMOKRASI DAN SUARA RAKYAT
Isnin, 20 Jun 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan


Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum
yang bersih dan adil. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata
beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga
Sreenevasan esok juga jika Najib sanggup memberi jaminan itu.

Dalam membalas kenyataan ini, Datuk Ambiga


Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan
sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai
kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun
Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih
dan adil.

Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil


(Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan
membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua

90
Umum Pakatan Rakyat itu.

Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-


parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut
pilihan raya adil dan bebas.

Apakah jaminan kerajaan selama ini boleh dipercayai.


Kerajaan selalu mempergunakan demokrasi bagi menyebunyikan
sifat rakus, zalim dan korupsi mereka. Untuk itu suara rakyat
perlu dipertegakkan.

Kerajaan sudah mula memberikan gambaran bahawa


perhimpunan ini adalah perhimpunan haram. Segala usaha
dilakukan untuk menunjukan yang kekasaran dan kekasaran akan
berlaku sebenarnya datang dari pihak kerajaan sendiri dan

CATATAN TIN BURUK......


menggagalkan perancangan secara aman ini.

Semakin kuat usaha dilakukan untuk menggagalkan


perarakan ini semakin jelas bahawa kerajaan takut akan kuasa
dan suara rakyat dalam memberikan sokongan kepada
perhimpunan secara aman ini.

Percayalah sokongan dan dokongan kita terhadap


perhimpunan ini tidak mampu dihalang oleh kerajaan dan polis.
Pemikiran dan sanubari kita mesti bersih untuk kita bersihkan
demokrasi di negara kita.

Apa yang terjadi Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 pada 9


Julai 2011 ini mesti diteruskan!!

91
40 BERSIH 2.0 TIDAK LAGI PANAS
Rabu, 6 Julai 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Saya memang mengharapkan BERSIH 2.0 lebih panas


daripada Bersih sebelum ini. Perjuangan kebanaran biasanya
tidak diperolehi dengan mudah. PAS telah lebih daripada 50
tahun mengecapi perjuangan kemaniasan ini. Telah ana yang
cedera dan tidak kurang yang sudah sahid seperti Ustaz Ibrahim
Libya.

Kemodenan dan kemewahan yang dikecapi akhir ini telah


sedikit sebanyak menukar arahan dan corak perjuangan PAS.
Saya tak menolak pendekatan diplomasi akhir-akhir ini.

Saya lebih suka pada BERSIH 2.0 ini Tuan Guru Nik
Abdul Aziz atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang koyak baju
macam Dr Hatta Mohd Ramli. Bukan sekadar pedih mata
dengan asap gas pemedih. Walaupun itu pun sakit oiii kata Haji
Mohamad Sabu dalam muktamar baru-baru ini.

Saya sedih bila mengetahui Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke


Mekah buat Umrah. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan

92
pemergian beliau. Hanya saya tahu jika ada pilihan raya misal
kami pernah di arahkan untuk tidak menunaikan haji jika itu kali
kedua atau lebih. Sebab haji wajib sekali sahaja, apatah lagi
umrah!

Bersih sekarang telah di cadangkan di Stadium Merdeka.


Walaupun ada ura-ura pihak stadium tak lulus tapi kita pasti di
sana. Di sana kita tidak lagi panas macam dulu. Tidak lagi akan
mandi air pemangkin gatal akibat daripada asasp pemedih mata.

Pada tahun 1979 atau secara tepatnya pada 31 Disember


1978 Afghanistan telah diterjah oleh kuasa Russia. Kita pada
masa itu diajar tentang jihad. Ada anak Melayu yang hanya
sekadar penoreh getah mempunyai sebuah basikal buruk sangguh
menjual basikal dan ke Afghanistan. Di sana dia hanya memilik

CATATAN TIN BURUK......


kasut getah (kasut penoreh) meredah padang pasir dan batu batan.

Akhirnya Allah sahidkan dia dengan cita-citanya.

Sahid tidak semesti berserban besar, tamat kitab yang tebal.


Boleh mengajar orang. Si penoreh yang miskin ini al Quran pun
tak tamat. Menjadi iman pun tak mampu. Tapi dia ada hati yang
ikhlas.

Pimpinan PAS sekarang ilmunya hebat berlaka. Jika dia


berceramah atau berkuliah burung yang terbang pun boleh
terhenti.

Kita mahu melihat kelibat pimpinan PAS pada 9 Julai 2011


ini. Saya tak nak dengar ada yang mengatakan dia telah
dibenarkan oleh Presiden untuk menaman itu dan ini atau untuk
beli barangan persiapan untuk sambut Raya atau Ramadan.

93
41 NAMA SAYA TAK ADA
DALAM SENARAI 91 YANG DILARANG
Jumaat, 8 Julai 2011
CATATAN TIN BURUK.....

Saya tidak disenaraikan dalam senarai bangang yang


dikeluarkan oleh pihak polis bodoh (ditujukan bukan kepada semua
polis tapi kepada bos yang mengikut telunjuk UMNO) 91 orang yang di
haramkan berada ditempat tertentu di KL pada 9 Julai ini.

Apakah senarai ini boleh mematikan semangat dan


kehendak rakyat untuk melihat satu pilihan raya yang bebas dan
adil di negara tercinta ini?

Saya tak nampak kebijaksana pihak polis dalam hal ini.

Sejahat-jahat Tun Mahathir dalam isu-isu kemanusian pun


masih lagi ada fikiran yang terbuka dalam kepala hotak orang tua
itu.

Beliau berkata bahawa pengundi mungkin berpaling


menentang Umno-BN jika mereka merasakan bahawa kerajaan
sedang mencabuli hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan

94
dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan
bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan
kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

300 ribu orang bukan 300 orang yang dijangka datang. 66


orang (buang yang sengaja dimasukkan daripada UMNO dan Perkasa)
yang diblacklist itu rasanya terlalu sedikit jika dinisbahkan kepada
300 ribu.

Kita masih ada anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Anak
Tuan Guru Haji Abdul Awang Walaupun anak DS Anwar
Ibrahim di senaraikan juga kita ada isteri DS Anwar Ibrahim.
Ramai lagi kalau saya nak senaraikan di sini.

CATATAN TIN BURUK......


Daripada PAS saya lebih melihat Husan Musa boleh
mengetuai perarakkan ini. Tuan Ibrahim Tuan Man juga harus
dikedepankan setelah beliau sudah menjadi Ketua Penerangan
PAS Pusat.

Apakah pihak UMNO/BN tidak membaca sejarah


kepimpinan PAS? Bodoh dan buta terhadap pergerakan Jamaah
Islam ini? Polis pun tak ada kajian ke?

Siapa kena DS Nizar Jamaluddin sebelum yang bertugas


sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Perak? Jangan anggap PAS
tandus kepimpinan apatah lagi untuk berdemostrasi yang hampir
menjadi darah daging PAS sebelum pendekatan berkhimah pada
beberepatahun kebelakangan ini?

Saya rasa menegak bulu roma apabila mendengar


kenyataan daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji
Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata,


himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun

95
mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun


kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka,"
katanya kepada Harakahdaily.

Saya rasa 66 orang yang di blacklist jika semuanya hadir


dan ditangkap, kita gegarkan mahkamah!!

Selain itu ramai dikalangan peguam yang ada didalam


Pakatan Rakyat takkan nak berpuluk tubuh. Cabar tindakan
bodoh dan biadap Polis ini. Di sini peranan anda!!!

Bawah kanun Seksyen 188 Kanun Keseksaan, denda


maksimum bagi mereka yang melanggar perintah mahkamah
CATATAN TIN BURUK.....

maksimumnya RM2000 atau penjara 6 bulan. Rasanya itu


tidaklah menjadi masalah besar.

Orang yang mengedar dan menyeludup dadah sanggup


mati ditali gantung hanya semata-mata nikmat dunia, takkan
yang nak nikmat akhir taku dengan 6 bulan penjara??

96
42 KHAIRY BOLEH MAKI POLIS
DENGAN PERKATAAN WTF??
Jumaat, 8 Julai 2011

CATATAN TIN BURUK......


Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini
menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan
menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang
lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi


kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya telah
diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.

Khairy telah menghantar mesej di Twitter bahawa beliau


baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi
halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati saya dihalang
memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan WTF?

Apa Maksud WTF tu??? ... ramai yang tak paham la !!! ....

Kalau disebut WTF dalam bahasa singkatan, memang


ramai tak faham apa maksudnya.

WTF military slang, Internet slang, text messaging bagi


What the fuck.

97
43 BERSIH: ULAMA SUDAH BERSUARA
TAPI KALAU TURUN LEBIH BAIK
Sabtu, 9 Julai 2011

Sebelum ini saya menulis mengenai laman-laman atau blog


Dewan Ulama PAS yang suram dan sepi tidak ada berita
melainkan sekadar petikan khutbah sahaja. Al Hamdulillah kini
saya nampak satu perubahan sinar yang mana penulisan-
penulisan daripada ulama telah terserlah dan memberikan nur
kepada kita semua.
CATATAN TIN BURUK.....

Bersih yang insya-Allah akan berhimpunan pada pukul 2 petang


nanti dengan apa keadaan sekali pun. Semua dikalangan kita
akan memainkan peranannya. Unit Amal sebagai pengawal dan
benteng pertahanan.

98
Unit Amal telah meletakkan dirinya pada status yang
sanggap baik pada pandangan umum. Berdisipin, amanah serta
berani dalam melakukan kerja. Jika semua Lajnah PAS boleh
meletakkan satu 'standard' dalam gerakkerjanya pasti PAS akan
menjadi alternati untuk PAS ganti UMNO.

CATATAN TIN BURUK......


Ada yang akan datang dengan keluarga bagi menunjukkan
komitmen yang sunguh-sungguh dalam hal ini.

Anak didukung bersama untuk merasai akan bertapa


peritnya untuk mendapatkan hak dan kebenasan di negara
tercinta.

99
Anak yang besar dipimpin dan dibimbing untuk mendidikan
akan erti perjuangan kebebasan.
CATATAN TIN BURUK.....

Anak gadis juga tidak disimpan di dapur dengan kursus


masak-memasak. Atau sekadar mengemas rumah.

Remaja adalah obor kekuatan BERSIH 2.0

100
Walaupun kita dibom dengan gas asasp pemedih dan di
sirami dengan air untuk mengaktifkan bahana gas pemedih,
tapi.... kita

CATATAN TIN BURUK......


....bertanggungjawab terhadap negara kita. Kita bukan
pengganas tapi kita adalah perjuangan kebenaran untuk
meruntuhkan mereka yang merasakan harta kita (rakyat) macam
harta mak bapak dia orang. Rakus dan sombong dengan
kemewahan.

Kita happy dengan bersih.

101
Kita tenang dan pasrah dengan apa yang akan terjadi.
CATATAN TIN BURUK.....

Saya suka jika ketua ulama kita boleh datang dengan kerusi
rodanya untuk majlis bersih ini. Ulama pimpinan kita dan
pimpinan harus menjadi idola. Ulama jika ditangkap berbeza
dengan 1000 orang awam ditangkap. Salah saya berfikiran seperti
ini?

102
44 KICKDEFELLA MULA
TERSASAR DAN TIDAK MENENTU
Selasa, 12 Julai 2011

CATATAN TIN BURUK......


Sebagai penulis yang baik, ada cara tersendiri kita tidak
mudah mengadai diri demi untuk memanjangkan hayat
perjuangan. Dalam perjuangan bagi yang kekal dan teguh
dengan jati diri lebih rela mati daripada menjadi "hamba" kepada
tuan.

Tulisan Kickdefella telah lari daripada jati diri yang selalu


dilaung-laungkan dalam blognya. Saya terbaca tulisan terbaru
berkenaan seorang pak cik tua PAS yang merepuh polis kononnya
adalah suatu intipati daripada manusia yang taksud kepada
Anwar Ibrahim.

Saya pun boleh dikatakan orang yang hampir sebaya


dengan pak cik tua itu dan gambaran yang diberikan sama sekali
meleset daripada cerita sebenar. Sebagai seorang yang terlibat
dengan filem, menghayati alunan sebenar tentang subjek yang
ditulis adalah menjadi pokok utama. Kickdefella telah telah
menyimpan daripada olahannya tersebut.

