You are on page 1of 2

JENIS-JENIS SOALAN YANG BAIK

1) Soalan yang nyata dan jelas

- Sebagai contoh,guru perlu menanyakan soalan yang jelas iaitu apakah punca
berlakunya pencemaran sungai
- contoh ini mudah difahami oleh murid secara tidak langsung murid dapat
mengetahui punca berlakunya pencemaran sungai.
- Suara guru dalam menanyakan soalan juga perlu lantang dan jelas supaya murid
dibelakang juga dapat mendengar soalan yang diajukan oleh guru serta dapat
menjawab soalan tersebut.

2) Soalan berdasarkan pengalaman/pengetahuan sedia ada murid.

- Guru perlu mengaitkan soalan dengan pengetahuan sedia ada murid. Sebagai
contoh,apakah langkah mengamalkan gaya hidup sihat. Soalan ini membolehkan
murid memahami gaya hidup sihat kerana ianya merupakan satu rutin harian
penduduk atau rutin harian pelajar.
- Dalam menanyakan soalan guru perlu bertanya kepada semua murid. Soalan yang
diajukan perlu disebarkan supaya pelajar yang berada dibahagian belakang juga
boleh turut menyertai soalan yang diajukan oleh guru.

JENIS SOALAN YANG KURANG BAIK

1) Soalan yang kurang jelas

- Guru menanyakan kepada pelajar dengan soalan yang kurang jelas seperti apakah ibu
negeri Shah Alam? soalan ini kurang jelas kerana guru secara tidak langsung telah
memberi jawapan kepada murid. Sebaliknya soalan yang betul ialah apakah ibu negeri
Selangor,kemudian murid baru menjawab ibu negeri Selangor ialah Shah Alam.
2) Tidak memberi masa kepada pelajar untuk menjawab.

- Dalam memberi contoh,guru perlu memberi sedikit masa kepada pelajar untuk
menjawab. Hal ini membolehkan pelajar berfikir terlebih dahulu kemudian
menjawab soalan.

You might also like