You are on page 1of 20

PENDAHULUAN

Kajian membincangkan tentang teori pertembungan tamadun yang diperkenalkan oleh


ahli sains politik, Samuel Philips Huntington.

Perkataan tamadun berasal daripada Bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana.
Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa
Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek iaitu
civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar. Dari segi konsep, tamadun membawa maksud
peradaban, pembangunan dan kemajuaan. Menurut pandangan Barat, tamadun bermaksud
pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan
dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut
mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula,
tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam
bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan
antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.

Tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah yang penting untuk
megukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun
mencapai tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Ini disokong oleh Sarjana
Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah penting dalam konsep
tamadun. Sumber utama sesebuah tamadun adalah berdasarkan pandangan semesta tersebut.
Dalam konteks manusia, terdapat empat sumber tamadun iaitu bersumberkan kebendaan, akal
fikiran, kerohanian dan wahyu yang muncul sepanjang sejarah ketamadunan manusia.

Samuel Philips Huntington (18 April 1927- 24 Disember 2008) adalah seorang ahli
sains politik konservatif berpengaruh di Amerika Syarikat. Beliau mengemukakan suatu
kerangka mencabar bagi memahami realiti politik global untuk kurun akan datang. Karya
beliau, Pertembungan Tamadun dan Pembentukkan Semula Orde Dunia merupakan salah
sebuah buku paling penting yang muncul semenjak tamatnya Perang Dingin. Buku itu
merupakan suatu analisis yang provokatif tentang suasana politik dunia selepas kejatuhan
komunis. Ahli sains terkemuka ini menjelaskan bagaimana tamadun telah menggantikan
bangsa dan ideologi sebagai kuasa pemacu dalam politik global hari ini dan menawarkan
suatu analisis menakjubkan tentang iklim semasa dan kemungkinan masa hadapan dalam
budaya politik dunia kita yang sering berubah-ubah.
OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, kami akan menghuraikan dengan lebih mendalam objektif kajian iaitu:

1. Untuk memahami teori pertembungan tamadun Samuel Huntington.


2. Untuk menghuraikan hujah Samuel Huntington dalam teori pertembungan tamadun.
3. Untuk membincangkan dialog antara peradaban sebagai alternatif kepada teori
pertembungan tamadun.

2
TAJUK KAJIAN: 1

TEORI PERTEMBUNGAN TAMADUN SAMUEL HUNTINGTON

Teori pertembungan tamadun merupakan teori yang dikemukan oleh Samuel Philips
Huntington dan diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh jurnal Foreign Affairs.
Artikel Samuel Huntington dalam jurnal tersebut bertajuk “The Clash of Civilizations”.
Dalam artikel tersebut, Huntington mengemukakan bahawa politik dunia sedang memasuki
fasa baru dan ramai golongan intelektual memberi gambaran mengenai apa yang akan
berlaku pada masa akan datang termasuklah persaingan antara negara bangsa serta beberapa
konflik.

Namun begitu, Huntington berpendapat bahawa para intelektual terlupa satu aspek yang
penting mengenai politik global masa hadapan meskipun gambaran-gambaran yang mereka
berikan ini bertepatan dengan realiti yang sedang berlaku. Hal ini kerana beliau berhipotesis
bahawa sumber asas kepada konflik di dunia ini bukanlah aspek ideologi atau aspek ekonomi
tetapi merupakan aspek budaya (Huntington, 1993, hlm. 22). Huntington turut menekankan
dalam buku tulisannya bahawa:

“In this new world the most pervasive, important, and dangerous conflicts will not be
between social classes, rich and poor, or other economically defined groups, but between
people belonging to different cultural entities.” (1996, hlm. 28)

Manusia terbahagi mengikut golongan atau kumpulan mereka tersendiri dan


pembahagian tersebut adalah disebabkan oleh budaya (Huntington, 1993, hlm. 22). Malahan,
pembahagian ini bukan sahaja berdasarkan kepada perbezaan bahasa, agama, tradisi, institusi,
dan sejarah tetapi juga berdasarkan kepada hubungan subjektif seseorang kepada golongan
atau kumpulan tertentu. Oleh itu, pembahagian ini bersifat semula jadi dan memberi impak
kepada interaksi antara budaya yang menyebabkan berlakunya pertembungan antara
tamadun. Tambahan pula, Huntington (1993, hlm. 24) mendefinisikan konsep tamadun
sebagai pengkelasan kebudayaan manusia yang tertinggi dan merupakan identiti budaya yang
membezakan manusia daripada yang lain.