103
Maaf terlalu bodoh untuk Kickdefella mengambarkan
peserta demo itu adalah atas dasar tak'sud kepada Anwar
Ibrahim. Apatah lagi gambaran subjek adalah seorang tua ahli
PAS yang sudah semestinya lebih tak'sud kepapa PAS.

Udahlah bro sheikh, zaman sekarang dah berubah, olah-


olah cerita script yang ditulis kalau sekadar menyambung nafas
hidup memalukan sahaja. Malu ayah demo mengatahui anaknya
sudah hilang jati diri.

Saya sangat suka tulisan saudara berhubung dengan ratio


filem, camera CCTV dan bagaimana fotogenik. Kalau saudara
tak suka Anwar atau sesiapa sahaja menulislah dengan ilmiah.
Jangan bodohkan diri dengan fakta ilusi yang akhirnya
menampak anda sudah hilang jati diri.
CATATAN TIN BURUK.....

Sekali lagi saya nyatakan, saya suka tulisan ilmiah saudara.


Tinggalkan upahan membuatkan anda sudah hilang fokus.
Sorrylah bro!

104
45 AKHBAR KOMPAS BUKAN SAHAJA
MINTA MAAF SEPATUTNYA PUJI NAJIB
Ahad 21 Ogos 2011

CATATAN TIN BURUK......


Akhbar Kompas hari ini telah memohon maaf kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya
atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang dikatakan
berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu dikaitan dengan tulisan yang


mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan
kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang


bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai
hubungan dengan mafia Rusia.

Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, secara amnya


menyatakan permintaan maaf tersebut kepada Ketua Kerajaan
Malaysia dan keluarga mengikut laporan Rikard dalam Kompas
Minggu, hari ini yang terkandung di perenggan 10, muka surat 10
akhbar tersebut.

105
Saya tidak mahu mengulas secara terperinci tentang perkara
ini, tapi umumnya rakyat Malaysia sudah tahu dan sedar bahawa
DS Najib terbabit dalam melobi Media BBC London dengan
bayaran yang cukup tinggi juga iaitu RM57 juta. Sebelum ini Tun
Matahir juga disahkan telah membayar jumlah yang tinggi
semata-mata untuk berjabat tangan dengan Presiden Amerika,
Bush.

Apalah nak dihairankan setakat media di Indonasia?

Saya rasa sepatutnya akhbar Indonasia itu puji DS Najib


kerana membenarkan rakyatnya menjadi pemilih dalam PRU-13
akan datang dengan pendaftaran PATI melalui sistem biometrik.
Bayangkan pendatang asing yang memasuki sesebuah negara
secara haram akhirnya boleh menjadi pemilih untuk menentukan
CATATAN TIN BURUK.....

siapa yang akan mentadbir negara tersebut.

Najib sepatutnya dijulang sebagai wira untuk akhbar


Kompas!

106
46 SUKAR MENCARI PENGKRITIK
MACAM HJ AZIZI ABDULLAH
Ahad 21 Ogos 2011

CATATAN TIN BURUK......


Haji Azizi Abdullah, 69, novelis terkenal dimasukkan ke
Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani
pembedahan jantung.

Beliau meninggal dunia pada hai ini jam 7.50 pagi tadi
akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah
buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba


dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini
kira-kira 11.30 pagi.

Azizi, persara guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel


"Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks
wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Sebelum meninggal beliau turut menjalani rawatan buah


pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama
enam bulan sebelum meninggal dunia. Isterinya Zubaidah Yusuff,

107
64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam,
Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat
dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota


Kuala Muda.

Saya suka melihat Allahyarham sebagai blogger pengkritik


yang berani dan tegas. Tulisan-tulisan beliau cukup menarik dan
menyusup hati pembaca. Teguran-teguran beliau kepada
kepimpinan utama PAS sangat bermakna. Beliau berjaya
menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mana ramai
pembaca yang begitu taksud dan jumud. Bukan sahaja Tuan
Guru Nik Abdul Aziz, malah Presiden PAS sendiri juga di tegur
oleh beliau.
CATATAN TIN BURUK.....

Sukar mencari blogger yang membuat teguran kepimpinan


melalui "tulisan hati", yang ramai hanya membuat persepsi buruk
dan teguran yang liar dan serong semata-mata memangkan
kumpulan yang dianuti. Menghiris kesetian kepada jamaah dan
melunturkan persahabatan dan ukhwah.

Saya juga rasa terkilan, kewibawaan beliau dan


kotmimetnya terhadap parti akhirnya terlantar begitu lama di
hospital kerajaan kerana beliau adalah persara kerajaan guru
pendidikan Islam yang tak berapa kupang nilainya.

Kedah mempunyai hospital swasta yang baik di bawah


kerajaan negeri. Tak ada yang mengambil inisiatif untuk
memberikan pekhidmatan kepada seorang yang banyak
mengorban masa kepada parti. Kita yang hidup ini selaluinya
lalai, tapi jika kita pula berada dalam situasi itu barulah kita akan
merasai bertapa pentingnya mengambil cakna kepada kumpulan
veteran!

108
47 TELITI CADANGAN PINDAAN ISA,
PERMAINAN BARU UMNO?
Rabu, 14 September 2011

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein


berkata, kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek mengenai Akta

CATATAN TIN BURUK......


Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk pindaan terhadap
akta berkenaan. Beliau berkata demikian selepas mengadakan
mesyuarat bersama bekas Ketua Polis Negara di kementeriannya
semalam.

Mengikut khabar angin, kerajaan dijangka mengumumkan


sedikit masa lagi mengenai langkah reformasi terhadap beberapa
akta keselamatan termasuk ISA.

Saya tak pasti sejauh mana perkara ini sedang dibincangkan


tetapi setahu saya, pada 3 April 2009, di Balairong Seri,Istana
Negara.Kuala Lumpur DS Najib telah menyatakan bahawa
kesediaan kerajaan di bawah pentadbirannya untuk mengkaji
semula Akta Keselamatan Dalam Negeri bersesuaian dengan
keadaan zaman dan selari dengan gagasan 1Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Tun


Hussein Onn telah menyatakan bahawa akta ISA akan
dilakukkan pindaan pada persidangan parlimen penggal kedua
iaitu antara 19 Oktober 2009 hingga 15 Disember 2009. Dato seri
Hishamuddin juga menegaskan bahawa draf pindaan akta

109
tersebut telah sedia untuk dibentangkan pada bacaan kali
pertama.

Menurut Dato Seri Hishamuddin, pindaan pada akta ISA


ini akan memberikan penekanan kepada beberapa aspek setelah
mendengar desakan rakyat iaitu;

i) Tempoh tahanan
ii) Hak dan layanan keatas keluarga dan tahanan
iii) Bidang Kuasa Menteri
iv) Persepsi Kuasa-Kuasa dibawah ISA
v) Tahanan Tanpa Bicara

Untuk pengetahuan pembaca Akta Keselamatan Dalam


Negeri dilaksanakan berdasarkan Artikel 149 Perlembagaan
CATATAN TIN BURUK.....

Persekutuan dan telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960 di


Malaysia Barat dan dikuatkuasakan di Malaysia Timur pada 16
September 1963 mengantikan Ordinan Darurat 1948.

Akta yang mengandungi 85 Fasal ini telah dipinda sebanyak


20 kali. (Kalau pinda lagi sebelum PRU-13 ini kali ke 21)

Asas tujuan akta ISA 1960 ini dibentuk adalah bagi


mengawal keselamatan negara dari ancaman Komunis pada
waktu tersebut, dari semasa ke semasa pindaan akta ini
dilakukkan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Dibawah akta ini, kuasa penahanan pencegahan ada


dinyatakan dalam fasal 8(1) telah menyebut

Jika menteri berpuashati bahawa mana-mana orang


adalah perlu dengan tujuan untuk mencegah orang itu dan
bertindak dalam apa-apa cara yang mendatangkan mudarat
kepada keselamtan Malaysia atau mana-mana bahagianya, dia
boleh membuat surat perintah mengarahkan supaya orang itu
ditahan bagi mana-mana tempoh tidak melebihi dua tahun.

110
Sejauh mana pindaan baru ini akan dimainkan oleh media
massa kerajaan saya tak pasti. Tapi semenjak DS Najib
mengambil alih 2009 isu ini telah disebut tapi sampai hari ini
masih dalam kajian walaupun disebut akan dibentangkan seolah
rakyat diperbodohkan.

Adakah rakyat akan dimanipulasi selepas isu Mat Sabu yang


mula "memakan diri", hanya rakyat yang boleh menentukan.
Adakah isu ISA ini satu lagi projek untuk menutup kelemahan
BN, kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang makin
mencengkam.. sama-sama kita 'tonton' projek memperbodohkan
rakyat!

CATATAN TIN BURUK......

111
PARA 2
48 MAJLIS SYURA PAS
MAKIN LEMAH DAN LESU?
Jumaat, 20 Januari 2012

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,

CATATAN TIN BURUK......


Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor dalam
satu kajian mengenai "Kepimpinan dan Kedudukan Ulama
dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)" ada
menyatakan beberapa para tentang wujud kelesuan Majlis Syura
PAS dalam menangani isu-isu semasa muktahir ini.

Majlis Syura Ulama yang boleh disifatkan sebagai supreme


council dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai
mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat
terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin
disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke
arah konsep syura yang sememangnya sangat ditekankan dalam
ajaran Islam.

Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura


Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era Kepimpinan Ulama
yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era
kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda
beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga
akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan
tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).

112
Anda mungkin rimas apabila menyebut tentang kajian-
kajian budak U. Orang pun kurang faham perkara yang abstrak.
Adalah lebih baik menjurus macam mana orang kampung
bercakap.

Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur,


mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco
Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya


"Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?"


Katanya.
CATATAN TIN BURUK.....

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar


berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan
ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan


PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor
dalam Sinar Harian" kata saya.

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini,


sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah
saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju,


muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan


pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju
ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju

113
Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat
pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas
itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya


dan audian di warung itu.

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup
prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang
terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia
berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis
Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura
tak pernah bermesyuarat pun.

Anggapannya Majlis Syura adalah macam kita takutkan

CATATAN TIN BURUK......


anak-anak dengan cerita hantu. Jadi ahli PAS dimomok dengan
Majlis Syura sedangkan Majlis Syura itu sudah tidak ada lagi bagi
pandangan dia. Tak wujud sebenarnya..

Itu kata-kata akhir dia sebelum dia meninggalkan saya


sambil memanggil pekerja warung untuk membayar harga
makanan.

Benarkan Majlis Syura tak pernah bermesyuarat? Pembaca


boleh menjawab...

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyebut


beliau tak pernah hadir dan memanggil mesyuarat untuk Majlis
Syura pada penggal lalu. Adakah penggal baru ini sama seperti
dulu??

Malanglah buat PAS kalau badan utama ini betul-betul


tidak pernah bermesyuarat!!

114
49 PRESIDEN DAN MURSYIDUL AM PAS,
SIAPA LEBIH POWER?
Sabtu, 21 Januari 2012
CATATAN TIN BURUK.....

....sambungan bab 48...

Selepas lelaki itu keluar daripada warung, kawan saya mula


bersuara, "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat ke?" dia pula mengaju
soalan kepada saya.

"Entah, saya tak pasti". Saya menjelas secara ikhlas


sebenarnya saya tak tahu tentang hal ini. Tapi hati kecil saya
mengiyakan bahawa banyak tindakan dalam PAS akhir-ahlir ini
agak tidak menentu kerana Majlis Syura tidak berfungsi dengan
baik. Mungkin pendapat saya ada yang tak bersetuju. Tapi itu
sekadar pendapat.

"Siapa lebih power antara Mursyidur Am PAS atau Presiden?"


Kawan saya mulai nak buat lawak. Saya sebenarnya malas nak
layan tapi ambil hati masih melayan. Tapi kali ini saya
menggunakan kaedah Socrates, "Speaker Dewan dan Perdana Menteri
siapa lebih kuasa?"

115
Dia kata kepada saya, aku tanya ini pasal banyak sangat
soalan terutama daripada wartawan menuju kepada Tuan Guru
Nik Abdul Aziz tidak kepada Presiden PAS. Dalam banyak hal
Presiden PAS soalah-olah diketepikan oleh media.

