You are on page 1of 4

4.

0 ANALISIS, INTERPRETASI DATA DAN PELAPORAN PRESTASI MURID

Bahagian ini akan memberi penerangan berkenaan dengan pengiraan min, mod,
median dan membuat tafsiran serta pelaporan terhadap prestasi murid-murid
kelas 5 Bijak.

4.1 Pengiraan Min, Mod Dan Median Markah Murid

Cikgu Abu telah mengadakan satu ujian formatif bagi mata pelajaran Matematik
terhadap murid kelas 5 Bijak di Sekolah Rendah Abu Bakar. Seramai 10 orang
murid telah menduduki ujian tersebut. Markah lulus yang telah ditetapkan ialah 40.
Jadual 1 adalah skor markah mentah prestasi murid-murid dalam ujian itu.

Jadual 2: Skor Markah Mentah Prestasi Murid bagi Ujian Formatif Matematik

20, 30, 30, 40, 50, 50, 50, 60, 70, 80

Berdasarkan skor mentah dalam jadual 1, siswa pendidik diminta membantu


Cikgu Abu untuk mengira min, mod dan median bagi ujian tersebut.

4.1.1 Pengiraan Min bagi Ujian Formatif Mata Pelajaran Matematik Kelas 5
Bijak

Formula Mencari Min:

Min = (20 + 30 + 30 + 40 + 50 + 50 + 50 + 60 + 70 + 80)

10

= 480

10

= 48

Maka, min bagi ujian ini adalah 48.

37
4.1.2 Pengiraan Mod bagi Ujian Formatif Mata Pelajaran Matematik Kelas 5
Bijak

Mod ialah data yang mempunyai kekerapan paling tinggi. Dalam senarai markah
ujian Cikgu Abu, mod dalam data tersebut ialah nombor yang bewarna merah iaitu
50 yang mana terdapat tiga orang murid memperoleh markah tersebut.

20, 30, 30, 40, 50, 50, 50, 60, 70, 80

4.1.3 Pengiraan Median bagi Ujian Formatif Mata Pelajaran Matematik


Kelas 5 Bijak

Median adalah nilai penengah suatu kumpulan data yang telah disusunkan secara
tertib. Dengan perkataan lain, median ialah suatu nilai dengan separuh daripada
data yang ada mempunyai nilai kurang daripadanya manakala separuh yang lain
mempunyai nilai yang melebihinya.

Bagi mendapatkan median, saya telah menyusun data ujian formatif mata
pelajaran Matematik Kelas 5 Bijak yang diperoleh mengikut tertib menaik. Median
bagi data tersebut ialah 50.

20, 30, 30, 40, 50, 50, 50, 60, 70, 80


= 50 + 50
2

= 50

Maka, median bagi data ini adalah 50.

38
4.2 ANALISIS SKOR BERSERTA TAFSIRAN DAN LAPORAN PRESTASI
PENCAPAIAN MURID-MURID MENGGUNAKAN GRAF

Berdasarkan ujian formatif bagi mata pelajaran Matematik yang dijalankan oleh
Cikgu Abu di kelas 5 Bijak di Sekolah Rendah Abu Bakar, seramai 10 orang telah
menduduki ujian tersebut. Menerusi ujian tersebut, markah lulus yang telah
ditetapkan oleh Cikgu Abu ialah 40. Jadual 2 menjelaskan analisis skor tersebut:

Jadual 3: Analisis Skor Markah dan Kekerapan


Skor Markah Kekerapan
20 1
30 2
40 1
50 3
60 1
70 1
80 1

Berdasarkan analisis skor tersebut, seramai 7 orang murid telah berjaya


mendapat markah lulus. Markah tertinggi yang diperoleh oleh murid Tahun 5 Bijak
dalam ujian tersebut ialah 80. Peratus kelulusan bagi ujian formatif Matematik
murid Tahun 5 Bijak ada sebanyak 70%. Terdapat seorang murid memperoleh
markah 40, tiga orang memperoleh markah 50, dan masing-masing seorang untuk
60,70 serta 80. Secara ringkas, majoriti murid Tahun 5 Bijak telah lulus dalam
ujian formatif tersebut dengan lingkungan markah dari 40 sehingga 80.
Berdasarkan analisis skor tersebut juga didapati bahawa seramai 3 orang
murid telahgagak dalam ujian tersebut. Markah terendah yang diperoleh oleh
murid Tahun 5 Bijak dalam ujian tersebut ialah 20. Peratus murid yang gagal
dalam ujian formatif Matematik murid Tahun 5 Bijak ada sebanyak 30%. Terdapat
seorang murid memperoleh markah 20 dan dua orang murid memperoleh markah
30. Ringkasnya, bilangan murid yang gagal dalam ujian formatif Matematik
tersebut adalah sedikit berbanding bilangan murid yang lulus. Berlandaskan
analisis yang telah dilakukan, sebahagian besar murid Tahun 5 Bijak dapat
menguasai topik yang diuji dalam ujian tersebut seperti mana yang ditunjukkan
oleh histogram dalam rajah 1.
Rajah 1: Histogram Skor Markah Matematik Kelas 5 Bijak

39
Skor Markah Matematik Kelas 5 Bijak
3

2.5

Kekerapan 1.5
1

0.5

0
20 30 40 50 60 70 80

Skor Markah

40

You might also like