3
Hujah utama Huntington ialah konflik masa hadapan adalah berasaskan kepada
perbezaan budaya, terutamanya agama, justeru, akan menjadi lebih lama dan lebih
membinasakan. Tesis Huntington ini seolah-olah dikuatkan lagi dengan bukti peristiwa
seperti 9/11, perang di Iraq dan Afghanistan, pengeboman Madrid, London, dan Bali, dan
ketegangan yang semakin meningkat antara negara-negara Barat dan Islam. Hal ini kerana
Huntington menganggap masalah yang berlaku antara tamadun Islam dengan tamadun lain
adalah disebabkan oleh budaya yang berbeza. Tamadun Islam merupakan satu-satunya
tamadun yang terbentuk daripada pegangan agama iaitu agama Islam.

Berbalik kepada isu konflik global yang diketengahkan oleh Samuel Huntington dalam
tesisnya, konflik ini dikatakan akan terjadi antara negara dengan kumpulan peradaban yang
berbeza dan ianya merupakan fasa terkini dalam evolusi koflik global. Menurut Huntington
(1993, hlm 22-23), konflik global ini bermula dengan konflik di Barat iaitu konflik dalam
kalangan pemerintah tetapi selepas berlakunya Revolusi Perancis, konflik tersebut bertukar
menjadi konflik di antara negara dan kekal sehinggalah Perang Dunia Pertama. Kemudian,
konflik tersebut bertukar pula kepada konflik antara ideologi setelah tercetusnya Revolusi
Rusia.

William Lind melabelkan konflik antara pemerintah, negara, dan ideologi ini sebagai
perang saudara Barat dan kesemua konflik ini berlaku dalam Tamadun Barat itu sendiri
(Huntington, 1993, hlm. 23). Tetapi dengan berakhirnya Perang Dingin, konflik yang berlaku
telah bertukar kepada interaksi antara tamadun iaitu interaksi tamadun Barat dengan tamadun
bukan Barat dan interaksi sesama tamadun bukan Barat. Hal ini akan menyebabkan
pertembungan antara tamadun terutamanya antara Tamadun Barat dengan tamadun bukan
Barat.

4
Oleh itu, pengenalan tamadun akan menjadi semakin penting pada masa akan datang dan
dunia akan dibentuk oleh interaksi antara tujuh atau lapan tamadun utama iaitu Barat,
Konfusius, Jepun, Islam, Hindu, Slavik-Ortodoks, Amerika Latin, dan Afrika. Menurut
Huntington (1993, hlm. 25), pertembungan antara tamadun akan berlaku disebabkan oleh
perbezaan budaya yang memisahkan sesebuah tamadun itu dengan tamadun yang lain.

Terdapat enam faktor yang menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun.


Pertama, perbezaan antara tamadun itu sendiri. Kedua, interaksi antara manusia yang berbeza
tamadun semakin meningkat dan interaksi ini memperhebatkan kesedaran tamadun. Ketiga,
proses pemodenan ekonomi dan perubahan sosial di seluruh dunia memisahkan manusia
daripada identiti tempatan telah lama wujud. Keempat, pertumbuhan kesedaran tamadun
dipertingkatkan oleh peranan ganda daripada Barat. Kelima, ciri-ciri budaya adalah sukar
untuk diubah, justeru, lebih sukar untuk dikompromi dan diselesaikan berbanding politik dan
ekonomi. Akhir sekali, ekonomi serantau semakin meningkat (Huntington, 1993, hlm. 25-28).

Perbandingan antara kesan pertembungan ketamadunan dan keagamaan dalam teori


Samuel Huntington terhadap konflik etnik selepas Perang Dingin telah dijalankan
menggunakan metodologi kuantittif. The SAGE Encyclopedia of Qualitative Research
Method (2008, hlm. 23) mendifinisikan kajian kuantitatif sebagai pendekatan-pendekatan
terhadap kajian empirikal yang mengumpul, menganalisa, dan memaparkan data dalam
bentuk angka berbanding bentuk naratif (Given, 2008, hlm. 713). Kaedah kuantitatif ini agak
baru diperkenalkan.

Menurut Amirah et al. (2009) dalam ulasan artikel jurnalnya, sebilangan kecil sarjana
menyertai debat untuk menolak tesis Samuel Huntington menggunakan kaedah kuantitatif.
Antara sarjana tersebut, Gurr, mengemukakan bahawa tiada sebarang bukti mengenai konflik
utama etnik ini berkait rapat dengan pertembungan tamadun. Henderson dan Singer pula
mendapati bahawa bukan perbezaan budaya yang menjadi punca utama konflik etnik tetapi
perbezaan ideologi politik. Akhir sekali, Russet et al. (2000) mendapati perbezaan liberalisme
dan realisme lebih tepat untuk menjelaskan sebab-sebab peperangan pada tahap antarabangsa
berbanding perbezaan ketamadunan.