Aku berpendapat Mursyidur Am PAS macam speaker,


makna dalam PAS ini ada kuasa yang lebih daripada Presiden
dan dia mengetuai Majlis Syura PAS. Keputusan Dewan Harian
PAS yang diputuskan jika ada bercanggah dengan syara' boleh
dibatalkan oleh Majlis Syura yang dipenegrusikan oleh Mursyidur
Am.

Tapi di luar, PAS mestilah dilihat bahawa yang berkuasa


ialah Presiden bukan Mursyidur Am. Kecelaruan dalam hal ini
amat ketara dan itu pasal imej Presiden nampak lemah pada mata

CATATAN TIN BURUK......


kasar orang awam. Tak hairanlah Prof. Aziz Bari mengatakan
Presiden PAS sekadar pemasang khemah.

"Aziz Bari minta pecat Presiden" suara sebelah kami


menyampuk. Kami makan di warung kebetulan meja warung itu
panjang, disebelah hujung itu ada beberapa orang sedang
menikmati hidangan. Rupanya mereka juga tertarik apa yang
dicetus oleh orang tua yang dah keluar daripada warung.

"Akhirnya Aziz Bari yang kena pecat...kan!!" saya menjawab


sambil gelak kecil. Jawapan itu sebenarnya jawapan hormanis..
kepada orang-orang yang tidak dikenali. Saya menyebut kepada
mereka, ulama yang ikhlas dalam perjuangan walaupun nampak
bodoh kita jangan hina mereka kerana merasai keilmuan kita
lebih tinggi daripada mereka. Allah mungkin lebih sayang dia
daripada kita. Allah biasanya akan menunjukkan sesuatu agar kita
mengambil teladan.

Saya berpendapat apa yang berlaku pada Prof, Aziz Bari


boleh diambil pengajaran, kerana saya hadir di Taman Melewar
semasa orang mempertikaikan Presiden dan Presiden PAS masih

116
boleh duduk dihadapan mencatat apa yang ditegur kepadanya.

Kebetulan pula beberapa masa selepas itu saya


berkesempatan berjumpa Presiden 'face by face' dan pada
kesempatan ini saya tanya banyak soalan, antaranya mengenai
kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang bersama
dengan Prof Dr Aziz Bari pada malam tersebut. Presiden
menjawab, PAS juga ada kajiannya.

Kajian PAS lebih detail dan menyeluruh daripada kajian


prof berkenaan. Kita mendalami kepada akar umbil melalui
skuad skuba dan waja. Kita melihat realiti yang berlaku
daripada pandangan masyarakat kampung jelas Presiden PAS
kepada saya.
CATATAN TIN BURUK.....

Saya bertanya Presiden, kenapa tidak disebut tentang PAS


ada kajian sendiri pada malam itu. Presiden PAS menjawab
pendek sahaja, buat apa nak didedahkan apa yang kita ada lagi
pun malam itu kita hendak mendengar kritikan orang luar kepada
kita.

Saya sambung lagi isu Presiden dan Mursyidur Am, siapa


yang lebih berkuasa.

Saya kata kalau speaker bersyuara di luar Dewan, orang


kata speaker tidak betul. Sama juga saya berpendapat (ini mungkin
pendapat saya, pembaca nerhak untuk tidak menerima) Mursyidur Am
PAS tak sepetatutnya mengeluar pendapat atas batang tubuh
Mursyidur Am untuk kenyataan awam. Kenyataan ini 'mesti'
akan menghuru-harakan PAS.

Saya tambah lagi jika Mursyidur Am mengeluarkan


pendapat dan pendapatnya bercanggah dengan Presiden ini lagi
menghuru-harakan PAS. Apa guna PAS ada Majlis Syura kalau
Mursyidur Am lebih suka membuat kenyataan di luar?

117
Sedagkan semua ahli PAS tahu Presiden pun salah seorang
daripada ahli Majlis Syura. Kan lebih baik percanggahan
pendapat diselesaikan di situ. Bukan seperti yang pernah berlaku
bercanggah pendapat di media, kemudian ahli dah jadi tak
menentu, dalam media internet berperang sama sendiri barulah
nak diadakan perjumpaan di JKR 10 atas dasar nak selesaikan
masalah berlaku.

Kan bodoh nampaknya...

Sepatutnya selesaikan masalah di dalam Majlis Syura dan


buat kenyataan bersama. Ahli pun taklah pening kepala...

CATATAN TIN BURUK......

118
50 ORANG MELAYU TAK HEBAT
WALAUPUN MAKAN ROTI
Isnin, 23 Januari 2012
CATATAN TIN BURUK.....

Tajuk artikel yang saya pilih ini agak pelik. Penulisan saya
sebelum ini seperti "Presiden dan Mursyidul Am PAS,
siapa lebih power?" pun tidak difahami maksud sebenar yang
tersirat menjuruskan kepada perbahasan penstrukturan
organasasi PAS. Rata-rata yang komen memahami secara luaran
sahaja. Tak apa itu lumrah, kita tak boleh membuat semua orang
faham sebagaimana kita faham.

Jepun mengubah cara permakanan bangsanya untuk


menjadi bangsanya kuat selepas kalah dalam perang dunia. Dulu
orang Jepun makan nasi banyak daripada lauk sekarang orang
Jepun makan lauk banyak daripada nasi, tak hairan kita lihat
makanan Jepun sedikit aje nasinya.

Orang Melayu juga lemah, mereka mudah diperkotak-


katikkan. Sebab itu yang lebih semangat Melayu bukan Melayu
100%. Tun Mahathir yang dikata racist Melayu tu pun ada

119
berapa peratus Melayunya? Yang demo di Pulau Pinang atas
nama UMNO pun rasanya bukanlah Melayu sangat pun..
semuanya rasanya campuran untuk menguat bangsa Melayu.
Kita campur besi dengan karbon untuk menjadi keluli bagi
menguatkan besi.

Adakah orang Melayu jika makan roti dia jadi kuat?


Sekarang ini Melayu diperbodohkan dengan politik roti.

CATATAN TIN BURUK......


Orang marahkan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana
dia dikatakan membantu UMNO. Banyak kecaman kepada Tan
Sri Syed Mokhtar dalam internet. Tan Sri ini mula dikecam
apabila enggan membeli tepung FMM Berhard kepunyaan
Robert Kuok kerana terbukti ada DNA babi.

Di Negeri China sebagai pengeluar gandum terbesar,


banyak gred gandum. Gred yang diimport oleh Robert Kuok
adalah gandum yang rendah kualitinya dan sebagai gandum yang
rendah kualiti ini selalunya di campur dengan hampas gandum
untuk makanan pertenakan babi di sana.

Kita masih ingat bagaimana produk buah kurma yang


dikuasa oleh bangsa asing sebelum ini, zaman kita masih kecil.
Buah kurma datang dalam guni melekat dan dijual macam jual
beras, gandum dan jagung. Itulah kebagaan kita untuk berkuka
puasa dan bertarawih.

Tapi bila sekarang orang Islam menguasai pasaran buah

120
kurma, kita tak jumpa lagi buah kurma yang rendah kualiti yang
dicampur dengan manisan dan gula. Semuanya untuk mendapat
untung lebih.... itulah makanan kita.

Akibat marahkan Tan Sri Syed Mokhtar, Robert Kuok telah


menghasilkan satu produk roti baru yang dinamakan
MASSIMO. Tujuan roti ini adalah untuk bersaing dengan roti
Gardenia. Malangnya seorang Islam berbangsa Melayu bekas
Manager Gardenia telah diambil mengetuai kilang roti Massimo
dan meniru hampir semua produk Gardenia.

Politik perkauman kononya Tan Sri Syed Mokhtar adalah


kroni UMNO telah dijaja dan banyak kecaman dalam forum-
forum terhadap Tan Sri Syed Mokhtar telah dibuat dengan
pelbagai isu. Pakatan Rakyat juga cuba dipengaruhi dalam hal
CATATAN TIN BURUK.....

ini.

Saya agak pelik dan hairan bagaimana kita boleh kata Tan
Sri Syed Mokhtar itu kroni UMNO dalam masa yang sama kita
menepikan Robert Kuok? Apakah Robert Kuok itu bukan kroni
UMNO/BN. Bagaimana Robert Kuok mendapat Special AP
sehingga dikatakan Raja Gula? dan menjadi antara orang terkaya
di Malaysia? Jangan kita bodoh sangat dalam hal ini.

Dulu masa Maxis bagi 4 billion kepada UMNO untuk


pilihan raya. Kita juga diarahkan untuk menukar handphone
daripada Maxis kepada lain-laian jenama, kononya nak boikot
Maxis.

Saya juga turut terbabit, walaupun nombor Maxis itu cukup


cantik, saya juga tukuar kepada TMnet pada masa itu. Tiba-tiba
saya dapat tahu alMarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor juga ada no
Maxis, saya rasa macam diperbodohkan oleh kempen itu.

Orang Islam kena berhati-hat dalam soal makanan. Soal


halal dan bersih.

121
Dulu saya masih ingat bagaimana roti High5 yang kilangnya
terpaksa di sintai kerana kotor dan menjijikkan. Tuan punya
syarikat roti High5 sampai sekarang masih tidak minta maaf
kepada orang-orang Islam. Malah dengan ego menepikan
semuanya. Lagi malang Dato' Dr Hassan Din al_hafiz
dipergunakan untuk kempen roti ini bagi menaikkan semula
jualan.

CATATAN TIN BURUK......


Bagaimana artis Melayu Islam menjadi model dalam iklan
dengan bertudung semuanya untuk memainkan sentimen
keIslaman. Akhirnya kita Islam (Melayu) diperbodohkan dalam
hal ini.

Saya sampai sekarang masih leagi memboikot roti High5


kerana mereka biadap dan durjananya terhadap pengguna.

Kilang roti High5 yang kotor

Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang rendah diri. Yayasan


Syed Bukhari telah banyak membantu golongan miskin dalam
pelajaran anak-anaknya. Banyak keas tuisyen hampir setiap

122
kawasan di wujudkan untuk memberikan pendidikan secara
percuma.

Oleh itu jangan kita terikut dengan sentimen akhirnya


menjerat kita sendiri. Saya masih sukakan roti Gardenia kerana
produk orang Islam yang terjamin halal dan bersih.
CATATAN TIN BURUK.....

123
51 PERANAN BLOGGER
MAKIN CELARU PADA PRU-13?
Jumaat, 27 Januari 2012

CATATAN TIN BURUK......


Komunikasi adalah alat yang menakjubkan berupaya
menghubungkan sesama manusia selain mendekatkan yang jauh,
atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada
strategi penguasa alat kemunikasi. Akhbar, majalah, radio dan
televisyen semenjak dahulu lagi sudah menjadi wahana sejagat
yang penting dalam sejarah tamadun manusia.

Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian


daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman
web, facebook, twitter dan google + memberi tafsiran berbeza
terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Kalau dahulunya tentera Jepun menyerbu Pearl Harbor,


radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Jepun menyerbu
wilayah timur Amerika Syarikat (AS) di pesisir Lautan Pasifik
ketika pertukaran jam kerja ketenteraan.

Mereka menafsir arah angin dan bentuk gelombang di


lautan. Mereka merisik kegiatan tentera AS dan mendapatkan

124
maklumat sebelum menyerbu pantai dan ruang udara. Alat
komunikasi mempunyai natijah tersendiri ketika perancangan
peperangan.

Begitu juga dalam pilihan raya Kerajaan BN telah


menggunakan Akhbar, Radio dan TV untuk menguasai minda
rakyat yang rata-rata di Tanah Melayu masih ketinggalan.
Sekarang sudah berbeza sama sekali dan perkara ini jelas dalam
beberapa siri pilihan raya muktahir di Tanah Air kita.

Kerajaan BN nampaknya tidak memandang remeh


terhadap perkembangan media baru ini kerana ia mampu
gegarkan politik negara. Malah suara media baru mampu
menggerakkan gerakan pelajar untuk menuntut keadilan seperti
yang berlaku di Timur Tengah. Peranan rakan maya membawa
kesan yang besar dalam menyebar maklumat, sekali gus mampu
CATATAN TIN BURUK.....

mempengaruhi senario politik negara.

