You are on page 1of 8

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL GATEH PMR CSL2012


(KAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANG)

Oleh:
SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (BM) Malaya
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK LALOH, KUALA KRAI

KARANGAN RESPONS TERBUKA BAHAGIAN C


Bahasa kebangsaan merupakan wahana perpaduan yang penting ke arah
pembinaan sebuah negara bangsa yang harmonis.

Bincangkan cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

Isi 1 : Kempen “Cintai Bahasa Kita”


Isi 2 : Aktiviti Kebahasaan
Isi 3 : Penerbitan Bahan Bacaan

Isu : bahasa kebangsaan merupakan wahana perpaduan yang penting


ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang harmonis.
Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
Tema : bahasa kebangsaan
Kata kunci : cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usaha-
usaha/strategi/kaedah)
PENDAHULUAN

Rumu Peribahasa/Pepatah/Ungkapan ............................................


s begitu
signifikan untuk menggambarkan peri pentingnya/betapa seriusnya
TEMA ......(TEMA)...... dalam kalangan masyarakat di negara kita masa
kini.
Ayat 1 Ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ begitu signifikan untuk menggambarkan
peri pentingnya bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat di
negara kita masa kini.
Rumu Tambahan pula, +
s Isu
ISU Ayat 2 Tambahan pula, bahasa kebangsaan merupakan wahana perpaduan
yang penting ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang harmonis.

TUGASAN Ayat Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan


3 tentang
dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal
(?)
CSL2012
MODUL GATEH PMR KERTAS 2
BAHAGIAN C 1
http://cikgusazali.blogspot.com

ISI PERTAMA
Rumu Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan
s saya, +
Ayat Topik (KATA KUNCI – tanpa
gandaan)
GAPO + yang paling + ialah + (ISI
utama/efektif/dominan PERTAMA
YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI
KKAT)
Ayat 1 Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan
Kempen “Cintai Bahasa Kita”.
Ayat Huraian Rumu Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku +
s impak
Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak
BAKPO kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai
lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra ”Bahasa Jiwa
Bangsa”.
Rumu Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan +
s kaitkan
Ayat Contoh dengan
tema
LAGU MANA Ayat 3 Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan
Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya
yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Rumu Tegasnya, + isi pertama +
s tugasan
Ayat Penegas Ayat 4 Tegasnya, kempen “Cintai Bahasa Kita” merupakan strategi untuk
YO LO KO NI memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.
ISI KEDUA

Ayat Topik Rumu Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan +
s Tugasan
Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan
GAPO langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
Rumu Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku +
s
Ayat Huraian impak
BAKPO Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk
menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau
penulisan.
Rumu Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan +
s kaitkan
Ayat Contoh dengan
tema
LAGU MANA Ayat 3 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan
Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan
sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa
dalam kalangan pelajar.
Rumu Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi
s kedua
Ayat Penegas Ayat 4 Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa
YO LO KO NI kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti
kebahasaan di sekolah-sekolah.

CSL2012
MODUL GATEH PMR KERTAS 2
BAHAGIAN C 2
http://cikgusazali.blogspot.com

ISI KETIGA
Ayat Topik Rumu Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi
s 3
GAPO Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya
ialah penerbitan bahan bacaan .
Rumu Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku +
s impak
Ayat Huraian Ayat 2 Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta
BAKPO mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan
masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan.
Rumu Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan +
s kaitkan
Ayat Contoh dengan
tema
LAGU MANA Ayat 3 Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat
khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik
minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam
urusan harian mereka.
Rumu Saya optimis + isi 3 +
s tugasan
Ayat Penegas Ayat 4 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa
YO LO KO NI kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan
bahasa ini di negara kita.
KESIMPULAN

Rumu Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha


s
Saranan + untuk meningkatkan/menangani + Tema +
Harapan
Harapan Ayat 1 Kesimpulannya,semuapihakmestilahberusahauntuk
memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat
diperkasakan di negara kita.
Rumu Seruan (hafal dan ubah
s suai)
Seruan Ayat 2 Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah
ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha
yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang
kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah
yang pertama!
CSL2012
MODUL GATEH PMR KERTAS 2
BAHAGIAN C 3
http://cikgusazali.blogspot.com

KARANGAN CONTOH:

Ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ begitu signifikan untuk menggambarkan peri pentingnya
bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat di negara kita masa kini. Tambahan pula, bahasa
kebangsaan merupakan wahana perpaduan yang penting ke arah pembinaan sebuah negara
bangsa yang harmonis. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan?

Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen “Cintai Bahasa
Kita”. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa
kebangsaan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra ”Bahasa Jiwa Bangsa”.
Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen
Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan
sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya,
kempen “Cintai Bahasa Kita” merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di
negara kita.

Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk


memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa
kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan
seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya
mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak
dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan
menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah.

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan
bacaan. Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan
dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, bahan bacaan yang
diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya
menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka.
Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran
merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa


kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan
usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan
proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah
bermula dengan langkah yang pertama!

CSL2012
MODUL GATEH PMR KERTAS 2
BAHAGIAN C 4
http://cikgusazali.blogspot.com

Semoga berjaya. Terima kasih.

CSL2012
MODUL GATEH PMR KERTAS 2
BAHAGIAN C 5

You might also like