5
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013), liberalisme ialah fahaman yang liberal,
fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi,
manakala, realisme pula ialah fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan.

Berdasarkan kepercayaan realisme, negara adalah penentu hala tuju sesebuah negara itu
tersendiri yang bermaksud tiada istilah organisasi antarabangsa tetapi hanyalah negara dalam
fahaman realisme. Hal ini bermaksud tidak ada kuasa yang lebih tinggi daripada negara dan
fahaman ini sering dikaitkan dengan politik kekuasaan. Hubungan antarabangsa akan
menimbulkan konflik yang lebih menyusahkan dan berpanjangan serta campur tangan kuasa
luar tidak akan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara.
Sebaliknya, campur tangan kuasa luar secara tidak langsung akan menyebabkan penguasaan
negara luar terhadap sesebuah negara. Oleh itu, akan menyebabkan berlakunya peperangan
atau konflik antarabangsa.

Secara umumnya, pemegang fahaman liberal pula mengambil pandangan positif tentang
sifat manusia. Mereka memiliki keyakinan besar terhadap akal fikiran manusia dan mereka
yakin bahawa prinsip-prinsip rasional akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Dengan erti kata lain, konflik dan peperangan tidak dapat dihindarkan kerana
manusia telah menggunakan rasional mereka, justeru, peperangan merupakan penyelasaian
terbaik dalam mencapai keuntungan bersama. Tambahan pula, jika dilihat dalam konteks
dunia sekarang, terdapat negara yang mengeksploitasi prinsip ini demi kepentingan mereka.
Sebagai contoh, penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berasaskan liberalisme dan
dikatakan bertujuan menjaga keamanan dan hak-hak asasi sejagat. Namun begitu, boleh
dilihat bahawa banyak lagi isu-isu hak asasi manusia yang belum diselesaikan.

Walaupun teori Samuel Huntington mendapat banyak tentangan tetapi beliau turut
menerima beberapa sokongan daripada golongan sarjana. Paul K. Huth, misalnya, berhujah
bahawa hubungan etnik dan linguistik antara penduduk dan mereka yang tinggal di sesebuah
wilayah yang bergolak boleh menyebabkan konflik. Selain itu, Andrej Tusicisny mengkaji
kepentingan relatif konflik dalam tempoh pasca Perang Dingin dan menjumpai dalam analisis
yang merangkumi konflik antara negeri bahawa majoriti konflik yang berlaku antara
peradaban melibatkan kumpulan-kumpulan Islam (Jakobsen, 2010, hlm. 5).

6
TAJUK KAJIAN: 2

HUJAH SAMUEL HUNTINGTON BERKENAAN TEORI PERTEMBUNGAN


TAMADUN.

Di dalam konteks ini, ianya mengenai huraian hujah Samuel Huntington di mana di
dalam bukunya yang bertajuk “The Clash of Civilizations and The Remaking of World
Order”. Samuel Huntington menjelaskan bahawa kajian yang dijalankan mengenai
pertembungan tamadun ataupun peradaban yang mempunyai faktor-faktor yang dapat
menyumbang kepada kekuatan sesebuah tamadun serta bagaimana sesebuah tamadun
menjadi penentu kurangnya pengaruh sesebuah tamadun.

Definisi peradaban ataupun tamadun telah wujud sejak dahulu lagi. Antara tamadun
yang telah wujud pada zaman dahulu ialah Parsi, China, India, Melayu, Babylon dan
sebagainya. Hal ini sejajar dengan pencapaian manusia pada masa kini di mana
berkembangnya kemajuan sesebuah tamadun tersebut. Berdasarkan definisi Samuel
Huntington mengikut definisi Inggerisnya ialah “Peradaban atau Tamadun ialah satu entiti
budaya”. Hal ini menjelaskan bahawa sesebuah tamadun terjadi daripada sekumpulan
manusia di sesuatu tempat walaupun ianya mungkin berbeza dari penempatan, agama,
budaya atau sebagainya. Menurut Samuel Huntington, bahawa peradaban-peradaban
senantiasa mengalami kemunduran sekaligus berkembang. Berdasarkan artikelnya mengenai
peradaban;

“While civilizations endure, they also evolve. They are dynamic; they rise and fall;
they merge and divide; and as any students of history knows, they also disappear and
are buried in the sand of time.” Peradaban bersifat dinamis, bangkit dan jatuh,
menyatu dan saling terpisah, dan sebagaimana halnya dengan apa yang mereka
belajar sejarah, ia juga tenggelam dan terkubur di dalam pasir-pasir masa.
(Huntington, 1996, hal. 44).