Apabila media arus perdana tidak dipercayai dari segi


kreadibilitinya, media baru adalah alternatif. Melaluinya, tenaga
kerja secara khusus tidak diperlukan dan sebahagiannya adalah
mereka yang tak perlu diupah malah hebahannya juga secara
percuma kepada rangkaian pembaca yang besar.

Ketagihan rakyat terhadap media baru juga seharusnyatidak


dipandang sepi. Rakyat hari ini rata-rata memerlukan kepada
sumber yang cepat dan benar. Pasal itu penulis internet yang
dikenali sebagai blogger cukup disanjung.

Malangnya akhir-akhir ini, sikap blogger berpuak-puak dan


bermusuhan antara satu sama lain yang lebih bersifat menjalan
misi dan rancangan orang-orang atau kumpulan tertentu,
penulisan tidak lagi menjurus kepada etika dan kebenaran malah
rata-rata blogger mengulas mengikut fakta doktrin 'orang-orang'
tertentu menjadi pengguna media baru sudah mula sangsi akan
maklumat yang disampaikan oleh media baru ini.

125
52 PELANCARAN YAYASAN ARTIS
1MALAYSIA (YA1M), APA PAS BUAT?
Selasa, 13 November 2012

Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) telah dilancarkan oleh


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Walaupun ini adalah

CATATAN TIN BURUK......


suatu gimik untuk tarik sokongan golongan kepada kepada BN,
tapi DS Najib memang bersungguh-sungguh dalam hal ini.

Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau


nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman menepelak dengan
berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik
sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya lagi, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup


menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi


(perhatian) kepada artis.

126
Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang


pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada
kepentingan, tempelaknya lagi.

Sejak akhir ini, ramai dikalangan artis mengumum


menyertai PAS secara terbuka. Dan saban hari kita mendengar
artis-artis turun padang dalam ceramah-ceramah umum.

Perhubungan Negeri, PAS Kawasan malah Cawangan pun


ada yang berebut-berebut mendapatkan artis berkenaan untuk
berceramah di tempat masing-masing. Tidak lebih daripada
sekadar mendapat tarikan dalam ceramah yang hanya disertai
ribuan kepada puluh ribuan. Daripada kutipan derma tak cukup
CATATAN TIN BURUK.....

makan kepada kutipan boleh menambah tabung dana.

Tak ada selain daripada itu.

Nak tak nak dunia akhir zaman ini, kena terima hakikat
artis menjadi pujaan masyarakat. Jika artis telah berani
menyokong pembangkang, terutamanya PAS suatu perkara yang
bukan boleh dibiarkan begitu sahaja. Perlu ada suatu program,
atau komuniti yang mengerakkan, menghidup dan menjaga
kebajikan golongan ini.. jangan terbiar.

PAS perlu segera bertindak dan membuat sesuatu supaya


golongan ini tidak terasa terasing dalam PAS dan akhirnya
mereka akan tercicir.

PAS dalam kesempatan mutamar kali ini perlu


memikirkannya, selain daripada agenda utama untuk pilihan
raya. Jangan asyik melepelekhkan UMNO (Najib) sedangkan kita
tak buat sesuatu pun!!

127
53
TENTATIF MUKTAMAR
Rabu, 14 November 2012

CATATAN TIN BURUK......


Muktamar PAS kali ini adalah Muktamar ke-58. Dah
banyak kali muktamar telah dihadiri kita, malah kita sudah masak
dengan agenda atau disebut tentatif muktamar berkenaan. Bagi
orang baru, mungkin masih asing berkenaan dengan muktamar
PAS dan jika mereka berniat untuk hadir ke muktamar PAS
mereka ingin merujuk dan mengetahui apa dia agenda yang
dilakukan dalam muktamar PAS ini.

Sumber rujukan mereka paig mudah ialah laman rasmi PAS


dan kebanyakkan akan merujuk kepada harakahdaily.

Tapi malangnya sehingga hari ini (ya hari ini baru nampak
ada lebih artikel berkenaan muktamar) jika kita masuk ke
harakahdaily kita tak boleh dapat di mana-mana tempat tarikh
yang nyata berkenaan muktamar pas. Agenda untuk setiap dewan
yang bersidang.

Kita mungkin begitu mudah untuk membeli ubat kuat, tapi


malangnya kita tak dapat satu pun iklan berkenaan muktamar,
tarikh dan tempatnya. Misalnya bila perasmian Dewan Muslimat?
Siapa yang rasmi?

128
Kenapa tidak ada orang di harakahdaily prihal dalam hal
ini? Sehingga agenda utama parti tidak menjadi agend utama di
harakahdaily?
CATATAN TIN BURUK.....

129
54 DR ASRI AKAN BERTANDING
PADA PRU-13 NANTI?
Rabu, 14 November 2012

Pilihan Raya ke-13 makin hampir. Dato' Seri Najib Tun

CATATAN TIN BURUK......


Abdul Razak makin terdesak untuk menyatakan tarikh untuk
pilihan raya. Kalau sebelum ini DS Najib boleh memberikan
tekanan kepada orang lain kerana tarikh pilihan raya hanya ada
dalam kepala beliau sahaja!!

Tapi sekarang Dato' Seri Najib pula terdesak kerana tidak


mampu menentukan bila pilihan raya ke-13. Ini sama sekali
merendahkan kemampuan dirinya sendiri.

Kita ketepikan soal tarikh pilihan raya. Kita bincang


bagaimana pun calon 'winnable candidate' (boleh memang). Dalam
hal ini semua parti politik berlumba-lumba mencari calon
winnable candidate dan tokoh-tokoh masyarakat, teramasuk artis
juga menjadi pilihan.

Dalam hal ini Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul


Abidin (Dr Maza) tidak lari daripada menjadi rebutan parti-parti
politik. UMNO banyak kali menawarkan tempat untuk
bertanding malah ada janji-janji jawatan jika memang walaupun
itu tidak rasmi sekadar disebut oleh beberapa kepimpinan
tertinggi UMNO sahaja.

130
PAS juga tak terkecuali. Dato' Harun Taib, Ketua Dewan
Ulama PAS banyak kali menawarkan Dr Asri untuk masuk PAS.
Malah dalam beberapa pertemuan Dato' Harun walaupun
berseleroh ada menyatakan hasrat PAS untuk memberi ruang Dr
Asri bergerak di dalamnya.

Tapi Dr Asri menolak.

Saya kurang maklumat berkenaan dengan PKR, walaupun


ada sumber menyebut ada juga tawaran ini. Tapi saya lebih suka
untuk menulis tentang maklumat muktahir ini bagaimana DAP
pun terlibat menawarkan perkara yang sama kepada Dr Asri.

Ini mungkin mengejutkan! Tapi dalam politik ini tidak


CATATAN TIN BURUK.....

mustahil. Ada ramai intelektual Melayu yang bersifat libral dan


ingin melihat demokrasi yang adil aalah mereka yang mendokong
perkara ini. Kenapa DAP menjadi pilihan mereka itu kena buat
reseach.

Mereka ini ingin Dr Asri bergiat didalam DAP kerana Dr


Asri lebih bebas dan terbuka berbanding kalau Dr Asri bergerak
dalam PAS atau PKR.

Ada juga menyebut Dr Asri jika bertanding di Perak atas


tiket DAP berpeluang untuk mentadbir negeri Perak yang
sekarang ini mengikut kajian mutakhir di Universiti memehak
kepada Pakatan Rakyat.

Kita sama-sama tunggu cerita selanjutnya. Adakah khabar


angin ini akan menjadi realiti!

131
PARA 3
55
PARTI ANAK MENANTU
Ahad, 28 Julai 2013
CATATAN TIN BURUK.....

Seperti biasa, bila sudah bertarawih kami akan dijamu


dengan 'moreh'. Hari ini bubur pulut hitam. Dulu masa di asrama
(saya pernah tinggal asrama) kali pertama saya melihat dan merasa
bubur pulut hitam. Pada masa itu saya tak suka kerana tak biasa.
Hanya kenal bubur kacang sahaja.

Pak Ali tokey warung bawa kerana gilirannya mengikut


carta yang hampir tercabut dipelekat dengan stapler yang bengkok
mungkin kayu cengal sukar ditembusi.

Hassan golongan awal 40an dengan kerjaya yang baik dan


berkereta Mercedes nampak begitu rancak berborak. Boleh kata
setiap malam dia akan buka cerita baru.

Beberapa orang golongan tua (lebih 70an) dengan rokok


daun dan tembakau yang dibeli di Rusila pada kuliah Jumaat
hanya terdiam dan tersengih sekali-sekala. Tak banyak
menyampuk melainkan Wan Sembak yang suka bercakap kuat
dan menengking sekali sekala.

132
"Tok Guru kita dengan menantunya Zaharudin Muhammad nak
jatuhkan golongan profesional dalam PAS" Hassan membuka
perbincangan.

"Yee ke" tanya Razak anak Pak Su Komeng.

"Takkan tak percaya, Zaharuddin tu dilantik menjadi Majlis Syura


Ulama PAS pada tahun 2011 dan dia menjadi Ketua Jabatan Agama di
syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor
Berhad pada 2012" kata Hassan dengan bersungguh-sungguh.

"Baca di internet ke Hassan?" Saya menyampuk. Kebetulan


saya dah di tangga untuk pulang.

"Amin Iskandar ada tulis dalam Malaysian Insider" kata Hassan.

CATATAN TIN BURUK......


Saya tak nak ulas siapa Amin Iskandar, kalau orang kenal
Hishamuddin Rais mungkin juga boleh kenal Amin Iskandar.
Maksud saya 'fikrah' dia orang!

Saya tanya Hassan "Isu Kota Damansara, sebenarnya sudah


bermula tahun 2008 walaupun keputusan memihak Dr Nasir bertanding. Ini
boleh tanya kepada mereka yang aktif di situ. Adakah kemasukkan
Zaharudin (ramai blogger mengelarkan Din Ayam untuk penghinaan) pada
2011 menjadi punca permasalahan di situ?"

"Din Ayam yang menyebabkan perkara ini berlaku" Hassan


bertegas.

"Din ayam rancang untuk menjatuhkan semua golongan profesinal yang


kebetulan kebanyakannya kalah dalam PRU13 baru-baru ini" tambah
Hassan lagi.

Saya sebenar tak nampak sinifikan kekalahan golongan


profesional maka semuanya akan dijatuhkan dalam Muktamar
PAS. Setahu saya golongan ulama lebih banyak kalah sebelum

133
PAS menonjol seperti sekarang. Siapa punya idea hingga perkara
ini melutus di internet.

"Lihat Hussam Musa disingkirkan daripada exco pun angkara Din


Ayam" kata Hassan

"Hassan, jangan kita terlebih cakap dengan maklumat yang tak benar.
Tuan Guru Nik Aziz ada jawapannya. Takkan Tuan Guru Nik Aziz bodoh
nak biarkan perkara ini kalau tak persetujuannya. 'Orang tua tu' (Tuan Guru
Nik Aziz) bukan sebarang orang" kata saya.

"Pergi tanya dia sendiri, jangan buat mulut. Tapi jangan tanya di
hadapan kelayak ramai" kata saya.

Dulu ada wartawan tanya pasal perkara ini, tapi Tuan Guru
tak layan dan minta soalan lain. Adakah Din Ayam dan Tuan
CATATAN TIN BURUK.....

Guru Haji Abdul Hadi mampu menutup mulut Tuan Guru Nik
Aziz. Kalau kita berhujah biarlah ada logik. Jangan kita tambah
maklumat dengan maklumat palsu atas dasar kita tak suka
seseorang.

Adakah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan menantunya nak


menguasai PAS? Biar betul!

Kalau Tuan Guru Haji Hadi dan menantunya rancang nak


menguasai PAS sudah pasti dia membenarkan Ustaz Khalil
anaknya bertanding. Tapi kenapa dia melarang? Banyak sangat
dongengan cerita-cerita memburuk kepimpinan dengan
maklumat yang tidak benar.

Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS


Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-
duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin
dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi
Abdul Hadi agar membuat pengumuman mengejut pencalonannya di kerusi
Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," kata
Hassan

134
Dalam hati kalau saya layan si Hassan ni panjang... sahur
baru balik. Nasib baik tak ada si Rahman. Kalau tak lagi kecoh,
Rahman lebih emosi lagi. Patner si Hassan kumpulan "Reform
PAS". Tapi Wahab gelar "geng blogger gila". Wahab ni anak
Pak imam Ayah Teh. Dia pun tak ada malam ini.

Termeloh, Kuantan dan beberapa tempat sebenarnya


adalah kawasan PAS yang dipinjamkan kepada PKR. Tapi bila
PKR bertanding PAS nak ambil semula sukar. Jadi dalam banyak
mesyuarat-mesyuarat Majlis Pakatan perkara ini dibincangkan.
Tak banyak penyelesaian. Rasanya ada perkara yang tak perlu
didedahkan kepada umum.

Jadi PAS bertegas nak ambil Temerloh. Ini pun bukan

CATATAN TIN BURUK......


kerana Din Ayam, lama dah. Kalau tak percaya tanya Wan
Fauzuddin NS. Dia orang kuat Parti Keadilan di Pahang dan dia
jujur dalam banyak hal dia boleh cerita perkara sebenar. Gaduh
di Termeloh tu semenjak 2004 lagi.

Kenapa orang suka sebar fitnah dan memburukkan satu


sama lain?

Saya rasa malas nak layan si Hassan, saya pun turun tangga
dan menyarung selipar. "Sambung esoklah Hassan, malas nak berhujah
kalau fakta sekadar baca internet" kata saya.

"Larilah tu" Kata Hassan mengejek saya.

"Assalamualaikum" saya terus ke kereta.

135
56
HASSAN AL BANNA DAN SAID HAWA
Ahad, 28 Julai 2013
CATATAN TIN BURUK.....

Balik kerja saya terus ke surau untuk berjamaah asar.


Sampai di surau dah nampak si Hassan.

"Macam tunggu aku" terdetik dalam hati saya. Hassan tak


kerja ke hari ini? saya tertanya-tanya dalam hati. Belum sempat
nak parking nampak pula si Wahab.

"Mampuslah hari ini..." (bahasa tempatan yang bermaksud


nahaslah!)

Saya tak sapa pun mereka terus naik ke surau untuk tunai
solat asar. Selepas sahaja solat dan kami jamaah surau nak
beredar Hassan dan Wahab datang kepada saya.

Belum sempat mereka membuka mulut, saya terus cakap


"Mari sini saya nak cakap" kata saya sambil menarik mereka ke
baranda surau.

"Kenal Hassan Al Banna?"

136
"Eh takkan tak kenal" kedua-dua menyampuk.

"Kenal Said Hawa?"

"Kenal" jawab mereka agak pelahan dan nada tak jelas.

Rasanya kurang 'kofiden' kot!

CATATAN TIN BURUK......


Said Hawa menantu Iman Hassan Al Banna pernah
dipenjara di Syria sekitar tahun 70an. Dulu orang sebut juga Said
Hawa antara yang cuba menguasai Parti (Jamaah) Ikhwanul
Muslimin. Ini pun kira penguasaan anak menantu.

Ikhwan pada masa itu juga dikuasai oleh golongan


profesional.

"Untuk hari ini saya bagi satu nama yang tak asing kepada awak
Hassan, Mustafar Masyhur seorang ahli fizik." Hassan dan Wahab
terdiam.

Dia bergiat dengan Ikhwan semenjak Ikhwan tertubuh lagi


iaitu pada tahun 1936. (terkejut 'beruk' Hassan bila saya sebut tahunnya
sekali)

Mustafar Masyhur dipenjara terlalu lama dan dibebas


sekitar awal 70an oleh Anwar Sadat. Beliau melarikan diri ke
Kuwait apabila cubaan memejarakannya semula.

137
Musfatar Masyhur akhir menjadi Mursyidur Am Ikhwan,
saya tak pasti tahun bila tapi sekitar 90an.

"Apa kaitannya" sampuk Wahab.

Kaitannya musuh dalam selimut dalam gerakan Islam yang


memang Allah telah janjikan melalui hati-hati ahli jamaah yang
CATATAN TIN BURUK.....

lemah juga membangkitkan perkara yang sama bahawa Said


Hawa ingin menyingkir golongan profesional.

Sejarah gerakan Islam tak lari daripada perkara ini, jika kita
mengkaji dan menelaah. Ulama difitnah dengan tamak dan
lahoba.

Sebab itu Ikhwan Muslimin berpecah dengan beberapa


kefahaman, akhirnya Said Hawa menubuh Ikhwan tempatan di
Syria. Di Jordan pula ada Ikhwan Jihadi kerana suasana
peperangan di sana.

Penguasaan politik menyebabkan fitnah tersebar dan ahli-


ahli yang "bodoh" dan termakan fitnah akhirnya menyebabkan
jamaah menjadi celaru.

Perkara yang sama juga berlaku di zaman sahabat sehingga


Jamaah Islam pada masa itu berpecah antara Ali dan
Muawiyyah.

Suasana politik di Syria juga menyebabkan hubungan

138
Ikhwan dengan Syiah menjadi sangat teruk dan akhirnya Said
Hawa mengarang buku mengkafirkan ayatollah Khomeini.

"Hassan soal kafirkan Syiah yang tersebar di internet sekarang ini


bukan cerita baru" kata saya.

Sebab itu kita kena banyak membaca dan menelaah. Jangan


kita tertipu sedang banyak perkara kita masih tak tahu. Sejarah
untuk diteladani dan difahami agar kita menjalani kehidupan
kemudian dengan lebih baik.

Saya terus bangun dan meninggalkan Hassan dan Wahab.

"Saya kena beli makanan untuk berbuka... nanti sambung lagi" saya
terus turun daripada surau.

CATATAN TIN BURUK......


Sudah pasti dua orang ini tak akan puas hati dengan saya.
Spesis macam mereka ini ada banyak dalam jamaah bukan boleh
dengar nasihat dan tunjuk ajar kerana mereka selalu merasa
mereka betul sehingga mereka boleh melabel orang lain tamak,
tak ikhlas dan bodoh!

139
57 ORANG UMNO PUN
BERCAKAP PASAL SYIAH
Selasa, 30 Julai 2013
CATATAN TIN BURUK.....

Balik daripada tarawih saya ditumpangi oleh Azwan anak


Pak Ali, tokey warung.

"Jam masih pukul 10.30 malam, apa kata kita perkena sedikit
makanan?" tanya saya kepada Azwan. Dia sekadar menggaguk
sahaja. Azwan seorang yang pendiam, tak banyak cakap macam
ayahnya juga.

Pak Ali bila masuk sahaja bulan Ramadan dia terus tutup
warung, kerja hanya 11 bulan. Hidupnya tak susah mana malah
saya lihat macam agak mewah juga.

Saya menuju luar kampung dan singgah satu kedai makan


yang ramai dikunjungi budak muda kerana kedai ada ada layar
yang dipasang dengan projektor LCD. Kalau musim bola tak
payah datang dan ada kerusi nak duduk.

Keluar daripada kereta, terus disapa oleh Pengerusi JKKK,


Mazlan dia terus mencuit memanggil saya duduk dengan mereka.
Hanya Bidin orang kanan Mazlan sahaja ada sebelah. Nak tak
nak saya mengalah dan duduk kerana dia orang pun belum ambil

140
'order' lagi. Mungkin baru sampai macam saya.

Saya order mee ratna lama tak perkena semenjak puasa ni.

Mazlan ni educated sikit, tak macam JKKK yang disebut-


sebut oleh Ustaz Azhar dalam kuliah-kuliahnya.

"PAS keluar kenyataan rasmi macam nak bersih nama Mat Sabu aje!"
Mazlan mula membuka cerita.

"Kenyataan apa?" saya buat tak tahu

"Tuan Ibrahim Tuan Man kata tak ada Syiah dalam PAS, takkan tak
tahu?" Mazlan menambah.

CATATAN TIN BURUK......


"Baca dalam Harakah ke?" Tanya saya saja nak perkenakan si
Mazlan ni.

"Tak boleh baca ke" Mazlan tanya balas.

"Tak ada lah, akhbar tu buat ahli sahaja. Tak boleh jual di luar nanti
ada orang busuk hati akan rampas takut nanti terpengaruh" saya mula
menyindir. Si Bidin hanya tersengih.

"Mat Sabu kena nafi sendiri, tak payah nak minta orang lain bela.
Tuan punya badan tak bersungguh-sungguh bela diri. Kalau dia bukan anuti
Syiah dia kena nafi bukan sahaja dengan mulut tapi perbuatannya" Mazlan
memberikan hujah.

"Semenjak bila yang kena tuduh kena buktikan?" saya bertanya

"Kena bukti dia tak bersalah" Bidin mencelah

"Setahu saya Mat Sabu sudah menafikannya, takkan nak suruh Mat
Sabu buat sumpah laknat, junjung al Quran di masjid" saya menyindir
lagi.

141
Saya agak pelik sekarang ni banyak tuduhan tersebar dalam
internet seolah-olah mereka tak takut akan peringatan Allah dan
menjadi lagi pelik yang kena tuduh pula terpaksa membukti dia
tak bersalah sedangkan orang yang membuat tuduhan begitu
senang melempar tuduhannya. Kita bercakap mengenai Islam
tetapi kita membelakangi apa yang Islam ajar kita.
CATATAN TIN BURUK.....

Sebelum ini ada kawan saya pernah menghubungi saya


minta saya menulis pasal pengaruh Syiah dalam PAS. Saya tanya
dia siapa? Dia kata Mat Sabu. Saya kata ada bukti ke, jangan
mudah kita mengkafirkan orang ini tuduhan berat dalam Islam
(sebab ada yang anggap semua Syiah itu kafir).

Dia kata "ada".

Saya tanya lagi lihat sendiri atau dengar sendiri daripada


mulut Mat Sabu?

Dia kata tak lihat sendiri tapi dengar daripada "maklumat


yang sahih".

Maklumat sahih, sumber dalaman, daripada kepimpinan


sendiri ini adalah ayat-ayat yang selalu saya dengar bila orang
berhujah dan menulis dalam internet. Kebanyakkan mereka ini
pembohong yang menempah 'bala' di akhirat nanti. Saya tak nafi
ada maklumat yang betul tapi ramai menulis sekadar "penyedap"
sahaja.

142
Saya tanya lagi kawan saya ada melihat sendiri amalan syiah
yang dilakukan? Dia kata tidak, tapi pernah lihat semasa Mat
Sabu nak solat ada tisu ditangannya.

Saya tergelak! Bukan apa saya pernah lihat Ustaz Hussin


Awang bawa tisu satu kotak semasa nak solat. Dia bukan Syiah
yang nak taqiah sorok batu dalam tisu. Dia selsema teruk. Saya
pun kalau selsema tertinggal tisu solat tak khusyu' bayangkan
hingus akan menitis (jika selsema sudah tahap akhir air hingusan akan
keluar sendiri dalam bentuk cecair seperti air dan menitis tanpa disedari)

Dulu awal 80an selepas Revolusi Iran, ramai pimpinan PAS


sambung belajar dan ada yang memilih untuk belajar di Iran
kerana percuma, termasuk Mat Sabu.

CATATAN TIN BURUK......


Jika nak belajar sendiri sangat sukar, bayangkan kalau nak
sambung master di luar negara misalnya kalau tak ada biasiswa
kita terpaksa menghabiskan duit RM40-50 ribu.

Bila belajar di Iran, satu sikap tak baiknya ialah bila masuk
tahun kedua dia orang mula untuk mengubah pelajar-pelajar
Malaysia menganut fahaman Syiah. Ini saya dengar sendiri
daripada mulut Mat Sabu. Mat Sabu memang ada hubungan
'spesial' dengan Iran. Kalau orang sebut Mat Sabu mendapat
bantuan dan sumber kewangan daripada Iran, yang tak menolak
kemungkinan ini.

Bila belajar di sana memang kita tak lari daripada cara dan

143
gaya orang-orang "Syiah". Misalnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz
belajar di India, cara dia berhujah pun bagi sesetengah yang
mahir tahu di mana dia belajar. Sama juga dengan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi. Mereka juga mendapat sumbangan daripada
negara-negara luar Misalnya India dan Arab Saudi. Orang PAS
masa tu papa dan miskin tak seperti sekarang kalau nak belajar
terpaksa bergolak gadai!

