You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-4 2018

SK FELDA AIR TAWAR 1

Tarikh : 9 Ogos 2018


Hari : Khamis
Masa : 1.15-3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK FELDA Air Tawar 1
Kehadiran :
En. Muhamad Hafiz bin Masron (Ketua Panitia)
En. Muhammad Firdaus bin Ismail (Ahli)
Cik Sakinah binti Zulkarnain (Ahli)

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah
1.2. Mengalu-alukan kehadiran barisan guru-guru panitia Bahasa Inggeris ke mesyuarat panitia kali ke-
4 untuk tahun 2018.
1.3 Pengerusi menerangkan tentang hala tuju SK FELDA Air Tawar 1 iaitu memfokuskan kepada
peningkatan akademik bagi peperiksaan UPSR dan peperiksaan sumatif untuk tahun 2018
Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En Muhamad Hafiz bin Masron selaku ketua Panitia Bahasa
Inggeris.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh En. Muhammad Firdaus bin Ismail.
Tindakan: Makluman

3. Laporan Ketua Panitia


3.1. Pengesahan RPT, DSKP oleh pihak pengurusan sekolah perlu dilaksanakan untuk
memastikan RPT dan DSKP adalah menepati kehendak kurikulum terkini.
3.1.1. Pengerusi memaklumkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang telah diambil
ialah semua guru telah dimaklumkan berkenaan hal tersebut dan pihak pengurusan telah
mengesahkan semua dokumen yang berkenaan.
3.2. Amalan membuat pembetulan perlu diperteguhkan dalam kalangan murid supaya murid dapat
menguasai pembelajaran.
3.2.1. Ketua panitia telah mengingatkan semua guru agar memberi penekanan yang sewajarnya
kepada semua murid untuk membuat pembetulan bagi setiap latihan yang diberikan.
3.3. Penggunaan Bahasa Inggeris perlu dioptimakan dengan sebaik mungkin untuk memberi
pendedahan dan pengalaman murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
3.3.1. Semua guru Bahasa Inggeris telah dimaklumkan agar menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya semasa proses PdP dijalankan dan mengoptimumkan penggunaan Bahasa
Inggeris semasa berinteraksi dengan murid-murid di luar bilik darjah bagi menggalakkan
pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian.
Tindakan: Semua ahli Panitia

4. Pencerapan Guru Dan Buku Latihan


Pelajar 4.1. Pencerapan guru bagi sesi kedua
4.2. Pencerapan buku latihan pelajar bagi semua tahap perlu dihantar kepada guru besar pada tarikh
yang ditetapkan.
Tindakan: Semua ahli Panitia

5. Hal - Hal lain:


5.1. Laporan Minggu Bahasa Inggeris 2018 telah disediakan oleh En Muhammad Hafiz bin Mason
5.2. Guru-guru digalakkan untuk menggunakan bilik ICT semasa proses PdP dan mengisi buku
tempahan bilik di bilik guru. Kerjasama guru-guru adalah diperlukan bagi memastikan jadual
pengajaran dan pembelajaran dapat direncanakan dengan lancar.

6. Penutup
6.1 Pengerusi memohan maaf sekiranya terdapat kesalahan yang beliau lakukan semasa
mengendalikan mesyuarat.
← Guru-guru Bahasa Inggeris diharap dapat memberikan kerjasama yang sepenuhya bagi
memastikan kecemerlangan pelajar dapat dikekalkan.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh :
( Muhamad Hafiz bin Masron )
Ketua Panitia,
Panitia Bahasa Inggeris 2018,
SK FELDA Air Tawar 1,
Tarikh : 13 Ogos 2018

You might also like