7
Dalam erti kata lain, tamadun terbentuk apabila pembawakan cara atau budaya
daripada sekumpulan manusia untuk memajukan tamadun tersebut. Namun begitu, berlainan
pula definisi peradaban menurut Prof.Syed Naquib Al-Attas iaitu peradaban merujuk kepada
suatu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan susila dan
keluhuran kebudayaan bagi seluruh masyarakat itu, (Suzy, Khairulnizam, 2014, hlm. 4). Ini
menggambarkan sesebuah tamadun akan berkembang mengikut peredaran semasa dengan
pencapaian manusia yang saling bersatu untuk melihat tamadunnya berkembang.

Menurut hujah Samuel Huntington, konflik sesebuah tamadun atau peradaban


merupakan fasa yang terbaru dimana dalam konflik dunia moden khususnya selepas era
perang dingin. Menurutnya identiti tamadun akan menjadi lebih penting pada masa hadapan,
kerana ianya sebahagian dunia akan dibentuk oleh interaksi antara tujuh atau peradaban besar
ini. Peradaban besar itu termasuklah peradaban Barat, China, Jepun, Islam, Hindu, Slavic-
Orthodox, Latin Amerika dan mungkin juga peradaban Afrika. (Huntington, 1996, hlm. 45).
Konflik yang paling penting pada masa hadapan dijangka akan berlaku pada garis keretakan
yang memisahkan peradaban-peradaban ini.

Samuel Huntington mengetengahkan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya


keretakan atau pertembungan antara peradaban. Faktor yang pertama yang diketengahkan
oleh beliau ialah peradaban dibezakan antara satu sama lain oleh sejarah, bahasa, budaya,
tradisi dan yang paling penting ialah agama. Justeru, masyarakat daripada peradaban yang
berbeza mempunyai pandangan yang berlainan tentang banyak perkara. Menurut Huntington
perbezaan ini timbul dalam proses yang lama dan perbezaan ini tidak mudah lenyap kerana
sifatnya lebih asasi, berbanding dengan perbezaan ideologi politik dan rejim kerajaan yang
berasaskan politik.

8
Kedua, interaksi antara manusia daripada berlainan peradaban semakin bertambah
kerana dunia kini semakin mengecil. Peningkatan interaksi ini memperdalamkan lagi
kesedaran di kalangan kelompok itu sendiri. Menurut pendapat Samuel Huntington,
perbezaan sesebuah tamadun akan bertambah melalui interaksi manusia dimana kelompok
manusia semakin meningkat kerana dunia pada masa kini semakin mengecil. Hal ini kerana
manusia yang mempunyai pandangan yang berlainan, entity budaya yang berbeza dan
sebagainya. Sebagai contoh kita dapat lihat, orang Amerika misalnya lebih bersifat negatif
terhadap pelabur-pelabur Jepun daripada pelabur dari Kanada dan negara-negara Eropah yang
lain. Malah, perpindahan orang Afrika ke Perancis melahirkan permusuhan dikalangan orang-
orang Perancis dan pada masa yang sama diterima baik oleh golongan Eropah Katolik Poland
yang dianggap baik.

Seterusnya, ianya mengenai proses pemodenan ekonomi dan perubahan sosial di


seluruh dunia dimana telah memisahkan orang daripada identiti tempatan yang telah lama
berakar umbi dan proses ini melemahkan negara bangsa sebagai asas identiti. Bagaimanapun
menurut Huntington, agama telah berjaya menembusi jurang selalunya dalam bentuk gerakan
yang dilabelkan sebagai fundamentalis. Golongan fundamentalis merujuk kepada golongan
yang terdiri daripada kalangan anak-anak muda dari lulusan universiti, sekolah menengah,
para profesional dan ahli perniagaan. Namun bagaimanapun, sebagai contoh percampuran
budaya asing ke dalam budaya tempatan jelas lebih banyak memberikan kesan negatif
terhadap perasaan patriotik kepada negara serta kurangnya ketaatan kepada agama.

Keempat, kesedaran tamadun semakin meningkat dan dipercepatkan oleh dwi-


peranan Barat sendiri. Hal ini kerana pihak Barat berada di puncak kekuasaan dan pada masa
yang sama sebagai kesan kekuasaan Barat menyebabkan dunia Barat mencari jalan keluar
seperti pengislaman semula Timur Tengah. Tambahan lagi, bagi negara bukan Barat pula
sudah berlaku proses pengembalian kepada mengangkat dan menghidupkan tamadun masing-
masing serta cuba untuk membina kekuatan sebagai gabungan negara-negara bukan Barat.
Sebagai contoh, kecenderungan ke arah dalam perubahan dalaman “PengAsiaan”
(Asianization) di Jepun.