Jadi tak hairanlah kalau ada orang kata Tuan Guru Nik
Abdul Aziz atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi wahabi.

Dulu bila pelajar balik daripada London mereka


terpengaruh dengan "IRC" dan mereka yang balik daripada
Mesir sebahagiannya terpengaruh dengan gerakan "Alami"
sedangkan semuanya adalah Ikhwanul Muslimin. Aliran
CATATAN TIN BURUK.....

pemikiran sebenarnya tidak lari dipengaruhi oleh tempat di


mana kita belajar dan tinggal.

Contoh paling mudah ialah aliran pemikiran mazhab.


Bagaimana mazhab Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki
semuanya dipengaruhi oleh tempat tinggal mereka dalam
berhujah dan mengumukan fakta.

Ada juga yang berhujah kata Mat Sabu adalah Syiah


dengan memberikan satu klip video ceramah yang mana Mat
Sabu menyebut kehebatan Hassan Nasrallah dan dia kata
sehingga isterinya nak peluk Hassan Nasrallah.

144
Kalau kita kenal Mat Sabu, kita ikuti ceramah-ceramahnya
saya rasa kita akan faham setiap perkataan keluar daripada mulut
Mat Sabu.

Dulu saya pernah ikut geng penerangan PAS membuat


rakaman ceramah. Ceramah Mat Sabu adalah yang paling top.
Jadi kita follow Mat Sabu. Isu pada masa itu adalah isu Melayu
masuk Kristian.

Pada satu ceramah Mat Sabu sebut 5 000 orang Melayu


masuk Kristian. Kemudian esoknya Mat Sabu ceramah lagi di
daerah sebelahnya Mat Sabu sebut 8 000 orang Melayu masuk
Kristian, hadiri bertakbir Allahu Akhbar!! Saya berpendapat yang
mendengar ceramah itu juga terdapat orang-orang yang dengar
ceramah pada malam semalam kerana tempat itu terlalu dekat

CATATAN TIN BURUK......


walaupun daerahnya berbeza, tak sampai 20 km.

Kita juga kena faham pengaruh internet, misalnya video


Tun Mahathir yang mengatakan dia sengaja mengheret Anwar
Ibrahim ke penjara, yang ditonton lebih daripada 1 juta orang
(link). Berapa orang yang bermatian-matian kata video itu benar
sedangkan itu cakap sinis Tun Mahathir yang dikerat dan
dimuatkan dalam video klip. Perbuatan ini adalah membalas sikap
TV pada masa itu suka mengerat dan mengedit cakap-cakap
pimpinan PAS untuk mengabur penonton.

145
Sama juga isu Rosmah menabung semenjak kecil, berapa
orang yang percaya sedangkan itu adalah editan daripada muka
depan Utusan Malaysia.

Saya kesian melihat bagaimana penulis tersahor, mengulas


isu Rosmah menabung dari segi logik dan tak logik dengan kiraan
simpanan kalau menabung daripada bayi sehingga umor Rosmah
sekarang, sedangkan maklumat yang diambil itu sebenarnya
adalah tidak benar sama sekali.

Bila kita bicara perkara ini ada orang PAS akan marah
kepada saya, dia kata saya bela UMNO. Ini bukan soal bela atau
tidak tapi kita bercakap soal fakta dan maklumat.

Kalau tak ada bukti, tak payahlah kita menuduh biarlah


CATATAN TIN BURUK.....

Mat Sabu dengan Allah, melainkan Mat Sabu sudah merosakkan


jamaah sehingga PAS sudah tidak dipercayai lagi. Tapi kalau
setakat nak jatuhkannya dalam pemilihan di Muktamar nanti,
rasa tak payah kita buat kerja yang akhir merosakkan kita.

146
58 ADA PUAK NAK BINA PEJABAT
UMNO ATAS TANAH WAKAF KUBUR
Khamis, 8 Ogos 2013

CATATAN TIN BURUK......


Untuk menyekat Mazlan dan Bidin daripada
mempersoalkan saya dengan pelbagai isu termasuk isu dalaman
PAS, saya cuba mengalih isu.

"Dengar kawan awak JKKK Taman Rusila nak rampas tanah


kubur?" Saya mula mengalih isu Syiah kepada isu JKKK UMNO.
Kebetulan Mazlan adalah kawan baik kepada pengerusi
berkenaan.

"Bukan rampas, tebus guna untuk manafaat bersama. Tadika akan


dibina di situ untuk manafaat pendudukan taman" kata Mazlan.

"Orang PAS tak boleh lihat perkara baik semuanya nak buat fitnah"
Bidin menyampuk.

"Kan dah ada orang tanam tebu dan tembikar di situ? Kenapa sakitkan
hati mereka buat report kepada Maidan?" saya mula mempertikaikan
maklumat mereka.

Tanah Perkuburan Rusila ada banyak kawasan lapang. Ada


penduduk yang telah minta izin untuk bertanam dan mereka

147
telah menjaga tanah perkuburan itu dengan hasil lebihan
keuntungan daripada tanaman yang diusahakan. Mereka juga
menjaga kebersihan dan kelengkapan kubur.

Walaupun tanah perkuburan itu hanya untuk orang Rusila,


mereka telah memberikan sebahagian daripada tanah perkuburan
itu untuk penduduk taman bagi perkuburan mereka di situ.

Malangnya JKKK di taman itu cuba untuk menguasai


tanah perkuburan tersebut, mereka telah menghalang penduduk
menggunakan tanah perkuburan untuk projek tanaman, malah
mereka mengugut dan membuat laporan kepada Maidan.
Cubaan gangguan ini adalah untuk menguasai tanah perkuburan
berkenaan.
CATATAN TIN BURUK.....

Sebenarnya tanah perkuburan itu adalah di bawah


penguasai Penghulu Yusuf, 'toki' (datuk) Ayah Chik (Datuk kepada
Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Puak UMNO degil malah tak mahu menerima nasihat


penduduk kampung, mereka telah mengadu kepada Maidan
untuk menghalau penduduk daripada menggunakan tanah
berkenaan sedang penduduk telah mendapat izin daripada waris
Tuan Guru Haji Abul Hadi.

148
Saya difahamkan puak UMNO (JKKK di situ) merancang
untuk membina pejabat UMNO di situ. Mereka cuba mengabur
mata rakyat dengan membina satu tadika kononnya untuk
kepentingan penduduk di taman berkenaan.

Sekarang penduduk kampung telah diberikan salinan geran


hak milik tanah perkuburan tersebut yang menyatakan adalah hak
milik penguasaan penghulu Yusuf.

"Dulu ada JKKK membahagikan tanah hak milik DarulBayan kepada


beberapa orang AJK sedangkan tanah itu adalah tanah untuk projek anak
Yatim, sekarang ini nak bina pejabat atas tanah kubur? Kenapa teruk sangat
sikap JKKK?" tanya saya.

"Itu baru cadangan" Bidin menyampuk lagi, Mazlan sekadar

CATATAN TIN BURUK......


diam.

"Kalau nak buat sesuatu, tanyalah orang lama di situ, tanah tu hak
milik siapa? Ada geran hak milik atau tidak? Jangan buat pandai-pandai
menghalau orang kampung sesedap hati" saya menyindir lagi.

"Betul ke ada geran?" Mazlan mula bertanya.

"Geran itu dikeluarkan sebelum Merdeka. Penduduk telah diberi


salinan geran asala yang disimpan oleh kakak Presiden PAS" kata saya.

"Geran itu adalah geran yang menyatakan hak milik pengusaan


walaupun itu tanah wakaf" tambah saya.

Bidin dan Mazlan diam sahaja.

Saya cepat menghabiskan minuman dan terus ke kaunter


untuk membayar harga makanan. Bukan apa saya tak nak
Mazlan belajankan saya. Biar saya yang belanjakan mereka.
Bukan tak makan duit orang UMNO tapi ada rasa tak sedap
hati.. maaf atas sikap itu.

149
"Saya kena cepat" kata saya lalu meninggalkan mereka.

"Terima kasih, niat nak belanja tapi sebaliknya" kata Mazlan


sambil tersenyum.

"Tak apa lain kali ada lagi" kata saya.

UMNO di mana-mana sekali tak boleh lihat tanah wakaf


atau tanah hak kerajaan, mesti ada projek nak sapu atau nak
kongsi sesama mereka. Itu hati perut mereka, hidup dengan
kesenangan atas kesengsaraan rakyat.
CATATAN TIN BURUK.....

150
59
MERCUN BOLA
Khamis, 8 Ogos 2013

Belum sempat saya masuk kereta, saya terlihat satu gerai

CATATAN TIN BURUK......


menjual bunga api dan mercun.

"Nanti dulu Azwan, saya nak lihat" saya terus ke gerai menjual
bunga api dan mercun. Membelek-belek sambil melihat saya di
sapa penjual.

"Murah aje, malam ni nak lego" (lego maksud lelong)

"Mercun bola ke ni saya tanya" saya tak mahir sangat pasal


mercun.

"Mercun telur, lebih kurang macam mercun bola tapi besar sedikit"
kata penjual.

"Berapa" saya tanya

Mercun telur, hampir sama dengan mercun bola

151
"Bayar RM14 sahaja" maksudnya RM14 seratus biji yang
dibungkus dalam plastik.

"Terima kasih, sekadar tanya sahaja" lalu saya meninggalkan


gerai tersebut.

"Mercun telur tak bagus, pasal besar, kalau mercun bola kecil mudah
di bawa masuk stadium" kata Azwan.

Saya sekadar diam... Dalam hati Azwan ni kaki mercun


juga.

"Macam mana boleh boleh jual secara terbuka? Tak ada polis ke?"
saya merunggut.
CATATAN TIN BURUK.....

"Kalau dadah berkilo-kilo boleh dibawa masuk menggunakan plastik


gelenya (beg palstik), inikan mercun lagi mudah" kata Azwan.

Semalam Wahab beli pun harga macam ni juga kata Azwan


kepada saya. Anak-anak Wahab main mercun, biar betul. Cucu
Haji Teh, Iman masjid!!

Saya menjadi hairan ramai orang surau dan masjid yang


ada kesedaran Islam masih biarkan anak-anak atau cucu main
bunga api dan mercun sedangkan secara halus perkara ini tak
serasi dengan amalan Islam.

Jika kita yang ada kesedaran Islam tak ada sensitif tentang
perkara ini, siapa lagi yang akan membetulkan keadaan. Harap
kepada penguat kuasa?

Saya berpendapat pihak penguasaan polis dan kastam tidak


memainkan peranan yang serius dalam hal penguatkuasaan
bunga api dan mercun.

Bunga api dan mercun, sekarang telah menjadi sinonim

152
dengan masyarakat Melayu. Tak tahu macama mana budaya
masyarakat Cina yang menggunakan mercun untuk menghalau
roh jahat semasa sambutan Tahun Baharu Cina, kini menjadi
kelaziman masyarakat Melayu. Entah hantu apa yang merasuk di
kepala masyarkat Melayu.

Tak banyak catatan tentang bila pengaruh masyarakat Cina

CATATAN TIN BURUK......


masuk ke dalam budaya masyarakat Melayu. Yang kita tahu
semenjak saya kecil lagi sudah ada bunga api dan mercun. Tiap
kali Ramadan meriam buluh akan menyerikan suasana.

Hari ini, bunga api dan mercun mengalami perubahan yang


sangat mendadak dibuat macam ala perang dengan bom tangan
dan bunyinya juga cukup mengegarkan.

Tindakan pihak berkuasa membuat pemantauan di


sempadan, masih belum menampakkan hasil yang positif,
malahan tangkapan demi tangkapan membuktikan pihak
penyeludup tidak berputus asa membawa masuk bekalan bahan
terlarang ini ke pasaran gelap dalam negara kerana ia perniagaan
bermusim yang menguntungkan.

153
Anak-anak remaja kita agak 'kreatif' apabila bermain
mercun. Hasilnya, kita dikejutkan dengan berita kecederaan
akibat bermain mercun, seperti kehilangan jari akibat kesilapan
memuatkan belerang mercun dalam bekas silinder besi
umpamanya.

