You are on page 1of 2

Kajian kes Secret Recipe

Restoran Secret Recipe

Secret Recipe kini dianggap sebagai salah sebuah perniagaan restoran


francais yang paling berjaya. Pada tahun 2011, Secret Recipe mempunyai
kira-kira 200 francaisi dalam negara dan juga memiliki cawangan di China,
Australia, Filipina, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lagi. Kejayaan
Secret Recipe banyak dikaitkan dengan pengusahanya iaitu Datuk Steven
Sim yang menunjukkan kreativiti yang tinggi dan ciri-ciri usahawan yang
gigih. Disamping itu, beliau juga dilihat telah berjaya dalam merealisasikan
idea-idea sehingga menjadi produk yang berupaya dikembangkan.

Sejak kecil Datuk Steven Sim telah suka mencuba benda yang baru dan
kreatif dengan menginovasi produk yang tidak pernah terfikir oleh rakan-
rakan seusianya dan kemudian menjualnya kepada mereka. Sifat ingin
tahu beliau diteruskan ketika beliau menjawat jawatan sebagai pegawai
pemasaran di sebuah syarikat antarabangsa. Sambil menjalankan tugas,
beliau banyak membuat pemerhatian tentang perniagaan makanan dan
mendapati banyak perniagaan makanan berasaskan fine dining dan kedai
makan biasa tetapi tiada kedai memberikan perkhidmatan casual dining.
Bagi merealisasikan idea casual dining ini, restoran yang diberi nama
Secret Recipe yang pertama telah dibuka pada 1997 di SS2 Petaling Jaya.

Oleh kerana dana yang terbatas, beliau membuat pemasaran melalui


promosi kopi percuma dan telah berjaya membuka mata pelanggan akan
kehadiran restoran tersebut. Restoran yang dibuka bersama tiga anak
saudara yang berkemahiran dalam pembuatan kek mula mendapat
publisiti apabila berjaya dalam satu pertandingan kek keju berprestij.
Restoran casual dining yang diasaskan beliau adalah dianggap unik dan
selesa disamping menawarkan produk pada harga yang berpatutan.
Kejayaan yang dikecapi membuatkan beliau tidak lagi menoleh ke
belakang lagi dan terus mengambil initiatif untuk memperkenalkan
restoran yang bukan sahaja menjual kek dan kopi, tetapi juga menjual
makanan berasaskan masyarakat Malaysia dan Asia.

Setelah menerima sambutan yang sangat mengalakkan, beliau telah


mengembangkan perniagaannya secara francais bermula dengan rakan-
rakan dan saudara mara. Dengan adanya pengiktirafan sijil Halal,
kepercayaan orang ramai terhadap restoran beliau meningkat kerana
kebersihan dan kualiti makanan yang dihidangkan adalah di tahap yang
tinggi. Inisiatif beliau yang ingin memperkenalkan masakan Malaysia ke
luar negara amat tinggi dan direalisasikan dengan pembukaan restoran di
China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei dan Singapura, walaupun pada
awalnya mengalami kesukaran terutamanya persepsi luar terhadap
Kajian kes Secret Recipe

restoran dari Malaysia. Dengan mempunyai rangkaian sebanyak 212 di


Malaysia dan 80 rangkaian di luar Negara, Secret Recipe ini telah menjadi
ikon Malaysia di pasaran antarabangsa.

Soalan:

1. Jelaskan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat pada Dato Steven


Sim (10 markah).

2. Terangkan bagaimana Datuk Steven Sim merealisasikan ideanya


dalam perniagaan restoran Secret Recipe (12 markah).

3. Bincangkan faktor yang mendorong Datuk Steven Sim dalam


mengembangkan perniagaan Secret Recipe sehingga ke peringkat
antarabangsa (12 markah).

You might also like