9
“Asia has at long last started to define itself. Asian consciousness and identity are coming
vigorously to life. Western nations are increasingly impressed by the economic power and
political gravity of the region. But Asia's success in the far-ranging and relative terms of
global competition should not obscure those forces, in internal and absolute terms, now
authoring a cohesive Asian worldview. This new Asian identity has social, cultural, economic
and political implications. After decades of reserve on the international stage, Japan is now
poised to assume a permanent seat on the U.N. Security Council, which would raise its
diplomatic profile and influence.” (Funabashi, Yoichi)

Tambahan lagi, ciri-ciri dan perbezaan kebudayaan agak sukar untuk diubahsuai dan
oleh itu sukar dikompromikan berbanding dengan ciri-ciri ekonomi dan politik. Malah lebih
daripada persoalan etnik, agama merupakan tekanan yang hebat di kalangan umat manusia.
Sebagai contoh jika seseorang itu mungkin boleh dianggap separuh Perancis dan separuh
Arab dan seterusnya menjadi warga dua negara. Namun tidak mungkin boleh menjadi
separuh Katolik dan separuh Islam. Justeru jika tiada tolak ansur serta sikap saling
memahami terhadap peradaban-peradaban lain, pastinya boleh mencetuskan persaingan yang
boleh mengugat keharmonian hidup.

Yang terakhir ialah keserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan


kerjasama serantau menguntungkan negara-negara anggota kesatuan berdasarkan peradaban
yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau yang diamalkan dan dikongsi
bersama seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC). Bergantung kepada asas-asas dalam
budaya di Eropah dan Kristian Barat tetapi kejayaan ini tidak mutlak akibat timbul masalah
tentang tiadanya persefahaman seperti itu. Penggunaan mata wang Euro memperlihatkan
Britain enggan menyertainya. Sungguhpun peradaban-peradaban lain di Asia Selatan dan
Asia Tenggara mempunyai organisasi serantau mereka sendiri seperti South Asian
Association for Regional Cooperation (SAARC) dan Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN), namun kejayaan kerjasama dalam bidang ekonomi kurang menggalakkan.

TAJUK KAJIAN 3:

10
DIALOG ANTARA TAMADUN SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA TEORI
PERTEMBUNGAN TAMADUN.

Dialog antara tamadun merupakan antitesis kepada teori pertembungan tamadun yang
dikemukan oleh Samuel P. Huntington. Dialog bermaksud suatu bicara dengan pihak yang
mempunyai fikiran yang berbeza dengan kita dan sebagai alternatif kepada perdebatan.
Tujuan dialog ialah untuk kita belajar daripada orang lain tentang cara berfikir yang baru dan
berlainan. Selain dari pernyataan, perjumpaan, slogan dan ekspresi retorik, dialog juga azam,
motivasi, komitmen, tindakan, kelakuan, personaliti dan praktis-praktis yang masih
diamalkan yang berupaya menyatukan masyarakat dari tamadun yang berbeza agar dapat
mengenalpasti semula kekuatan dan kelemahan masing-masing terutama dalam menghadapi
realiti kehidupan dan entiti tamadun lain.

Di dalam dialog antara tamadun, semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang
berempati supaya dapat difahami kedudukan pihak yang lain dengan sebaik yang mungkin
kerana aspek perbezaan terbesar dalam tamadun ialah ketuhanan dan politik. Dialog sangat
penting kerana dunia telah menjadi a global village, dimana wujudnya keperluan untuk
membina jaringan persamaan dan persefahaman. Dialog antara tamadun adalah usaha untuk
mematangkan tahap kesedaran seseorang, ilmu pengetahuan dan pandangan orang lain yang
hidup dalam lingkungannya tetapi berbeza dalam banyak perkara berkenaan dengan
pandangan semesta, kepercayaan, sistem perundangan, sistem budaya dan sistem etika.
Samuel P. Huntington sepatutnya mengemukakan teori dialog antara tamadun di sebalik teori
pertembungan tamadun.