Kita pernah dikejutkan dengan kisah tragis seorang anak


kecil yang mayatnya tersangkut di pokok akibat letupan mercun di
stor berhampiran rumahnya di Terengganu beberapa tahun yang
lalu.

Apa yang menyayat hati ialah kebanyakan kanak-kanak


yang menjadi mangsa mercun ini bukan setakat mengalami
kecederaan melecur di tangan dan jari tetapi ada yang hancur ibu
jari dan hampir menjadi kudung.
CATATAN TIN BURUK.....

Jangan hairan jika menjelang Syawal, tragedi akibat


bermain mercun bagaikan tidak berkesudahan. Sudah tiba
masanya, kerajaan bertindak lebih tegas tanpa ada retorik dan
alasan berjela-jela dalam menguatkuasakan tindakan terhadap
mereka yang menjual dan memiliki mercun.

Mercun bom

Kejadian penyeludupan, pengedaran dan jualan mercun


dan bunga api yang sentiasa berlaku hanya boleh dihentikan
melalui penguatkuasaan ketat dan dengan kerjasama orang awam
yang tidak membeli barang tegahan tersebut.

154
Di bawah Seksyen 4 (2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa
yang didapati membuat, memiliki atau mengimport mercun dan
bunga api boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun atau
didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pelanggaran undang-undang yang sedia ada untuk


mengawal penyeludupan, pengedaran dan jualan barang tegahan
secara terang-terangan adalah jelas tidak dipandang serius oleh
pihak yang melanggarnya.

Dengan itu, undang-undang tersebut perlu dipinda


dengan turut memasukkan perkara-perkara berikut:

1. Hukuman penjara mandatori bagi penyeludup


termasuk rampasan harta dan asetnya;

CATATAN TIN BURUK......


2. Kenderaan yang barang tegahan itu ditemui di
dalamnya perlu dirampas dan dilelong.

3. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap orang


yang ditangkap kerana bermain mercun dan bunga
api.

Denda berat dan hukuman penjara perlu dikenakan ke atas


peruncit serta orang awam yang didapati menjual mercun.

155
60
MAIDAM CURI DUIT AMIL ZAKAT?
Jumaat, 9 Ogos 2013

Bila akhir Ramadan, kebiasanya kami tak balik terus macam


CATATAN TIN BURUK.....

biasa selepas tarawih bukan ada sesi bacaan al Quran atau


berzikir tetapi berborak dengan amil yang kebiasaan bertugas
sehingga pukul 12 malam bagi memungut fitrah.

Kampung saya Ayah Mat De, nama sebenar Mohamad


Daud. Apa kaitan De dengan Daud saya pasti tetapi memang dia
adalah amil yang telah dilantik oleh kerajaan (Maidam Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) semenjak saya kecil
lagi.

Ayah Mat memang kemas kerjanya, tak banyak cakap tapi


seorang yang tegas dan komited dengan tugas yang diberikan.
Dia ada catatan yang kemas dan ini membuatkan kerja amirnya
agak tersusun.

Banyak kali saya dengar amil yang tak ada catatan, bila
masa untuk membuat bayaran kepada Maidam duit hilang tak
cukup bukan kerana di curi oleh orang tetapi tersalah
menggunakannya. Mananya tidak.. selit situ sini semasa orang
membayar, akhirnya terguna.

156
Memang jadi kebiasaan tak cukup seratus dua, kalau jenis
kaya tak apa boleh bayar tapi kalau jenis yang 'macam patut
boleh asnaf juga' tak jadi bala??

Saya duduk sebelah Ayah Mat, sambil tuang kopi yang


selalu ada untuk hidangan orang yang datang bayar fitrah.

"Banyak dapat hari ini" saya mula berbicara.

"Tahun ini slow sikit" kata Ayah Mat.

"Kenapa?" tanya saya.

"Entahlah" Ayah Mat macam tak suka nak berbual dan


masih fokus kepada buku resit ditangannya.

CATATAN TIN BURUK......


Saya membelek-buku resit yang masih tak guna. "Ooi ada dua
jenis" kata saya.

Ayah Mat menjelaskan sekarang, ok kerana zakat fitrah dan


zakat harta diasingkan buku resitnya. Dulu tak. Pernah terjadi
buku tertinggal di belakang ada budak nakal yang solat tarawih
koyak satu resit putih dan meninggalkan salinannya. Puas Ayah
Mat cari tak jumpa yang terkoyak tu.

Susah hati katanya nanti dikatakan cuba menipu kerajaan


(Maidam). Macam-macam yang mencadang ada yang suruh tipu
buat pada salinan tertinggal, tapi akhirnya Ayah Mat jenis jujur
ini buat report polis dan memaklumkan kepada Maidam.

"Apa tindakan Maidam?" tanya saya.

"Sampai sekarang tak ada apa-apa, ni Ayah Mat masih amil...."


Ayah Mat menjawab sambil tersenyum.

"Kaya Ayah Mat" Saya menyindir dalam ertkata bergurau.

157
"Kaya apa, Maidam dah buat kerja tak betul" Ayah Mat mula
serius dan muka tersenyum dah jadi kelat semula. Urat-urat tua
dimuka mula terserlah.

"Ni lihat" sambil menghulur satu sampul surat rasmi.

Saya membuka dan membaca, terkejut dan saya berkata


boleh masuk dalam internet. Ayah Mat tak menghalang. Saya
terus keluarkan handphone dan mengambil gambar.
CATATAN TIN BURUK.....

Surat 24 Julai 2013 yang telah dihantar seminggu sebelum


Hari Raya menyatakan tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa
Negeri Terengganu kali ke-9 yang bersidang pada 22 Jun 2010
memutuskan amil hanya berhak mendapat 1/16 daripada zakat
harta sedangkan untuk zakat fitrah 1/8.

158
Yang menjadi kemusyikilannya kenapa keputusan mesyuarat
pada 22 Jun 2010 sekarang baru dikuatkuasakan iaitu semacam
menunggu selepas PRU sahaja?

Dalam surat berkenaan asnaf amil telah ditukar dengan


perkataan upah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sama
seperti zaman dahulu bagaimamana kerajaan UMNO
menghalakan judi dengan perkataan "Loteri Kebajikan
Masyarakat". Riba dengan "faedah".

Bagi saya mereka yang berada dalam jawatankuasa


berkenaan adalah mereka yang tahu tentang agama tetapi
sewenangnya meminda hukum dan ketetapan Allah tentang
asnaf. Mereka cuba menipu Allah dengan mengaburkan

CATATAN TIN BURUK......


perkataan "Upah" supaya mereka boleh berdalih itu 1/16 itu
bukan asnaf, sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita
bagaimana peranan amil.

Kemana perginya separuh duit amil-amil negeri


Terengganu yang di"curi" oleh Maidam? Fakir dan miskin
melarat, sekolah-sekolah agama rakyat terbiar tanpa bantuan. Ibu
tunggal tersempit dalam kehidupan.

Inilah kerja-kerja perosak agama, apabila amanah diberikan


kepada mereka yang tidak layak serta berkepentingan.

159
61 MINYAK NAIK 20 SEN
+ BR1M JUGA AKAN NAIK
Khamis, 5 September 2013

Petang semalam nak isi minyak terserempak dengan Bidin.


CATATAN TIN BURUK.....

Kali terakhir jumpa masa makan selepas terawih di kedai makan


bersama Mazlan pengerusi JKKK. Kami berborak sikit pasal
politik semasa.

"Orang kuat UMNO kalau guna kad ahli boleh dapat harga
RM1.90" kata saya.

Bangla Caltex tersengih... macam dia faham. Entah-entah


dia pernah pakai baju UMNO untuk berdemo. Kalau tak pun
pernah mengundi. (Itu tekaan hati saya)

"Naik cuma 20 sen sahaja" Itu pun nak kecoh kata Bidin.

"Ya, kalau isi RM40 kita kena bayar RM40.20 sahaja pasal naik
20 sen sahaja kan?" kata saya perli Bidin.

Sekali lagi Bangla itu tersenyum. Saya pun naik hairan.

"Kerajaan tak naikkan minyak, tapi kerajaan kurangkan subsidi


sahaja" Kata Bidin dan inilah yang selalu saya dengar daripada
'karat' biru berhujah.

160
Bidin juga menerangkan bahawa subsidi yang dikurangkan
ini akan digunakan untuk menambahkan BR1M yang sudah pasti
akan menguntungkan rakyat. Jumlah 20 sen yang dikurangkan
atas bantuan subsidi dan kerajaan masih lagi memberi subsidi

CATATAN TIN BURUK......


lebih daripada 68 sen.

Jumlah 20 sen itu telah menjimatkan wang kerajaan


sebanyak RM3.3 billion. Dan daripada ini sudah diketahui
bahawa RM3 billion telah digunakan untuk memberikan
kemudahan kepada rakyat dalam bentuk BR1M sebelum ini yang
berjumlah RM500 seorang.

Kata Bidin lagi, dengan penjimatan RM3.3 billion kerajaan


boleh menambah untuk Bajet 2014 BR1M daripada RM500
kepada RM1000 seorang. Itu kan bagus.

Saya melihat kepada Bangla tadi, kali ini dia tak semyum
dia sudah menyimpan pam pada tempatnya menandakan minyak
telah selesai diisi. Dalam hati Bangla ini jika ada IC sudah pasti
senang-senang dapat RM1000 tahun hadapan.

Saya hairan bagaimana kerajaan boleh beranggapan


dengan pemberian BR1M kepada rakyat telah menyelesaikan
sebahagian daripada kesusahan rakyat golongan rendah yang
berpendapatan RM3000 ke bawah. Siapa punya kajian yang

161
boleh membuatkan kerajaan terlalu yakin sehingga hendak
menambah BR1M??

Saya juga berkeyakinan rakyat lebih selesai jika duit BR1M


sebelum ini yang berjumlah RM3 billion itu diambil ditukarkan
untuk diberikan subsidi petrol supaya harga petrol kurang lagi 20
sen daripada RM1.90 kepada RM1.70.

Dengan pengurangan harga petrol sudah pasti harga


pengangkutan, barangan dan sebagainya akan menurun dan ini
akan memberikan kemudahan kepada rakyat golongan miskin
dan juga golongan pertengahan. Ini adalah lebih bermanafaat
daripada pencing undi untuk BR1M sedangkan duit RM500 itu
boleh habis dengan sekelip mata sahaja.
CATATAN TIN BURUK.....

Prihatin kerajaan diperlukan bukan sekadar lepas mulut


menjawab sebagaimana Bung Mukhtar yang mengatakan rakyat
miskin tak guna kereta.

Saya tak tahu kalau tak guna kereta sudah pasti guna
motorsikal. Adakah motosikal tak guna petrol? Nampak sangat
wakil rakyat BN bercakap tak gunakan akal.

"Kalau nak murah kerajaan boleh kaji Ron92 diguna semula" kata
Bidin.

162
Ini satu lagi, sebelum ini banyak pertingkaian terhadap
Ron95 yang dikatakan tidak bermutu malah ada yang
mengatakan bahawa kebakaran kereta dalam kes-kes kemalangan
terakhir ini juga berpunca daripada penggunaan Ron95. Kenapa
perlu minyak yang kurang bermutu seperti Ron92?

Saya melihat kerajaan kalut dalam melaksanakan dasar


kenaikan harga petrol. Cuba lihat di papan notis subsidi tentang
harga Ron95 sebelum subsidi ialah RM2.73 sedangkan harga
Ron97 ialah RM2.70. Kenapa Ron95 lebih mahal daripada
Ron97 yang mengikut harga pasaran petro dunia?

CATATAN TIN BURUK......


Bagaiman kerajaan menipu kononnya kerajaan membayar
subsidi lebih?

Sekarang untuk menutup malu dan penipuan ini kerajaan


menaikan Ron97 kepada RM2.85 sedangkan minyak dunia masih
belum naik sepenuhnya. Mana kenyataan sebelum ini mengikut
harga minyak semasa?

"Siapa yang di perbodohkan?" tanya saya kepada Bidin

Bidin hanya terdiam.

Kerajaan juga tiada kajian secara menyeluruh dalam hal ini.


