You are on page 1of 15

TEORI SKINNER -

PELAZIMAN
OPERAN
BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)

• B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat


• Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan
menggunakan Kotak Skinner.
• Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner
telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan
tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia.
• Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk
membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
EKSPERIMEN SKINNER
• Perbuatan menekan butang untuk
memperoleh makanan disebut pelaziman
operan.
• Pembelajaran melalui cara ini disebut
pembelajaran melalui pelaziman.
• Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu
gerak balas hanya akan berulang jika wujud
ganjaran.
• Contohnya, biji-biji makanan dalam
eksperimen tersebut sebagai ganjaran.
Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas
itu akan terhapus juga.
• Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas
sekali.
• Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh
bersifat negatif atau positif.
• Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah
dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan
mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang
baik pada masa hadapan.
• Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan
dengan hukuman atau denda.
PENEGUHAN

• Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk


mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi
i. Peneguhan Positif
ii. Peneguhan Negatif
PENEGUHAN POSITIF
• Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi
atau diperkuatkan lagi.
• Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu
bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik
darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan
senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.
Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
• Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan
positif) yang memberi kesan ialah:

(a) memuji secara ikhlas,


(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik
(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.
PENEGUHAN NEGATIF
• Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
• Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat
kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran
bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya.
• Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada
rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).
• Peneguhan boleh dilaksanakan
secara berterusan atau berkala.
• Jadual menunjukkan jadual
peneguhan yang boleh
digunakan untuk membentuk
tingkah laku yang diingini.
• Jadual peneguhan ini meliputi
peneguhan berterusan,
peneguhan berkala tetap,
peneguhan berkala berubah,
peneguhan berkaLa nisbah
tetap dan peneguhan berkala
nisbah berubah.
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN
SKINNER DALAM P&P

• Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi


peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara
berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
• Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah
lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa
kesakitan
• Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan
tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN
SKINNER DALAM P&P

• Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses


pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan
kemahiran dengan tepat.
• Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk
merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan
berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu
dapat dikukuh dan dikekalkan.
• Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan
tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian
waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin
bilik darjah.
THE END

You might also like