Antara prinsip-prinsip dialog yang harus dititikberatkan ialah faham dan sedar tujuan
dialog iaitu untuk kedua-dua pihak menyedari sesuatu dan melakukan perubahan ke arah
11
kebaikan. Selain daripada itu, dialog antara tamadun mestilah merupakan projek yang
bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan inter
tamadun. Mesti berlangsung dengan penuh ikhlas. Ia juga mesti berupaya untuk menjelaskan
pandangan iaitu kepercayaan dan nilai yang dipegang dengan jelas. Ahli yang terlibat
mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya serta berhemah dalam
memberikan pandangan terhadap tamadun lain. Ahli yang terlibat juga tidak boleh bersikap
prejudis. Etika dan adab berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju
(agreed to disagree), menghormati perbezaan dan ketidakmampuan pihak-pihak tertentu
untuk menerima sesuatu pandangan, keikhlasan, simpati, empati dan kesabaran.

Terdapat juga halangan-halangan kepada dialog. Di antara halangan-halangan kepada


dialog ialah bertukar agama, ini adalah kerana ada yang beranggapan dialog boleh
menyebabkan pendialog bertukar agama. Selain itu, dialog juga boleh menyebabkan rasa
rendah diri kerana ketidakmampuan, kurang pemahaman dan pengetahuan terhadap sesuatu
aspek yang ingin dibincangkan. Sindiran sosial juga salah satu halangan kepada dialog kerana
rasa tidak senang apabila penganut agama yang sama mempersoalkan iman pendialog apabila
ia berdialog dan berbaik-baik dengan orang yang berlainan agama atau dengan tamadun lain.
Akan wujud juga syak wasangka iaitu rasa curiga terhadap tujuan dialog dan pendialog.

Dialog peradaban bermaksud inter-komunikasi dan persefahaman antara tamadun


berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami budaya masing-masing tanpa ada rasa
prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang lain. Isu mengenai pengamalan dan
pelaksanaan dialog peradaban merupakan topik yang penting dalam usaha mengembalikan
keharmonian dan ketenteraman sesebuah masyarakat dan negara.

Antara isu-isu berbangkit dalam dialog peradaban ialah keganasan dan ketidakadilan,
ianya berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi masalah

12
yang dihadapi melalui meja rundingan. Seterusnya, perebutan kuasa politik dan ekonomi,
terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia
Islam dengan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi. Terdapat juga isu
mengenai kejahilan tentang tamadun lain, tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur kejahilan
wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus dilihat sebagai permusuhan
tamadun. Layanan buruk terhadap orang Islam yang menetap di negara-negara Barat boleh
mengakibatkan tindak balas yang tidak terkawal.

(a) Dialog antara tamadun Islam dan tamadun Asia

Dalam mencari dan memupuk nilai sepunya yang boleh dikongsi oleh tamadun Islam
dan Asia, dialog sangat penting kerana ia dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
mereka. Juga dapat menyedarkan masyarakat Islam dan Asia tentang cabaran semasa abad
ke-21 dari Barat dan konflik dalaman masyarakat Islam dan Asia dan dapat menyemai minat
dalam kalangan generasi muda untuk memelihara dan mengekalkan identiti dan khazanah
budaya mereka. Namun begitu, sesi dialog sama ada melalui media massa dan sistem
pendidikan tidak akan berjaya sekiranya tidak disertai dengan dialog kehidupan sebenar.
Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum hendaklah berani bergaul,
berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan
kebimbangan antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan sebagai dialog kehidupan sebenar,
yang menjadi batu loncatan kepada dialog tamadun.

(b) Dialog antara tamadun Barat dengan tamadun Islam dan tamadun Asia

13
Selain dari dialog antara tamadun Islam dan tamadun Asia, dialog peradaban juga
melibatkan tamadun Islam dan Asia serta tamadun Barat. Dialog antara tiga entiti ini perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut iaitu pertama, pencarian atau pemupukan nilai-nilai
sepunya, menghormati realiti dunia yang berbilang tamadun, memahami isu-isu yang
memisahkan tamadun Barat dan tamadun Islam dan memahami isu-isu keganasan bukan
sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan Asia.

Dialog peradaban juga dianggap sebagai satu mekanisme yang relevan dan mampu
mengatasi isu-isu kerana dialog dapat menjana keterbukaan dan kerjasama antara tamadun di
mana ia dapat membantu dalam usaha untuk saling memahami dan mengenali nilai-nilai,
norma-norma, pengalaman sejarah dan budaya sesuatu peradaban bangsa. Kedua, agama
sebagai asas kepada dialog peradaban, agama membincangkan hubungan secara horizontal
iaitu hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia kerana prinsip
semua agama menfokuskan ajaran nilai-nilai murni kemanusiaan yang universal dalam semua
urusan dan menolak unsur keganasan, prasangka dan penindasan dan ketiga, meluruskan
persepsi salah faham terhadap tamadun lain. Dialog merupakan mekanisme alternatif yang
sihat dan positif bagi menghadapi teori pertembungan tamadun ini namun tidak semua
konflik dapat diselesaikan melalui dialog terutamanya yang melibatkan tamadun Islam masa
kini.