Semalam TV ada menyiarakan tentang Kementerian Pertanian
menyatakan akan menubuhkan jawatankuasa mengkaji kesan

163
kepada nelayan atas kenaikan petrol 20 sen.

Habis sebelum ini kerajaan buat keputusan berdasarkan


maklumat di mana? Kenapa sekarang nak kaji kesan?

Saya belum bercakap lagi tentang kesan kenaikan 20 sen


dengan isu RM40 seminggu, berapa harus dibelanjakan setiap
bulan dan jumlahnya untuk setahun. Adakah memadai dengan
BR1M RM500 itu??

Bidin mula mengalah, saya tak tekan banyak perkara sebab


ada orang lain nak isi minyak akhirnya kami berpisah tanpa kata
pemutusan atas perbincangan ringkas tadi.
CATATAN TIN BURUK.....

164
62
ZAHRAIN DAPAT HABUAN
Jumaat, 6 September 2013

Pagi macam biasa sarapan di warung Pak Ali, lama benar

CATATAN TIN BURUK......


tak ke warung. Sebelum ini sebulan bulan puasa Pak Ali tak buka
warung. Selepas itu sibuk dengan puasa sunat syawal dan jamuan
raya.

Semasa minta pesan terlihat Utusan Malaysia. Nak beli


minta maaf, rasanya lebih baik duit itu dimasukkan dalam mana-
mana tabung derma, tapi kalau ada yang free macam ini boleh
juga lihat. Nak tahu juga kelentongnya macam mana.

Terbaca bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri


Zahrain Mohamed Hashim disahkan bakal dilantik sebagai Duta
Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Pelik juga bunyinya, biasanya yang dilantik diumumkan tapi


yang ini "bakal dilantik" pun dijadikan tajuk utama.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pelantikan


Zahrain itu akan dibuat secara rasmi tidak lama lagi selepas
dimaklumkan kepada kerajaan negara tersebut.

"Kita tidak melihat kepada latar belakang politik beliau

165
kerana apa yang dicari ialah individu terbaik dan sesuai bagi
memegang jawatan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas
Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Luar semalam.

Menurut Anifah lagi, pelantikan Zahrain dibuat


berdasarkan kriteria yang ditetapkan, kemampuan dan
kesetiaannya kepada kerajaan.

Apa nak jadi dengan negara kita, sebelum ini YB Datuk


Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim dilantik sebagai pengerusi
Tabung Haji. Kita terbaca bagaimana cadangan memakai baju
Melayu dan samping di Mekah. Kononnya semasa waktu
melawat kita boleh guna baju berkenaan. Kan lucu. Di Malaysia
pun semasa melawat Zoo, Muzium atau sebagainya, tak pernah
saya terjumpa orang pakai baju Melayu bersamping, takkan di
CATATAN TIN BURUK.....

Mekah nak berbuat demikian. Satu cadangan sangat dangkal!

Ini akibat daripada orang bukan ahli memengang sesuatu


jawatan atas dasar politik.

Saya tak boleh fikir bagaimana Zahrain terpilih? Adakah


kerana bekas ahli PKR ini yang begitu kuat kecam Anwar
Ibrahim?

Zahrain ada rekod "kepercayaan" yang tidak baik. Sifat


dendam dan serangan yang tidak beretika kepada Anwar bekas
ketuanya suatu yang tidak boleh dipandang ringan. Adakah ini
tidak mempengaruhi Indonasia dalam hubungannya dengan
Malaysia melalui manusia yang boleh dipertikaikan
intergeritinya?

166
Atas dasar pengaruh Anwar yang cukup kuat terutamanya
di Indonasia, hubungannya dengan pimpinan dan bekas
pimpinan Indonasia yang sangat akrab, mungkin menjadikan
Zahrain pilihan yang baik mengikut Najib kerana Zahrain boleh
memburukkan Anwar di Indonasia?

Saya melihat kerajaan makin kalut di bawah kepimpinan


Najib... Baik saya habiskan nasi lemak.

CATATAN TIN BURUK......

167
63 APABILA KHALID SAMAD
& NIK ABDUL MENJAWAB TUDUHAN
Ahad, 14 September 2013
CATATAN TIN BURUK.....

Solat Isya' selepas bulan puasa kurang seronok. Saf pun tak
lebih daripada dua. Kalau ada kuliah ada lebih sikit, itu pun
bergantung kepada ustaz yang mengajar, kalau yang jenis ustaz
tua "main" kitab kuning jawabnya bukan bertambah, makin
kurang adalah.

Selepas Isya' Hassan macam biasa buka "kelas tambahan"


(cerita politik semasa) di bucu surau. Saya hadir, dia tersenyum.
Hassan memang suka saya ada, sebab yang lain kebanyakkannya
mengangguk melainkan saya yang selalu kontra dengan pendapat
dia.

"Kesian Khalid Samad, terpaksa menjawab tuduhan liar daripada


kumpulan yang bergelar ulama" Saya rasanya dia macam menukar
tajuk untuk memerangkap saya bercakap. Saya diam sahaja.

168
"Ulama tapi sebenar nak rebut jawatan" Hassan menambah.

"Tak baik membuat fitnah" kata Hassan lagi.

"Fitnah mainan syaitan, dan makin tersebar kalau kita buka cerita
ditanpa pengetahuan, macam kita bercakap di sini... semua tahu ke apa cerita
sebenar tentang Khalid?" Saya bertanya

"Kalau tak tahu lebih baik balik rumah jaga bini, ada manafaatnya"
saya menambah.

CATATAN TIN BURUK......

"Hari ini Ustaz Nik Abdul, anak TG Nik Abdul Aziz menjawab isu
naik kapal terbang peribadi, esoik lusa siapa lagi antara pimpinan PAS yang
akan menjawab tuduhan" kata saya

"Siapa yang buat tuduhan ini, UMNO ke?" saya tanya. Semuanya
tak menjawab. Bukan UMNO tapi ahli PAS sendiri.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda; Orang beriman sentiasa di


ambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik
yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya

169
dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

Kenapa Rasulullah s.a.w. menyebut mukmin yang dengki.


Perkataan mukmin itu sudah jelas tak payah saya huraikan.

Jamaah menjadi porak peranda kerana ahli-ahlinya tidak


memahami adab berjamaah, adab berbeza pendapat.

Saya cerita tentang kisah Abu Bakar dengan Rasulullah


s.a.w.

Suatu hari, Rasulullah duduk bersama Abu Bakar. Tiba-


tiba, datang seorang laki-laki. Dia memaki Abu Bakar dengan
kata-kata yang sangat buruk. Namun, Abu Bakar tidak
membalasnya. Begitu juga dengan Rasulullah, yang hanya
CATATAN TIN BURUK.....

berdiam tanpa membela Abu Bakar. Mereka tetap diam.

Oleh kerana makiannya tidak dibalas, laki-laki itu pun


terdiam. Namun, Abu Bakar kemudian membalas makiann
tersebut. Melihat perkara ini, Rasulullah s.a.w. terus bangkit dari
duduknya dan pergi meninggalkan Abu Bakar.

Abu Bakar terkejut melihat tindakan Rasulullah s.a.w.. Dia


segera berlari mengejarnya. Abu Bakar pun bertanya,

Ya, Rasulullah, laki-laki itu telah memakiku, tetapi aku diam saja.
Begitu juga engkau. Namun, ketika aku menjawab makian itu, engkau malah
meninggalkanku. Mengapa, ya Rasulullah?

Rasulullah pun menjawab,Wahai Abu Bakar, sesungguhnya


malaikat datang mendampingimu dan menjawab makian laki-laki itu tadi
ketika kamu diam. Karena itulah, aku senang berada di sana. Namun, ketika
kamu membalas makian itu, malaikat pun pergi. Setan datang dan ikut duduk
denganmu. Aku tidak suka duduk ersama setan. Itulah sebabnya aku
meninggalkanmu.

170
Kemudian, Rasulullah melanjutkan penjelasannya, Jika
seorang manusia memaafkan orang yang menzaliminya karena dianggap
mengharap ridha Alah, pasti Allah akan menambah kemuliannya.

Rasulullah s.a.w mengajar kita tidak menjawab kerana


dalam menjawab akan datang syaitan menduduki hati-hati kita.

"Lihat komen pada setiap tulisan samada Khalid Samad atau Nik
Abdul" kata saya.

"Komen-komen daripada bisikan syaitan" Jawab Rahman... Belum


sempat saya nak cakap.

Komen-komen daripada pimpinan PAS yang terkena fitnah,


tak kira daripada kumpulan mana bukan menyelesaikan masalah

CATATAN TIN BURUK......


tetapi akan menambahkan api permusuhan. Internet bukan
medium untuk kita mencari kebenaran dalam jamaah, sebab
jamaah sudah ada cara dan corak penyelesaiannya. Tapi
malangnya kita berkeras tidak mengunakan saluran jamaah dan
kita lebih suka melebarkan masalah.

Kita pernah dengar Tun Mahathir bercakap "Rasuah dalam


UMNO membusuk sehingga ke usus".

Apakah PAS akan menjadikan fitnah juga membusuk


sehingga ke usus. Kita mengadakan cerita keburukan bagi
menjatuhkan satu sama lain, kita hilang sifat persaudaraan, kita
hilang rasa malu kepada Allah atas perilaku kita.

Kita memburuk satu sama lain dalam masa masa kita


memakai jubah perjuangan Islam?? Sangat malu dan aib mulut
kita bercakap tentang Islam tetapi hati kita penuh dengan
dendam dan hasad!

Saya lebih berpendapat hentikan polimik bodoh sebelum


Muktamar. Sebelum ini dengan isu Syiah-Sunni dan sekarang isu

171
UG dan Ulama' akhirnya perjuangan Islam dicemari oleh sikap
bodoh kita.

Saya minta izin lalu meninggalkan 'usrah kopi o' di bucu


surau yang menajamkan (kata sinis) kefahaman politik dalam
Jamaah!
CATATAN TIN BURUK.....

172
64 APA BEZA CHING PENG
DENGAN HENRY GURNEY?
Selasa, 17 September 2013

CATATAN TIN BURUK......


Hari ini cuti Hari Malaysia, saya sarapan di warung Pak Ali
macam biasa, kenakan nasi lemak dengan 'aya hitam'. Ramai
pula kawan-kawan hari ini, mungkin cuti kot!

Kebetulan ada Ustaz Asmadi (Madi). Dia ni boleh berubat


dan mengamalkan perubatan cara Islam. Ada cerita menarik
tentang dia, nanti saya ada masa saya akan tulis.

Bidin pun ada sama. Saya niat nak tanya ustaz Madi, pasal
perubatan tapi Bidin mula buka cerita pasal Ching Peng, saya ikut
sahaja perbincangan mereka.

"Ching Peng dah mampus, abunya buang sahaja di Sungai Golok"


kata Bidin (Ahli JKKK)

"Marah betul" kata saya

"Kenapa tidak kalau jadi pengkhianat Negara. Dia bukan rakyat


Malaysia." kata Bidin lagi.

Saya hairan kenapa Chin Peng dan Rashid Maidin sebelum

173
ini tidak dibenarkan pulang. Saya tidak kata mereka ini hebat
sebagai pejuang kemerdekaan tetapi sejarah perlu dikaji semula.
Haru ada penulis sejarah yang benar-benar bersumber fakta yang
betul.
CATATAN TIN BURUK.....

Saya juga hairan kenapa Henry Gurney dipuja dalam


sejarah. Sedangkan itu adalah penjajah yang sah. Malah nama
Henry Gurney diabadikan di negara kita.

Soal kerakyatan pula kita juga hairan dan tidak begitu


faham pendatang tanpa izin yang mencari makan di negara ini
memperolehi warganegara begitu mudah malah ada kad
pengenalan membolehkan mereka memperolehi pruntukan
BR1M.

Ching Peng dan Rashid Maidin yang sah mempunyai


hubungan dalam sejarah kemerdekaan negara tidak dibenarkan
pulang ke tempat asalnya. Mereka jadi buang sehingga akhir
hayat.

Sangat tidak faham pemikiran orang-orang UMNO seperti


Bidin.....

174
Sambung...
untuk siri 2
TIN BURUK
http://tin-buruk.blogspot.com
tinburuk@gmail.com

You might also like