Di antara wawasan atau visi dialog ketamadunan ialah dialog melalui usaha
pendekatan perdamaian, tamadun universal sebagai satu unit analisis atau kajian,
kepelbagaian manusia dan kemajmukan budaya dunia, perkongsian aktiviti kolektif atau
kerjasama, untuk mengenali antara satu sama lain dan persefahaman kolektif manusia. Selain
dari itu, visi dialog ketamadunan juga untuk mengenal semula diri dalam bentuk
perhubungan dengan orang lain, juga terbuka untuk menerima persetujuan atau bantahan
daripada orang lain. Dialog juga sebagai pendekatan strategik manusia terhadap penyelesaian
konflik, sebagai pertukaran kepintaran dan pengalaman dan aktiviti berteraskan manusia.

(c) Dialog antara tamadun di Malaysia

14
Pada peringkat Malaysia pula, dialog yang dijalankan adalah intra dialog iaitu dialog
yang melibatkan etnik-etnik yang berbeza budaya dan latar belakang. Penekanan diberi pada
aspek persefahaman kaum berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya, falsafah Rukun
Negara sebagai asas tamadun Malaysia dan mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap
budaya dan tamadun di Malaysia.

Dialog akan membolehkan masyarakat Melayu, India dan Cina saling bekerjasama,
bantu membantu dan saling melengkapi antara satu sama lain demi kelangsungan dan
kesejahteraan hidup serta keharmonian dan keamanan sejagat. Dialog peradaban dilihat
sebagai alternatif terbaik dalam mencari penyelesaian konflik dan mencipta persefahaman
antara tamadun.

ANALISIS

15
Melalui kertas kerja yang telah kami jalankan, kami telah menjelaskan dan memahami
dengan lebih terperinci lagi tentang Teori Pertembungan Tamadun oleh Samuel Philips
Hungtinton.

Hal ini menjelaskan bahawa pertembungan peradaban berlaku disebabkan oleh


penguasaan negara-negara maju ke atas negara dunia ketiga dan negara membangun.
Pertembungan ini menyebabkan berlakunya konflik ke atas masyarakat yang akan datang
terutama dari segi budaya. Samuel Huntington juga menjelaskan bahawa masyarakat di
dalam setiap peradaban berbeza caranya termasuklah dalam bidang keagamaan, ekonomi,
sejarah, bahasa dan sebagainya. Melalui perbezaan inilah berlakunya konflik yang
berpanjangan dan kesannya begitu ketara ke atas sesuatu masyarakat. Ianya juga dapat dilihat
keadaan dunia sekarang yang semakin mengecil dan bilangan masyarakat yang ramai
menyebabkan interaksi antara peradapan bertambah. Peradaban yang menguasai dunia masa
kini seperti peradaban Barat akan menpengaruhi dari segi kemodenan, ekonomi dan
perubahan sosio-budaya. Masyarakat tempatan juga kian lama kian terpisah dengan identiti
tempatan yang telah lama wujud.

Selain itu, teori ‘Clash of Civilisation’ oleh Samuel Huntington berhubung akan
berlaku pertembungan peradaban antara Islam dan Barat tidak relevan. Ini kerana sekiranya
digunakan, bakal berlakunya peperangan, pembunuhan dan salah faham diantara kedua-dua
belah pihak. Justeru, kita harus mengambil pengajaran dan mempelajari hanya untuk tujuan
akademik sahaja. Islam harus hidup bersama dunia dan masyarakat serta menjalinkan
hubungan dengan masyarakat lain secara sihat.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun meskipun
pelbagai kritikan akademik telah dikemukakan untuk menyanggah teori pertembungan

16
tamadun sehingga pernah disebut bahawa teori Huntington ini bakal runtuh. Bagi sesetengah
pihak mungkin situasi yang berlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan
berlakunya pertembungan tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara
dunia Barat dengan dunia Islam seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya,
dunia Barat dan dunia Islam bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya.

Bagi mengatasi kelemahan Teori Pertembungan oleh Samuel Huntington, dialog


antara tamadun harus digunakan. Dialog bertujuan untuk cuba memahami beberapa
persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama kerana cara ini akan menyebabkan
hubungan semakin akrab. Selain ini, dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang
dilakukan oleh dua pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza. Ianya membolehkan
kita untuk saling belajar sehingga mampu mengubah pandangan dan meningkatkan
kefahaman agama. Pentingnya dialog antara tamadun Islam dan Barat ialah untuk mencari
titik temu, bukan sahaja berkaitan dengan akidah dan ibadah, bahkan ia juga melibatkan
masalah peradaban yang menjadi akar masalah daripada kedua-dua agama tersebut.

17
KESIMPULAN

Melalui kertas kerja yang telah kami jalankan, kami telah menjelaskan dan memahami
dengan lebih terperinci lagi tentang Teori Pertembungan Tamadun oleh Samuel Philips
Hungtinton.

Pertama, kami menghuraikan dengan lebih mendalam pemahaman mengenai teori


pertembungan tamadun Samuel Huntington. Beliau menhuraikan dengan lebih dalam lagi
tentang pertembungan tamadun bagi tujuan menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh
pengkritik lain. Teori ini mengundang pelbagai reaksi baik dan buruk dalam kalangan
masyarakat serta masyarakat barat. Huntington telah mengetahui bahawa pada masa akan
datang akan terjadinya pertebungan tamadun terutamanya melibatkan tamadun Islam dan
tamadun Barat. Para intelektual mengkritik pandangan beliau bermulanya dengan persoalan
konsep seperti takrif tamadun sehinggalah isu perang di Bosnia, Herzegovina.

Kedua, kami menghuraikan hujah Samuel Huntington dalam Teori Pertembungan


Tamadun. Samuel Huntington menjelaskan bahawa kajian yang dijalankan mengenai
pertembungan tamadun mempunyai beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada
kekuatan tamadun serta bagaimana sesebuah tamadun menjadi penentu dan pengaruh kepada
tamadun lain. Sesebuah tamadun itu terjadi apabila sekumpulan manusia berkerjasama di
dalam satu kawasan tetapi mempunyai latar belakang yang berlainan. Menurut Samuel
Huntington, sesebuah tamadun akan mengalami zaman kemunduran sekalligus berkembang.
Antara faktor yang memyebabkan berlakunya keruntuhan tamadun ialah peradaban
dibezakan antara satu sama lain oleh sejarah, bahasa, budaya, tradisi dan agama. Kedua,
ianya juga berkaitan dengan cara interaksi manusia daripada peradaban yang berbeza yang
semakin bertambah. Tamadun juga mengalami proses permodenan dan perubahan sosial yang
telah memisahkan orang daripada identiti tempatan yang telah lama berakar umbi dan
melemahkan negara bangsa. Keempat, kesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan
dipercepatkan dengan peranan barat. Akhir sekali, ia disebabkan keserantauan ekonomi yang
semakin meningkat serta menguntungkan negara anggota.

18
Ketiga, kami membincangkan dialog antara tamadun sebagai alternatif kepada teori
pertembungan tamadun. Dialog bermaksud suatu bicara dengan pihak yang mempunyai
fikiran yang berbeza dengan kita dan sebagai alternatif kepada perdebatan. Tujuan dialog
ialah untuk kita belajar daripada orang lain tentang cara berfikir yang baru dan berlainan.

Semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang berempati supaya difahami
kedudukan pihak yang lain kerana aspek perbezaan terbesar dalam tamadun ialah ketuhanan
dan politik. Dialog juga usaha untuk mematangkan tahap kesedaran seseorang, ilmu
pengetahuan dan pandangan orang lain yang hidup dalam lingkungannya tetapi berbeza
dalam banyak perkara berkenaan dengan pandangan semesta. Kita juga faham dan sedar
tujuan dialog iaitu untuk kedua-dua pihak menyedari sesuatu dan melakukan perubahan ke
arah kebaikan. Di antara halangan-halangan kepada dialog ialah bertukar agama. Ianya
menyebabkan rasa rendah diri kerana ketidakmampuan.

Ringkasnya, kebanyakan tokoh-tokoh tidak bersependapat dengan teori


pertembungan tamadun Samuel Huntington terutamanya tokoh-tokoh agama. Walaupun
konflik antara tamadun dan berlakunya perbezaan tamadun dan budaya, namun ianya saling
berkaitan antara satu sama lain. Bagaimanapun, perbezaan antara tamadun tidak dapat
dinafikan sebagai salah satu pengaruh kepada konflik ini. Perbezaan antara tamadun yang
menpengaruhi konflik etnik sebenarnya disebabkan perbezaan agama. Bagaimanapun, teori
Huntington ini sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan
sains politik.

19
RUJUKAN

Bibliography
Error: Reference source not found

20

You might also like